Isnin, 20 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Guan Eng saman Utusan

Posted: 20 Dec 2010 12:33 AM PST


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengeluarkan saman malu ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.

Setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan berkata akhbar milik Umno itu benyak memfitnah Lim, seperti dalam isu perarakan maulud nabi, probohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.

"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan," kata Cheong.

Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co.

Dalam kenyataan hari ini, Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.

"Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

"Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya. -Malaysiakini




ReJaM©

Banjir besar di Kemaman, Terengganu lebih 1000 dipindahkan

Posted: 19 Dec 2010 10:22 PM PST


KEMAMAN 20 Dis. - Hampir 1,000 orang penduduk di daerah ini dipindahkan setakat ini ekoran banjir yang mula melanda sejak petang semalam di beberapa kawasan.

Mereka yang terdiri daripada hampir 30 keluarga ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan dan dijangka lebih ramai akan turut dipindahkan petang ini.

Menurut sumber Majlis Keselamatan Negeri, mereka ditempatkan di Pusat Sumber Kampung Chabang, Dewan Orang Ramai Kampung Baru Kerteh, Kuarters Polis Kerteh, Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik dan SK Pengkalan Ranggon.

Juga di balai raya Kampung Gong Chengal, balai raya dan masjid Padang Kemunting, Balai Raya Batu 9, Bukit Kurnia dan Bukit Kukuran.

Bagi kemudahan orang ramai untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terbaru mengenai banjir di negeri ini boleh menggunakan talian berikut:

*Bilik Gerakan Bencana Negeri.

- 09-6316021

*Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

- 09-6224022

*Bilik Gerakan Jabatan Kerja Raya.

- 09-6274277

*Stesen Meteorologi Lapagan Terbang Sultan Mahmud.

- 09-6664743

*Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran.

- 09-6224072

*Pusat Kawalan Kontinjen Ibu Pejabat Polis.

- 09-6270499

Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat.

- 09-6234444

*Batalion 18 RAMD

- 09-6664206

*Bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

- 09-6668246

- 09-6666492

*Bilik Gerakan Jabatan Pengangkutan Jalan.

- 09-6222023

*Bilik Operasi Tenaga Nasional Berhad.

- 09-6818124



ReJaM©

Lapangan terbang tayang filem lucah

Posted: 19 Dec 2010 10:11 AM PST


DHAKA - Pihak berkuasa Bangladesh telah melancarkan satu penyiasatan selepas filem lucah dipercayai disiarkan pada skrin besar yang dipaparkan di lapangan terbang utama negara berkenaan, menurut majistret ahad lalu.

Ratusan pelancong, sahabat handai yang menunggu serta saudara mara di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal dikatakan terkejut saat filem lucah tersebut ditayangkan selama kira-kira lima minit pada pagi jumaat, kata majistret Siddiqa Akhter.

Skrin paparan itu biasanya memaparkan rakaman dokumentari-dokumentari tentang budaya dan georgrafi negara Bangladesh, sebuah negara Muslim yang konservatif.

"Operator lapangan terbang berkenaan telah dipenjara selama dua bulan. Kami juga telah mengarahkan pemilik syarikat kabel untuk menyiasat insiden tersebut. Kami harus menyiasat sebarang perlakuan jenayah yang berkaitan," menurut Ahter.

Setiap hari, ribuan orang menggunakan terminal berkenaan untuk menyambut atau menghantar sahabat handai dan sanak saudara mereka.

Sumber: Free Malays

ReJaM©

Tiada ulasan: