labun KulupSakah... |
Posted: 14 Dec 2010 11:06 AM PST sewaktu keluar dari masjid kajang selepas melakukan itu, anak buah aku yang berusia tujuh tahun bertanya. azfar : pak ngah! kenapa lepas habis solat kita mesti salam orang semua? aku : sebab semua itu saudara kita. setiap orang islam bersaudara. azfar : takdelah, mana ada saudara..kita tak kenal pun mereka. azfar ni sejak kecil tak tahu mana dia belajar, bahasanya cukup tinggi. aku : semua orang islam bersaudara, tak boleh gaduh-gaduh mesti berbaik-baik. (terasa seperti aku seorang tua yang cuba menasihati anak-anak muda supaya berkelakuan baik) azfar : orang agama lain bukan saudara kita? aku tak pasti dia atau 'sesuatu' yang sedang bertanya kepadaku. dan tak pasti soalan menguji atau diuji. azfar ni ada sedikit persamaan sudah mula menconteng dan melukis. salah sebuah lukisannya yang aku kagumi ialah tentera gajah abrahah menyerang kota mekah. burung ababil datang melepaskan batu ke arah tentera tersebut. seekor burung ababil tersalah lontar sebiji batu termasuk dalam kaabah dan kaabah tersebut ada bendera jalur gemilang berkibar di atasnya. gambar profil aku di blog ni dialah yang lukis. aku : saudara juga kerana semua manusia bapanya adalah Adam. azfar : kalau manusia ada macam-macam bangsa, bapa mereka iaitu Adam bangsa apa? ketuanan apa? aku : insan adalah bangsa 'muhammad' yang bermaksud 'yang terpuji'. itu pun kalau mereka menjadi insanul kamil..kalau tak - jadi camel je lah.. tulisan berwarna merah tu aku tambah sendiri.. |
You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan