MIMPI SENJA |
- Akhirnya Zaid Ibrahim jadi Presiden
- WikiLeaks : DSAI cabar Najib
- Ceramah DSAI @ Tmn Melati - Gambar2
- Terkini dari Taman Melati
- Jeffrey Kitingan Keluar PKR Khamis Ini
- Ceramah DSAI Tmn Melati malam ini dah dapat permit
Akhirnya Zaid Ibrahim jadi Presiden Posted: 14 Dec 2010 07:13 PM PST Akhirnya Zaid Ibrahim yang keluar PKR baru-baru ni telah mendapat apa yang dicita-citanya ... menjadi Presiden ... Zaid Ibrahim telah dilantik menjadi Presiden parti Kita - Parti Kesejahteraan Tanah Air (dahulunya AKIM) Pertukaran nama tersebut telah dipersetujui dalam AGM Akim yang sedang berlansung sekarang ini Berita lanjut DI SINI |
Posted: 14 Dec 2010 04:30 PM PST Oleh Asrul Hadi Abdullah SaniDecember 15, 2010 KUALA LUMPUR, 15 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam dakwaan pemimpin Singapura bahawa mereka ada maklumat tentang keterlibatan beliau dalam kes liwat dan pada masa yang sama, menggesa perdana menteri menyangkal pendedahan WikiLeaks yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh empat tahun lalu. Ketua Pembangkang ini mencabar Datuk Seri Najib Razak melawan dakwaan itu sebagaimana dilakukan oleh beliau tanpa hanya mengetepikan pendedahan tersebut atas alasan ia perkara kecil. Kelmarin, Najib meminta rakyat Malaysia tidak ambil kisah pendedahan WikiLeaks tetapi semalam Malaysia menghantar nota protes kepada Singapura berhubung pendedahan maklumat laman web itu, yang sebahagiannya memetik pegawai-pegawai republik tersebut yang didakwa memperlekehkan kepimpinan negara ini termasuk Najib sendiri. "Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah anda boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu. "Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar di hadapan 500 hadirin di kawasan pinggi bandar Selangor dekat sini malam tadi. Dalam ceramahnya Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, beliau beberapa kali mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang turut didedahkan oleh kabel-kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang dibawa oleh WikiLeaks. Najib telah berkali-kali menafikan dakwaan yang mengaitkan wanita itu dengan beliau. Ceramah di Taman Melati malam tadi merupakan yang pertama selepas pendedahan WikiLeaks yang menyebut Anwar telah diperangkap tetapi beliau telah memasuki perangkap yang dipasang musuh-musuh politiknya. Anwar dijadual mengadakan ceramah di Melaka, Negeri Sembilan selepas ini sebelum mengakhiri hujung minggu ini di Pulau Pinang sempena konvensyen Pakatan Rakyat. Penasihat PKR ini dijangka akan menggunakan siri ceramah sepenuhnya untuk mendapatkan semula sokongan dan keyakinan rakyat selepas pendedahan WikiLeaks dan juga ekoran kesan ketika pemilihan parti yang berakhir bulan lalu. "Apa itu WikiLeaks? Anda ada bukti? OK, saya akan menjawab dan saya telah meminta peguam saya menjawab. Adakah anda ada bukti? Adakah anda ada bukti teknikal? "Jika Lee Kuan Yew mahu pergi ke mahkamah, sila teruskan dan bawa dia ke mahkamah. Biar beliau jadi saksi, saya tiada masalah. Bukan masalah saya sama ada anda percaya atau tidak," kata Anwar lagi yang merujuk kepada laporan akhbar Australia. Ahad lalu, Anwar menerusi Twitter telah pun mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia - TMI |
Ceramah DSAI @ Tmn Melati - Gambar2 Posted: 14 Dec 2010 08:05 AM PST Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kedatangan yang amat memberansangkan membuatkan beberapa kali pengerusi majlis terpaksa membuat pengumuman meminta para hadirin masuk ke dalam khemah yang disediakan kerana antara syarat-syarat yang diberikan polis adalah tidak membenarkan hadirin berada di luar khemah. Tetapi disebabkan keadaan di dalam khemah sudah sesak, terpaksalah sebahagian besarnya berada diluar khemah. Acara bermula sekitar jam sembilan dengan Dr Tan Kee Kwong yang banyak bercakap mengenai surat terbukanya pada Najib bersabit isu Felda diikuti dengan YB Tian Chua. Ketua AMK Saudara Shamsul mengmbil tempat selepas Tuan Chuan. Shamsul terpaksa bergegas ke Tmn Melewar untuk satu lagi acara ceramah di sana sebaik selesai acara di sini. YB Khalib Samad juga dijemput berucap. Tetapi memandangkan masa amat terhad, YB Khalid diberi masa sekitar 10 minit sahaja diikuti oleh YB Teresa Kok. Kebanyakan mereka bercakap mengenai pendedahan WikiLeaks yang mana bekas PM Singapura Lee Kuan Yew mangatakan DSAI memang terlibat dengan kes liwatnya. DSAI mengambil tempat sekitar jam 10 malam, juga terus bercakap mengenai pendedahan WikiLeaks dan kes liwatnya. Acara tamat tepat jam 10.30 malam dengan tiaada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Ceramah DSAI berikutnya adalah pada Khamis 16 Dec 2010 bertempat di Dataran Muhibah, Kg Ismail, Ampangan Negeri Sembilan yang juga akan bermula pada jam 9 malam. |
Posted: 14 Dec 2010 04:26 AM PST Aku baru saja sampai lbh kurang 15 minit yang lalu. Keadaan di tempat ceramah masih lengang. Tapi yang menariknya, yang tak pernah aku lihat sebelum ini. tempat ceramah terpaksa berpagar/bertutup litup dangan lebih kurang 15 buah khemah 20x20. Itu adalah arahan kata salah seorang ahli jawatankuasa penganjur. Mengikut program malam ini. DSAI dijangka berucap sekitar jam 9.oo mlm nanti. Seperti biasa, polis mengadakan 2 sekatan jalan raya untuk masuk kesini. Belum kelihatan trak 'water canon; (mungkin tersorok). Mungkin menunggu sehingga jam 10.30, seperti permit diberikan sebelum ianya muncul. Berita lanjut menyusul |
Jeffrey Kitingan Keluar PKR Khamis Ini Posted: 14 Dec 2010 02:37 AM PST Jeffrey Kitingan Keluar Dari PKR Khamis Ini, Kata Sumber KOTA KINABALU: Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber Selasa. Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Dr Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka. Mereka berkata Dr Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan. "Dr Jeffrey tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber itu kepada Bernama. Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Pemerhati politik melihat pengunduran Dr Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' untuk Barisan Nasional (BN). - BERNAMA |
Ceramah DSAI Tmn Melati malam ini dah dapat permit Posted: 14 Dec 2010 01:43 AM PST Terbaru - Polis telah mengeluarkan permit untuk ceramah DSAI malam ini di Taman Melati sehingga JAM 10.30 MLM SAHAJA. Dari Twitter DSAI ... Polis telah mengeluarkan permit sehingga jam 10.30mlm bg program ceramah di Taman Melati pd mlm ini. DSAI akan berceramah bermula jam 9mlm DATANG BERAMAI2 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan