Rabu, 29 Disember 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


BOLASEPAK - VIETNAM, THAILAND LEBIH KUAT DARI INDON - KAPTEN MALAYSIA

Posted: 29 Dec 2010 12:00 AM PST

Sayur kot...


PEMAIN negara hanya melakukan latihan ringan di pekarangan hotel penginapan mereka, Hotel Sultan, Jakarta semalam.

JAKARTA – "Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... sayur kot!"

Itu tegas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim yang semakin yakin untuk mencatat sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama menjulang trofi Piala Suzuki AFF malam ini.

Bagi Safiq, 23, pasukan Indonesia tidaklah sehebat mana berbanding dua pasukan bekas juara iaitu Vietnam dan Thailand yang disifatkannya lebih kuat.

"Saya rasa, Vietnam jauh lebih bagus dan kuat. Malah Thailand pun sebenarnya lebih baik daripada Indonesia," kata Safiq ketika ditemui Kosmo! selepas sesi latihan ringan skuad kebangsaan di pekarangan Hotel Sultan di sini pagi semalam.

Safiq yang mengakui cukup teruja dan tidak sabar untuk mengesahkan kejuaraan pertama buat Malaysia selepas berakhirnya final kedua malam ini turut berkongsi pengalaman menjadi kapten.

"Jurulatih (K. Rajagobal) umum pelantikan saya sebagai kapten ketika aksi persahabatan bertemu Maldives beberapa hari sebelum ke Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

"Bagaimanapun pada perlawanan itu, Nasriq Baharom cedera dan jurulatih terpaksa menyenaraikan pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah dan tugas kapten diberikan kepada Zamani.

"Tetapi Zamani pula cedera pada aksi sulung Sukan Asia menentang Krgyzstan. Saya jadi kapten untuk baki perlawanan menentang Jepun, China dan Iran, semuanya tewas.

"Bermula pada Piala Suzuki AFF, kita tewas kepada Indonesia. Ketika itu saya tertekan kerana tewas semua perlawanan. Tetapi tak sangka dapat juga bawa pasukan ke final sebagai kapten," jelas Safiq.

Menjelang aksi final kedua malam ini, pemain tengah Selangor itu mengharapkan skuad kebangsaan berjaya memperoleh gol awal bagi menambah tekanan buat pasukan tuan rumah.

"Jika kita dapat jaring satu gol, Indonesia terpaksa cari lima gol. Tetapi jangan pula kita beri mereka gol awal kerana ia akan membangkitkan semula semangat pasukan lawan.

"Apa pun ini pertama kali saya berpeluang menjulang trofi selaku kapten. Tak pernah langsung sebelum ini. Lagipun menjulang trofi di hadapan penyokong Indonesia, lebih memberi kepuasan.

"Saya harap, kita akan pulang Khamis ini (esok) bersama-sama trofi Piala Suzuki AFF," ujar pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu

YB GOBALA 'LIDAH BIAWAK' MENJERIT SEPERTI ` MABUK TODI'?

Posted: 29 Dec 2010 12:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMBACA laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam, ternyata YB Gobalakrishnan terlalu kepingin dirinya dipecat dari PKR. Beliau secara terus terang menyerang kepimpinan DS Anwar dengan menuduh Ketua Umum PKR tersebut secara terbuka sebagai tidak berlaku adil. Malangnya, YB Gobala tidak menyebut secara terperinci atau bukti ketidakadilan DS Anwar di dalam kenyataannya itu melainkan menuduh secara rambang sahaja.

Adakah PKR tidak memilih beliau sebagai Naib Presiden yang dilantik suatu bukti bahawa DS Anwar tidak berlaku adil? Apakah perlantikan N.Surendran seorang pejuang hak asasi yang mewakili kaum India di dalam PKR juga menunjukkan DS Anwar pilih kasih? Bagaimana pula dengan tokoh ternama lain yang tewas di dalam pemilihan PKR baru-baru ini tetapi tidak dipilih oleh DS Anwar? Mengapa mereka tidak menuduh DS Anwar tidak berlaku adil? Mengapa YB Gobala sahaja yang terjerit-jerit macam mabuk todi?

Beliau membangkitkan isu kuil orang-orang India. Tidakkah beliau tahu orang-orang Islam juga sekarang mempunyai masalah dengan tempat ibadat mereka dan sehingga kini tiada seorang pun pemimpin PKR yang berugama Islam terjerit-jerit seperti YB Gobala. Mereka semua faham isu tersebut mesti ditangani segera, dan ada ketikanya mereka perlu bertolak ansur bagi mengatasi masalah tersebut.

Kita mahu bertanya YB Gobala berapa banyak kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan atau dibakar di bawah Kerajaan Negeri PR? Jika setakat kuil dipindahkan atas sebab-sebab tertentu, YB Gobala juga mesti tahu Masjid dan Surau bagi orang-orang Islam juga akan dipindahkan sekiranya terdapat keperluan. Apa yang penting, pihak pemerintah mesti berbincang terlebih dahulu kepada semua penduduk agar sebarang tindakan yang bakal diambil difahami sepenuhnya oleh mereka. Mengapa YB Gobala meletakkan isu kuil ini ke atas kepala DS Anwar untuk menuduh beliau seolah-olah anti kaum India?

Nampaknya YB Gobala mula belajar dari YB Zul Kulim Bandar Baru yang sengaja mencari sebab untuk dipecat. Apakah YB Gobala merasakan beliau terlalu hebat sehinggakan PKR terlalu sayang untuk melepaskannya? Atau, YB Gobala sudah merasakan semenjak Sammy Vellu bersara dari Presiden MIC, harapan beliau agak cerah untuk kembali kepada MIC? Mungkin juga YB Gobala terlalu rindu untuk bersama semula dengan Dato Zaid Ibrahim Presiden KITA dan merasakan ada harapan untuk memegang jawatan penting di dalam parti yang mempunyai keahlian 300 orang itu? Jika itulah harapan YB Gobala, kita minta beliau berambus sahaja dari PKR./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA MENTERI YANG ROGOL AMAH ITU?

Posted: 28 Dec 2010 11:00 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh (gambar) yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

LAPORAN BERKAITAN

Siapakah menteri rogol amahnya?

Menteri rogol amah tetapi selamat

Sumber: Harakahdaily


PERLANTIKAN ISA SAMAD PERSENDAKAN PENEROKA FELDA

Posted: 28 Dec 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PADA 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Dan, semalam diumumkan oleh Najib bahawa Adun Bagan Pinang ini dilantik sebagai Pengerusi FELDA yang baru berkuarkuasa Jan 2011 bagi menggantikan Dr Yusoff Noor yang dilantik pula sebagai Penasihat di dalam Felda. Di dalam keadaan FELDA dengan berbagai dakwaan ketirisan serta penyelewengan, tokoh seperti Isa Samad ini dianggap oleh Najib sebagai penyelamat FELDA. Orang yang pernah diambil tindakan kerana rasuah ini, diharapkan untuk menjaga FELDA? Kesihan kepada para peneroka FELDA, dipersendakan nasib mereka.

Sudah tiada tokoh lagikah yang rekodnya bersih dan boleh dipercayai untuk diharapkan menjaga nasib para peneroka selain dari Isa Samad? Cuba Najib beri satu sahaja fakta atau faktor yang menunjukkan hebatnya Isa Samad? Mengapa dibawa orang seperti ini ke dalam FELDA?

Kita tidak tahu apa integriti yang mahu diterapkan oleh Najib di dalam pentadbirannya. Adakah ini tahap `Pencapaian Di Utamakan'? Tidak tahulah jika para Peneroka FELDA masih lagi mempercayai kerajaan seperti ini sehingga nasib mereka sendiri pun dipersendakan sedemikian rupa./wfauzdin.blogspot.com

Jentera Pemuda Pakatan sedia gempur Tenang

Posted: 28 Dec 2010 05:00 PM PST

Dis 28, 10

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata jentera Pemuda Pakatan Rakyat kini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

Katanya, jentera dengan kekuatan 1,5000 anggota PAS, PKR dan DAP itu akan dirasmikan dalam satu majlis pada 1 Januari.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Tenang ditetapkan pada 22 Januari.

"Pemuda telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi memenangi kerusi DUN Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi.

"Namun Pemuda Pakatan Rakyat akan memaksimumkan gerakkerja penerangan dan aktiviti kepemudaan guna memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Tenang kelak.

"Peluang untuk menang sentiasa terbuka dan kita mengharapkan pertolongan dari Allah agar kejayaan menjadi milik kita di DUN Tenang nanti," kata Nasrudin dalam satu tulisan di blognya hari ini.

Tambahnya, kemenangan itu penting memandangkan Johor memerlukan wakil dari Pakatan untuk kuasa semak dan imbang dalam persidangan DUN negeri itu.

Majlis berkenaan akan disempurnakan naib presiden PAS Salahudin Ayub di majlis yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang di Markas Operasi Pemuda PAS di pekan Tenang.

Sehubungan itu, Nasrudin berkata satu ceramah motivasi juga akan diadakan di majlis berkenaan yang akan disampaikan beliau sendiri bersama pemimpin barisan pemuda PKR dan DAP - Shamsul Iskandar Mat Akin dan Anthony Loke./Malaysiakini

KSN MEMALUKAN KAKITANGAN AWAM

Posted: 28 Dec 2010 07:05 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan seringkali melaungkan agar semua kakitangan awam bekerja dengan penuh integriti dan profesional. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan beliau sendiri mengajar dan menunjukkan contoh yang `kurang ajar' dan `biadab'.

Di dalam isu perlantikan Datuk Khusrin, Pengarah JAIS ke jawatan SUK Negeri Selangor berkuatkuasa 01 Jan 2011, KSN sendiri membelakangkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipilih oleh rakyat. Bayangkan jika pejabat MB sendiri tidak tahu menahu tentang perlantikan itu kerana tidak dimaklumkan lebih awal, jauh sekali untuk dibincangkan. Di mana sikap hormat menghormati yang ingin dibuat contoh kepada semua kakitangan awam? Di mana integriti dan tahap profesional beliau?

Jawatan itu bukan jawatan Budak Pejabat atau Penghantar Surat. Jawatan SUK adalah jawatan terpenting di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan ia mestilah dibuat secara profesional. Susah sangatkah untuk menulis surat memaklumkan perlantikan itu lebih awal tanpa tergesa-tergesa, atau sukar sangatkah untuk MB Selangor dibawa berbincang? Atau, ada agenda lain yang telah diatur untuk memporak-porandakan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor?

Jika inilah sikap KSN, ianya amat memalukan kakitangan awam yang lain. Kita amat bersetuju dengan tindakan MB Selangor untuk mengadap Istana Selangor bagi memaklumkan sikap `tidak beradab' KSN dan Kerajaan Pusat ini. Kedaulatan rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan mereka selepas PRU ke 12 yang lalu mesti dipertahankan. Jangan izinkan Selangor dipersenda dan dipermainkan oleh mereka termasuk Pegawai Kakitangan Awam yang tidak sudah-sudah mengampu ini.

Datuk Khusrin sememangnya amat `kontroversi' di Selangor dan dilihat sebagai ejen Umno sewaktu berkhidmat di JAIS. Kini, dinaikkan pangkat kerana jasanya di JAIS selama ini. Mungkin dengan kenaikan pangkat ini membolehkan beliau mempertingkatkan lagi usahanya mempercepatkan kejatuhan Kerajaan PR Selangor. Rakyat Selangor pasti menolak orang seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

CHEGU BARD MENOLAK TAWARAN PARTI, JANGAN ADA PROVOKASI SESAMA KITA

Posted: 28 Dec 2010 01:45 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel berkaitan Chegu Bard di sini, banyak ulasan dan komen dari pembaca yang seolah-olah merasakan Chegu Bard seperti sengaja mencari pasal di dalam PKR. Ini semua adalah lanjutan daripada keputusan Chegu Bard semalam yang telah menolak tawaran dari parti yang melantik beliau sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR.

Saya pun sebelum ini ada menulis dua artikel berkaitan tawaran yang diberikan oleh parti kepada bekas calon Ketua AMK tersebut. Saya mencadangkan agar Chegu Bard menerima tawaran berkenaan kerana pertamanya, ia adalah kehendak parti yang mahukan tenaga dan buah fikiran Chegu Bard untuk memperbaiki pengurusan parti dari dalam. Keduanya, saya merasakan inilah peluang terbaik untuk Chegu Bard melihat dari dekat bagaimana senang atau sukarnya parti di dalam menguruskan segala aduan atau siasatan berkaitan apa yang didakwa terdapatnya penyelewengan mahupun penipuan semasa pemilihan pimpinan di dalam parti baru-baru ini.

Apa yang paling penting yang saya sebutkan sebelum ini adalah jka Chegu Bard memilih untuk menerima tawaran tersebut, beliau samasekali jangan menjual prinsipnya malahan beliau mesti menggunakan jawatan yang diamanahkan itu untuk memperkuatkan prinsip yang beliau percayai itu. Seandainya beliau gagal berbuat demikian atau terhalang untuk mempertahankan prinsipnya, maka ketika itu wajarlah Chegu Bard meletakkan jawatan yang diberikan.

Malangnya, Chegu Bard lebih awal menolak tawaran yang diberikan. Saya yakin bahawa Chegu Bard telah memikirkan buruk dan baiknya keputusan beliau itu terhadap parti bukan terhadap dirinya secara individu. Justeru itu, kita patut menghormati keputusan Chegu Bard kerana jawatan yang ditawarkan kepadanya itu bukanlah jawatan yang dipertandingkan ataupun amanah dari ahli-ahli parti tetapi sekadar amanah yang cuba diberikan oleh parti. Oleh yang demikian, bukan masalah besar yang boleh dijadikan isu apabila beliau menolak tawaran berkenaan.

Terdapat suara-suara yang membuat provokasi agar Chegu Bard memilih jalan lain setelah segala kemahuannya seolah-olah dipandang ringan oleh parti. Saya amat tidak setuju dengan pandangan bahawa Chegu Bard harus memilih jalan lain kerana saya percaya bahawa masih ada ruang buat Chegu Bard untuk menuntut keadilan seperti yang beliau inginkan. Saya berpendapat, parti juga tidak baik untuk melakukan `provokasi' terhadap Chegu Bard atau sesiapa sahaja yang mahukan keadilan dilaksanakan.

Memperlengahkan siasatan seperti yang telah dijanjikan dilihat seperti `provokasi' kepada satu-satu pihak. Memprovokasi sesiapa yang mahu menuntut keadilan terlaksana agar memilih jalan lain samada keluar parti atau sebagainya juga satu tindakan yang tidak boleh diterima.

Apa yang perlu Chegu Bard lakukan selepas ini? Pada pendapat saya, Chegu Bard mahu tidak mahu terpaksa menanti dengan sabar dan memberikan ruang serta masa yang secukupnya kepada parti untuk menyelesaikan masalah yang rumit ini. Memang benar, YB Saifuddin Nasution telah berjanji untuk menyelesaikan semuanya dalam tempoh 2 minggu selepas Kongres PKR yang lalu tetapi sehingga kini beliau masih gagal menyelesaikannya. Apakah rugi jika kita memberikan lebih masa buat beliau untuk meneruskan siasatan?

Adalah lebih baik dan bijak jika kita memberikan kepercayaan kepada parti untuk membuktikan bahawa keadilan dan ketelusan memang wujud di dalam PKR. Sementara itu, kita hentikan provokasi atau desakan yang keterlaluan mahupun sindiran sesama kita. Kita laksanakan kerja kita dan biar mereka di atas sana laksanakan kerja mereka. Seandainya sudah `zero' kepercayaan kita terhadap parti, maka ketika itu kita mempunyai alasan dan hujah yang kuat mengapa kita perlu beralih arah./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: