Khamis, 2 Disember 2010

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


cempaka, brutalsolo dan aku..

Posted: 01 Dec 2010 11:19 PM PST

cempaka - kehadiran anakanda membuat uncel terasa dah tua langsung sayu teringatkan anak-anak buah yang semakin membesar dan dah beranak. mungkin juga annisa dan an-nur yang semakin mendewasa membuat aku tak sedar.
hmmm...berapa hari lagi aku hidup haa?

brutalsolo - macamana anak muda yang blognya lebih ramai pembaca dan lebih popular ini sukakan blog serabai gua?

ini misteri Tuhan...
kalau mahu tengok 'perjalanan' wajah setiap hari buat blog macam Gedek!.
Blog yang kreatif dan diiktiraf oleh mat saleh yang melakukan perkara yang sama dengannya. (kalau mat saleh iktiraf kira bestlah..mat saleh kan?)

nota** iklan! sesiapa yang berminat nak beli uk5 sila email ronasina@gmail.com.
akan diajar semua resipi. info lanjut, email dulu..

raikan hidup!

Posted: 01 Dec 2010 08:20 AM PST

"dah 3 bulan, takde perkembangan pun.." kata Sham sambil menunjukkan carta perkembangan bayi minggu ke minggu dan bulan ke bulan. ya! sepatutnya kalau mengikut carta tersebut minggu ke 2 bayi sudah boleh memandang dan seterusnya bertukar senyum. Annisa masih tidur, tiada respon, menangis bila lapar susu dan kemudian sambung tidur.
kita ada naluri dan naluri mengakui ada sesuatu yang tidak kena tetapi hati aku cuba menafikannya.
"Ahh..nanti adalah..lambat sikit." jawabku sekadar nak sedap hati sendiri. naluri ibu sebenarnya lebih hebat.
paling pilu bila tidak dapat melihat bayi tersenyum. apa yang paling comel dalam dunia selain senyuman bayi? anak sendiri.
kami keluar senja itu mencari ketenangan. tergamak tuhan mentakdirkan anak aku begini. inikah yang kau balas sedangkan aku cinta pada kau.

"percayalah! selagi Annisa tak senyum, aku bersumpah tidak akan senyum juga selama hidupku.." protes aku pada tuhan. aku tak pasti suaraku yang bergetar didengar Sham yang sedang memangku Annisa di kerusi sebelah atau tidak. Aku memandu dalam keadaan ngilu. Awan kulihat berat dan gelap. mataku terasa kabur berbalam.

huh! sumpah protesku hanya bertahan tak sampai sejam. Waktu makan di sebuah gerai di batu 2 kuala lipis aku bukan saja tersenyum malah ketawa dan segala duka habis diterajang jauh-jauh. tuhan sayang kami, dia sendiri yang membuang dukalara itu kerana maha mendengarnya. kami seperti dibisiknya, "aku mahu kau begitu dan aku gembira kau begitu, bergembiralah!"

maka kami pun bergembira dan terus meraikan hidup ini - begini - seperti mahunya - adil untuk kami bukan?



Annisa yang montel sewaktu bayi..


p/s aku tau mesti ada yang akan komen: bersabarlah, ini semua dugaan dan ada hikmahnya. hahaha!
- cari modal lain boleh?

Tiada ulasan: