Khamis, 23 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Menteri rogol Amah Indonesia - Wikileaks

Posted: 22 Dec 2010 11:02 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. - Harakahdaily




ReJaM©

Al - Quran ditulis gunakan darah Saddam

Posted: 22 Dec 2010 10:44 AM PST


BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.

Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.

Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.

Laporan asal: Guardian UK





ReJaM©

New Zealand dedahkan dokumen UFO kerajaan

Posted: 22 Dec 2010 09:46 AM PST



Pihak ketenteraan New Zealand telah mendedahkan ratusan butir-butir beserta dokumen yang berkaitan dakwaan penemuaan objek terbang yang tidak dikenali (UFO)

Fail-fail dengan tarikh dari tahun 1954 sehingga 2009, termasuk lakaran lukisan dan tulisan yang didakwa milik makhluk asing.

Di dalam dokumen itu juga terdapat perincian peristiwa individu yang mengaku melihat UFO yang paling terkenal di Selandia Baru, yaitu ketika cahaya aneh tertangkap kamera di kota Kaikoura, Pulau Selatan pada tahun 1978.

Seorang pegawai pada waktu itu mendakwa fenomena semula jadi dapat menjelaskan kejadian itu.

Meskipun insiden ini telah menjadi berita besar di seluruh dunia, laporan ketenteraan menyebut bahawa cahaya itu mungkin berasal dari cahaya kapal yang terpantul ke awan atau penampakan planet Venus yang luar biasa.

Setelah dokumen itu diterbitkan, jurucakap Angkatan Udara New Zealand Kavae Tamariki mengatakan pihak ketenteraan tidak memiliki sumber untuk menyelidiki pengakuan individu yang melihat UFO dan tidak akan memberi ulasan berkenaan isi dokumen tersebut.

"Kami kini di dalam tahap mengumpulkan informasi. Kami tidak menyelidiki atau membuat laporan, kami tiada kaitan dengan kandungan dokumen itu," ujar Kavae Tamariki yang dipetik oleh akhbar Dominion Post.

Laporan-laporan ini diterbitkan sesuai dengan Undang-Undang kebebasan informasi setelah para pejabat memadamkan sumber nama dan identiti pengadu.

Dokumen - setebal 2.000 halaman - ini mengandungi antara lain pengakuan masyarakat, kakitangan tentera dan dan pemandu pesawat komersial yang menggambarkan pengalaman melihat keanehan, yang kebanyakan berupa cahaya yang bergerak di angkasa.

Seluruh laporan asli yang menjadi sumber laporan itu masih disimpan di dalam simpanan nasional negara.


Sumber: Free Malays
ReJaM©

Jadual berkala paling kecil di dunia sebesar sehelai rambut

Posted: 22 Dec 2010 06:13 AM PST



Para penyelidik telah menghasilkan sebuah jadual berkala (periodic table) yang dipercayai sebagai "Jadual Berkala paling kecil di dunia" yang ditulis di atas sehelai rambut manusia.

Pakar-pakar daripada Universiti Nottingham telah mencipta jadual berkenaan dengan saiz yang begitu kecil sehinggakan dipercayai sejuta salinan jadual berkala dengan saiz berkenaan dapat ditulis di atas nota Post-it standard menggunakan gabungan pecutan ion dan mikroskop elektron..

Simbol-simbol 118 unsur telah dilukiskan di atas sehelai rambut milik Professor Martyn Poliakoff, seorang pakar Kimia Hijau. Jadual tersebut kemudian diserahkan sebagai hadiah hari jadinya.



Sumber: Zon FikiR



ReJaM©

Bila kenyataan APCO dianggap bukti kukuh

Posted: 22 Dec 2010 05:06 AM PST



Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa APCO tidak terlibat dengan 1 Malaysia dan 1 Israel. Sayangnya Nazri Aziz sekadar memberikan bukti afidavit bertulis daripada APCO sendiri. Yahudi berjanji tidak akan menyerang Palestine, tidak mahu memusnahkan Masjid Al-Aqsa, tidak mahu membunuh orang awam. Malah Yahudi menggambarkan kepada dunia bahawa bangsa mereka adalah bangsa yang baik. Bangsa yang memperjuangkan kedamaian. Kali ini Yahudi APCO mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan 1 Malaysia serta 1 Israel.

Adakah ini merupakan bukti kukuh bila yahudi sendiri yang mengeluarkan kenyataan? Anda mahu percaya dengan kenyataan ini? Terpulang kepada anda. Tahukah anda apakah peranan Yahudi APCO ini untuk kerajaan Malaysia sehingga dibayar RM 77 juta setahun oleh Kerajaan Malaysia? Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh yahudi ini kepada Kerajaan Malaysia? Di bawah ini jawapannya, dipetik daripada Wikipedia. Sila klik untuk membesarkan image.




Tugas APCO sememangnya untuk menguruskan isu-isu politik sensitif di Malaysia. Maka tidak hairanlah bermacam-macam kaedah digunakan untuk menaikkan imej kerajaan lebih-lebih lagi melalui media baru (internet)


ReJaM© "Percaya cakap APCO sama macam percaya janji manis mat gian!"

Majlis bodoh membazirkan duit kerajaan

Posted: 22 Dec 2010 01:20 AM PST



Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program Sidang Wanita pertama tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Siapa-siapa tolong jawab, apa faedahnya Suami Perdana Menteri Najib si Rosmah Mansor mengadakan "sidang kemuncak wanita pertama" ni? Apa faedah yang diperolehi daripada duit sebanyak RM 4.5 juta yang dibazirkan? Inilah salah satu program bangang memperabis duit kerajaan agar bini orang kaya dapat berhibur dan berlagak jadi "Wanita Pertama" Walaupun perlembagaan tidak mengiktiraf perempuan perasan ni sebagai wanita pertama.

Tapi biasalah orang kalau dah perasan dia ingat dia bagus. Mentang-mentang dia Suami Perdana Menteri dia boleh la buat apa sahaja. Ini negara Isteri dia punya! Nak pakai duit negara isteri dia boleh bagi! Rm 4.5 Juta bukan banyak bagi diorang ni. Kalau bagi kat rakyat biasa Rm4.5 Juta tu suruh kira sorang-sorang, 4 hari empat malam kira pun tak habis-habis, last-last jadi gila sebab asyik salah kira dan terpaksa ulang dari awal semula.

Tapi kita kena terima, inilah perangai Wanita Pertama negara ni. Penyokong BN dan UMNO kena bersyukur sebab negara Malaysia ni kaya raya! Kalau tak ada orang macam Rosmah Mansor ni, siapa nak tolong perabis duit Malaysia yang banyak-banyak tu?


ReJaM©"Terima Kasih Bik Mama"

Tiada ulasan: