Jumaat, 10 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PAS Alor Setar tolong pi tengok sat keluarga ni ...

Posted: 10 Dec 2010 07:48 PM PST

Wan Zaini bersama keluarga di sebuah bengkel di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar

ALOR SETAR – Sebuah keluarga yang tinggal di bengkel kereta di Jalan Datuk Kumbar di sini sejak setahun lalu bakal kehilangan tempat berteduh.

Ia ekoran bengkel tersebut akan diambil alih oleh pemiliknya yang selama ini membenarkan mereka tinggal di situ.

Menurut Wan Zaini Shaari, 36, dia dan suami, Asiedan Mat, 32, serta tiga orang anak yang berusia di antara satu hingga lapan tahun menumpang di bengkel itu secara percuma.

"Bagaimanapun selepas 15 Disember ini, kami tiada tempat tinggal kerana tidak mampu menyewa sebuah rumah dengan pendapatan suami kira-kira RM15 hasil mengambil upah memotong rumput.

"Saya tidak bekerja dan kesemua perbelanjaan rumah serta persekolahan anak-anak ditanggung oleh suami," katanya ketika ditemui di sini semalam - Kosmo

Asakan tersusun pembangkang ancam BN

Posted: 10 Dec 2010 07:35 PM PST

Asakan tersusun daripada pembangkang boleh membuat beberapa calon Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi, demikian menurut anggota kabinet Ketua Menteri Taib Mahmud.

Penasihat khas Taib, Adenan Satem berkata para pengundi tidak akan mengundi untuk sebuah parti sahaja. Keadaan telah berubah.

Rakyat mempunyai akses mudah terhadap maklumat dan semakin mempunyai kesedaran politik. Minda rakyat telah berubah dan BN tidak mampu berpeluk tubuh.

Dilihat sebagai pengakuan pertama dalam politik BN di Sarawak, Adenan berkata senario dewasa ini kurang memihak kepada parti-parti komponen BN.

Beliau berkata, perasaan kecewa di kalangan pengundi yang tidak berpuas hati dengan kempen teratur oleh pihak pembangkang dan tuduhan yang berleluasa tentang penyelewengan yang disebarkan menerusi internet telah memberi kesan buruk dan mempengaruhi kedudukan parti di mata rakyat.

"Para pengundi hari ini lebih condong untuk menyokong individu yang komited untuk memberi khidmat kepada mereka. Nasihat yang baik untuk calon BN sekarang ini ialah supaya mereka rapat dengan rakyat dan memenuhi kehendak mereka.

Kewibawaan calon

"Jangan mengambil sikap sambil lewa terhadap pengundi. Sekarang ini orang tidak mengundi mengikut parti……..kewibawaan calon juga penting dan boleh membawa kepada kekalahan atau kemenangan.

Jadi calon mesti berkarisma, terbuka kepada kritikan dan mendengar keluhan orang ramai," Adenan memberitahu para pemberita pada perjumpaan menjelang Hari Krismas anjuran Persatuan Graduan Bidayuh baru-baru ini.

Adenan, yang juga ahli dewan undangan negeri Tanjung Datu merujuk kepada kes di mana calon-calon BN tidak mendapat sokongan oleh ahli parti mereka sendiri dan akhirnya, "ahli-ahli ini berkempen menentang calon".

Pengakuan Adenan memperlihatkan kebimbangan tentang kerentakan dalaman BN dan malahan "simpanan tetapnya" yang terdiri daripada para penduduk (pengundi) pribumi yang pernah menjadi penyelamat kepada BN, semakin terhakis.

Semua orang tahu bahawa BN telah kehilangan sebanyak besar sokongan masyarakat Cina meskipun cuba dinafikan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

DAP yakin menang 15 kerusi

DAP pula secara terbuka menyatakan keyakinannya untuk merampas 15 kerusi ekoran dari kemenangannya pada pilihan raya kecil Sibu, Mei lalu.

Sementara itu, PKR bekerja keras dengan menggunakan isu tanah, yang menjadi isu kebimbangan yang paling penting di kalangan para pengundi penduduk pribumi.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh kenyataan daripada Menteri Komunikasi dan Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Michael Manyin kepada para pemimpin masyarakat.

Beliau menggesa para pemimpin masyarakat supaya tidak menyokong pemberian tanah adat (NCR) dengan berkata, mereka tidak mempunyai kuasa dan ini menyebabkan para penduduk tempatan menjadi marah.

Bekas timbalan presiden Majlis Undang-Undang Tanah Adat, Nicholas Bawin membidas Manyin kerana kegagalan beliau memahami adat orang-orang Dayak.

"Di bawah adat, Tuai Rumah, Penghulu, Pemancha dan Temenggong menjadi penjaga adat. Mereka dilantik kerana mereka mempunyai ilmu secukupnya berhubung tanah," kata Bawin.

"Pelantikan mereka adalah berdasarkan pengetahuan dan datang bersamanya bidang kuasa," tambahnya.

Merampas tanggungjawab mereka

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, yang dikenali sebagai peguam NCR berkata, dengan menghalang pemimpin-pemimpin masyarakat dari menjalankan tugas bermakna merampas tanggungjawab mereka yang serius.

Para pemimpin ini diganggu dan dihalang oleh beberapa individu dan ahli politik dari menjalankan tugas mereka. Mereka sungguh tidak bertanggungjawab kerana menyekat hak para pemimpin masyarakat.

Sementara itu, Adenan mengakui "kelemahan" dalam sistem dan meminta rakyat memberi BN masa untuk berubah.

Merujuk kepada empat "penyakit" yang digariskan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika Konvensyen BN 2010, beliau berkata, rakyat tidak begitu menghargai kerja kita, tidak seperti dulu.

"Sekarang ini mereka percaya adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan mereka. Mereka kata kerajaan dibayar (dengan menggunakan wang pembayar cukai) untuk berbuat demikian.

"Tapi kami sedar tentang kelemahan ini. Beri kami (BN) masa, kami akan berubah……..tapi ia memakan masa," katanya dan menambah, akhirnya BN juga yang akan membawa pembangunan ke kawasan-kawasan pedalaman - FMT

Saya tak bersekolah tinggi, yang tahu hanya layan lelaki

Posted: 10 Dec 2010 06:37 PM PST

Suzie - gambar Harian Metro

KUALA LUMPUR: "Saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya lakukan kerana saya tak bersekolah tinggi," kata Suzie kepada Harian Metro ketika ditemui di Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Gombak, di sini, semalam.

Pelayan pelanggan (GRO) berusia 22 tahun itu diselamatkan wartawan Harian Metro Rabu lalu apabila dia yang sarat mengandung sembilan bulan mahu menjual bayinya kepada satu pasangan bukan Islam yang menawarkan bayaran RM22,000.

Bagaimanapun, dia dapat dipujuk wartawan supaya tidak meneruskan niat itu dan bersetuju memasuki Kewaja untuk mendapatkan perlindungan dan bimbingan sebelum melahirkan bayinya.

Suzie berkata, sejak berusia 17 tahun dia sudah terjebak dengan kancah maksiat dan mampu hidup selesa, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian dia hamil anak luar nikah kerana kini hatinya lebih terbuka untuk mengingati Tuhan dan mendalami Islam.

"Sebenarnya saya nak berubah, tapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO," katanya.

Ketika ditemui semalam Suzie tidak dapat menggambarkan bagaimana kehidupannya kelak jika anak yang bakal lahir itu mengetahui pekerjaannya.

Katanya, dia tidak mahu terus bergelumang maksiat dan dosa, tetapi tidak tahu bagaimana cara mahu menyara anaknya kerana hanya pekerjaan sebagai GRO mampu memberi pendapatan lumayan.

"Bayangkan dalam seminggu saya mampu mendapat RM3,000 hanya dengan melayan beberapa lelaki. Jika saya mencari pekerjaan lain, saya takut anak ini akan menderita tak cukup makan," katanya.

Anak bongsu daripada dua beradik dari Selayang di sini, tidak tahu bagaimana cara untuk kembali ke pangkal jalan kerana sudah selesa hidup mewah dengan bergelumang maksiat.

"Setiap kali melihat wanita bertudung, terdetik hati untuk berubah, tapi sukar mengenangkan pekerjaan saya lakukan ini, malah kebanyakan rakan saya juga GRO dan hidup kami sudah sebati dengan dosa.

"Saya akan cuba menipu anak ini nanti dengan mengatakan saya kerja kilang atau apa-apa saja, asalkan dia tak tahu pekerjaan sebenar saya," katanya.

Suzie juga berharap ada pihak sudi membantunya keluar dari kancah hina itu. Katanya, di Kewaja dia digalak memperbanyakkan amal ibadat dan mengingati Tuhan memandangkan rasa sakit untuk bersalin diibaratkan seperti bertarung dengan maut.

"Saya lebih tenang di sini, tidak lagi diganggu panggilan daripada 'ibu ayam' yang minta saya melayan pelanggan yang ketandusan kasih sayang itu, malah saya berharap hidup akan lebih bererti apabila anak ini lahir kelak," katanya. Dia yang masih menyimpan hasrat untuk kembali menjadi GRO masih dipujuk pihak Kewaja supaya tidak mengulangi dosa silamnya selain memberi dorongan agar mencari pekerjaan lebih baik.

Ini berikutan dia malu dan menganggap masyarakat tidak dapat menerimanya lagi walaupun jauh di lubuk hatinya ingin memulakan kehidupan baru bersama bayi yang bakal dilahirkan

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

Raja Petra sertai Radio Free Sarawak

Posted: 10 Dec 2010 07:21 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang kontroversial menyertai Radio Free Sarawak sebagai penyumbang tetap — stesen yang mula beroperasi sejak pertengahan bulan lalu sebagai saluran siaran bukan kerajaan.

"Radio Free Sarawak bangga untuk mengumumkan bahawa blogger Raja Petra Kamarudin telah menyertai program radio ini sebagai penyumbang tetap," kata satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Bagaimanapun ia tidak menyebut bila beliau memulakan sumbangan kepada radio itu.

Menurut kenyataan itu, Raja Petra (gambar) akan menyediakan komen harian kepada radio itu dengan memfokus pada isu-isu menyentuh negeri Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya.

Kenyataan itu juga menambah, editornya menyifatkan Raja Petra sebagai seorang personaliti yang "menghiburkan, provokatif dan agar unik".

"Raja Petra merupakan seseorang yang anda boleh mendengar untuk satu tempoh yang agak lama, bukan hanya kerana dia menghiburkan dan menarik (untuk diikuti), tetapi pandangan diiringi dengan (bahan berdasarkan) penyelidikan, pengetahuan dan kewartawaan berfakta. Apabila anda mendengar Raja Petra, anda akan mempelajari sesuatu," katanya lagi.

Radio Free Sarawak merupan stesen radio bukan kerajaan yang menyediakan siaran setiap hari antara pukul 6.30 hingga 7.30 petang pada gelombang 7590kHz dan dari 6 hingga 7 petang pada 15420 kHz.

Radio Free Sarawak memulakan siarannya pertengahan bulan lalu. Ia membawa rancangan berita, ehwal semasa dan komentar.

Difahamkan kandungan program itu akan diterbitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat setempat di Sarawak dan dihantar ke London untuk dipancarkan.

Raja Petra mula bebas selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 November lalu membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan penulis blog itu daripada tahanan dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua tahun lalu.

Pada 7 November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada tahanan ISA selepas memutuskan bahawa penahanannya selama dua tahun di kem tahanan Kamunting di Taiping adalah menyalahi undang-undang.

Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara dan perintah untuk menahannya mengikut ISA dikeluarkan pada 22 September 2008.

Raja Petra ditahan berdasarkan antara lain, memiliki dan menjalankan laman web Malaysia Today dan dengan niat dan menerbitkan artikelnya dan juga komen-komen pembaca Malaysia Today dengan sewenang-wenangnya, yang menghina orang Islam, kesucian Islam dan peribadi Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau memfailkan satu permohonan habeas corpus menuntut pembebasannya. Dalam permohonannya, dia menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

Raja Petra juga telah dibebaskan oleh mahkamah berhubung tuduhan hasutan tahun lalu. - TMI

Rakyat akan terus di'kencing' oleh pemerintah atau mereka yang berkuasa

Posted: 10 Dec 2010 05:51 AM PST

MS : susulan surat terbuka kedua Mat Zain Ibrahim .... lepas ni depa kata Mat Zain ni pula yang tak betoi ... bukan depa yang tak betoi .... agak aku la.
Sebab apa depa buat semua betoi.
Menteri pun sama kaki kencing, Peguam Negara pun sama ... tapi siapa yang boleh mendakwa mereka?
Ala bunuh orang pun boleh hidup senang lenang, inikan pula palsukan dokomen bro, apa ada hal kan ...
Tapi sampai bila cerita-cerita macam ni atau perangai-perangai macam ni akan terus menerus dilakukan oleh mereka-mereka yang berkuasa? Sampai mampuih la bro ...
Dulu masa Mat Zain buat pendedahan melalui surat terbuka pertamanya yang antara lain mengatakan Gani 4tail menipu, aku ingat akan ada la tindakan terhadapnya, tapi tak dak pun ... tup tup ada menteri kata tak dak apa yang tak kena ... Gani 4tail senyum lebar ... dalam hati dia, hahaha, mampuih la hangpa. aku dah kencing hangpa ...
Tak kan Mat Zain nak tipu kot. Aku tak rasa macam tu. Aku rasa apa yang Mat Zain cakap tu betoi, tapi pemerintah kita dan orang-orang yang berkuasa di atas sana saja yang tak betoi ... cari makan beb ...masing-masing nak kena jaga, hang jaga aku, aku jaga hang ... hahaha
Ini Mat Zain keluarkan pula surat terbuka ke2, sebab surat yang pertama dulu tak berkesan, tak ada tindakan ...
Jadi dengan surat ke2 ni hangpa ingat depa nak ambil ke tindakan ke keatas gani 4tail tu .... hahaha lu pikiaq la sendiri.
Rakyat akan terus di'kencing' oleh pemerintah/mereka yang berkuasa ... padan muka aku ... :-)
Ini lah dia Surat terbuka kedua dari Mat Zain Ibrahim kepada KPN
10 DIS —
Assalamualaikum wbt, Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; "Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998. Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut". Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998. Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan "without fear or favour; leaving no stone unturned; and to get it over with as soon as possible" dan tidak ada sebarang "cover-up" untuk sesiapa pun. Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua. Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah "dihilangkan" sementara, selama lebih kurang 3 minggu diantara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.

Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini, izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat "as and when the events unfolded", sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan. Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, "you see... you recognise;you read... you will know; if you write… you will remember forever." Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan, kepada Peguam Negara. Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar, sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, "Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini", persoalan yang muncul secara spontan ialah; bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga(3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut?.Malah dua(2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999,dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public. Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima(65) muka surat kesemuanya. Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;

1. YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009.

2. YA Bhg Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009

3. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009.

4. Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.

Saya percaya Tan Sri masih ingat, bilamana satu helai surat sahaja, bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama,maruah dan kedaulatan negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura. Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan.Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara "deliberate". Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja. Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas. Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequence of events pemalsuan-pemalsuan ini.

Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias. Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian,apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1,PART TWO,Item 2 "OVERVIEW" perenggan 2.1.Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:

Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 "Overview")

"Quite simply, this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim (DSA) had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved, to the satisfaction of the Honourable the Attorney-General, that more than one police officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA's body". Unquote.

Perkara dalam 2nd limb, quotation diatas yang menyebabkan pertembungan "head-on" antara Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) dengan saya. Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini, mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api. Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini. Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri, pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu, saya disoal juga mengenai "sikap tidak sopan" saya ini. Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.

Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut yang diadakan diantara 22.2.1999 dan 4.3.1999, dua laporan pakar dalam persoalan ini, yang disediakan oleh DrRahman Yusof masing-masing yang diarahkan oleh TSGP pada 26.10.1998 dan satu lagi yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA, yang dipercayai disediakan diantara 14.12.1998 dan 21.12.1998 (Ekshibit A9) telah dikemukakan dan diteliti oleh Suruhanjaya. Perkara ini dirakamkan dalam Volume 1,PART FOUR,Item 4(B) The Medical Evidence,perenggan 4.11 dan 4.12.

Saya mendapat faham pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Allahyarham TSMA merasa cemas. Diberitakan beliau tidak tahu TSGP telah lebih awal melantik Dr Rahman menyediakan laporan pada 26.10.1998. Allahyarham juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang DrRahman sepertimana yang saya telah jelaskan kepada TSGP. Saya turut percaya sekiranya Allahyarham TSMA diberitahu mengenai kedua perkara ini, tidak mungkin beliau akan melantik Dr Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktibiti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh Pasukan Penyiasat.

Saya kemudiannya diberitahu,TSGP telah memainkan peranannya dibelakang tabir untuk cuba "membetulkan" keadaan.Apa yang boleh saya sahkan ialah Dr Rahman sendiri memohon, malah merayu kepada pembantu-pembantu saya untuk mendapat kerjasama saya memasukkan laporan ketiga pula untuk "neutralise" laporan pertama bertarikh 26.10.1998 dan laporan kedua sepertimana Ekshibit 9, yang saya tolak.

Perkara yang sangat penting yang saya harapkan Tan Sri mengambil perhatian ialah;

Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut, dua laporan Dr Rahman yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA dan TSGP telah dikemukakan; sepertimana disebut dalam perenggan 9 diatas.

Apabila laporan Suruhanjaya tersebut lengkap dicetak dan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong,dan kemudiannya diistiharkan sebagai dokumen public, didapati laporan Dr Rahman yang diarahkan oleh TSGP tidak ada dalam laporan tersebut. Bagaimanapun laporan yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA ada sepertimana Ekshibit A9.

Untuk berlaku adil kepada TSGP, saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan Suruhanjaya tersebut. Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat, oleh kerana orang lain tiada mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini. Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan Suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas.

Apa yang patut dibimbangkan ialah; jika laporan penting sepertimana rekod prosiding Suruhanjaya Di-Raja ini, yang akan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, pun boleh dimanipulasikan, maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

Saya berharap Tan Sri akan menimbangkan semula pendirian yang PDRM ambil dalam isu ini. Perkara mantan IGP,TSRN mengaku bersalah dan mengambil tanggung-jawab dan melalui hukuman yang dikenakan keatasnya, TIDAK sepatutnya diungkit lagi. Perkara yang patut dititikberatkan ialah mengenai pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan dalam penyiasatan mata-lebam ini, dan pemalsuan-pemalsuan serta penipuan-penipuan yang dilakukan susulan dari itu dan/atau yang berkaitan dengannya dan mengenalpasti siapa pemain-pemain utamanya. Keterangan mengenainya baik keterangan direct mahupun circumstancial adalah jelas. Saya percaya Tan Sri turut sedar bahawa tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk indemnify mana-mana individu daripada criminal liability.

Tidak salah untuk saya membawa ingatan Tan Sri kepada Januari 1999, dimana kesan daripada pemalsuan dan penipuan yang terkandung dalam press statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 telah membawa PDRM to the brink of collapse. Betapa masyarakat memandang rendah dan hinanya kita ketika itu, sehinggakan timbul cakap-cakap yang orang luar dari kalangan PTD pula akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara, seolah-olah dalam PDRM tidak ada orang yang layak atau mampu memimpin pasukan. Saya percaya Tan Sri juga ingat situasi ini dan tentunya tahu orang-orang yang terlibat dan bersubahat membawa kita kepada situasi itu.Saya berharap sejarah ini tidak berulang.

Apa pun, saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak. Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya.

Salam sejahtera dan selamat maju jaya.Wassalam

Tiada ulasan: