Jumaat, 3 Disember 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Hantu Cina buat hal lagi.

Posted: 02 Dec 2010 11:40 PM PST


Semalam dan hari ini aku berada di Shah Alam. Ada banyak urusan dan ia perlu dibereskan. Kami dijangka bertolak balik ke rumah petang ini mungkin sebelum maghrib. Kena tunggu 2nd Mohamad balik kerja dulu. Dia nak ikut balik sama. Kalau tak sempat.... akan bertolak selepas maghrib.

Hari ini, baru ada kesempatan surf internet. Itu pun sekejap jer. Curi masa sikit untuk tahu perkembangan dan berita terkini di alam maya.

Satu berita yang menarik ialah kisah Lim Guan Eng.

Hmm.... mamat ni buat hal lagi. Najib mesti berbulu punyer dengan dia. Apaler Guan Eng ni.... Sejak dua menjak memerintah Pulau Pinang ni, asyik bagi habuan jer pada kaki tangan perkhidmatan awam negerinya dan juga rakyat lelainnya terutama warga emasnya. Eleh.... nak tunjuk ler yang dia pandai mentadbir dan memerintah negeri. Hasil pendapatan negeri.... diberi rakyatnya merasa sama. Hmmm.... nak bagi Najib jeles ler tu!!

Dia nak tunjuk... bahawa negeri yang diurus dengan baik.... tak der rasuah sana sini, tak der penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan, maka tak der ler berlakunya ketirisan. Dengan itu, banyak duit rakyat dapat dijimatkan. Haaa... apabila pendapatan negeri baik, tak salah jika ia dipulangkan sikit balik pada rakyat. Biar sama-sama merasa... Walau cuma RM800 saja, tak kisah ler. Sekurang-kurang rakyat yang berkhidmat di bawah pentadibrannya rasa dihargai.

Inilah yang Najib serta UMNO/BN takut. Uisy.... Guan Eng yang digambarkan sebagai hantu Cina yang patut dilawan dan yang digunakan untuk menakut-nakutkan oleh orang Melayu, kini buat hal lagi. Buat hal, yang boleh merencatkan pandangan rakyat terhadap kemampuan Najib mentadbir dan mengurus negara.

Kalau Guan Eng boleh mentadbir dengan baik, mengapa Najib tak boleh?? Dari situ pun... kita dah boleh tahu... siapa yang sebenarnya ikhlas untuk membela nasib rakyat.

Guan Eng sebenarnya bukan hantu Cina yang perlu ditakuti oleh bangsa Melayu tetapi dia adalah pejuang rakyat yang bertindak tanpa mengira kaum dan agama.

[sumber]

Tiada ulasan: