Muslimeen United |
- Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo
- Mahu ubah kuasa, fahamkan kepada anak muda - Samad Said
- 'Heret Khir, helah Umno ganti pemimpin'
- Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di surau
| Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo Posted: 09 Dec 2010 05:50 AM PST Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu. Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini. Setiausaha agung PSM, S Artuchelvan ketika dihubungi berkata parti itu bersedia menggerakkan ahlinya menyertai demonstrasi membantah kenaikan yang sedang diteliti oleh Gabungan Anti-Inflasi (PROTES).Katanya, bantahan itu adalah hak bagi setiap individu tetapi demonstrasi itu perlu diadakan dengan aman. "Kita kena mengadakan perbincangan dengan gabungan PROTES terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya," katanya dihubungi Malaysiakini. Mungkir janji Secepat mungkin Konvensyen Pakatan Apa salah berdemo? Sementara itu, Penyelaras Suara Anak Malaysia (Suaram), E Nalini berkata beliau bersama tujuh orang ahlinya bersiap sedia untuk memantau keadaan di lokasi jika demonstrasi itu diadakan. |
| Mahu ubah kuasa, fahamkan kepada anak muda - Samad Said Posted: 08 Dec 2010 11:57 PM PST
|
| 'Heret Khir, helah Umno ganti pemimpin' Posted: 08 Dec 2010 11:55 PM PST Tindakan mengheret Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah adalah semata-mata sandiwara politik Umno dan BN bagi menutup salahguna kuasa yang lain, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin. Katanya, pendakwaan itu lebih menjurus kepada memberi laluan mudah bagi pimpinan parti itu untuk melantik pengerusi badan perhubungan Umno yang baru."Ia juga satu helah untuk Umno Selangor menonjolkan imej bersih dengan mengganti pemimpinnya yang sudah hilang kredibiliti. "Rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan parti itu menangani masalah rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Faekah berkata rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus. "Puluhan projek pembangunan yang diluluskan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Akibatnya ia hanya menguntungkan syarikat kroni dan projek pula terbengkalai begitu sahaja. Ribuan pembeli rumah di projek Bukit Botak tertipu dan ramai pula menjadi bankrap."Projek Alam Perdana yang melibatkan hartanah seluas lebih 7,000 ekar juga terbengkalai; puluhan ribu pembeli rumah menggigit jari sehingga ke hari ini. "Hutang Talam sebanyak RM391 juta adalah satu lagi contoh nyata kegagalan pentadbiran Umno-BN. Ribuan ekar tanah telah diagih-agih sesama mereka, baik dalam bentuk pembangunan mahupun sebagai peneroka felda hatta Projek Revolusi Hijau," katanya.Menurut Faekah, mendakwa Dr Khir tidak bermakna Umno kini dalam proses pemutihan dan tindakan itu juga langsung tidak mengambarkan keseluruhan kesalahan yang telah dilakukan mantan menteri besar Selangor itu. "Memang sukar namun hampir separuh masalah tersebut telah berjaya diselesaikan walaupun baru bertapak di Selangor kurang dari tiga tahun. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan," katanya. Menurut Faekah, kesalahan Dr Khir bukan semudah yang digambarkan kerana selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesnya juga membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri. "Siasatan perlu dilakukan samada cukai hartanah dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai. Begitu juga dengan bayaran duti setem," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan terperinci dilakukanm kerana perbuatan mengelak dari membayar cukai dengan melakukan 'under declare' adalah satu kesalahan yang serius. Pada 6 Disember lalu, Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.
|
| Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di surau Posted: 08 Dec 2010 08:31 PM PST Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 12 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan. Semuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan."Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi surau Jasni Abdullah. "Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998. Menurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.Ini kerana, kata Jasni, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka turut menunai solat hajat supaya surau berkenaan tidak dirobohkan. Menurutnya, pada mulanya, berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut. Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu. Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu. Namun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.Penduduk juga kata Jasni, menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu. Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum menerima sebarang maklum balas. "Saya masih lagi dalam proses perundingan dengan DBKL," katanya. Ditanya sama ada surau ini dicadangkan dirobohkan kerana dilabel sebagai kubu penyokong PAS, Jasni berkata beliau ada mendengar mengenai perkara tersebut. Namun, beliau menafikan perkara itu dan berkata surau berkenaan bebas daripada dipengaruhi parti politik. Sebelum itu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata beliau berharap pihak DBKL dan menteri menjawab persoalan aduan pihak penduduk mengapa surau ini mahu dirobohkan."Pihak surau menggunakan saluran diplomasi, tetapi tidak surat (mereka) dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan. Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara ini kepadanya, tetapi Nurul Izzah meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik". "Tapi surat mereka tidak diendahkan," katanya. Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut. Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi, di surau berkenaan - yang terletak dalam parlimennya. Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan. Setakat jam 10.30 pagi, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan. Bagaimanapun, terdapat dua pegawai polis di surau ini. -M'kini |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.
Setiausaha agung PSM, S Artuchelvan ketika dihubungi berkata parti itu bersedia menggerakkan ahlinya menyertai demonstrasi membantah kenaikan yang sedang diteliti oleh Gabungan Anti-Inflasi (PROTES).
Beliau yang sedang bercuti di luar negara berkata, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat di hujung tahun yang memerlukan perbelanjaan bagi menyediakan keperluan untuk anak-anak bersekolah.
Ini kerana, katanya, demonstrasi hanya diadakan "di tempat tertentu, fokus tidak sampai dan memerlukan ramai orang supaya ada kesannya".
'Ia mudah dibuat dan menaikkan sepanduk di kawasan strategik di kawasan tertentu di negeri ini... Kita akan laksanakan secepat mungkin kerana isu ini masih baru," katanya.
Manakala setiausaha PKR Perak Datuk Abdul Halim Husin berkata bersetuju dengan kempen tersebut kerana mendakwa media arus perdana "tidak membuat hebahan berhubung kenaikan harga bahan api dan makanan tersebut".
Beliau juga setuju supaya diadakan demontrasi membantah kenaikan tersebut bagaimanapun, perkara tersebut perlu kepada perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata beliau akan menggantung sendiri kain rentang di kawasannya dan akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat DAP negeri dua minggu lagi.
Ini kerana, kata Sivanesan (kanan), rakyat berpendapatan sederhana menerima kesan daripada kenaikkan itu lebih-lebih lagi menjelang sesi persekolahan di buka awal tahun depan.
Menurutnya Suaram menyokong sebarang langkah sama ada menaikan kain rentang, poster atau demonstrasi untuk menyedarkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan.
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Golongan muda perlu diberi faham tentang isu semasa terutama situasi politik kerana mereka sahaja yang boleh merubah bentuk kuasa politik negara, tegas Sasterawan Negara, Datuk (Dr) A. Samad Said.
Tambahnya, apa lagi yang boleh diharapkan kepada mereka yang sudah menghilangkan ekuiti Melayu daripada RM50 bilion kini hanya tinggal sekitar RM2 bilion sahaja?
Katanya, pendakwaan itu lebih menjurus kepada memberi laluan mudah bagi pimpinan parti itu untuk melantik pengerusi badan perhubungan Umno yang baru.
"Puluhan projek pembangunan yang diluluskan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Akibatnya ia hanya menguntungkan syarikat kroni dan projek pula terbengkalai begitu sahaja. Ribuan pembeli rumah di projek Bukit Botak tertipu dan ramai pula menjadi bankrap.
"Hutang Talam sebanyak RM391 juta adalah satu lagi contoh nyata kegagalan pentadbiran Umno-BN. Ribuan ekar tanah telah diagih-agih sesama mereka, baik dalam bentuk pembangunan mahupun sebagai peneroka felda hatta Projek Revolusi Hijau," katanya.
"Siasatan perlu dilakukan samada cukai hartanah dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai. Begitu juga dengan bayaran duti setem," katanya.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Semuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.
Menurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.
Namun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.
Sebelum itu, ahli parlimen Lembah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan