Khamis, 30 Disember 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


PERTEMUAN PAS-UMNO, HARAKAHDAILY MESTI CEPAT BERTINDAK

Posted: 29 Dec 2010 11:01 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

HANGAT di merata blog pro PR tentang isu pertemuan pimpinan PAS dan Umno yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden kedua-dua parti tersebut di Terengganu baru-baru ini. Lebih menarik lagi, diberitakan bahawa Mursyidul Am PAS juga diseret untuk menghidupkan kembali agenda `Kerajaan Perpaduan' yang di`haram'kan oleh Muktamar PAS yang terakhir.
Alhamdulillah, mengikut berita dari blog Malaysiawaves, Penarik Beca dan beberapa blog lain, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi menyelamatkan keadaan. Dan, usaha pihak berkenaan gagal samasekali. Persoalannya, benarkah berita ini?

Apabila kita disajikan berita seperti ini, mungkin ada yang percaya dan mungkin ramai yang tidak percaya. Maklumlah, PR khususnya PAS sedang menghadapi PRK Dun Tenang sebuah kawasan di Johor yang begitu kuat `Melayu'nya. Tentulah bagi mereka yang tidak percaya mengatakan itu merupakan satu agenda untuk meranapkan kerjasama PAS dengan rakan sekutu di dalam PR. Manakala, bagi mereka yang percaya berita ini mereka juga ada hujah dan dibuktikan dengan tulisan oleh YB Abdul Fatah Harun pemimpin PAS Kelantan di dalam Face Book nya.

Oleh kerana ada yang percaya dan ada yang tidak percaya, ramai yang was-was dengan berita ini, kita ingin bertanya pula apakah fungsi Harakahdaily? Mengapa media PAS yang sering menjadi rujukan rasmi ahli-ahli PAS serta penyokong-penyokong PR begitu lembab untuk menyiarkan kenyataan samada mengesahkan atau menafikan berita seperti ini? Peranan media rasmi seperti Harakahdaily mestilah menjaga nama baik parti dan memelihara ahli-ahli parti dari mempercayai berita yang mungkin sahih atau tidak. Justeru itu, Harakahdaily mesti mengeluarkan kenyataan walaupun sebaris ayat.

Jangan salahkan penyokong atau ahli jika mereka `tersesat' dengan berita-berita yang karut-marut, sedangkan media parti pun tidak peka dengan kehangatan isu ini. Mudah-mudahan Harakahdaily segera menjawab isu ini sebelum diperbesarkan oleh mereka yang tidak mengetahui hujung pangkal cerita sebenar./wfauzdin.blogspot.com

KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS DIKHIANATI ?

Posted: 29 Dec 2010 04:00 AM PST

TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS?

Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk "Pertemuan penting itu sudah berlangsung?", Mohd Sayuti Omar menulis:
Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.
Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa "akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu" (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:
1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?

2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?

3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?

4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama?

5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?

6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?

7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?

8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan di dalam satu mesyuarat?
Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.

Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat./Penarikbeca.blogspot

YB GOBALA 'LIDAH BIAWAK' MENJERIT SEPERTI ` MABUK TODI'?

Posted: 29 Dec 2010 02:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMBACA laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam, ternyata YB Gobalakrishnan terlalu kepingin dirinya dipecat dari PKR. Beliau secara terus terang menyerang kepimpinan DS Anwar dengan menuduh Ketua Umum PKR tersebut secara terbuka sebagai tidak berlaku adil. Malangnya, YB Gobala tidak menyebut secara terperinci atau bukti ketidakadilan DS Anwar di dalam kenyataannya itu melainkan menuduh secara rambang sahaja.

Adakah PKR tidak memilih beliau sebagai Naib Presiden yang dilantik suatu bukti bahawa DS Anwar tidak berlaku adil? Apakah perlantikan N.Surendran seorang pejuang hak asasi yang mewakili kaum India di dalam PKR juga menunjukkan DS Anwar pilih kasih? Bagaimana pula dengan tokoh ternama lain yang tewas di dalam pemilihan PKR baru-baru ini tetapi tidak dipilih oleh DS Anwar? Mengapa mereka tidak menuduh DS Anwar tidak berlaku adil? Mengapa YB Gobala sahaja yang terjerit-jerit macam mabuk todi?

Beliau membangkitkan isu kuil orang-orang India. Tidakkah beliau tahu orang-orang Islam juga sekarang mempunyai masalah dengan tempat ibadat mereka dan sehingga kini tiada seorang pun pemimpin PKR yang berugama Islam terjerit-jerit seperti YB Gobala. Mereka semua faham isu tersebut mesti ditangani segera, dan ada ketikanya mereka perlu bertolak ansur bagi mengatasi masalah tersebut.

Kita mahu bertanya YB Gobala berapa banyak kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan atau dibakar di bawah Kerajaan Negeri PR? Jika setakat kuil dipindahkan atas sebab-sebab tertentu, YB Gobala juga mesti tahu Masjid dan Surau bagi orang-orang Islam juga akan dipindahkan sekiranya terdapat keperluan. Apa yang penting, pihak pemerintah mesti berbincang terlebih dahulu kepada semua penduduk agar sebarang tindakan yang bakal diambil difahami sepenuhnya oleh mereka. Mengapa YB Gobala meletakkan isu kuil ini ke atas kepala DS Anwar untuk menuduh beliau seolah-olah anti kaum India?

Nampaknya YB Gobala mula belajar dari YB Zul Kulim Bandar Baru yang sengaja mencari sebab untuk dipecat. Apakah YB Gobala merasakan beliau terlalu hebat sehinggakan PKR terlalu sayang untuk melepaskannya? Atau, YB Gobala sudah merasakan semenjak Sammy Vellu bersara dari Presiden MIC, harapan beliau agak cerah untuk kembali kepada MIC? Mungkin juga YB Gobala terlalu rindu untuk bersama semula dengan Dato Zaid Ibrahim Presiden KITA dan merasakan ada harapan untuk memegang jawatan penting di dalam parti yang mempunyai keahlian 300 orang itu? Jika itulah harapan YB Gobala, kita minta beliau berambus sahaja dari PKR./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: