Kopitiam Bang Nan |
- Tak semestinya pakai songkok lebih mulia....
- P. Ramlee on UMNO...
- Songkok Tinggi: Syarikat Bankrap, Gaji CEO Setengah Juta Sebulan...He he!!
- TAYANGAN FILEM DI MASJID BUKIT INDAH MALAM NI....
- Membebaskan diri dari 'mengangkong'...Syabas Unisel..!!
Tak semestinya pakai songkok lebih mulia.... Posted: 03 Dec 2010 08:10 PM PST Sebelum mat2 songkok kutuk aku, baik aku clarify. Aku dah cakap aku tak membabi buta terima saja apa orang lain cakap. Begitu juga dengan Dr. Asri ni. Majoriti pendapatnya aku setuju dan ada juga sedikit sebanyak aku tak setuju. Yang ni...hemmm aku setuju. He he...Jangan marah!! Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Bangsa terpilih "Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam," katanya. Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus. Katanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). "Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia", katanya. Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini. Dipandang mulia "Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata. Memetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa. Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan. Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)". Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: "Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)". Isu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan. Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'. |
Posted: 03 Dec 2010 03:09 PM PST |
Songkok Tinggi: Syarikat Bankrap, Gaji CEO Setengah Juta Sebulan...He he!! Posted: 03 Dec 2010 01:25 AM PST Twitter fun as SYABAS CEO's fat salary becomes focus Harakahdaily KUALA LUMPUR, Dec 3: As the weekend rally to submit a memorandum to the Agong over Selangor's water issue approaches, the salary of Syarikat Bekalan Air Selangor's chief executive officer is being hotly debated over micro-blogging site Twitter. The users have been posting comments about the salary of SYABAS's Rozali Ismail, who earns some RM425,000 a month, 19 times more than the salary of the prime minister, at RM22,826.65 a month. "If UMNO's brand of Ketuanan means paying its GLC CEOs RM425,000 per month, then I also want!" shouts one named 'anthraxxx'. Rozali (left), who is a former UMNO branch treasurer, is among the target of the Selangor government's campaign to "restore water rights to the people of Selangor", which aims to collect signatures to oppose the company's proposed 37% water tariff hike, and de-privatise the management of water resources. The campaign will culminate in a rally at the National Mosque on Sunday, where organisers plan to submit a memorandum to the Agong. 'Rich CEO of debt-ridden company' Another twitterati under the name 'bongkersz' questions the logic of paying a high salary to a CEO of a company which suffers from a debt of RM2.9 billion. "CEO getting RM425k/month and bonuses, Syabas is in debt of RM2.9 bil? Bailout money to pay salaries?" he asks, referring to figures provided by the state government in their water campaign. PAS's Kuala Selangor member of parliament Dr Dzulkefly Ahmad had earlier given a breakdown of the debt of RM6.4 billion currently sustained by the four water concessionaires in Selangor, with SYABAS's at RM2.9 billion, Puncak Niaga at RM1.3 billion, Splash at RM1.6 billion and ABASS at RM600 million. "1.5 million residents of Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya were forced to pay high prices for the water supply, unreasonable penalties as well as often poor service quality. Huge grants and loans were handed out for capital expenditures," Dzulkefly wrote in his blog recently. Online television show PopTeeVee presenter Fahmi Fadzil could not help making a comparison between Rozali and Najib's salaries. "Good morning! May you make RM14,200 today, just like Syabas CEO! Or downgrade sikit to RM733.33 today, like our PM," he twits. A twitterati calling himself 'fickryyaacob', suggests that Rozali may have helped fund UMNO's election campaigns in the past. "Is every payment for a litre of water flow(ing) to UMNO? Are you funding UMNO's election funds?" he asked. Meanwhile, there has been speculation over the cyberspace that the private water company had instructed its employees to protest against the Selangor state government at the state mosque in Shah Alam today over its decision to restructure the state's water industry. "What kind of employer forces its staff to attend a demo? Isn't it unproductive time?" said Tricia Yeoh, a research officer at the Menteri Besar's office. |
TAYANGAN FILEM DI MASJID BUKIT INDAH MALAM NI.... Posted: 02 Dec 2010 11:39 PM PST |
Membebaskan diri dari 'mengangkong'...Syabas Unisel..!! Posted: 02 Dec 2010 10:16 PM PST Siswa Unisel dapat lampu hijau sertai demo Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini memberikan lampu hijau kepada mahasiswanya untuk menyertai perhimpunan 'baju merah' bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu. Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Rosti Saruwono berkata, pihak universiti menerima tindakan itu selagi mereka tidak melanggar peraturan universiti dan undang-undang negara. Menurut beliau, ini kerana, secara tidak langsung menunjukkan golongan "pemimpin masa depan itu" kini lebih bertanggungjawab walaupun masih di peringkat pembelajaran. "Pelajar saya adalah pelajar yang sudah dewasa dan kita menggalakan mereka supaya berfikiran sebagai orang dewasa. "Kita mengharapkan mereka boleh berfikir bukan sahaja dalam bidang akademik malah mengambil berat tentang isu masyarakat dan sejagat," katanya. Sambil memberitahu istilah demonstrasi "mungkin terlalu negatif", Dr Rosti menambah: "Mungkin mereka ingin menyerahkan sesuatu memorandum, itu memang kami (pun) sentiasa terima." Terus memuji mahasiswanya, Dr Rosti berkata di Unisel golongan itu memang aktif dan peka dengan pelbagai isu, termasuklah isu Palestin dan nasib haiwan. "Mereka mengadakan (semua) program ini secara sukarela di Unisel di mana ini merupakan satu perkara yang bagus sebagai pelajar prihatin untuk kebaikan am," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan