Khamis, 16 Disember 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Berita Terkini: ADUN Tenang, Sulaiman Taha Telah Meninggal Dunia

Posted: 16 Dec 2010 08:20 AM PST

Dalam mesej Twitter Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin
(http://twitter.com/shamsuliskandar), mengesahkan bahawa ADUN Tenang, Sulaiman Taha telah meninggal dunia sebentar tadi.


RT @ariefsaid: Dato Sulaiman Taha meninggal dunia. Allahyarham Ketua Bahagian UMNO Labis (Johor)dan Adun Tenang. Al-Fatehah #fb



kami di team kerabu bersuara mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. sama kita sedekahkan Al-Fatihah

Tafsiran "Muktamad" Speaker Kangaroo Court

Posted: 16 Dec 2010 07:45 AM PST

Oleh Ooi Heng

Parlimen Malaysia membuka lembaran sejarah kegelapan baru hari ini setelah bersidang dalam kekecohan "ala-Kangaroo court". Umum sedia maklum bahawa Kangaroo sejenis binatang yang menjadi lambang khusus Australia. Tetapi hari ini dengan Speaker yang acap kali menitikberatkan bahawa segala keputusan Speaker adalah "muktamad" meskipun "modus operandi" keputusan muktamad Speaker Parlimen Australia jauh berbeza dengan "modus operandi" "keputusan muktamad" Speaker Parlimen Malaysia.

Rakyat dunia 1Malaysia cukup bernasib baik kerana berkesempatan melihat dari dekat kejadian-kejadian yang mencorakkan Kangaroo court meskipun apa yang berlaku adalah sesuatu yang memalukan Malaysia apabila dilihat dari jauh oleh masyarakat antarabangsa termasuk negara yang dilambangkan oleh Kangaroo.


Dalam kekecohan yang telah dilaporkan segera oleh laman web berita, aku yang berperut buncit memerhatikan sesuatu yang wajar dibangkitkan dalam ulasanku mengenai peranan Speaker dalam Kangaroo court yang juga berperut buncit yang kononnya "above politics" semasa kekecohan berlaku.

Nota dari Nazri Aziz

Semasa telefon bimbitku mencatatkan jam 10.38 pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menghulurkan sekeping nota kepada Bentara lantas diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah. Roosme memegang dan membaca nota tersebut selama lebih kurang 60 saat hingga 90 saat, kemudian diserahkan nota itu kembali kepada Bentara yang sama. Bentara kemudian menyerahkan nota tersebut kepada Speaker Pandikar Amin. Speaker merenung nota tersebut selama lebih kurang 60 saat sementara hujah bantahan satu per satu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tanpa dihiraukan.

Tidak lama selepas itu, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan. Sejurus selepas itu, Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali terus bangkit lagi dan berkata, "Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!"

Jam 11.24 pagi, nota kedua dihulurkan kepada Speaker. Kemudian, Speaker mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali segera menuntut untuk mengetahui peraturan mana yang akan digunakan oleh Speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Speaker kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diluluskan dengan suara majoriti.

Ketika saudara-saudari wartawan sekalian memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di Lobi Parlimen setelah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan Rakyat, aku pula memerhatikan penjalanan Dewan Rakyat yang seterusnya.

Setelah usul menggantung Ketua Pembangkang diluluskan tanpa perbahasan dan dibaca usul seterusnya untuk menggantung Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Azmin (gambar kanan), Speaker menanyakan ahli dewan sekalian: Perlukah usul dibahaskan?

Kedengaran suara ahli dewan yang rata-ratanya tinggal Ahli Parlimen Kerajaan 1Malaysia mengatakan "tak perlu" diikuti dengan balasan "perlu". Perlu kerana tanpa perbahasan, Parlimen dan Speaker akan kelihatan tidak "above kerajaan".

Implikasi dan detik-detik kejadian yang mencorakkan lembaran kegelapan Parlimen "ala-Kangaroo court" kali ini cukup signifikan. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tinggal 76 orang setelah wujudnya Konsensus Bebas yang tak bebas kini berdepan dengan risiko cabang Eksekutif yang selama ini "above perundangan" menggunakan peluang ini untuk melakukan pindaan akta yang memerlukan 2/3 majoriti.

Jika ditolak empat setelah mengambil kira Ketua Pembangkang dan tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang digantung selama enam bulan - dalam tempoh enam bulan akan datang, adakah Speaker yang tegas dengan "keputusan muktamad" Kangaroo Court akan menggunakan kuasa dan budi bicara beliau dan menafsirkan 2/3 majoriti sebagai 2/3 daripada jumlah ahli parlimen yang hadir dalam dewan?

Meskipun sesungguhnya 2/3 majoriti merujuk kepada 2/3 daripada jumlah ahli parlimen sedia ada, kita hanya yakin dengan Speaker yang benar-benar "above eksekutif", bukan Speaker Kangaroo Court yang cenderung untuk membuat penafsiran "luar biasa" secara muktamad!

Speaker dipertikai

Telitilah Laporan Minoriti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Subang. Ikutilah hujah-hujah mereka dalam Dewan Rakyat pagi tadi sebelum ditendang keluar oleh Kangaroo Court. Yang dipertikaikan dalam usul menggantung Ketua Pembangkang bukan keputusan apa yang diambil tetapi proses keputusan tersebut dibuat dan diubah setelah Speaker yang berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sendiri menafsirkan Peraturan Mesyuarat 82(11) bahawa Jawatankuasa mempunyai budi bicara untuk menolak mendengar sebarang keterangan yang tidak relevan. Bagaimana Dewan Rakyat (baca: Majlis) mengetahui bahawa keterangan Ketua Pembangkang "tidak relevan' apabila Pengerusi Jawatankuasa telah menafikan hak Ketua Pembangkang untuk memanggil saksi-saksi beliau sendiri dalam perkara ini dan hak beliau sendiri untuk didengar?

Sedangkan Ketua Pembangkang telah menerima jaminan daripada Speaker semasa prosiding dalam Majlis pada 22 April 2010 dan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kedua dan Ketiga pada 8 Jun 2010 dan 9 Jun 2010 bahawa beliau akan dibenarkan untuk mendengar semua keterangan saksi yang diberikan di hadapan Jawatankuasa dan peluang untuk bertanyakan soalan kepada saksi-saksi. Apakah penjelasan Speaker terhadap conflict of interest yang berlaku semasa beliau berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa? Apakah penjelasan Speaker terhadap tafsiran luar biasa yang diputuskan secara muktamad?

Majoriti 2/3

Balik semula kepada persoalan 2/3 majoriti. Menurut Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia, "keperluan majoriti 2/3 ahli Dewan bagi meluluskan sesuatu undang-undang hanya membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sahaja. Dari tahun 1958 sehingga tahun 2007, sebanyak 55 pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen. Pindaan-pindaan ini adalah membabitkan pindaan Akta Perlembagaan, Ordinan Perlembagaan, Akta Malaysia, Akta Darurat, Ordinan Darurat, Akta Matawang Malaysia, Akta Pemberian Ikut Kepala, Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Pendidikan dan Perintah Keanggotaan Mahkamah".

Setelah menyaksikan babak-babak Kangaroo Court pagi ini, aku yang tidak mengharapkan Perdana Menteri 1Malaysia mencabar dan membantah sekuat-kuatnya kepada Kerajaan Singapura apabila beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya menurut Wikileaks, kini juga tidak mengharapkan Speaker Kangaroo Court membuat keputusan muktamad yang benar-benar muktamad dan "above" keputusan Kerajaan 1Malaysia.

Oleh sebab itu, meskipun aku tahu tafsiran 2/3 majoriti seharusnya merujuk kepada 2/3 daripada jumlah ahli dewan sedia ada, aku masih merasakan sesuatu yang lebih gelap akan berlaku dalam dunia 1Malaysia. Melainkan sekiranya Speaker sedia ada meletak jawatan dan digantikan dengan calon yang tidak memihak kepada Kerajaan dan tidak membuat tafsiran luar biasa secara muktamad!

Bak kata Charles Dickens dalam karya beliau A Tale of Two Cities:

"Ini adalah saat yang terbaik, ini adalah saat yang terburuk; ini adalah zaman kearifan, ini adalah zaman kebodohan; ini adalah era mempercayai, ini adalah era syak wasangka; ini adalah musim Kecerahan, ini adalah musim Kegelapan…"

Tambahan juga, jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat kini tinggal 76 orang, Kerajaan yang above Kangaroo Court hanya memerlukan dua lagi ahli parlimen bagi mengemukakan pindaan akta yang memerlukan 2/3 majoriti.

Justeru, babak-babak kegelapan pagi ini wajar dilihat sebagai satu peringatan kepada Pakatan Rakyat supaya jangan dilupakan betapa signifikannya apabila 76 menjadi 74. Menjelang pilihanraya umum, dalam detik-detik kecerahan kelihatan babak-babak kegelapan, dalam babak-babak kegelapan haruslah dicungkil keluar detik-detik kecerahan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan

"Kontraktor UMNO dayus, lembik dan bodoh"

Posted: 16 Dec 2010 07:15 AM PST

watch at: http://www.youtube.com/watch?v=e9nVrFQDWVQ

CM Lim Guan Eng revealed the amount of contracts by JPS and JKR to Bumiputera contractors. The figure showed that almost 100% of the contracts were awarded by Malay contractors in the open tender system.

UMNO BODOH, BENGONG!

ROS: Zakaria beri Zaid laluan memang presiden Akim sah

Posted: 16 Dec 2010 07:00 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengesahkan Zakaria Salleh, yang melepaskan kedudukannya kepada Datuk Zaid Ibrahim semalam, merupakan presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang sah.

Selain Zaid dipilih sebagai presiden, Akim ditukar nama sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada mesyuarat agung tahunannya di Petaling Jaya pagi semalam.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kelantan, Wan Rahimah Wan Mamat berkata, pihaknya tidak pernah memberi pengesahan bahawa Hanafi Mamat adalah presiden Akim yang sah seperti dipetik media sejak beberapa hari lalu.

Surat bertarikh 20 Oktober lalu, yang dihantar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan kepada setiausaha agung Akim juga menyebut, "jawatankuasa kerja agung Akim yang diketuai Encik Zakaria Salleh, yang dipilih dalam muktamar agung itu (26 Disember 2009) adalah jawatankuasa kerja agung semasa berlandaskan perlembagaan Akim."

"Kita (ROS Kelantan) hanya melantik Hanafi Mamat sebagai pengerusi ad-hoc (menyelesaikan masalah dalaman Akim), bukan melantiknya sebagai presiden Akim.

"Kita menyuruh dia (Hanafi) menyelesaikan pertikaian antara kumpulan A (dan) Kumpulan B kerana dalam kaedah kita (ROS) satu-satu pertikaian mesti diselesaikan dalam masa 30 hari.

"Mesyuarat agung (Akim) pada 26 Disember tahun lalu, semua ahli sama ada dalam kumpulan A atau kumpulan B bersetuju menerima Zakaria Salleh sebagai Presiden Akim yang baru dan kita (ROS Kelantan) menerima minit menyuarat agong tersebut serta mengesahkannya.

"Hanafi, kata saya (mengesahkan) dia sebagai presiden Akim sedangkan waktu berjumpa dengan saya selepas Akim menyelesaikan masalah dalamannya, Hanafi sendiri bersedia menerima keputusan (iaitu mesyuarat agung) Akim tidak melantiknya sebagai presiden lagi, yang diselesaikan secara perhimpunan keluarga," ujar Wan Rahimah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Semalam, Hanafi dipetik Bernama berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama menjadi Akim.

Akim merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota Akim yang terlibat dengan penubuhan parti Kita bagi menggantikan nama asal Akim serta berniat untuk menggulingkannya.

Hanafi tetap menganggap dirinya sebagai presiden Akim yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka ketuanya.

Sebelum ini Bernama melaporkan Wan Rahimah mengesahkan Hanafi kekal menjadi presiden Akim berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.

"Sebenarnya pengasas Akim adalah Musa Salleh, bukannya Hanafi Mamat seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 2 Disember lalu... saya sendiri menghubungi Berita Harian membuat penafian ketika itu.

"Ketika itu, saya memberitahu, ROS melantik Hanafi mngetuai ad-hoc (menyelesaikan masalah dalaman Akim) tetapi Berita Harian melaporkan saya mengesahkan Hanafi sebagai presiden," kata Wan Rahimah.

Sehubungan itu, beliau berkata, Hanafi tidak berhak menafikan sebarang keputusan mesyuarat agung Akim yang berlangsung semalam iaitu Akim ditukar nama kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air serta melantik Zaid, bekas pengerusi PKR Kuala Lumpur, menjadi presiden menggantikan Zakaria.

Dalam pada itu, Wan Rahimah mengaku bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan mesyuarat agung Akim semalam serta menganggap sebarang permohonan oleh parti yang ditubuhkan sejak 15 tahun itu akan diselesaikan oleh ROS pusat.

"Tiada apa-apa permohonan setakat ini, tak ada apa-apa laporan dan pihak kami tidak tahu apakah permohonan rasmi selepas mesyuarat agung semalam," katanya.

Menurut Rahimah, pihaknya lazimnya memproses satu-satu permohonan dalam masa 30 hari dari tarikh serahan permohonan kepada ROS Kelantan.

Namun kata Wan Rahimah, permohonan dan status terbaru Akim mungkin memerlukan masa lebih daripada itu kerana melibatkan siasatan dalaman dan keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri dan polis sendiri.

"Yang itu (pelantikan Zaid sebagai presiden dan penukaran nama Akim pada Kita) kita tak pasti... itu keputusan mesyuarat agung, benda ini sudah menjadi urusan nasional yang melibatkan siasatan polis dan Kementerian Dalam Negeri (dan) kalau perlu kelulusan menteri (berwajib), maka mungkin diuruskan (ROS) pusat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pendaftar Pertubuhan pusat, Fison Yahaya berkata, Kita mempunyai tempoh 60 hari untuk menyerahkan permohonan kepada pihaknya susulan pertemuan semalam.

Kata beliau, Kita perlu berbuat demikian bagi memudahkan ROS untuk memproses permohonan itu.

"Parti baru itu (Kita) ada 60 hari untuk serahkan permohonan kepada ROS untuk diluluskan dari tarikh mesyuarat yang diadakan.

"Kalau tidak serah kita tidak boleh proses, jadi parti itu tidak sah," kata Fison ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata sehingga kini masih tidak permohonan yang diterima dari parti Kita.

"Kita belum terima apa-apa lagi, kalau terima kita akan proses.

"Proses permohonan itu tidak mengambil masa lama, apa-apa hantar dulu kepada kita," katanya.

Ketika mengumumkan pertukaran nama parti semalam, Zaid juga berkata struktur parti itu hanya akan mempunyai seorang pengerusi, seorang ketua parti dan satu jawatankuasa eksekutif pusat.

"Kita akan mengadakan satu lagi pertemuan pada 19 Januari depan untuk membentangkan dengan lebih lanjut tentang parti ini.

"Mengenai nama baru, kita hantar kepada ROS dalam masa terdekat," kata Zaid.

Adun Umno Tenang di ICU, isteri kata dijangkiti kuman

Posted: 16 Dec 2010 06:28 AM PST

Oleh Adib Zalkapli dan Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang Datuk Sulaiman Taha dirawat di ibu negara hampir sebulan lalu tetapi stabil, kata pembantunya, sekali gus menolak spekulasi akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil.

Pembantu peribadi Sulaiman, Razak Rashid berkata, wakil rakyat Umno itu dimasukkan ke hospital sehari selepas sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor.

"Keadaan beliau (Sulaiman) bertambah baik tapi beliau masih bergantung pada alat bantuan pernafasan," kata Razak kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Razak berkata Adun selama dua penggal itu turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.

Ketua Umno Labis itu berada di Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini.

"Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga datuk dan keadaan beliau sekarang stabil," kata Razak.

Beliau turut memberi jaminan pejabat khidmat masyarakat Adun Tenang akan terus beroperasi walaupun tanpa Sulaiman.

"Saya ada di Labis, kami buat kerja seperti biasa, mengadakan mesyuarat kecuali mana-mana perkara yang memerlukan kehadiran wakil rakyat," kata Razak.

Isteri Sulaiman Datin Noraini Yaakop juga mengesahkan wakil rakyat itu berada dalam keadaan stabil dan doktor menasihatkan Sulaiman supaya berehat.

Beliau dipindahkan ke Hospital Pakar Ampag Puteri di sini selepas mengalami jangkitan kuman paru-paru.

"Doktor arahkan supaya Datuk (Sulaiman) berehat sahaja sekarang ini. Datuk sekarang dalam keadaan stabil, tapi beliau masih lagi lemah.

"Pada 24 November Datuk masuk (hospital) kerana jangkitan kuman pada paru-paru tapi yang itu dah OK.

"Tapi sekarang Datuk kena jangkitan kuman dalam darah pula, doktor cakap mungkin datang (dijangkiti) daripada pelawat yang melawat beliau," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider petang ini.

Tambah Noraini, doktor juga tidak membenarkan sesiapa termasuk dirinya berjumpa dengan Sulaiman kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk.

"Sekarang doktor tak benarkan pelawat datang jumpa datuk, saya sendiri pun tak boleh jumpa.

"Doktor sekarang sedang pantau keadaan datuk, sekarang dah stabil. Datuk sekarang berehat saja dalam wad," katanya.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya umum 2008 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran, majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang berada dalam Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya Chua Tee Yong.

Satu lagi DUN yang berada dalam Parlimen Labis adalah Bekok yang turut dimenangi Barisan Nasional.

Sulaiman tidak menghadiri sidang DUN bulan lalu, yang membahaskan bajet 2011 sehingga timbul khabar angin akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil.

Sejak pilihan raya umum 2008, 13 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.

Difahamkan PAS Johor telah membuat persiapan jika pilihan raya kecil diadakan.

BN memenangi 50 kerusi DUN sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.

Jeffrey Kitingan lancer Barisan Bersatu Borneo

Posted: 16 Dec 2010 06:00 AM PST

PENAMPANG, 16 Dis — Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Katanya agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.

Jeffrey, yang menjelaskan beliau belum menyerahkan surat keluar daripada PKR, berkata UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, beliau berkata UBF akan menyokong sesiapa saja yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak. — Bernama

Saya tak sertai parti Zaid, kata Chegubard

Posted: 16 Dec 2010 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Bekas calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin menegaskan, beliau tidak menyertai parti yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim.

"Beberapa hari ini saya dihujani e-mel, SMS dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan PKR dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim.

"Malah ada SMS dari beberapa nombor tak dikenali dengan sengaja menghantar mesej sindiran-sindiran yang agak kasar," kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

Semalam, Zaid dipilih sebagai presiden Akim, yang namanya ditukar menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Katanya, beliau ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononnya akan meninggalkan parti dan dipujuk oleh Zaid dengan bayaran tertentu.

"Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang daripada Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononnya bagi menyokong beliau.

"Mungkin menghormati saya, Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain," katanya.

"Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada Keadilan tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah dibawah karpet.

Bagaimanapun Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru.

"Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai Akim dan kemudian melalui mesyuarat agung tergempar beliau terpilih sebagai presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita)," katanya.

Sekurang-kurangnya Zaid melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan mempertahankan prinsip yang beliau yakini, kata Badrul Hisham.

"Sebagai seorang yang prodemokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif.

"Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan kenderaan politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat," katanya.

Mana Pergi Kickdefella?

Posted: 16 Dec 2010 05:00 AM PST

Nik Aziz derma simpanan tanda syukur tuduhan rasuah ditutup


KOTA BAHARU, 16 Dis — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.

"Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil semalam bahawa SPRM menutup kes melibatkan beliau dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. — Bernama

Kg Teluk Kumbar: Guan Eng persoal motif KL Metro

Posted: 16 Dec 2010 04:46 AM PST

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Lim Guan Eng hairan dengan tindakan KL Metro Land Development Sdn Bhd yang didakwa begitu tergesa-gesa mahu meroboh rumah di Kampung Teluk Kumbar, Pulau Pinang tanpa perundingan susulan dengan penduduk terbabit.

Bahkan, pemaju turut dipersoal kerana memaksa, mengancam dan mengugut penduduk terbabit supaya berpindah keluar dari kampung tersebut tanpa meneruskan jalan perbincangan yang baik.

"Usaha meroboh rumah Kampung Teluk Kumbar oleh pemilik tanah KL Metro Land Development menimbulkan soalan sama ada ia adalah syarikat pemaju yang tulen dan bukannya bermotif lain untuk sengaja mahu menyusahkan rakyat dan kerajaan negeri.

"Syarikat pemaju masih beria-ria nak teruskan tindakan dan menakutkan penduduk akan datang minggu depan. Adakah ini tingkah laku seorang peniaga yang waras?" kata Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang memberi amaran kepada pemaju KL Metro supaya tidak mengambil tindakan meroboh rumah-rumah di Kampung Pekan Teluk Kumbar kerana ia masih dalam proses rundingan.

Kata beliau, kerajaan negeri bersedia untuk mewakili penduduk kampung tersebut untuk berbincang dengan pemaju.

"Berikutan desas-desus yang menyatakan pemaju akan meroboh kampung tersebut pada Isnin depan, kami ingin memberi amaran kepada pemaju supaya jangan bertindak untuk meroboh kampung tersebut kerana ianya masih dalam proses rundingan," katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap masalah yang membabitkan 15 keluarga di atas tanah seluas lebih kurang empat hektar (10 ekar) itu dapat diselesaikan sebelum akhir Januari tahun depan.

"Kami ingin mengadakan perbincangan dengan pemaju bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Pada 12 November lalu, kesemua penduduk telah mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah keputusan pemaju setelah Mahkamah Tinggi mengeluarkan notis pengosongan kediaman tersebut berkuat kuasa 1 November bagi memberi laluan kepada projek pembinaan hotel.

Bercakap di depan 50 penduduk terbabit di Komtar semalam, Lim turut mempersoal kedegilan pemaju yang tergesa-gesa mahu tanah tersebut dikosongkan tersebut walaupun setelah dinasihat oleh kerajaan negeri serta masih tidak mendapatkan pelan kebenaran merancang pembangunan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak setahun yang lalu.

Walaupun pemaju telah mengumumkan rancangan membina hotel di kawasan tersebut sebelum ini, kata Lim, pengumuman tersebut adalah tidak memadai untuk mengusir penduduk terbabit.

"Tidakkah syarikat ini bimbang bahawa permohonan mereka berkemungkinan tidak akan diluluskan sekiranya ia terus berdegil tidak pedulikan kerajaan negeri.

"Sekiranya syarikat ini mahu teruskan pembangunan, maka ia harus dapat pelan kebenaran merancang dan adalah jelas bahawa tidak ada sebarang pelan kebenaran merancang diluluskan oleh MPPP," ujarnya.

Lim yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan berkata, walaupun pemaju itu mendapat perintah mahkamah, mereka juga mendapat kebenaran MPPP untuk merobohkan kediaman-kediaman di kampung tersebut.

Sehubungan itu Lim berkata, pihaknya bersedia menunggu Pengerusi KL Metro Datuk Mat Hassan Esa untuk datang berjumpa dan membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri.

Tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan tangani isu doktor berhijrah

Posted: 16 Dec 2010 04:30 AM PST

SHAH ALAM 16 Dis - Perletakkan jawatan 884 doktor perubatan dari 2007 hingga September lalu mencetus kebimbangan dikalangan masyarakat di negara ini.

Perkara berkenaan dinyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini.

Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye mengesa agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan khusus menjaga kebajikan dan ganjaran yang sewajarnya untuk doktor perubatan yang berkhidmat dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dr Lee berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan seharusnya mengambil langkah serius mendepani masalah kekurangan doktor perubatan di negara ini memandangkan jumlah golongan profesional itu tidak ramai di Malaysia.

"Suruhanjaya ini boleh memberi ganjaran yang sewajarnya kepada doktor perubatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan.

"Malangnya setakat ini, Kementerian Kesihatan masih belum menemui jalan penyelesaian untuk mendepani masalah ini, jadi saya harap Kementerian dapat menjumpai pendekatan lain supaya doktor-doktor pakar ini terus berkhidmat dalam hopital kerajaan," katanya kepada Selangorkini.

Menurut Dr Lee, meskipun pelbagai faktor diberikan sebagai punca kehilangan tenaga profesinal ini seperti menjadi tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan, ia tidak boleh menjadi sandaran dan dibiarkan ia terus berlaku.

Namun, menurut Dr Lee keadaan ini bukan semuanya disebabkan tawaran dan ganjaran yang lebih lumayan tetapi ia juga dipengaruhi faktor peluang dan ruang untuk mereka menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D), kenaikan pangkat dan kebajikan yang lebih baik.

"Jadi masalah sekarang ialah kegagalan mengekalkan tenaga profesional ini, memang tidak dinafikan wujud tarikan dari swasta yang agak kuat, tetapi mesti ada satu strategi bagaimana untuk mengekalkan golongan ini di perkhidmatan.

"Bukan semua pakar yang keluar itu disebabkan ganjaran dan tawaran, ada dikalangan mereka akan terus berkhidmat sekiranya mereka diberikan peluang untuk R&D serta peluang kenaikan pangkat dan sistem kebajikan yang lebih baik," jelasnya.

Secara realistik, para doktor hanya perlu berkhidmat untuk 10 hingga 15 orang pesakit dalam satu-satu masa agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada mereka berbanding dengan berpuluh pesakit dihadapkan dengan seorang doktor sahaja selama ini.

Tambahnya lagi, kekurangan ini seharusnya diambil tindakkan segera demi memastikan tenaga profesional ini tidak lagi berkurangan selain memastikan rawatan yang bakal diterima pesakit dalam keadaan terbaik.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Pusat berkata kerajaan perlu memikirkan sesuatu bagi mengurangkan jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis kekurangan doktor perubatan di hospital kerajaan.

"Dalam keadaan jumlah doktor perubatan yang semakin berkurangan, para doktor sedia ada sudah pasti terbeban dengan pelbagai tugas.

"Bebanan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap golongan ini," ujar Ketuanya Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Ini, tambahnya tidak hairan sekiranya para doktor mengalami stress, kemurungan, lemah, lesu, masalah kesihatan, serta hubungan kekeluargaan yang renggang.

Justeru, DMPP berpandangan para doktor perlu diberikan masa kerja dan rehat yang secukupnya bagi memberikan masa berkualiti untuk mereka.

Dasar salah laku zina masih kabur, pakat LPPKN

Posted: 16 Dec 2010 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Penguatkuasaan dasar yang jelas adalah perlu bagi membendung salah laku seksual dan penzinaan yang kian meruncing dalam kalangan remaja, kata Ketua Sub Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan.

Kita memang mempunyai beberapa polisi atau dasar tetapi ianya masih kabur dan samar-samar, malah tidak ada satupun yang menekankan tentang isu salah laku seksual atau penzinaan," katanya kepada Bernama pada Muzakarah Pakar Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di sini hari ini.

Hamizah berkata dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberikan perhatian kepada penzinaan dan salah laku seksual.

"Remaja hari ini menjadikan zina sebagai kerjaya umpamanya perniagaan seks...GRO, kerana ia mendatangkan pulangan lumayan dan menguntungkan, malah ada antara mereka berumur 16 hingga 18 tahun," katanya.

Hamizah juga berkata rumah-rumah perlindungan dapat memberikan ruang dan peluang kepada golongan remaja untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

"Sekarang ini terlalu ramai remaja yang hamil luar nikah atas dasar suka sama suka tetapi saya harap rumah-rumah perlindungan lebih kepada kes-kes sumbang mahram dan rogol," katanya.

Bekas pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fatimah Abdullah berkata, pendekatan holistik melibatkan keluarga, remaja dan komuniti perlu dibentuk kerana dasar dan program bersepadu yang menjurus kepada remaja hamil tanpa nikah tidak ada pada masa ini.

"Tiada data lengkap mengenai mereka khususnya berkaitan dengan latar belakang sosioekonomi, pergaulan, hubungan hetroseksual dan pengalaman hubungan seks sebelum berkahwin," katanya dalam kertas kerja ''Analisis Sosial Kes-kes Zina Berdasarkan Data Daripada Kajian Mengenai Kehamilan Luar Nikah'' yang dibentangkan pada muzakarah itu.

Beliau berkata kaedah-kaedah yang dilakukan di Barat seperti penggunaan kaedah kontraseptif untuk pencegahan kehamilan tidak wajar diaplikasikan dalam konteks remaja Melayu yang beragama Islam.

"Peningkatan bilangan remaja hamil tanpa nikah dalam kajian sosial adalah manifestasi kepada isu yang lebih besar tentang kekalutan dalam struktur organisasi sosial dalam masyarakat," katanya.

Pengasas dan Pengarah Kem Modal Insan (KEWAJA) Yahya Mohamed Yusof berkata bahawa pada tahun ini pihaknya telah menerima 260 orang gadis yang hamil luar nikah berbanding 240 orang tahun lepas.

"Sejak KEWAJA ditubuhkan pada tahun 1988 dan sehingga kini terdapat lebih 2,500 gadis hamil luar nikah, ini antara kenapa kita memerlukan satu polisi dan dasar yang dapat membincangkan masalah ini secara lebih serius," katanya.

Yahya, yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan rumah perlindungan, berkata rumah perlindungan diibaratkan seperti ''Persatuan Bulan Sabit Merah'' dalam membantu remaja yang bermasalah.

"Apabila mereka ada masalah, mereka takut, keliru dan tidak tahu ke mana nak tuju malah ada di kalangan mereka hilang keluarga, jadi sinilah tempat mereka mendapatkan perlindungan," katanya. — Bernama

Nik Aziz ucap terima kasih kepada SPRM

Posted: 16 Dec 2010 04:00 AM PST

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur terhadap Allah berikutan beliau telah digugurkan tuduhan rasuah yang membabitkan tajaan RM65,000 oleh syarikat swasta untuk menunaikan haji awal tahun lalu.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nik Aziz mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah membersihkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan SPRM yang telah membebaskan dakwaan terhadap beliau semalam sebagaimana yang disiarkan oleh media hari ini.

Semalam SPRM menutup dua kes berpotensi tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan iaitu berhubung kes tajaan sejumlah RM65,000 untuk menunaikan haji dan tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Eksekutif (CEO) PMBK.

Keputusan itu diumum oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil pada sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam.

Hadenan juga turut mendakwa, pelantikan Arrifahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK.

Sebelum ini, media membuat laporan kononnya Nik Aziz telah menerima pakej menunaikan fardhu haji bernilai RM65,000. Ekoran dakwaan tersebut Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan fardhu haji pada tahun lepas ke tahun ini.

Sementara itu, SPRM juga telah mengumumkan, pegawai kerajaan di negeri Kelantan adalah antara yang terendah terlibat dengan rasuah.

Isu Yuran Sekolah: Muhyiddin Jangan Hipokrit!

Posted: 16 Dec 2010 03:45 AM PST

TPM: Jangan beban ibu bapa dengan bayaran tambahan


KUALA LUMPUR, 16 Dis — Bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi sesi persekolahan baru 2011 hendaklah berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian tidak mahu melihat para ibu bapa dibebankan dengan pembayaran-pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 2 Januari di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain akan bermula 3 Januari.

Namun, jika pihak sekolah berpendapat perlu sedikit sumbangan dari ibu bapa, maka ini boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen di sini.

Ini perlu dilakukan menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan, katanya.

"Apapun kalau pihak sekolah berpendapat ia perlu mendapatkan sedikit sumbangan dari ibu bapa untuk usaha-usaha menambah baik lagi pembelajaran di sekolah, maka perkara itu boleh dibuat menerusi mesyuarat PIBG.

"Maknanya kalau dia kata nak tambah lagi entah beberapa ringgit... dia boleh buat tapi bila PIBG bermesyuarat dan bersetuju barulah mengemukakan permohonan kepada pihak pendaftar iaitu pengarah kita di peringkat negeri untuk mendapatkan kelulusan dan kita nak supaya jangan dibebankan ibu bapa dengan pembayaran-pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah pada keluarga," katanya.

Mesyuarat hari ini diadakan untuk membincangkan mengenai pengurusan dan keperluan sesi persekolahan baru itu yang berlangsung lebih kurang dua jam. — Bernama

Rombongan KM Melaka naik pesawat macam naik bas

Posted: 16 Dec 2010 03:30 AM PST

http://idhamlim.blogspot.com

Kejadian memalukan oleh peserta rombongan yang menaiki pesawat khas jenis BAE 146-200 yang membawa 80 penumpang termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditahan di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, Indonesia petang Selasa.

Menurut berita yang disiarkan pesawat itu ditahan kerana ada penumpang turun ke landasan sambil menghisap rokok sewaktu pesawat yang disewa dari Heritage Air berkenaan berhenti untuk mengisi bahan bakar.

Itulah tahap dan displin yang ditunjukkan oleh orang yang ada pendidikan. Atau mungkinkah rombongan yang dibawa oleh Ali Rustam adalah orang Melaka yang tidak ada pendidikan dan tidak tahu peraturan menaiki kapal terbang.

Macamlah kebiasaan yang kita lihat bila ada sahaja bas ekspres yang berhenti ramai yang ambil peluang hisap rokok di samping ada yang ramai bergegas ke tandas dengan hajat masing.

Tidak tahulah pula rombongan Ali Rustam ini, adakah mereka rasa naik kapal terbang macam naik bas?

Untunglah kapal terbang itu tidak meletup kerana dan saya ucapkan tahniah kepada penguasa di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya yang bertindak cepat.

kalau tidak dengan lapangan terbang sekali meletup akibat tidak berdisplinnya rombongan yang dibawa oleh Ali Rustam.

Tidakan tegas Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang melihat keadaan itu memeriksa semua penumpang di lapangan terbang itu amatlah saya sokong.

Rombongan kerajaan negeri Melaka itu sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Pesawat itu dalam penerbangan pulang dari Dili, Timur Leste dan ditahan pada kira-kira 2 petang waktu Indonesia sebelum dibenarkan berlepas ke Melaka pada pukul 11 malam dan tiba di LTAM di Alor Gajah pada pukul 2.15 pagi.

Namun begitu, enam penumpang pesawat itu termasuk Mohd Ali, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan pengawal peribadi kepada Ketua Menteri dibenarkan pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Inilah tahap moral pemimpin Umno selepas 50 tahun lebih kita merdeka, peraturan naik kapal terbang pun tidak tahu atau kalau tahupun nak tunjuk lagak dan dia yang besar dan ada kuasa.

Sepatutnya bagi saya hukuman kepada mereka yang hisap rokok dalam kejadian ini lebih keras kerana ia mengundang risiko keselamatan yang sangat serius.

Pakatan mahu saman Speaker cabar hukuman gantung enam bulan

Posted: 16 Dec 2010 03:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Ahli-ahli Pakatan Rakyat bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Speaker Dewan Rakyat ekoran hukuman gantung enam bulan dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga wakil mereka yang lain.

Tiga daripada empat wakil itu merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain Anwar tiga yang lain ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak).

Karpal berkata, pihaknya akan memohon mendapatkan semakan penghakiman berhubung perkembangan hari ini, yang menurutnya satu bentuk salah guna kuasa oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengerusi DAP Kebangsaan itu juga menggesa Speaker agar meletakkan jawatan kerana sudah tidak ada autoriti moral menerajui Dewan Rakyat.

"Kami tidak menjangkakan usul sedemikian. Itu sebabnya kami bertindak keluar. Kami mungkin akan membawa (isu ini) ke mahkamah.

"Ada kes rujukan dalam kes Gobind Singh (Ahli Parlimen Puchong) di mana kami membawa Speaker, Pandikar Amin, ke mahkamah," katanya lagi.

Kata Karpal, tindakan Speaker keterlaluan dan tidak boleh dipertahankan sama sekali.

"Kami mahukan satu keputusan penghakiman mengenainya, kami tidak boleh membiarkan beliau bertindak sedemikian.

"Kami tidak mahu perkara ini menjadi rujukan pada masa-masa akan datang," kata Karpal kepada pemberita selepas bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini.

Karpal menambah, mereka tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri mereka.

"Tidak ragu-ragu lagi Speaker telah hilang autoriti moral untuk mempengerusikan prosiding," katanya lagi.

"Dalam kes Anwar dan diri saya, syornya ialah kami akan digantung enam bulan.

"Dengan saya sebagai tambahan kepada (hukuman), celaan buat kali pertama, sekarang kedua-dua kami tidak diambil keterangan.

"Anwar tidak diberikan peluang untuk didengar, saya juga tidak diberikan peluang untuk memberi keterangan, begitu juag (Ahli Parlimen) Gombak dan Subang," katanya lagi.

Anwar juga mempersoalkan bagaimana Dewan Rakyat boleh memberi penghakiman yang adil jika Speaker bias dan tidak profesional.

"Sebagaimana dikatakan oleh Karpal, opsyen terbaik ialah pergi ke mahkamah dan kami tidak ada keyakinan dalam proses ini tetapi sekurang-kurangnya ada ruang untuk berbuat demikian," katanya.

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengarahkan Pandikar agar menggunakan peraturan mesyuarat.

"Menteri dari Padang Renggas memberi arahan dan arahan terakhir ialah menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 di mana menggantung setiap anggota yang bangun atau mencabar Speaker," katanya.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan Azmin daripada persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO.

Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan menyebabkan Nazri mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain iaitu Karpal, Sivarasa dan Azmin kerana menghina dewan.

Terdahulu persidangan menjadi kecoh sebaik usul menggantung Anwar dikemukakan oleh Nazri.

Pencuri dibelasah: Kembalilah kepada syariat Islam

Posted: 16 Dec 2010 03:00 AM PST

http://ahmadfadhli.com.my/

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal terhadap beberapa insiden individu yang disyaki pencuri dibelasah sehingga maut yang berlaku akhir-akhir ini.

Sewajarnya kejadian demikian tidak berlaku sekrianya semua pihak menghormati undang-undang dan tidak bertindak mengikut perasaan dan emosi masing-masing. Dari sudut yang lain, DPPNK ingin mengajak semua pihak berfikir kenapakah kes-kes seperti ini boleh berlaku?

Jelas sekali berlaku ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat terhadap hukuman atau punishment yang dikenakan terhadap individu yang terlibat dengan kes kecurian. Banyak berlaku kes di mana mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman penjara dan akan bebas beberapa tahun kemudian seterusnya kembali melakukan jenayah yang sama.

Akur atau tidak, inilah tanggapan yang berlegar di tengah-tengah masyarakat pada hari ini. Hasilnya, tahap ketidakpercayaan terhadap undang-undang menjadi semakin tinggi dan menyebabkan masyarakat mula bertindak mengikut emosi sendiri.

Dalam masa yang sama, kes-kes jenayah khususnya kecurian semakin mencatat peningkatan dari tahun ke tahun yang jelas sekali membuktikan wujudnya suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat awam. Individu-individu yang terlibat sebagai penjenayah pula tidak takut untuk melakukan jenayah yang sama berulang kali sekalipun sedar akan dikenakan hukuman sekiranya didapati bersalah.

DPPNK mengajak semua pihak dan kerajaan untuk memerhatikan dengan serius scenario ini. Sudah sampai masanya untuk kembali kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Di dalam kes mencuri, al-Quran telah menetapkan hukuman potong tangan kepada pencuri sebagai pencegahan yang paling berkesan.

Perhatikanlah maksud firman Allah SWT: Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai pencegahan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Maidah, ayat 3)

Hukuman potong tangan terhadap pencuri tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak sesuka hati melainkan oleh kerajaan yang mempunyai kuasa. Dengan kadar kecurian yang tertentu, ia juga hanya dilakukan setelah melalui proses pengadilan di mahkamah dan perlu dilaksanan di hadapan khalayak ramai. Ini bagi menanam rasa gerun di kalangan masyarakat untuk melakukan jenayah berkenaan. Apa yang paling penting, ia merupakan satu pencegahan daripada Allah SWT.

Hakikatnya, masanya telah tiba untuk memikirkan kembali dengan serius langkah pencegahan yang benar-benar dapat mencegah daripada berlakunya jenayah seperti ini. DPPNK yakin sekiranya semua pihak kembali kepada hukuman yang telah diajar di dalam Islam di samping mempergiatkan aktiviti kesedaran di kalangan warga awam, Insya Allah kes-kes individu yang disyaki pencuri dipukul sampai mati tidak akan berulang di masa-masa akan datang.

Khir Toyo belum bersalah

Posted: 16 Dec 2010 02:30 AM PST

Subky Latif

KETIKA gabungan NGO Selangor yang dipercayai didalangi Umno berarak ke Istana Sultan Selangor dan ke Istana Negara mengadukan kononnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyatnya melakukan 30 penyelewengan, tiba-tiba sehari selepas menyerahan memo itu ke bawah duli Yang DiPertuan Agung dan dua hari selepas ia diserahkan kepada Sultan Selangor, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo di hadapkan ke mahkamah kerana dikatakan memalsukan dua lot tanah dan ada kepentingan sebuah banglo besar di Shah Alam.

Tan Sri Khalid cuba dibabitkan dengan penyelewengan, tetapi Menteri Besar Umno itu sudah dibabitkan dengan mahkamah. Tan Sri Khalid belum ada fail tentang apa yang dikatakan 30 penyewengan itu, tetapi Dr. Khir Toyo didapati oleh SPRM layak didakwa di mahkamah.

Apa pun Dr. Khir belum bersalah walaupun dia sudah didakwa di mahkamah. Selagi mahkamah belum memutuskan dia bersalah, maka dia adalah bersih. Soal apakah dia dilihat bersih atau sebaliknya adalah hal yang lain. Dari segi undang-undang dia belum bersalah.

Dr. Khir bukan Menteri Besar Selangor yang pertama didakwa di mahamah. Malang bagi Umno sejak merdeka ada saja MB atau bekas MB yang dibawa ke mahkamah. Yang pertama Datuk Harun Idris dan yang kedua adalah Tan Sri Mohamad Mohd. Taib.

Datuk Harun telah disabitkan dakwaan rasuah oleh mahkamah dan dia telah menjalani hukuman penjara. Setengah rakyat menolak keputusan mahkamah atasnya dan Umno terus mengundinya bagi menjadi Naib Presiden selepas dia dibebaskan.

Tan Sri Mohamad ditahan di Australia kerana membawa duit seberat 17 kilo. Mahkamah Australia telah membebaskannya. Atas kejadian itu dia melepaskan jawatan menteri besar. Selepas dibebaskan oleh mahkamah, dia yang didapati bersih itu diangkat menjadi Ketua Penerangan Umno oleh Presidennya Tun Abdullah Badawi dan sebelum Abdullah bersara, Tan Sri Mohamad menjadi menteri.

Sekarang giliran Dr. Khir pula. Dia baru dalam peringkat dakwaan. Pada peringkat ini dia melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkan di Dun Selangor. Seperti Tan Sri Mohamad dulu, dia melepaskan jawatan Menteri Besar apabila dia didakwa.

Kebanyakan Menteri Besar Umno Selangor dilihat tidak bersih tetapi yang diseret ke mahkamah tiga orang termasuklah Dr. Khir.

Sekalipun Dr. Khir dilihat tidak berapa bersih tetapi ia adalah persepsi. Kalau orang yang sudah didakwa di mahkamah tidak dikira bersalah selagi belum didapati bersalah oleh mahkamah, lagilah orang yang dilihat tidak bersih dan tidak didakwa di mahmakah lagilah tidak dikira bersalah.

Orang di luar mahkamah tidak layak membuat hukuman kepada orang yang sedang didakwa. Hanya hakim yang mengadilinya yang layak menentukannya bersalah atau tidak setelah mendengar keterangan saksi dan setelah mendengar pembelaan dirinya jika dia dipanggil untuk membela diri.

Kita tidak tahu mana lebih berat antara dakwaan yang dikenakan kepada Tan Sri Mohamad Mohd. Taib di Australia dulu dengan dakwaan yang dihadapkan kepada Dr. Khir.

Tetapi dengan 17 kilo duit tunai yang didapati dibawanya di lapangan terbang, ia dirasakan begitu banyak. Jumlah wang itu tidak diketahui tetapi berat duit kurang tiga kilo saja dari had berat bagasi yang dibenarkan bagi seorang penumpang.

Banyak yang mengagak Tan Sri Mohamad tidak akan terlepas. Lagi pun mahkamah Australia tidaklah dilihat seperti institusi kehakiman di Malaysia. Mahkamah dan hakim di Malaysia berdepan dengan imej yang uzur. Tidak ada anggapan mahkamah Ausstralia berdepan dengan persepsi itu.

Tiba-tiba mahkamah Australia membebaskan bekas Menteri Besar Selangor itu.

Apa pun mahkamah ada wibawa dan seninya sendiri. Jangan ada yang hendak memandai atas dakwaan Dr. Khir itu. Setakat ini, dimaklumkan, Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara sendiri yang turun mendakwanya.

Dari segi politik sama ada Khir Toyo bebas atau dihukum, kedudukannya sudah tidak menentu. Jika Tan Sri Mohamad yang dibebaskan oleh mahkamah tidak diberi apa-apa perhatian oleh suasana politik yang ada, sedangkan dia adalah orang yang didapati tidak bersalah, maka bolehlah dikira payah bagi Dr. Khir untuk kembali ke arena politik seperti dulu.

Berapa lama kesnya berjalan tidak diketahui. Tetapi keputusannya mungkin diketahui pada masa pilihan raya kecil tidak layak diadakan menjelang tempoh tertentu pilihan raya umum. Kalau keputusan mahkamah itu dibuat sebelum tempoh itu, maka SPR terpaksa pula membuat persiapan pilihan raya kecil jika ia tidak memihak kepada yang dituduh.

MB sumbang sepertiga simpanan untuk parti

Posted: 16 Dec 2010 02:00 AM PST

Hafiz Irwan

KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang akan menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada parti bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan daulah Islamiyah.

"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.

Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.

Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu

Polis berkawal di luar Parlimen – Black Demokrasi

Posted: 16 Dec 2010 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Seramai hampir 100 orang anggota polis termasuk dari cawangan khas kelihatan berada di luar perkarangan parlimen pagi ini.

Dilaporkan sebuah badan bukan kerajaan(NGO) yang mengelar diri sebagai Demokrasi Hitam 2.0 akan mengadakan demostrasi di hadapan parlimen jam 12.30 tengahari nanti.

Protes ini bertujuan bagi membantah penggantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari parlimen tanpa dibenarkan untuk membela diri dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mengetuai perarakan menghantar memorandum aduan kepada SUHAKAM dari Bangunan Parlimen ke pejabat SUHAKAM Jalan Raja Laut sejurus himpunan bermula.

Kenyataan Media: Usaha terakhir Penguasa terus bernafas

Posted: 16 Dec 2010 01:30 AM PST

KENYATAAN MEDIA
KELAB ANWAR IBRAHIM (AIC)

"Penggantungan 4 Ahli Parlimen: Usaha terakhir Penguasa untuk terus bernafas"

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius berita terbaru berkaitan cubaan menggantung 4 Ahli Parlimen Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah diusulkan di Parlimen melalui Aturan Urusan Mesyuarat tanpa melalui notis 7 hari seperti kebiasaan.

Di samping sistem kehakiman yang terus-menerus menerima kritikan antarabangsa, Parlimen seolah-olah menjadi institusi 'rubberstamp'.

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia seolah-olah gagal memisahkan fungsi beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat dengan keahlian Umno beliau.

Tiada lagi pemisahan kuasa dan limitasi Kuasa Eksekutif yang telah dijanjikan melalui Perlembagaan Persekutuan.

AIC menganggap ini sebagai langkah terakhir Umno-BN untuk mengekang kemaraan rakyat yang kian marah dengan kenaikan harga minyak,barangan keperluan harian,dan juga kemungkinan kenaikan harga air dan elektrik yang berpotensi dilakukan bila-bila masa.

Demokrasi di Malaysia adalah contoh Demokrasi-Otoritarian di mana menurut Filasuf John Locke "ianya jelas melawan akal manusia yang normal, sebuah kerajaan berpelembagaan tanpa keadilan bagaikan sekumpulan perompak kejam!"

Tiada sekelumit harapan untuk rakyat terus bebas di dalam demokrasi seperti ini. Perubahan wajib dilakukan!

AIC percaya bahawa tindakan ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya sang penguasa untuk terus berkuasa. AIC percaya sudah tiba masanya penguasa harus akur dengan pola sentimen rakyat daripada berselindung di balik institusi yang dikuasai mereka.

HASANI MOHAMED
Koordinator Media
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

http://anwaribrahimclub.com

Insentif: Kafa membisu, pemain gelisah

Posted: 16 Dec 2010 01:15 AM PST

Wartawan Kita

KOTA BHARU, 16 Dis: Selepas lebih dua minggu kerajaan mengumumkan memberi insentif RM200,000 kepada pemain Red Warriors di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia, namun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih membisu.

Sedangkan beberapa pemain meluahkan rasa tidak senang hati di atas tindakan Kafa tersebut.

Antaranya bekas pemain Akmal Rizal Rakhli mendedahkan kepada media, Kafa tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia.

Ekoran itu beliau dan beberapa pemain lain mengambil keputusan meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, sehingga hari ini Kafa belum menghantar sebarang surat jawapan terhadap tawaran insentif kerajaan negeri kepada pemain ekoran kejayaan merangkul Piala Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan insentif sebanyak RM200,000 diberi kepada pemain yang berjaya menjulang imej Kelantan apabila menggondol piala tersebut.

"Sehingga ke hari ini surat tawaran dari kerajaan yang dihantar kepada pihak pengurusan Kafa tidak dijawab bagi membolehkan satu majlis diadakan untuk memberi insentif kepada pemain.

"Kita memberi peluang untuk mereka menentukan tarikh yang sesuai dan senarai pemain bagi hadir menerima insentif di Kota Darulnaim.

"Namun malangnya sehingga ke hari ini Kafa tidak menghantar sebarang surat jawapan bagi membolehkan pemain yang berusaha keras sebelum ini menerima sedikit saguhati kerajaan negeri," katanya di sini.

Pada Ramadan lalu kerajaan negeri juga membelanjakan sebanyak RM237,000 membawa seramai 36 pemain dan pengurusan Kafa mengerjakan umrah.

Malah pada musim lepas kerajaan negeri juga melupuskan hutang Kafa sebanyak RM700,000 daripada cukai hiburan yang dikenakan.

Manakala tahun ini cukai hiburan yang sepatutnya dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341 juga telah dilupuskan.

Bagaimanapun kata Abdul Fattah kesungguhan kerajaan negeri membantu pemain dan Kafa masih dipandang negetif pihak tertentu.

Datuk Najib Mesti Beramal, Bukan Bercakap Sahaja

Posted: 16 Dec 2010 12:30 AM PST

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga mesti bercakap serupa dengan bikin. Allah SWT murka dengan orang yang bercakap tetapi tidak buat. Sebagaimana firman Allah SWT 'Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan".( Assaf 61:2) Ketika beliau berucap merasmikan masjid Saiyyidina Ali di Bukit Katil Melaka, dengan sinis mengatakan usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan "Membangun Bersama Islam" semata-mata, kerana tidak akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.

Pas ingin memperingatkan kepada Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno dengan slogan inilah Pas boleh memerintah sampai 20 tahun di Kelantan walaupun dengan sekatan dan diskriminasi politik kuno umno kepada kerajaan rakyat yang sah. Pas boleh buktikan banyak perkara yang Pas lakukan melalui slogan Membangun Bersama Islam, kemudian ditiru pula oleh kerajaan pusat. Contohnya pinjaman tanpa faedah kepada kaki tangan, bantuan kifalah untuk warga emas, rumah tiga bilik, cuti dua hari dalam seminggu, kempen menutup aurat, kaunter berasingan, mengharamkan judi, menghadkan arak kepada orang bukan Islam sahaja, pajak gadai Islam, menunjukkan slogan yang Pas gunakan seiring dnegan amalan.

Pas pun mengharapkan Datuk Seri Najib boleh memulakan kehidupan dan amalan yang serasi dengan kehendak Islam sesuai dengan ucapan beliau yang mengatakan tidak cukup dengan slogan sahaja. Tinggalkan sikap pramatis yang mengikut suasana dan tidak mengikut prinsip agama. Jangan sewaktu merasmi masjid bicara hal agama dan mengajak pendengar ikut suruhan agama, dalam masa meraikan festival fesyen Islam di Monticalo Islam yang diucapkan entah ke mana. Pendekatan seperti ini mengelirukan orang bukan Islam di negara ini untuk berjinak dengan Islam.

Mufti Kelantan Dimasukkan Ke Hospital Kerana Radang Usus

Posted: 16 Dec 2010 12:30 AM PST

KOTA BAHRU: Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghidap penyakit radang usus sejak Khamis lepas.

Keadaan beliau dilaporkan bertambah baik.

Ketika ditemui Bernama di hospital itu hari ini, Mohd Shukri berkata beliau selamat menjalani pembedahan di bahagian usus pada 12 Dis lepas.

Katanya beliau tiba-tiba mengalami radang usus itu selepas pulang daripada bercuti bersama keluarga di Cameron Highlands. - BERNAMA

Dewan Rakyat Lulus Usul Gantung Anwar, Karpal, Azmin & Sivarasa 6 Bulan

Posted: 16 Dec 2010 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini telah mengemukakansyor supaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dikenakan tindakan itu keranadidapati membuat kenyataan tidak benar.

Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan usul menggantung tiga Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat iaitu Karpal Singh, R. Sivarasa dan Azmin Ali daripada menghadiri persidangan untuk tempoh yang sama. - BERNAMA

Kes Pembunuhan Sosilawati Ditangguh Ke 27 Januari

Posted: 15 Dec 2010 11:30 PM PST

Oleh SALWA SHA'ARI

BANTING: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditetapkan untuk sebutan semula di Mahkamah Majistret Telok Datuk di sini pada 27 Januari depan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan yang dipersetujui semua pihak bagi menunggu prosiding rayuan dan semakan oleh dua pekerja ladang yang mengaku salah melupuskan bahan bukti pembunuhan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini.

Permohonan tersebut yang difailkan oleh K.Sarawanan dan U.Suresh akan didengar pada 10 Januari depan.

N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati bersama pegawai bank CIMB, Noorhisyam Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin.

Semua mangsa dilaporkan hilang setelah menuju ke Banting untuk bertemu seorang peguam dipercayai atas urusan jual beli tanah.

Pada prosiding Khamis, peguam Ravi Neko yang mewakili Khatavarayan memaklumkan bahawa anak guamnya telah dipukul semasa berada dalam tahanan reman.

Hurman mengarahkan tertuduh untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Tiada ulasan: