A Mum Of Three Mohd |
| Posted: 29 Dec 2010 06:30 PM PST ![]() St Micheal's Institution, satu nama besar dalam dunia pendidikan di Perak Darul Kartun, khususnya di daerah Kinta. Dato' Seri Ahmad Farid Ridzuan, orang besar TV3, adalah antara produk keluaran St Micheal's Institution yang berjaya dan glamor. Fuuhh... siapa tak kenal mamat ni?? Antara aku dan si Farid ni, ada sedikit persamaan. We are both Michealians. Dia belajar di situ lebih lama, sedangkan aku cuma berkesempatan berada di St Micheal's Institution selama dua tahun sahaja iaitu ketika dalam di Tingkatan 6. Dia junior teman. Tapi... teman tau siapa dia. Masa bebudak di sekolah dulu, nakal dalam diam mamat ni. Farid... Farid.... Kini... dia dah terkenal... glamor, berjaya dan kaya, tetapi... aku cuma insan biasa yang hidup sederhana. Hmm... Aku, on the other hand.... orang dapor jer!! Dari khabar yang diterima, dia akan ke Jabatan Perdana Menteri. Najib berkenankan budak ni kerana kebolehan dia. Dia akan diberi misi khas iaitu untuk mempromosikan Najib punya 1Malaysia. Oooo... itu penting buat Najib. So, Farid... kamu buat kerja baik-baik sikit. Nanti, Najib kecewa. Menonggeng pulak dia nanti!! Tugas si Farid.... mempromosi konsep 1Malaysia Najib. Well.... aku pulak akan attack konsep 1Malaysia dengan cara aku sendiri. Topeng 1Malaysia ini akan dirobek-robek agar rakyat dapat lihat apa sebenarnya di sebalik topeng retorik itu. Aha.... Bertarung kita weh!! Apa-apa pun, AWAS!! Jangan ter'hypnotised' dengan ilusi hasil plagiat Najib yang bakal dipersembahkan oleh Farid Ridzuan dan teamnya. Jangan sekali -kali ter'hypnotised. Buruk padahnya!! AWAS!! JANGAN TERPEDAYA!! [sumber] |
| Posted: 29 Dec 2010 04:00 PM PST December 29, 2010 KUALA LUMPUR, 29 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulong pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF. – Bernama ![]() Esok hari Jumaat, 31 November 2010. Yaahooo!!! Esok kita bercuti umum weh!! Kita bercuti, sebab pasukan bola sepak negara menang lawan Indonesia dengan agregat 4-2. Kita menang 3-0 di Bukit Jalil tapi kita kalah 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno. Apa-apa pun... kita menang. Jadi... Najib berbaik hati, bagi kita cuti. Dapatlah bersama-sama keluarga di penhujung tahun 2010. Orang bagi cuti jangan dilarang. Rezeki dapat cuti jangan ditolak. Ha... ha.. ha.. Tak baik tolak rezeki, kan?? |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan