Isnin, 6 Disember 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Fitnah Keluar PKR Serta Cium Anwar, CMK Hantar Notis Mahkamah Kepada Utusan Malaysia Dan Saman RM10 Juta Bakal Menyusul Kemudian

Posted: 06 Dec 2010 06:37 AM PST

KUANTAN, 6 Dis - Susulan tindakan biadap media arus perdana Utusan Malaysia yang menyiarkan satu artikel berunsur fitnah terhadap blogger cucumatkilau (CMK) pada 27 November lalu, maka satu notis mahkamah telah dihantar kepada pihak terbabit. Menurut CMK, notis telah diserahkan oleh peguamnya Tetuan Fadzli & Co sekitar jam 4.30 petang tadi. "Saya amat kecewa dengan tindakan akhbar terbabit yang membuat laporan artikel tanpa merujuk kepada pihak saya terlebih dahulu. Sudahlah maklumat yang disiarkan tidak betul, mereka juga menfitnah dengan mengatakan saya sanggup mati kerana membela Anwar. Saya juga dituduh mencium pipi Anwar dengan ghairah seolah-olah saya seorang gay, homoseks dan sebagainnya. Paling teruk bila wartawan terbabit mengatakan saya sudah pun keluar PKR sedangkan perkara itu masih dalam perancangan dan belum berlaku pun. Saya hanya menyatakan hasrat di dalam blog saya dan berjanji akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Masalahnya Utusan telah melaporkan kononnya saya sudah keluar PKR. Ini menyebabkan saya telah dihina dan dikutuk oleh ramai pihak susulan berita berkenaan", kata CMK. Sementara itu beliau difahamkan akan mengambil tindakan saman fitnah terhadap akhbar terbabit selepas ini biarpun Utusan memohon maaf secara terbuka dan menarik balik artikel tersebut. "Tarik balik artikel dan memohon maaf bukanlah bermakna saman tidak diteruskan. Lihat apa yang berlaku kepada MB Perak si Zambry Kadir dulu. Beliau meneruskan saman terhadap Suara Keadilan, Wan Azizah dan Dr.Syed Hussin biarpun akhbar terbabit sudah tarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka", katanya.


Klik pada imej untuk besarkan laporan yang berkenaan atau klik SINI

[Tindakan saman amatlah wajar bagi mengajar wartawan terbabit yang selama ini banyak membuat fitnah dan merosakkan minda rakyat dengan laporan yang menyimpang. Di fahamkan wartawan berkenaan adalah wartawan senior dan memang tidak sewajarnya beliau mencari publisiti murahan dengan laporan berkenaan. Sususlan laporan itu, ramai yang menyangka CMK sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau juga banyak dihubungi oleh sahabat seperjuangan, rakan taulan dan seteru politik yang menghina, mengkritik dan mencaciny keputusannya itu. Soalnya sekarang, Utusan Malaysia yang selama ini dianggap sebuah akhbar yang profesional wajarkah mempunyai wartawan "cap ayam" seperti ini?. Adalah lebih elok wartawan terbabit meletakkan jawatan dan menajdi blogger daripada mereka cerita yang beiau sendiri tidak pasti kebenarannya. Maka tindakan saman adalah dikira jalan terbaik buat masa ini, tambahan pula artikel tersebut disiarkan ketika Kongres Nasional PKR berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini. Semoga ia menjadi pengajaran buat mereka agar lebih berhati-hati melaporkan beritanya].

Panas: Pegawai Majlis Ugama Islam Pahang MUIP Di Tangkap Khalwat, Usaha Tutup Kes Di Kesali !!

Posted: 06 Dec 2010 12:20 AM PST

KUANTAN, 6 Dis - Susulan pendedahan kontroversi seorang pegawai kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ditangkap khalwat oleh sebuah laman BLOG pada 3 Disember lalu, maka pihak kami cuba menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden itu. Pegawai yang dipercayai berpangkat Setiausaha itu dipercayai telah ditangkap berkhalwat dengan pasangannya yang juga merupakan kakitangan dan jabatan terbabit (Pembantu Tadbir). Mereka dikatakan telah ditangkap oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel ternama dekat bandar ini pada 25 November 2010 yang lalu. Susulan tangkapan tersebut, kekecohan berlaku kerana tertuduh adalah pegawai kanan di MUIP yang merupakan agensi yang sepatutnya dipertanggungjawab menjaga kepentingan agama Islam di negeri Pahang ini. Perkara ini langsung tidak disiarkan dalam mana-mana media demi menjaga nama baik pegawai terbabit. Malah kami difahamkan, terdapat usaha pihak tertentu di JAIP yang mahu kes berkenaan dilepas begitu sahaja. Usaha terbabit dipercayai mendapat tentangan daripada sebahagian besar pegawai Penguatkuasa JAIP sendiri. Mereka tidak mahu bersekongkol dengan perkara itu. Tambahan pula kes berkenaan adalah salah di sisi agama Islam itu sendiri. Mana mungkin seorang pegawai kanan dari sebuah jabatan agama Islam yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian agama itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.

[Laporan seterusnya akan didedahkan selepas ini. Kami sudah mendapat maklumat nama-nama dan gambar pegawai yang berkenaan termasuk pihak yang mahu "buang kes" terbabit. Jika ini berlaku maka PDO tidak teragak-agak akan membuat laporan polis terhadap pegawai yang berkenaan. Apa guna pegawai seperti ini dipertahankan !! Kerja yang mulia menjadi hina apabila ada pegawai kerajaan yang sanggup bersekongkol untuk mempertahankan mereka yang jelas melanggar undang-undang agama Islam itu sendiri. Kami memberi amaran kepada pegawai JAIP terbabit agar tidak membebaskan tertuduh. Mereka yang ditangkap perlu dibicarakan mengikut prosedur mahkamah seperti yang telah termaktub. Jika mereka bersalah pasti akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan itu. Maka itu, kenapa ada pihak yang mahu melepaskan manusia seperti ini. Ingatlah, Allah maha melihat apa yang telah anda lakukan!].

Mahkamah: Datuk Seri Anwar Ibrahim Sekali Lagi Gagal Menghalang Hakim Zabidin Teruskan Skrip Konspirasi Sandiwara Liwat II Terhadap Dirinya !

Posted: 05 Dec 2010 11:05 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis - Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (foto) menolak permohonan pihak pembela supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut. Zabidin berkata, berdasarkan kepada transkrip mahkamah yang telah dibacanya, tidak berlaku berat sebelah di pihaknya, dan berikutan itu beliau menolak permohonan tersebut. Permohonan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Zabidin mengancam peguam utama pihak pembela, Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah, selepas Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu membatalkan hakim tersebut kerana tidak mematuhi keputusan Mahkamah Agung membabitkan usaha pihak pembela untuk mendapatkan proforma form yang dirujuk oleh saksi Dr Siew Sheue Feng. Walaupun Zabidin menarik balik kenyataannya itu dan kemudiannya memerintahkan Dr Siew dari Hospital Kuala Lumpur menyerahkan proforma form yang digunakan sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi Karpal masih bertegas dengan tindakan membatalkan hakim tersebut dengan alasan wujud bahaya berlakunya berat sebelah. Ini adalah usaha kedua oleh pihak pembela untuk membatalkan hakim tersebut yang pertama selepas hakim itu tidak mengeluarkan amaran kepada akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai perbicaraan itu awal tahun ini.

[Satu keputusan yang memang sudah boleh dibaca oleh rakyat sebenarnya. Mana mungkin Zabidin boleh dibenarkan undur diri dari menangani kes ini. Sebab dia sudah mengikutinya dari awal lagi. Maka itu, mereka takut Hakim lain tidak mampu mengikuti segala skrip yang telah dirancang terhadap kes liwat II Anwar ini sebenarnya. Oleh itu, usahlah kita mahu mengharapkan keadilan dalam perbicaraan yang semakin meragukan ini. Terimalah takdir walau apa jua kekhilafan yang berlaku terhadap kes ini, Anwar tetap akan dipersalahkan dan bakal merengkok semua ke penjara Sg.Buloh. Itulah yang diharapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebenarnya. Maka itulah, dalam apa jua keadaan sekali pun seboleh-bolehnya pihak yang sudah terlibat sejak dari awal-awal lagi itu diminta meneruskannya. Inilah dia keadilan dalam sistem kehakiman kita yang mahu dipertontonkan untuk dijadikan lawak kepada masyarakat dunia. Apapun, perjuangan harus diteruskan demi sebuah kebenaran].

Panas: Kenaikkan Harga "Minyak Petrol RON95", Terbukti Rakyat Terus Di Tipu Oleh Janji Kosong Kerajaan BN Sejak Dulu, Kini Dan Selamannya !!

Posted: 05 Dec 2010 09:20 AM PST

Bila rakyat marah isu kenaikkan harga minyak RON95 baru-baru ini, mungkin ada yang berkata ia tidak wajar kerana niat kerajaan itu baik. Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi bahan api itu untuk memberi keselesaan kepada rakyat bagi membangunkan insfastruktur lain di negara ini. Malah, kerajaan tidak boleh menanggung subsidi kerana ramai pihak yang memanipulasi perkara itu. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dikatakan amat bertepatan sekali kerana ia selaras dengan kenaikkan harga minyak di pasaran. Paling memeritkan bila mana kenaikkan itu dibandingkan pula dengan harga minyak yang lebih tinggi di negeri yang bukan pengeluar minyak iaitu Singapura dan Indonesia. Itulah jawapan dan alasan yang diberikan setiap kali tindakan tersebut diambil. Bila rakyat mempertikaikan keputusan tersebut, ada pula mereka yang mengutuk kononnya mereka tidak bersyukur dan tindakan kerajaan itu betul. Inilah dia tindakan zalim dan kejam kerajaan UMNO BN kepada rakyat Malaysia sebenarnya. Bukan masalah harga minyak naik di pasaran, tetapi masalahnya mereka menipu rakyat Malaysia. Bukti terbaru ialah ketika kerajaan menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu, iaitu ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. TPM Muhyiddin dengan bangganya mengumumkan bahawa kenaikkan itu tidak membebankan rakyat. Malah katanya, hanya segelintir sahaja yang menggunakan RON97 untuk kegunaan harian mereka. Majoriti rakyat katanya menggunakan RON95, sebab itulah kenaikkan itu tidak memberi impak besar dan tidak wajar dipolitikkan. Muhyiddin merasakan bahawa jumlah minoriti penduduk di negara ini bukanlah rakyat Malaysia. Sebab itu beliau sanggup memberi alasan bangang bagi menutup kelemahan yang berlaku. Dalam diam-diam tiba-tiba pula minyak RON97 dinaikkan lagi selepas itu. Alasanya tetap sama, sangkaan kita ia tidak akan menyusahkan rakyat. Namun, akhirnya minyak yang digunakan oleh majoriti rakyat iaitu RON95 dinaikkan oleh mereka tanpa belas kasihan. Bukankah ini bererti kerajaan UMNO BN itu ternyata menipu rakyat dengan omongan kosong.

Jaminan "Menteri Naik Harga" Auta Semata-Mata

Soalnya sekarang, apakah rakyat Malaysia harus terus ditipu oleh kerajaan UMNO BN agaknya. Masih kita ingat kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Ismail Sabri Yaakob (foto), mengatakan bahawa harga minyak RON95 akan terus kekal pada tahun ini (2010). Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu. Dalam kenyataannya, Ismail mengatakan kabinet tidak pernah berbincang soal menaikkan harga minyak RON95, maknanya tiada bukti ia akan dinaikkan seperti yang diwar-warkan. Maka, rakyat pun terbuai lena dan layu dengan kenyataan tersebut akhirnya terpedaya untuk terus memberi undi kepada BN dalam dua pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi itu. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ternyata kenyataan Ismail Sabri adalah "dusta dan auta" semata-mata. Kerajaan akhirnya berjaya menaikkan juga harga minyak RON95 sebanyak 5 sen baru-baru ini. Makanya, apakah kita boleh percaya dengan kenyataan menteri berkenaan lagi selepas ini?. Terbukti, Ismail Sabri tidak layak lagi untuk dipilih sebagai wakil rakyat bagi parlimen Bera dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau bukan sahaja berdusta soal minyak, malahan juga soal gula. Sedangkan masalah tersebut begitu kronik melanda kawasannya satu ketika dulu. Ismail hanyalah "menteri pak turut" yang terpaksa akur dengan kehendak kerajaan biar pun beliau sendiri takut dengan keputusan tidak popular itu sebenarnya. Justeru itu, rakyat berhak dan wajib menolak kerajaan UMNO BN jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi pada masa yang akan datang.


Bukti, inilah keratan laporan sebuah akbar berkaitan satu kenyataan
oleh Ismail Sabri bahawa harga minyak RON95 akan kekal tahun ini


[Minyak naik harga, mereka juga menanggung sengsara. Namun masih ada puak-puak UMNO yang gembira membuta tuli dengan kenaikkan tersebut. Antara lain mereka mengatakan kenaikan harga barang (minyak) mungkin ada rasionalnya. Kononnya rakyat perlu mengkajinya dalam sudut dan konteks yang lebih luas sama ada menaikkan harga barang untuk mencari keuntungan atau menaikkan harga barang bagi mengelakkan negara rugi teruk atau jatuh. Maknanya, mereka tetap akan menyokong 100% biarpun diri sendiri yang menanggung bebannya. Bagi mereka apa saja yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN itu akan tetap disokong biarpun terpaksa menipu diri sendiri. Semuanya dilakukan demi kepentingan politik kepartian masing-masing. Hanya rakyat yang berhak menilai, apakah mereka mahu terus ditipu atau mengajar pemimpin UMNO BN cara untuk menghormati rakyat. Laungan rakyat didahulukan hanyalah khayalan mereka sebenarnya, sebaliknya apa yang berlaku ialah kroni yang didahulukan daripada segalanya. Itulah hakikat yang sebenarnya].

Tiada ulasan: