| Panas: Tangguh Semak 'Kenaikkan Tarif Elektrik', Terbukti Kerajaan Akui Rakyat Terbeban Dengan Kenaikkan Harga Minyak Di Pasaran Sekarang Ini Posted: 09 Dec 2010 11:16 AM PST  Nampaknya, Kerajaan 1Malaysia pimpinan PM Najib Razak semakin takut dengan kebangkitan suara rakyat. Baru sahaja beliau beriya-iya mewar-warkan kononnya kerajaan akan mengkaji kenaikan tarif elektrik, kelmarin lain pula jadinya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui (foto), tiba-tiba umumkan bahawa semakan kadar tarif elektrik ditangguhkan dan ia hanya akan dibuat apabila persekitaran kondusif. Kononnya penangguhan itu berlaku kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, ''Sekiranya kita melakukan semakan dan menaikkan kadar tarif ia akan memberi kesan kepada kos kehidupan dan pelbagai lagi. ''Justeru, kerajaan telah menangguhkan (semakan) dan akan memberi lampu hijau jika keadaan sesuai,'' kata menteri berkenaan. Nampaknya kerajaan begitu "baik" untuk menangguhkan tarif tersebut, bagi membuktikan mereka "mendahulukan rakyat" dalam hal ini. Namun, dalam situasi yang lain kerajaan juga bertindak bodoh apabila mengatakan mereka secara prinsipal telah bersetuju untuk menyemak tarif elektrik memandangkan kenaikan kos dan harga minyak. Makanya, ini bermakna tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api jelas sekali membebankan rakyat sebenarnya. Kenapa ini tidak diakui oleh kerajaan sebelum ini?. Bukti jelas, dengan kenaikan tersebut menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Ini juga mengesahkan kepada kita, bahawa kenaikkan harga minyak RON95 di pasaran baru-baru ini bakal menyebabkan banyak lagi barangan lain akan naik harga. Bukankah ini akan menyebabkan rakyat terus menderita dan sengsara. Oleh itu, kerajaan usah persalahkan rakyat jika mereka mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Ini kerana mereka sudah jemu dengan "trick lama" yang sering dimainkan oleh kerajaan sejak sekian lama. Apa pun, tahniah kepada TNB kerana telah menangguhkan semakan kenaikkan tarif elektrik.
[Biar apa pun terjadi, kini rakyat semakin bosan melihat kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak. Malah, Najib dilihat lebih teruk daripada Perdana Menteri yang terdahulu. Ini kerana beliau begitu lantang melaungkan kononnya "rakyat didahulukan". Rupa-rupanya, lain yang diharapkan lain pula yang terjadi. Rakyat bukan sahaja didahulukan dengan bebanan, malah mereka juga tidak dapat bersuara untuk menentang segala dasar-dasar kerajaan yang didapati bercanggah dengan apa yang telah diluahkan oleh Najib diawal perlantikan beliau sebagai PM dulu. Maka, kita tidak hairan mereka akhirnya berbondong-bondong akan mengundi parti lain dalam pilihanraya umum akan datang bagi mengajar keegoaan pemimpin UMNO BN yang kian terdesak sekarang ini. Rakyat digesa bangkit untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam negara demokrasi ala Malaysia yang tercinta ini. Tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap rakyat sejak sekian lama !!].
|
| Sensasi: TPM Muhyiddin Bersedih Pembangkang Culik Program BN Atau Risau Dengan Penolakan Rakyat Terhadap Kerajaan 1Malaysia Di Selangor Posted: 09 Dec 2010 10:29 AM PST  Lucu benar bila melihat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin (foto), dengan lantang menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor melibatkan diri secara langsung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan supaya program itu tidak "diculik" oleh pembangkang. "Rakyat tidak rasa program ini program kita tetapi seperti program rasmi. Oleh kerana kita tidak ada ownership menyebabkan ia seolah-olah bukan dijalankan oleh kerajaan BN. "Ada ketika program yang dijalankan oleh kerajaan pusat "diculik" oleh kerajaan pakatan pembangkang walaupun peruntukan mereka tidak sebesar peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat. Ia kelihatan seolah-olah seperti peruntukan yang banyak disalurkan oleh mereka," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan jentera BN Selangor di Bangunan UMNO Selangor dekat Shah Alam baru-baru ini. Mendengar kata-kata Muhyiddin itu, terkadang membuatkan kita merasa simpati kepada kerajaan UMNO BN. Inilah yang dikatakan takdir, jika dulu mungkin mereka boleh buat apa saja atas nama BN dan akan diterima bulat-bulat oleh rakyat. Kini zaman sudah berubah dan Muhyiddin perlu belajar memahami suara hati rakyat. Menuduh pembangkang menculik projek anjuran BN, mungkin itu tidak masuk dek akal langsung. Sebenarnya rakyat sendiri yang sudah muak dengan program-program anjuran BN itu. Makanya, apa saja yang dibuat oleh BN mereka akan hadir dan mengambil untungnya. Namun, dalam hati mereka kini sememangnya suda tawar hati untuk terus bersama BN. Mereka sedang bahawa selama lebih 50 tahun ditipu oleh kerajaan UMNO BN dan kini mereka cukup selesa berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah yang menggusarkan Muhyiddin agaknya. Beliau melihat, sokongan rakyat terhadap BN di Selangor semakin hari semakin pudar. Ditambah lagi dengan isu bekas Menteri Besar Khir Toyo yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Maknanya, zaman kegemilangan UMNO BN di negeri itu bahkan di Malaysia amnya pasti akan merudum jua akhirnya. Maka, Muhyiddin perlulah menerima hakikat dan akur dengan perubahan. [Muhyiddin dan beberapa kerat pemimpin UMNO BN boleh buat dan bercakap apa saja di Selangor sekarang ini. Namun, dek kesilapan mereka membenarkan Syabas cuba menaikkan tarif air hingga menyebabkan rakyat terpaksa turun dijalanan untuk berdemo baru-baru ini, jelas sekali telah memerangkap diri mereka sebenarnya. Akhirnya bagi meredakan keadaan maka kerajaan terpaksa membongkarkan kes penyelewengan bekas MB Selangor Khir Toyo itu sebenarnya. Mungkin isu itu boleh menarik balik simpati rakyat terhadap kerajaan UMNO BN. Namun, semuanya itu mungkin sudah terlambat kerana rakyat Selangor semakin selesa menikmati air percuma di negeri itu. Mereka gusar jika BN berkuasa semula, pasti semua itu akan ditarik balik kelak. Oleh itu, mereka pasti tetap akan memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Pilihanraya Umum nanti]. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan