Khamis, 23 Disember 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kontroversi: "Isu 1Malaysia", Wajarkah Parlimen Gantung Anwar Tanpa Di "Panggil Membela Diri" Dan Hanya Merujuk Surat Penafian Oleh APCO !!

Posted: 22 Dec 2010 04:34 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis - Kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan. "Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, semalam Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel". Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak. Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".

Benarkah Anwar Ridak Diberikan Hak Bela Diri

"Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya. Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel". Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel". "Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri. "Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan tarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti" katanya.

[Nampaknya, kerajaan 1Malaysia lebih percaya kepada surat afidavit yang dikeluarkan secara tergesa-gesa oleh APCO Worldwide itu daripada memberi keadilan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri. Anehnya, Menteri UMNO Nazri Aziz itu tidak menafikan kontrak syarikat terbabit dengan Kerajaan Malaysia. Sedangkan ada bukti dokumen APCO memberi perkhidmatan kepada Kerajaan Israel dalam berbagai bidang termasuk bidang keselamatan. APCO hanya menunjukkan surat penafian sedangkan mereka tidak menafikan bahawa perjanjian itu adalah palsu semata-mata. Ini bermakna, kemungkinan besar terdapat arahan sulit agar APCO dan pengasas 1Israel itu mengeluarkan surat penafian terbabit demi menyelamatakan imej UMNO BN dan 1Malaysia yang semakin tercalar sekarang ini. Malah, ramai yang hairan kenapa Nazri mengatakan Anwar sudah dipanggil untuk membela diri sedangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen langsung tidak pernah memanggil beliau untuk menunjukkan bukti tentang dakwaannya itu. Makanya, ini menguatkan hujjah kita bahawa memang 1Malaysia adalah mendapat ilham dari 1Israel. Jika tidak, bagaimana ia boleh ada persamaan dari segi namanya. Malah, selain Malaysia ia juga melibatkan negara jiran kita iaitu Indonesia. Apakah ini semua secara kebetulan?].

Tiada ulasan: