Ahad, 5 Disember 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Demontrasi 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat', Video Lintas Langsung Terkini Dari TV Selangor !!

Posted: 04 Dec 2010 09:37 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis - Berikut adalah laporan terkini sekitar suasana dan keadaan di beberapa kawasan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Istana Negara bagi program perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat". Semua jalan menuju ke Istana Negara dan Masjid Negara ditutup. Sementara itu, laungan "tolak Syabas, tolak BN, hancur Syabas, hancur BN" terus bergema di pekarangan Masjid Negara. Sementara itu Presiden Persatuan Mahasiswa atau Perwasis, Mohamad Izuddin Zaini memberitahu pihaknya berkumpul bersama-sama kerajaan negeri atas tiket "student power" dalam usaha menyokong kempen 'Kembalikan Hak Air kepada Rakyat'. Lebih 400 wakil mahasiswa dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) turut menyertai perhimpunan pada hari ini. Sekitar jam 1.00 petang tadi, lima lagi peserta demo berpakaian merah sambil membawa sepanduk ditahan di Muzium Negara. Lebih 10,000 mula membanjiri masjid berkenaan untuk menyertai perarakan menyerahkan memorandum kepada pihak Istana Difahamkan 10 ahli GAPS diketuai Hamizon Khairuddin tiba di pekarangan Istana Negara menaiki dua kenderaan MPV menyerahkan memorandum mereka kepada wakil pegawai Istana. Polis dilihat memberi kerjasama sepenuhnya dan membenarkan kedua-dua kenderaan terbabit masuk.

Tiga Pemimpin PR Di Tangkap Dekat KL Sentral


Dalam perkembangan lain, Exco Selangor, Elizabeth Wong memberitahu ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, S. Arutchelvan dan seorang lagi anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan polis di KL Sentral, ketika dalam perjalanan ke Istana Negara. Sementara itu, Penyeleras Kempen Air untuk Rakyat, Badrul Amin Bahrom melahirkan kekesalannya di atas penangkapan ketiga-tiga mereka. Menurut beliau, ini adalah usaha untuk menakut-nakutkan orang ramai bagi menyertai perhimpunan aman tersebut. Kira-kira 3,000 rakyat mula membanjiri Masjid Negara. Turut kelihatan di pekarangan masjid ialah Badrul Hisham Shaharin, Elizabeth Wong, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Gobind Sing Deo. Orang ramai kelihatan mula membanjiri Masjid Negara. Sementara itu, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan seramai '50 marsyal demo' memaklumkan dalam twitternya bahawa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) batalkan hasrat berarak jalan kaki sebaliknya guna kenderaan untuk hantar memo ke Istana Negara.

Polis Kawal Semua Pintu Masuk Masjid Negara

Polis mengadakan sekatan jalan raya di susur keluar Sungai Besi menuju ke Istana Negara. Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, suasana masih lengang. Difahamkan beberapa sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis bertujuan menghalang orang ramai dari berkumpul. Antaranya di Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Batu 3. Turut difahamkan operasi komuter di stesyen Batu 3 Shah Alam juga turut terjejas. Polis telah menutup Jalan Kinabalu. Kira-kira tujuh trak FRU dan sebuah trak meriam air ditempatkan di depan Istana Negara. Sekumpulan 20 anggota polis biasa turut mengawal di sekitar kawasan berkenaan. Sementara jurukamera TVS, Mohd Hanafi yang membuat liputan di kawasan berkenaan telah ditahan dan disoalsiasat oleh sekumpulan anggotan polis sebelum dibebaskan beberapa minit kemudian. Kira-kira 100 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) polis berada di sekitar Jalan Travers Seawal jam 8.30 pagi pasukan polis menggerakkan anggotanya mengawal setiap pintu masuk Masjid Negara. TVSelangor dimaklumkan, semua pintu masuk ke pekarangan masjid berkenaan ditutup dan dikawal ketat yang dirancang Kerajaan Negeri Selangor.

Video Ekslusif Sila Klik SINI

Sah, Terbukti Rakyat Di Dahulukan Itu Hanyalah Khayalan Semata-Mata, Sebaliknya Rakyat Terus Di Bebankan Dengan Kenaikkan Harga Barangan

Posted: 04 Dec 2010 07:29 PM PST

Mendengar ucapan PM Najib Razak ketika merasmikan Konvensyen Barisan Nasional 2010 di Wisma MCA pagi tadi menyebabkan ramai rakyat yang mula sedar sekarang ini. Kesedaran tentang betapa perlunya untuk mereka menukar kerajaan dalam Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Buktinya, tema konvensyen tersebut iaitu "rakyat didahulukan" yang sama dengan teman "1Malaysia" dilihat jelas bercanggah dengan apa yang dilakukan kepada rakyat itu sendiri. Buktinya, dalam sibuk-sibuk kerajaan UMNO BN melaung-laungkan kononnya mereka berjanji untuk tidak menaikkan harga barangan, maka dalam masa juga mereka terus mendera rakyat. Buktinya mereka menaikkan harga petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula awal Disember lalu. Alasan menaikkan harga minyak masih tetap sama, untuk mengurangkan subsidi agar ia tidak menguntungkan orang-orang kaya. Maknanya, mengurangkan subsidi bagi mengelakkan ia terus disalahgunakan oleh golongan terbabit. Kononnya dengan subsidi berkenaan, menyebabkan golongan terbabit mendapat untung yang berterusan. Maka akhirnya rakyat majoritinya terus dibebankan dengan kenaikkan tersebut. Soalnya sekarang, jika rakyat terbanyak yang didahulukan kenapa kerajaan bertegas untuk melaksanakan juga satu keputusan yang tidak popular itu?. Jika sebelum ini, menaikkan harga minyak RON97 alasan diberikan hanya orang tertentu sahaja menggunakannya dan majoriti kita menggunakan RON95. Kini, mereka dengan rakusnya menaikkan pula harga minyak RON95 dengan alasan untuk mengurangkan subsidi bahan api tersebut. Itulah jawapan yang langsung tidak difahami oleh sebahagian besar rakyat itu sendiri sebenarnya. Bagi mereka, menaikkan harga barang diketika mereka hidup serba kekurangan sekarang ini jelas sekali membuktikan kezaliman kerajaan. Maka itulah, rakyat wajar menolak UMNO BN sebagai bukti mereka kecewa dengan tindakan itu. Soalnya, kenapa ia terus dilakukan?.

Kerana Kuasa PM Najib Tergamak Hasut Rakyat

Ramai yang berpendapatan ucapan perasmian konvensyen BN yang dibuat oleh Najib pagi tadi jelas sekali menyerlahkan sikap sebenar pemimpin itu. Beliau yang mendabik dada mahukan pemimpin BN tidak bersikap angkuh, sombong, bangga diri dan macam-macam lagi, tiba-tiba beliau sendiri yang bersikap begitu. Buktinya, PM dengan sombong menghina parti pembangkang kononnya tidak layak untuk memimpin negara. Malah, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan "pembangkang berbahaya" jelas sekalu merupakan satu hasutan yang cukup biadap sebenarnya. Bukankah beliau tahu konsep sebuah negara demokrasi itu sendiri. Pembangkang dianggotai oleh parti-parti berdaftar dan bukannnya pertubuhan haram. Rakyat sudah mula sedar dengan permainan politik seperti ini sebenarnya. Tindakan menghina dan mengutuk parti PKR dan PAS secara terang-terangan membuktikan Najib sememangnya sudah mula ketakutan dek bayang-bayang sendiri. Beliau tidak wajar bersikap angkuh seolah-olah hanya BN yang layak mentadbir dan memerintah negara ini. Kuasa itu ditentukan oleh rakyat dan merekalah yang akan menentukan siapa yang layak sebenarnya. PM tidak boleh dengan angkuh mahu berkuasa untuk tempoh 50 tahun lagi seperti yang diucapkannya pagi tadi. Jika "rakyat didahulukan" maka BN sepatutnya peka dengan kehendak rakyat. Apakah ini bukti mereka pandai memerintah? sedangkan mereka gagal mendahulukan rakyat itu. Oleh itu, keputusan kini ditangan rakyat. Mereka sahaja boleh mengajar keangkuhan kerajaan yang telah khianat kepada masa depan anak-anak mereka. Lakukanlah perubahan mulai sekarang !!.

[Rakyat melihat dengan mata kepala apa yang berlaku di depan mata mereka ini. Sesungguhnya, kezaliman itu pasti akan dibalas jua akhirnya. Oleh itu, usahlah mendabik dada seolah-olah hanya UMNO BN yang layak berkuasa dulu, kini dan selamanya di bumi Malaysia ini. Mereka hanya berkuasa atas ihsan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memanipulasi pilihanraya di negara ini sebenarnya. Jika tidak kerana SPR, sudah lama UMNO BN dikapankan dari alam ini agaknya. Konvensyen BN yang sepatutnya bersifat peribadi dan mengetengahkan agenda mereka dijadikan ruang untuk menghentam dan mengutuk pembangkang dengan sewenangnya. PM boleh suka dan tertawa dengan apa yag dilakukan ini, namun rakyat pasti akan menggunakan kuasa yang ada ditangan m ereka untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim itu akhirnya. Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjadi saksi. UMNO BN perlu diberi petunjuk jalan keluar!].

Tiada ulasan: