Sabtu, 18 Disember 2010

Komentar Kini

Komentar Kini


Dr Fadzillah Kamsah mungkin calon parlimen UMNO/BN

Posted: 17 Dec 2010 10:14 PM PST

Ada orang sebut atau disebut sebut Dr Fadzilah Kamsah adalah calon Umno/ BN Parlimen negeri Selangordalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Saya setuju, kerana Dr Masitah Ibrahim yang buat fatwa Ibu tunggal melacur boleh jika darurat diberi bertanding dan dilantik sebagai timbalan menteri pada pilihanraya umum ke 11.

Tak bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 pun diberi jawatan timbalan menteri di jabatan Perdana menteri, kerana banyak berjasa dengan kerajaan Umno/BN ketika jadi pensyarah UIAM bersama Prof Dr. Amina Wadud.

Kenapa Dr Masitah Ibrahim diminati oleh Perdana menteri Tun Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Razak? Kenapa tidak? Kerana pendapatnya sesuai dan selari dengan misi dan visi kerajaan yang memerintah sekarang.

Pendapat boleh ibu tunggal menjadi pelacur dalam darurat membuat perdana menteri begitu sayang dengan Dr Masitah Ibrahim,tak bertanding pun dalam pilihanraya pun dilantik Senator dan timbalan menteri.

Demikian juga dengan Dr Fadzilah Kamsah yang disebut sebut akan beri bertanding Kawasan parlimen negeri Selangor dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.Dulu Dr Amran Kasimin juga diberi bertanding dan menang.

Atas sebab pendapatnya itu adalah sama dan selari dengan pendapat Dr Masitah Ibrahim yang menjadi isu dan polimek.

Saya kenal Dr Fadzilah Kamsah menerusi rancangan Motivasi dalam TV 3 yang punya pendapat yang "songsang" mengenai Islam. Antara lain, beliau berkata serta bertegas bahawa seorang perempuan yang tak tutup aurat(tak pakai tudung) jika dia solat puasa keluar zakat - perempuan itu, perempuan "solihah".

Macam mana boleh digelar perempuan yang tak tutup aurat perempuan solihah sedangkan hadis Rasulullah SAW barangsiapa (perempuan) tak tutup aurat tidak diterima segala amalannya. Kedua, barangsiapa (perempuan) tak tutup aurat tak bau cium syurga.

Mungkin pendapat semacam itulah orang motivasi dengan alasan hendak pujuk atau tak boleh paksa orang buat baik sehingga tergamak mengatakan"Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah, ketika mengulas laporan seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Ini tidak lain dan tidak bukan ia suatu pendapat yang "songsang menurut perspektif Islam yang mana itu adalah menghalalkan perkara yang haram.Barang siapa menghalalkan yang haram dan mengaharamkan yang halal hukumnya kafir.

Mungkin ada pendapat yang mengatakan belum jadi kafir, kerana motivasi juga penting dalam , dalam kes seperti ini, sepertimana yang disebut bahawa "paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu."

Dr Fadzilah Kamsah bukan sahaja malahan sangat berani mengatakan boleh "melacur" malah memberi sokongan dengan berkata,"Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu sehingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

Lantas berkata, dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.Tapi malangnya Dr Fadzilah Kamsah sendiri nampaknya tak pun berubah, baik dari segi praktikal dalam keluarganya sendiri.

Saya sangat tercuit dengan pendapatnya sejak sekian lama, termasuk tergamak berkata,"Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan, sedangkan mana istilah darurat dalam bidang pekerjaaan.

Kalau mahu menjadi pakar motivasi biar motivasi berteraskan islam. Jangan pakai akal, kerana akal manusia sangat lemah, ia hanya untuk membezakan manusia dengan haiwan saja tidak lebih dari itu.

Pendapat berbentuk Motivasi inilah punca betapa ramai gadis mencenderung dan menceburi lapangan GRO dan dunia pelacuran dan seks bebas hingga betapa ramai yang melahirkan anak tanpa nikah dan dibuang disana disini.

Bukan setakat itu saja malahan ada pendapat mengatakan solat, puasa, zakat tak apa tak dikerjakan, kamu tetap juga Islam. Ini juga punca 83 peratus orang yang mengaku Islam tidak solat lima waktu sehari semalam, sedangkan tinggal solat dengan sengaja jadi kafir.

Bagaimana pula dengan larangan Allah, jangan kamu menghampiri zina,serta jangan jadi macam Yahudi dan jangan ikut orang kafir sepertimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi hadis sahih.

Sehubungan dengan teringat saya dengan friman Allah yang bermaksud: Wahai orang orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukan" (surah As saff ayat 2).

Tiada ulasan: