Kerabu Bersuara ® |
- Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama Dr. Aziz Bari
- Tahun baru: Rakyat marhain didahulukan galas beban?
- Nazri Sanggah Kenyataan Ku Li
- Isu Khir Toyol: Pentaskan Sandiwara Itu Sekali Lagi!
- [Gambar] Khairy Dan Isteri Bergaya Ala Model. Pemuda Umno?
- Sabah tarikh balik elaun RM300 untuk penduduk miskin
- DRB Hicom bakal diterajui Tan Sri Syed Mokhtar
- "Jadilah bangsa bermaruah, bertakwa" – MB Selangor
- Dasar Pakatan Rakyat
- Exco Kerajaan Selangor Bidas Pusat Enggan Salur Dana
- Kes Aminulrasyid : Saksi utama tidak pernah melihat parang dalam kereta
- Bukan Khir Saja Yang Bermasalah! UMNO Bapak Masalah Dalam Negara
- Blogger UMNO Mesti Suka Pasal Berita Ni
- Tarif Elektrik Mungkin Naik, Mari Kita Tengok Apa Alasan Bodoh Kerajaan
- Selangor ragu pendakwaan terhadap Khir
- Chegu Bard kekal bersama PKR
- Pilihanraya Setelah Anwar Di Penjara!
- Kajian: Anwar masih dianggap relevan walaupun terus diserang Umno-BN
- Tumpu kalahkan Umno BN dulu
- Dua MP DAP digantung empat jam kerana gagal kawal emosi
- Kenalilah Ketuanan Melayu UMNO
- Suaram: M'sia kembali ke era masyarakat tertutup
- Khalwat Maal Hijrah
- Ibrahim Ali Yang Syumul?
- Awal-awal Lagi Anak Toyol Kena Tegur Dengan Ghani Patail
| Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama Dr. Aziz Bari Posted: 09 Dec 2010 07:30 AM PST ![]() Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama Dr. Aziz Bari semasa program persidangan Menteri Besar Pakatan Rakyat di Shah Alam Baru-baru ini. |
| Tahun baru: Rakyat marhain didahulukan galas beban? Posted: 09 Dec 2010 07:00 AM PST *** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan "Oleh itu, jika mereka bertaubat (daripada kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama, dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui." (At-Taubah Ayat 11) *** TAHNIAH Barisan Nasional kerana menang di Galas dan Batu Sapi. Namun janganlah hendaknya rakyat marhain digalaskan untuk terus menanggung beban kehidupan pada tahun baru 2011 Masihi dan 1432 Hijrah. Namun nampaknya, belum pun masuk tahun baru, harga petrol, gas dan gula pasir sudah pun naik (cakaplah naik, jangan nak berselindung dengan ungkapan 'penyelarasan harga'). Kini sesi persekolahan 2010 sudah tamat. Dalam keghairahan anak-anak menghabiskan cuti panjang, ibu bapa dan penjaga perlu berwaspada akan kewangan mereka; sudah bersediakah untuk menggalas kepayahan tahun baru? Tahun baru bermakna banyak bayaran perlu dibereskan. Bagi mereka yang mempunyai sejumlah anak bersekolah, bersedialah kerana kos menghantar kembali anak-anak ke sekolah bukannya murah; jika seorang anak memerlukan RM200, lima orang anak sudah berjumlah RM1,000! Penyediaan ini belum lagi membabitkan pakaian, kasut dan beg serta bayaran pengangkutan. Tidak lama dulu tambang bas sekolah dinaikkan sehingga 50 peratus, seorang anak yang tinggal lima kilometer dari sekolah, tambangnya mencecah RM40 sebulan. Beberapa tahun lalu, ibu bapa dicanangkan bahawa pendidikan di Malaysia adalah percuma selepas Kementerian Pelajaran memansuhkan yuran persekolahan. Hakikatnya bayaran dimansuhkan adalah yuran sekolah yang tidak sampai RM10. Mengapa berkira membiayai bidang pendidikan sedangan bangunan megah Menara Warisan bernilai RM5 bilion mahu didirikan? Bagi seorang anak yang bersekolah rendah wang RM200 mungkin tidak cukup untuk dia membereskan pelbagai yuran dan juga pembelian buku kerja dan latihan. Ini kerana selain sekolah biasa, dia juga perlu ke sekolah agama rakyat yang biasanya diadakan pada sebelah petang. Biasanya yuran dan buku tulis bagi sekolah agama ini mencecah RM100, jadi bakinya hanya RM100 untuk membereskan pelbagai yuran sekolah biasa. Cukupkah jumlah itu? Bagi anak-anak yang tinggal di sekolah berasrama penuh, yuran dan pelbagai bayaran lain boleh mencecah sehingga RM1,000 seorang anak. Apa tidaknya, yuran makan yang dinaikkan daripada RM1 kepada RM3 sehari tidak lama dulu, sudah membabitkan bayaran sebanyak RM600.00 setahun (200 hari persekolahan dharab dengan RM3). Dicampurkan dengan yuran asrama, PIBG dan sebagainya, wang RM1,000 itu pun dibimbangi tidak mencukupi. Bagi yang tidak cukup duit, bolehlah mereka membayar yuran asrama dan makanan untuk tempoh enam bulan atau kurang daripada itu. Cuba bayangkan beban sebuah keluarga jika mereka mempunyai tiga orang anak bersekolah rendah dan dua orang di sekolah menengah berasrama penuh. Kos yuran persekolahan mereka saja sudah mencecah RM2,600! Bagaimana pula kos pakaian dan peralatan sekolah, tambang dan duit poket? Nampaknya terpaksalah ibu bapa mengikat perut, berpinar-pinar biji mata memikirkan duit yang perlu disediakan. Bagi kakitangan kerajaan, mereka boleh berasa lega sikit kerana mendapat bonus akhir tahun RM500 bagi menampung serba sedikit keperluan anak-anak, tetapi bagaimana pekerja swasta seperti buruh kilang? Pesawah, penoreh getah dan peneroka terutama di kawasan di landa banjir seperti di Kedah dan Perlis tentunya akan menghadapi masalah rumit apabila tahun baru bermula. Hasil sawah tidak menjadi, jadi bagaimana mereka mahu memenuhi kehendak anak-anak yang mendayu-dayu meminta dibelikan peralatan dan kelengkapan persekolahan. Ketika berlangsung kempen pilihan raya kecil Galas, tanpa disedari sebahagian besar rakyat, harga petrol RON-97 dinaikkan 5 sen seliter dan bagi menenangkan rakyat dan memujuk pengundi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan memberi jaminan harga minyak RON-95 yang digunakan sebahagian besar rakyat marhain, tidak akan dinaikkan tahun ini. (NAMUN HAKIKATNYA puak ini membohongi rakyat, belum pun masuk tahun baru, HARGA MINYAK RON-95 sudah dinaikkan. Apakah erti cakap tapi tak serupa bikin, bukankah ini ciri-ciri ORANG MUNAFIK?) Apakah ini bermakna bermula saja tahun baru maka harga minyak ini akan dinaikkan? Jika hal ini berlaku akan bertambah susahlah kehidupan rakyat pada tahun baru termasuklah mereka yang hanya mampu berkenderaan buruk. Sebelum ini pun, pemilik kereta lama yang kebanyakannya rakyat marhain terpaksa menanggung beban berganda apabila insurans kenderaan mereka dinaikkan berlipat kali ganda. Syarikat insurans mendakwa mereka terpaksa menanggung risiko tinggi oleh itu bayaran polisinya terpaksa digandakan dan malang bagi rakyat, kerajaan akur kepada kehendak sekali gus mengetepikan nasib golongan kurang berupaya. Dianggarkan ada lima juta kenderaan lama yang melebihi usia 10 tahun di negara ini. Tidak lama dulu, kerajaan menguar-uarkan bahawa semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian Dasar Automatif Nasional (DAN) yang mensyaratkan kelulusan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Sdn Bhd sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan. Jika kerajaan mendakwa langkah ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya, rakyat marhain melihatnya sebagai satu lagi pendekatan untuk memeras golongan kurang mampu. Apabila langkah pemeriksaan oleh Puspakom ini dikuatkuasakan, rakyat perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menyediakan kenderaan pada peringkat 'tip top' seterusnya membuat pembayaran kepada pihak berkenaan. Pemeriksaan secara tahunan ini akan menyusahkan golongan yang tinggal di pedalaman kerana mereka terpaksa membawa kenderaan mereka ke bandar-bandar besar untuk diuji sedangkan ada antara mereka hanya menggunakan kenderaan itu untuk ke kebun dan ladang bagi mengangkut hasil pertanian. Biasanya apabila tahun baru menjelma, akan berlaku pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang sudah pasti mencengkam rakyat marhain. Harga barangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, susu, minyak masak, ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran dibimbangi akan naik, sekali gus membebankan golongan berpendapatan rendah. Rakyat marhain juga khuatir jika bayaran perkhidmatan seperti tarif elektrik, air dan aneka jenis cukai akan naik yang memerlukan mereka berbelanja lebih sedangkan pendapatan mereka tidak berubah sekalipun tahun sudah bertukar. Kini mereka semakin cemas apabila ada ura-ura untuk menswastakan perkhidmatan kesihatan manakala mereka yang dikira mampu sedikit dinasihatkan pula mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta yang kosnya berlipat kali ganda daripada hospital kerajaan. Apabila ini berlaku, adakah rakyat didahulukan untuk menikmati kemakmuran negara atau mereka didahulukan untuk menggalas beban di sebuah negara yang dicanangkan oleh perdana menteri sebagai negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi tidak lama lagi, malah ada negeri ligat menghebohkan negeri mereka sudah maju. Apakah ertinya negeri atau negara maju sedangkan rakyat marhain tetap sengsara? http://lanh14.blogspot.com/2010/12/tahun-baru-rakyat-marhain-didahulukan_09.html |
| Posted: 09 Dec 2010 06:40 AM PST Isu Sultan Muhammad V: Terima Saja Keputusan Majlis Perajaan - Kata Nazri Aziz (Bernama, 9 Disember 2010) KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Pemasyhuran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, tidak perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan persekutuan kerana Majlis Perajaan lebih berkuasa dalam perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata, apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah pemasyhuran, iaitu memaklumkan kepada rakyat. "Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan. "Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat. Jadi, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak kerajaan pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu. Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut perlembagaan. "Ini hak mereka (pemasyhuran) dan tidak ada kena mengena dari segi mesti mendapat persetujuan, malahan recognition daripada kerajaan pusat pun tidak perlu, kerana apa yang diputuskan oleh Majlis Perajaan itulah mesti diterima oleh semua," kata Mohamed Nazri. Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lepas setelah ayahanda baginda menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas. Mohamed Nazri berkata, permintaan Tengku Razaleigh tidak perlu diberi perhatian kerana institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan kerajaan pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu melibatkan persetujuan kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri. "Saya katakan di sini tak ada masalah pun sebenarnya dalam pemasyhuran itu. Jadi, takkanlah jika hanya seorang, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, tidak berpuas hati kita akan ambil kira pandangan beliau dan tidak pernah berlaku pun rakyat, kerajaan pusat atau kerajaan negeri dilibatkan dalam soal pemasyhuran sultan," katanya. Beliau berkata isu tersebut juga tidak layak dibawa ke mahkamah khas kerana mahkamah itu hanya untuk membicarakan salah laku seorang raja, bukan untuk membicarakan pertikaian sama ada pemasyhuran itu sah atau sebaliknya. "Pemasyhuran ini perlu diterima semua. Ia bukan boleh menjadi pertikaian di mana-mana mahkamah pun. Apabila telah dimasyhurkan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan dan dimaklumkan kepada pusat dan kita terima, bukan untuk kita iktiraf pun kerana ia tak perlu pengiktirafan daripada kita (kerajaan pusat)," katanya. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. |
| Isu Khir Toyol: Pentaskan Sandiwara Itu Sekali Lagi! Posted: 09 Dec 2010 06:30 AM PST TERTANGKAPNYA SAEKOR TOYO Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo seorang lelaki Jawa dari kampong Sungai Besar Selangor ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar lelaki Jawa ini di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib di ikuti. Rata-rata rakyat tidak ambil pot dan tidak mengindahkan berita ini. Beberapa bulan dahulu ada berita seorang jantan China bekas ketua sebuah pertubuhan China yang di tangkap. Berita jantan China ini agak gempar sedikit berbanding berita lelaki Jawa ini. Gempar ini mungkin kerana China ini adalah Apek tua yang telah pencen. Apek ini kelihatan sadikit uzur. Kes lelaki Jawa dan Apek ini bukan satu pekara yang baru. Beberapa tahun dahulu ada satu kes yang agak sama. Di Sabah ada seorang jantan yang namanya agak sedikit pelik – Kasitah Gadam – telah juga di tangkap. Penangkapan jantan yang namanya pelik ini berlaku sesudah seorang Apek Tua bekas penjual basikal benama Eric Chia ditahan. Apa yang amat pelik dalam kes penangkapan jantan Jawa dan Apek ini ialah tidak adanya kouta Macha India untuk ditangkap. Ini betul betul memeranjatkan. Biasanya tangkapan-tangkapan dalam kes sandiwara seperti ini akan muncul pelakon untuk menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa. Kalau ada Jawa ditangkap mesti ada China ditangkap sama. Kalau ada China ditangkap mesti ada Macha ditangkap. Kalau tidak orang Jawa dan orang China akan marah. Mereka akan merasa tidak adil kerana kaum mereka sahaja yang ditangkap. Justeru bila tidak ada jantan India ditangkap bersama Jawa dan Apek ini kelihatan undang-undang di Malaysia ini memilih milih. Ini juga agak jangal kerana pada ketika ini sedang dijalankan kempen satu Malaysia. Kempen ini ingin membuktikan bahawa Malaysia ini bukan negara Orang Melayu sahaja. Di Malaysia ini ada orang India, ada orang China dan ada Jawa. Memperlihatkan berbagai bangsa yang ditangkap ini penting. Ini agar negara kita ini dilihat oleh para Pelancung dari Eropah sebagai sebuah negara yang Truly Asia – ada China , ada India dan ada Jawa. Ini juga amat amat menepati slogan Malaysia Boleh. Malah jika Apek dan India ini memakai baju batik ketika dibicarakan maka kelakuan mereka ini betul-betul menepati konsep Islam Hadari. Atau mungkin pihak yang merancang untuk menangkap agak terlalai dan tidak mengikut slogan Truly Asia dan Islam Hadari. Atau kouta India ini sengaja tidak dipenuhi. Jika ada Macha ditangkap sama mungkin sekali lagi budak India tukang basuh kereta akan membuat tunjuk perasaan. Budak-budak India tukang basuh kereta ini telah lama jaki dengan pihak polis. Ini kerana telah bagitu lama mereka sahaja yang selalu kena tangkap, kena pukul, kena gari dan kena bantai sampai mati terutama di rumah pasong Brickfeild. Tukang tangkap ini pun agak takut untuk buat kacau terhadap orang India. Mungkin pengalaman Hindraf dahulu cukup mengerunkan tukang tangkap dan United Malays National Organisation. Kalau dulu budak India ini dianggap 'kaki mabuk' tetapi sesudah Hindraf budak-budak India ini perlu dibodek. Projek membodek Macha amat jelas kelihatan di Brickfeild. Pekan kecil ini telah disempitkan dengan berbagai bentuk tiang dan lampu. Pelbagai bentuk belalai gajah dan segala macam patung hingga susah hendak berjalan. Walau apa pun sedang dirancang , Mak Cik dan Pak Cik Felda suku sakat Mawi pun sedar bahawa penangkapan ini tidak ada sangkut paut dengan rasuah. Mustahil Apek Tua dan lelaki Jawa ini ditangkap kerana rasuah. Semua orang berpendapat mustahil kes lelaki jawa ini kes rasuah. Kalau kes ini kes betul-betul rasuah, si Ghani Patail tukang canang kes ini juga patut ditangkap sama. Tukang canang ini bukan sahaja terlibat dalam rasuah tetapi terlibat dalam menutup kes rasuah. Jadi – kalau kes lelaki Jawa dan Apek China ini bukan kes rasuah, apa kes mereka sebenarnya? Apa yang sedang berlaku sekarang ialah satu rancangan licik yang telah dan sedang diatur untuk menipu orang ramai. Ini satu perancangan untuk melalaikan orang ramai agar melihat bahawa telah ada usaha Najib dan Rosmah untuk melawan rasuah. Ini penting kerana orang ramai perlu ditipu agar mereka akan mengundi United Malays National Organisation sekali lagi. Cuba perhatikan perancangan ini : Hari lelaki Jawa ini ditangkap memang dipilih dan dirancang. Sebelum lelaki Jawa ini ditangkap harga minyak dan gula telah dinaikkan. Pengumuman dilakukan pada malam Jumaat. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Parlimen tidak bersidang. Jadi apabila berita harga barang naik diumumkan para wakil rakyat tidak dapat heboh di Parlimen. Tetiba pada pagi hari Isnin lelaki Jawa ini ditangkap. Lalu berita harga minyak dan gula naik hilang. Berita Jawa ditangkap jadi muka depan. Presto ! Dalam ilmu politik semua ini dipanggil ' mengurus konflik'. Bayangkan jika Jawa ini tidak ditangkap pasti orang ramai akan heboh berlabon tentang kenaikkan harga gula dan minyak. Inilah cara dan taktik Zionis Isreal merancang untuk mengambil tanah orang Palestin. Kejap ! Apa pulak ini? Apa sangkut pautnya Jawa ini kena tangkap dengan Zionis Isreal? Wahai para pembaca yang budiman - sekarang ini para Zionis dari Isreal telah dan sedang diupah untuk menjadi penasehat kepada United Malays National Organisation. Kalau dulu dizaman Dolah Badawi ada Budak Budak Tingkat Empat sebagai penasehat ketika Dolah tidor. Sekarang dizaman kerajaan Najib Rosmah ada Zionis Apco yang diupah untuk menipu orang Melayu. Penangkapan ini dirancang oleh Zionis Apco untuk mengolah berita dan mengalihkan padangan ramai dari bertanya kenapa harga minyak naik. Atau kenapa harga gula naik? Ini memang cara Zionis bergerak – meriam berbunyi di kiri tetapi tupai mati di sebelah kanan. Marilah kita menerima hakikat bahawa lelaki Jawa dan Apek China ini di tangkap kerana mereka telah menjadi selipar buruk. Selipar buruk yang boleh dibuang atau ditinggalkan di tepi jamban. Tak mungkin para pembaca yang budiman tidak tahu bahawa selipar buruk yang telah dipakai kalau disimpan lama lama akan menjadi semak samun. Silap-silap menjadi sarang tikus. Jadi selipar ini wajib dibuang. Justeru , dari perancangan Zionis Apco - apabila lelaki Jawa dan Apek China ini di tangkap maka orang ramai akan kembali yakin bahawa Najib Razak tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Juga dengan tertangkapnya lelaki Jawa ini maka diharapkan orang ramai akan yakin bahawa yang mengendalikan kerajaan negara ini bukan Rosmah Mansor. Dalam ilmu politik perancangan licik Zionis Apco ini dipanggil – mengolah persetujuan. Pengolahan persetujuan ini amat penting. Berita dan babak babak drama disusun dan diatur. Ini adaah sebahagian dari pengolahan persetujuan. Pengolahan ini dijalankan agar rakyat Malaysia akan kembali yakin kepada pimpinan United Malays National Organisation. Keyakinan orang Melayu wajib dikembalikan kepada United Malays National Organisation. Ini amat penting untuk United Malays Nasional Organistaion dapat terus berkuasa. Dua tahun yang lampau bukan sahaja orang bukan Melayu tidak percaya kepada United Malays National Organisation malah ramai orang Melayu lari untuk menyokong Pakatan Rakyat. Sekarang satu fenomena baru telah timbul. Ahli-ahli United Malays National Organisation yang tidak lari dua tahun dahulu telah mula melarikan diri. Mereka semakin muak dan jelak melihat Najib yang selalu berdulak dalik. Kejap pro Melayu kejap pro satu Malaysia, kejap pro Singapura atau kejap pro China MCA. Najib juga dilihat sebagai seorang jantan yang takutkan bini. Dalam budaya Melayu tradisonal jika jantan takutkan bini maka jantan ini dianggap jantan dayus. Kerana melihat Najib sebagai jantan dayus maka ramai ahli United Malay National Organisation lari untuk dipimpin oleh Perkasa. Perkasa dilihat sebagai pertubuhan 'jantan macho' bersongkok tinggi yang berani berjuang dan mempertahan hak umat Melayu. Yakinlah – kes-kes ini akan berpanjangan sampai ada yang dituduh mati – seperti kes Eric Chia. Atau kes ini melalut panjang hingga orang lupa seperti kes pembunuhan Teoh Beng Hock. Kes Beng Hock sampai ke hari ini tidak diketahui hujung pangkalnya. Pembaca yang budiman harus sedar dari awal lagi telah diterangkan bahawa penangkapan ini hanya satu sandiwara. Sama seperti kes Apek Eric Chia dan Kasitah Gadam dahulu – ianya akan berakhir dengan keputusan tidak bersalah. Pihak pendakwa secara bodoh memastikan bahan bukti tidak wujud. Malah saksi juga akan bertelingkah antara satu sama lain tentang tarikh dan masa. Semuanya telah dirancang oleh Zionis Apco – maka terpulanglah kepada pembaca yang budiman sama ada hendak kena tipu atau tidak. Kalau telah sedar dan tidak mahu ditipu ertinya rancangan Zionis Apco gagal. Tetapi jika bersedia untuk ditipu, maka harus disedari satu hakikat bahawa pada ketika ini masih belum ditemui satu pil yang mujarab untuk mengubati orang bodoh.(TT) |
| [Gambar] Khairy Dan Isteri Bergaya Ala Model. Pemuda Umno? Posted: 09 Dec 2010 06:00 AM PST |
| Sabah tarikh balik elaun RM300 untuk penduduk miskin Posted: 09 Dec 2010 05:30 AM PST Oleh Luke Rintod KOTA KINABALU: Beratus-ratus penduduk warga emas beragama Kristian yang menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 seorang di beberapa daerah di Sabah tidak lagi menerima "elaun" itu tanpa sebarang notis. Seorang penduduk berusia 69 tahun dari Kota Belud berkata, kali terakhir beliau menerima elaun itu ialah bulan Ogos tahun ini. Kini, menghadapi hari Krismas yang suram, beliau berkata, "kami perlukan sedikit wang. Hari Krismis menjelang tiba……kami perlukan sedikit wang." "Apabila saya datang ke pejabat daerah Kota Belud hari tu untuk bertanya mengenai bantuan itu, saya terperanjat apabila diberitahu oleh seorang kakitangan di situ bahawa saya tidak layak mendapat bantuan itu kerana saya mempunyai telefon bimbit dan jam tangan," katanya. Warga emas itu berkata, bukan beliau seorang sahaja yang menerima nasib yang sama di Kota Belud. Beliau berkata, kakitangan seksyen kebajikan memberitahu warga emas yang lain bahawa akan dibuat "tapisan" baru terhadap "rumah-rumah" untuk memastikan sama ada mereka layak untuk menerima bantuan itu. Kajian ringkas terhadap warga emas mendapati ramai di antara penerima "bantuan warga emas" di Kota Belud menerima bantuan itu, kali terakhir pada Julai atau Ogos tahun ini. Kajian itu juga mendapati kebanyakan daripada mereka yang menerima elaun itu yang diberhentikan adalah penduduk Kristian manakala penduduk Islam terus menerima bantuan itu sejak empat bulan lalu. Keadaan tidak menentu Kerajaan persekutuan menambah bantuan kebajikan kepada negeri, yang diperkenalkan tahun sudah, dari RM90 kepada RM300 untuk menampung keperluan kebanyakan keluarga, terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya. Di bawah skim itu, mereka yang berusia 60 tahun ke atas layak memohon bantuan kebajikan itu. Garis panduannya menyebut hanya seorang ahli, sama ada suami atau isteri, boleh menerima bantuan itu walaupun terdapat beberapa pengecualian berhubung beberapa kes tertentu. Seorang lagi warga emas dari Kota Belud, yang tidak lagi menerima bantuan itu tanpa sebarang notis sejak Ogos, tidak pasti apa yang harus dibuat kerana diberitahu untuk menunggu elaun RM300 itu yang tidak kunjung tiba. "Mungkin Barisan Nasional sudah memberhentikan pemberian wang itu tapi kenapa orang lain terus dapat?," soal warga emas berusia 78 tahun ini yang enggan menyebut namanya. Adalah difahamkan beberapa orang ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya telah tidak lagi menerima elaun mereka sejak Ogos atau September. |
| DRB Hicom bakal diterajui Tan Sri Syed Mokhtar Posted: 09 Dec 2010 05:00 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Dis – Jutawan terkenal yang rapat dengan Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dikatakan berkemungkinan mengambilalih syarikat konglomerat automotif terkemuka, DRB-Hicom dalam urusan jual beli yang berjumlah hampir RM2 bilion, lapor akhbar Business Times, hari ini, memetik sumber yang rapat dengan pelan tersebut. "Pelan itu sedang dikaji, tetapi keputusan muktamad belum lagi diputuskan," kata sumber yang tidak dikenalpasti . Sementara itu, pihak DRB dalam reaksi spontan mereka, enggan mengulas lanjut. Saham syarikat itu dilaporkan menokok 3.5 peratus pada harga RM1.76, pagi tadi. Sebelum ini, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Syed Mokhtar telah ditawarkan oleh kerajaan bagi mengambil alih Penang Port Sdn Bhd (PPSB) , yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno, antaranya Pengerusi PPSB Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan pengarah urusannya Datuk Ahmad Ibnuhajar. Konglomerat Syed Mokhtar itu turut diberikan lesen penyedia rangkaian 4G baru-baru ini manakala satu lagi subsidiarinya berminat untuk mendapatkan Lebuh Raya Utara-Selatan. Pada 2 Disember lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua Ahli mempersoalkan tindakan pengambilalihan PPSB oleh Syed Mokhtar dan menuntut penjelasan sepenuhnya daripada kerajaan mengenai proses penswastaan tersebut. Dengan merujuk kepada laporan spekulatif Business Times Singapura Oktober lalu, Pua berkata, jika pengambilalihan menjadi kenyataan, ia akan menjadi satu lagi tindakan bertentangan dengan banyak janji kerajaan yang mahu bertindak telus dan penuh akauntabiliti, yang dijanjikan oleh Model Ekonomi Baru (MEB) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pua juga menggambarkan langkah itu sebagai satu lagi proses penswastaan "ala-Dr Mahathir" dan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengadakan tender terbuka bagi pembida terbaik membangunkan pelabuhan tersebut. |
| "Jadilah bangsa bermaruah, bertakwa" – MB Selangor Posted: 09 Dec 2010 04:30 AM PST SHAH ALAM: Rakyat Selangor digesa menjadi bangsa yang bermaruah dan bertakwa berbanding menjadi bangsa yang mengagungkan Ketuanan Melayu. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "orang yang mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa dan orang yang bertaqwa adalah mereka yang bermaruah tinggi". "Penguasa yang bermaruah akan disanjung, pentadbiran yang bermaruah akan dihormati dan rakyat yang bermaruah akan dipandang mulia", kata beliau pada Majlis Persidangan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia di Dewan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini hari ini. Bagaimanapun, teks ucapan beliau dibacakan oleh Yaakob Sapari, exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan. Namun, tindakan ahli-ahli Umno dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Sementara itu, dalam kenyataannya kepada media hari ini, Yaakob meluahkan rasa kesal terhadap ahli-ahli Umno Selangor yang membawa juru sorak hingga mengganggu ketika beliau sedang berucap. Beliau berkata, hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh Umno yang dilihat sebagai satu slogan retorik. "Pihak penganjur berasa begitu kecewa atas tindakan biadap pimpinan Umno dan menggesa mereka yang terlibat tampil memohon maaf atas kelakuan buruk mereka," ujar beliau. |
| Posted: 09 Dec 2010 04:15 AM PST Dasar Pakatan Rakyat 1. Demokrasi Telus dan Tulen A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang B – Pemisahan Kuasa C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil 2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil A – Ekonomi Kemahiran Tinggi B – Ekonomi Demokratik dan Telus C – Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan E – Tenaga Kerja F – Jaringan Perlindungan Sosial G- Perumahan H- Prasarana dan Kemudahan Awam I- Alam Sekitar 3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan A – Perpaduan dan Keadilan Sosial B – Agama C – Pendidikan D – Wanita dan Institusi Keluarga E – Golongan Muda F – Keselamatan G – Kesihatan H- Kebudayaan 4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara A – Sistem Persekutuan B – Sabah dan Sarawak C – Dasar Luar Negara MUAFAKAT RAKYAT Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing. Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan "demokrasi otoritarian". Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau. Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan. Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat. Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan. Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan. Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir. Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum. Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu. 1. Demokrasi Telus dan Tulen A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat akan: i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153 ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan. iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum. iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa. v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi. vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak. B – Pemisahan Kuasa Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif. Pakatan Rakyat akan: i. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman. ii. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang. iii. Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen. iv. Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen. v. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman). vi. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik. vii. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet. viii. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap. ix. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan. C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya. Pakatan Rakyat akan: i. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik. ii. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal. iii. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas. iv. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama. v. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum. vi. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi. 2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara. Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan. Pakatan Rakyat beriltizam untuk 'Merakyatkan Ekonomi Negara' bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai. A – Ekonomi Kemahiran Tinggi Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan: i. Menjamin peluan pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian. ii. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.. iii. Menggalakkan warga neraga yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik. B – Ekonomi Demokratik dan Telus Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik. Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mapan serta menghakis daya sain negara. Pakatan Rakyat akan: i. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat. ii. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air. iii Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia. C –Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing. Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan: i. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan. ii. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam. iii. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang iv. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi. D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua. Pakatan Rakyat akan: i. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan. ii. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum. iii. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar. iv. Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit. v. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua. vi. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan E- Tenaga Kerja Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara. Pakatan Rakyat akan: i. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia. ii. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa. iii. Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua. iv. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi. v. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti. vi. Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing. vii. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri. F – Jaringan Perlindungan Sosial Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan: i. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta. ii. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja. iii. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat. G – Perumahan Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan: i. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah. ii Mengatasi masalah 'setinggan/peneroka bandar'sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka. iii. Menyelaraskan sistem perundingan antara 'setinggan/peneroka bandar', pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah; iv. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah; v. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat. vi. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati. vii. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya. H- Prasarana dan Kemudahan Awam Penyediaan dan penyenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka. Pakatan Rakyat akan: i. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia. ii. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun. iii. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat. iv. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam. v. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka. vi. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital. I- Alam Sekitar Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam: i. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh. ii. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal. iii. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif. iv. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya. v. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon. 3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan A – Perpaduan dan Keadilan Sosial Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni. Pakatan Rakyat akan: i. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak. ii. Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia. iii. Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum. iv. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka v. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan. vi. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini. vii. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka. B – Agama Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin. Pakatan Rakyat berikrar: i. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia. ii. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman. iii. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam. iv. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat. v. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama. C – Pendidikan Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat. Pakatan Rakyat akan: i. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. ii. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. iii. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. iv. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju. v. Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat. vi. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak; vii. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan. viii. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa. ix. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. x. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman. xi. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda. xii Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran. xiii Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah(diploma berkembar). D – Wanita Dan Institusi Keluarga Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan. Pakatan Rakyat akan: i. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang. ii. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu. iii. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan. iv. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis. v. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta. vi. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan. vii. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara. viii. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah. ix. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara. E – Golongan Muda Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak. Pakatan Rakyat akan: i. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri. ii. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara. iii. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara. F – Keselamatan Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat. Pakatan Rakyat akan: i. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam ii. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah. iii. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah. iv. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara. v. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral. vi. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti. vii. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah. G – Kesihatan Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat. Pakatan Rakyat akan: i. Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta. ii. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah. iii. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam. iv. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat. H- Kebudayaan Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah. Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971). Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan: i. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium. ii. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka. iii. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun. 4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara A – Sistem Persekutuan Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat. Pakatan Rakyat akan: i. Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat. ii. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil. iii. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri. B – Sabah dan Sarawak Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat.at sebelah, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur. Pakatan Rakyat akan: i. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka. ii. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing. iii. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak. iv. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika. C – Dasar Luar Negara Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran. Pakatan Rakyat akan: i. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan. ii. Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban. iii. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean. iv. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa. |
| Exco Kerajaan Selangor Bidas Pusat Enggan Salur Dana Posted: 09 Dec 2010 04:00 AM PST SHAH ALAM, 9 Dis – Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari mendakwa kerajaan pusat mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri apabila enggan menyalurkan peruntukan dana kerajaan pusat itu kepada kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat. Yaakob mengecam tindakan kerajaan pusat yang mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)di Selangor dan negeri-negeri lain yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sejak Mac 2008. Exco Kerajaan Negeri itu melahirkan pendirian kerajaan negeri itu ketika berucap pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Penghulu Semenanjung Malaysia, yang dirasmikan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini. "Ini tidak seharusnya berlaku. Dan, ia hanya bermula selepas pilihan raya umum ke-12 apabila Pakatan Pakatan memenangi Selangor, dan ini mengakibatkan persaingan tidak sihat," kata Yaakob yang mewakili Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis itu. JKKKP ialah satu badan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac 2008. Ia bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Ketua kampung menjadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK, penghulu akan turut hadir. Di empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kerajaan pusat telah melantik lebih 3,000 anggota JKKKP – satu langkah yang dilihat sebagai usaha Barisan Nasional (BN) mahu mengawal pemimpin-pemimpin akar umbi di negeri-negeri terbabit. "Ini bukan serangan ke atas Barisan Nasional atau Tan Sri," kata Yaakob yang turut merayu kepada Muhyiddin agar membubarkan jawatankuasa persekutuan itu. Ketika pandangan itu dikemukakan, suara Yaakob tenggelam di sebalik respons 300 penghulu yang hadir pada mesyuarat hari ini dan meminta beliau menghentikan ucapannya. Sebilangan daripada pemimpin setempat itu bertindak demikian apabila ucapan Khalid mula menyentuh mengenai isu pembahagian peruntukan yang sama rata kepada wakil rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan. Beberapa orang berkenaan diperhatikan memekik "sudahlah" dan "ini bukan mesyuarat Pakatan Rakyat" apabila isu berkenaan dibangkitkan. Bagaimanapun Adun Kota Anggerik ini meneruskan ucapan mengecam Putrajaya kerana enggan menyalurkan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kemudian dalam ucapannya Muhyiddin berkata, kerajaan persekutuan hanya mahu memastikan peruntukan yang kewangan disalurkan kepada negeri diuruskan dengan berkesan. Malah beliau juga memberitahu penghulu-penghulu bahawa Putrajaya juga mengekalkan pejabat pembangunan sendiri di Selangor, yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Negeri Datuk Abdul Ghani Salleh. "Selangor sudah pun menjadi negeri maju, tetapi kerajaan persekutuan terus menyediakan peruntukan, sebab itu kita ada Datuk Ghani di sini bagi memastikan wang dibelanjakan dengan baik," kata Muhyiddin. Menurut beliau, pelbagai pelantikan persekutuan di negeri itu tidak bermaksud memperlekehkan kerajaan Selangor. "Apa yang lebih penting, bagi kami projek-projek yang telah dirancang dilaksanakan dengan baik," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucapan. "Saya tidak melihat ada apa-apa masalah," kata Muhyiddin. |
| Kes Aminulrasyid : Saksi utama tidak pernah melihat parang dalam kereta Posted: 09 Dec 2010 03:30 AM PST SHAH ALAM, 9 Dis – Kes perbicaraan remaja yang mati ditembak polis April lalu, Aminulrasyid Amzah disambung hari ini. Saksi utama, Muhamad Azamuddin Omar, yang merupakan rakan kepada Aminulrasyid mengesahkan dia tidak pernah melihat parang di dalam kereta Iswara itu sebagaimana yang didakwa polis sebelum ini. Ketika Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd. Ghani menunjukkan sebilah parang yang merupakan barang kes dalam perbicaraan itu, saksi ke-29 pendakwaan tersebut berkata beliau tidak pernah melihatnya. Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid. Muhamad Azamuddin seterusnya berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada malam kejadian bagi membersihkan nama beliau dan mangsa yang dituduh sebagai penyamun. Sementara itu, saksi pendakwaan ke-28, Konstable Mohd Izham Mahayadin hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen Shah Alam bahawa dia telah mengarahkan mangsa supaya menghentikan kereta yang dipandunya namun mangsa enggan berbuat demikian. Menurut konstable Izham, kereta Iswara yang dipandu Aminulrasyid memintas laju kereta peronda yang dinaikinya di Persiaran Dato' Menteri berhampiran dengan Kompleks PKNS. Dia telah mengarahkan mangsa menghentikan keretanya, namun mangsa enggan berbuat demikian. Mohd Izham memberi keterangan pada perbicaraan Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas. Jenain, 48, didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. |
| Bukan Khir Saja Yang Bermasalah! UMNO Bapak Masalah Dalam Negara Posted: 09 Dec 2010 03:00 AM PST Muhyiddin: BN akan putuskan pengganti Dr Khir Pengganti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor akan diputuskan oleh pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Kita biar pihak berkuasa tentukan (mengenai kes mahkamah). Tapi bagi pihak BN, kita menjalankan tugas seperti biasa kerana kita tidak mahu ini menggugat dan mengganggu pentadbiran parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan agung perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam hari ini. Isnin lepas, Mohamad Khir, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi. Ia melibatkan dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta. Hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya. Ekoran itu, Mohamad Khir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, meletak jawatan sebagai ketua pembangkang. Muhyiddin berkata meskipun Mohamad Khir menghadapi masalah tapi itu tidak bermakna urusan parti dan urusan di peringkat kawasan tidak dapat dijalankan. "Apa yang penting, Dr Khir menghadapi masalah, tapi parti dan urusan lain perlu dijalankan seperti biasa. Dalam Dewan Undangan Negeri pula, akan dipilih wakil bagi menggantikan beliau (sebagai ketua pembangkang)," katanya. - Bernama |
| Blogger UMNO Mesti Suka Pasal Berita Ni Posted: 09 Dec 2010 02:30 AM PST Dana Nasi Lemak 2.0: Namewee jumpa Nazri Penyanyi kontroversial Wee Meng Chee hari ini mengadakan pertemuan singkat dengan Menteri di Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung kesukarannya mendapatkan geran kerajaan bagi menerbitkan filem. Wee, yang lebih dikenali sebagai Namewee, berjumpa dengan Nazri di Parlimen dan memaklumkan ke menteri itu mengenai filem terbarunya, berjudul Nasi Lemak 2.0, dan kepayahan lebih lapan bulan yang dideritainya dalam usaha mendapatkan geran kerajaan. Dia sebelum ini mendakwa syarat kerajaan yang menetapkan sebahagian besar skrip perlu dalam Bahasa Melayu sebelum dipertimbangkan untuk mendapatkan geran sebagai syarat yang mendiskriminasi dan tidak sehaluan dengan semangat 1Malaysia. Pada pertemuan 10 minit ini, Wee melahirkan hasratnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan juga pembikin filem yang lain. Pada sidang media kemudiannya, Nazri berkata beliau akan menimbulkan perkara berkenaan kepada perdana menteri pada mesyuarat kabinet Jumaat ini. |
| Tarif Elektrik Mungkin Naik, Mari Kita Tengok Apa Alasan Bodoh Kerajaan Posted: 09 Dec 2010 01:55 AM PST Kenaikan tarif mungkin tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada Tenaga Nasional Bhd memandangkan kemungkinan peningkatan harga gas asli, yang kini ditetapkan pada RM10.70/mmbtu atau harga arang batu, yang akan mengimbanginya. "Kami menganggarkan bahawa kenaikan satu peratus mata dalam tarif, akan menaikkan pendapatan 2012 Tenaga sebanyak lapan peratus. Namun ia boleh diimbangi sepenuhnya oleh peningkatan enam peratus harga gas asli tetap," kata sebuah firma penyelidikan. Ia berkata satu lagi faktor ialah kemungkinan peningkatan kos arang batu, yang menyumbang 48 peratus daripada perbelanjaan bahan api dalam tahun kewangan 2010. Ia berkata demikian dalam laporan syarikat sebagai respons kepada berita bahawa Kabinet sudah bersrtuju secara dasarnya untuk menyemak semula tarif elektrik. Harga arang batu Newcastle meningkat kepada US$109 satu tan pada masa ini daripada US$85 tan (US$=RM3.61) yang digabungkan dalam struktur tarif Tenaga yang sedia ada. "Kami menganggarkan bahawa peningkatan lima peratus harga arang batu melepasi andaian unjuran tahun kewangan 2012 sebanyak US$100 satu tan, akan mengimbangi peningkatan satu mata peratus dalam tarif elektrik," katanya. Firma penyelidikan itu berkata menerusi loji regasifikasi gas asli cecair Melaka dibangunkan pada kadar segera menjelang pertengahan 2012, rejim baharu tarif gas elektrik diperlukan. "Pada pandangan kami, halangan utama terhadap pelaksanaan semakan tarif itu kini mendapat perhatian politik memandangkan kerajaan dilihat sedang menyiapkan diri untuk pilihan raya tahun depan," katanya. Mengenai surat persefahaman antara Tenaga dan National Trading Company (NATCO) untuk bekerjasama dalam aktiviti khusus dalam industri tenaga di Yemen, firma penyelidikan itu berkata: "Jika perkara itu menjadi kenyataan, Tenaga dijangka memulakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan di Yemen. "Kami neutral dalam projek ini, yang tidak mungkin menjana sumbangan ketara terhadap kumpulan dalam tempoh sederhana." Firma penyelidikan itu mengulangi saranan "simpan" ke atas saham Tenaga dengan nilai adil RM9.00. - Bernama |
| Selangor ragu pendakwaan terhadap Khir Posted: 09 Dec 2010 01:00 AM PST PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor hari ini merasa ragu tentang pendakwaan terhadap bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo walaupun kerajaan persekutuan berjanji untuk bersungguh-sungguh memerangi rasuah. "Dakwaan rasuah melibatkan pembelian sebuah mansion oleh Khir dalam sebuah kejiranan eksklusif di Shah Alam tidak melambangkan keseluruhan salah laku beliau," kata Faekah Hussin dalam satu kenyataan hari ini. Faekah, setiausaha politik kepada Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata, "pendakwaan ini tidak memperlihatkan bahawa kerajaan pusat serius dalam usaha menangani rasuah, penyakit utama di negara ini. "Langkah ini jauh sekali dari percubaan untuk membersihkan imej Umno yang sudah tercemar," katanya. Menurut beliau, pemimpin pembangkang Selangor itu telah melakukan kesalahan yang lebih serius dari membeli tanah bernilai RM3.5 juta itu, yang jauh lebih rendah dari harga pasaran, bertujuan untuk membina mansion itu. Kemungkinan elak bayar cukai Beliau berkata, kes ini tidak hanya melibatkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang mendakwa Khir ke mahkamah tetapi juga melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas kemungkinan mengelak dari membayar cukai. "Kesalahan beliau tidak semudah yang kita boleh gambarkan. Selain SPRM, ini melibatkan LHDN dan siasatan harus dijalankan sama ada cukai yang dikenakan menurut nilai sebenar lot-lot ini kerana Khir dengan sengaja memberi maklumat yang salah kepada LHDN. Siasatan juga harus dilakukan berhubung bayaran duti setem yang telah dibuat. "Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana percubaan untuk mengelak dari membayar cukai, yang diisytiharkan kepada LHDN, merupakan satu kesalahan yang serius," katanya. Khir ditahan oleh SPRM dan didakwa melakukan penipuan dalam urusan tanah Isnin lalu dan beliau didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima dua tahun dan denda, atau kedua-dua sekali, jika didapati bersalah. Ini membuat Khir, yang juga seorang doktor gigi, meletak jawatan sebagai ketua pembangkang sebagai langkah untuk "membersihkan namannya" semalam. Beliau bagaimanapun kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang. Komplot Umno-BN Tetapi Faekah sedikit pun tidak hairan dengan peristiwa terbaru ini dengan menyatakan bahawa "ini merupakan satu komplot yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN)" untuk menyembunyi penyelewengan kuasa yang lain. Beliau juga mejelaskan bahawa pendakwaan oleh SPRM ialah bagi memberi "laluan mudah" kepada pimpinan Umno melantik ketua pembangkang yang baru. "Ini merupakan satu komplot untuk mempamerkan imej Umno Selangor yang "bersih" dengan menggantikan pemimpin yang hilang kredibiliti. Tetapi saya ingin menekankan bahawa rakyat tidak peduli tentang hal ini. "Apa yang penting untuk rakyat ialah pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap para pemimpin Umno-BN yang korup dan betapa serius mereka menangani masalah in," katanya. Faedah memberitahu Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang lebih baik, yang berjaya dibersihkan dari perbuatan "keji" dan "rasuah" oleh kerajaan yang terdahulu. "Ini bukan kerja mudah tapi kami berjaya menyelesaikan separuh daripada masalah walaupun kami mentadbir negeri ini tidak sampai tiga tahun. "Kesilapan yang dibuat oleh BN tidak akan diulangi oleh kami kerana kami tidak akan memandangkan ringan mengenai penilaian orang ramai," katanya. http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11035 |
| Posted: 09 Dec 2010 12:30 AM PST Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard hari ini menamatkan segala spekulasi berhubung kedudukan beliau dalam PKR apabila mengumumkan pendirian beliau untuk kekal bersama perjuangan parti itu. Dalam kenyataan akhbar sulong beliau selepas pemilihan yang dikeluarkan pada jam 2.00 pagi tadi turut menegaskan pendirian beliau yang akur terhadap apa yang terjadi sepanjang pemilihan namun pada masa yang sama enggan mengiktiraf keputusan pemilihan tersebut. "Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan, tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin PKR merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti. "Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan," menurut kenyataan tersebut. Menolak tawaran jawatan lantikan Chegu Bard turut menyatakan pendirian beliau yang menolak semua jawatan lantikan yang mungkin ditawarkan kepadanya selagi beliau tidak menerima penjelasan dari parti berhubung aduan-aduan penyelewengan ketika pemilihan yang telah dibuat beliau sebelum ini. "Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini. "Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. "Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis, ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan," katanya lagi. Sebelum ini FMT difahamkan oleh satu sumber terdekat Chegu Bard, menyatakan Ketua Umum PKR, Dato Sri Anwar Ibrahim telah menghubungi Chegu Bard sejurus tamat Kongres PKR untuk menawarkan jawatan dalam parti. Namun menurut sumber itu lagi, tawaran tersebut telah ditolak dengan berhemah oleh Chegu Bard dengan menyatakan pendirian beliau yang tidak mengutamakan jawatan melainkan mahukan ketelusan dan perjuangan dalam parti. Di samping itu, Chegu Bard turut membidas sikap tidak profesional pemimpin dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dengan menyamakan jawatankuasa terbabit dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ketika proses pemilihan parti itu berlangsung. Membangkitkan soal ketelusan "Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama, kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut. "Melaksanakan agenda satu anggota satu undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan 'baru' itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'. Beliau turut membangkitkan apa yang didakwanya sebagai penyelewengan dan penipuan sepanjang pemilihan berlangsung termasuk pemilihan Pengerusi Tetap yang diadakan ketika kongres parti itu baru-baru ini. "Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. "Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu," menurut kenyataan itu lagi. Dalam kenyataan beliau itu turut melahirkan penghargaan kepada mereka yang memberikan sokongan kepada calon-calon yang mendukong manifesto Manifestasi Anak Muda-Penerus Perjuagan Reformasi pimpinan beliau yang berkempen dalam keadaan kewangan yang terhad sekaligus menolak politikus yang mengamalkan politik naungan. |
| Pilihanraya Setelah Anwar Di Penjara! Posted: 09 Dec 2010 12:00 AM PST Oleh Hj Subky Latif APAKAH mungkin Pilihan Raya Umum Sarawak diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke 13? Inilah jawapan yang sedang dicari oleh sekalian pemerhati. Ia sudah diagak oleh media bahawa kedua pilihan raya itu akan diadakan serentak. Ia bererti pilihan raya umum disegerakan dalam tahun 2011. Ia disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai suatu ramalan. Tetapi ia tidak dinapikannya dan tidak juga disahkannya. Maka kemungkinan tahun depan itu tidak boleh ditolak. Apa pun Tun Dr. Mahathir mengingatkan Perdana Menteri Najib jangan gopoh, kerana masih banyak bagi membuat persiapan. Kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil jangan dijadikan petunjuk sangat bahawa suasana sudah memihak semula kepada BN. Pernah Perdana Menteri Edward Heath tertipu oleh iklim politik yang baik baginya untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut di Great Britain. Angka ekonomi yang baik di England ketika itu dikira memihak kepadanya bagi mengadakan pilihan raya. Masa matang bagi pilihan raya itu masih banyak. Justeru yakinnya pada ramalan sedap itu Heath mengadakan pilihan raya mengejut. Rupanya ia jadi penamat kepada kuasanya. Maka bila agaknya pilihan raya ke 13? Adakah diserentakkan dengan pilihan raya Sarawak yang tempohnya hampir matang? Ia banyak bergantung kepada bila kes liwat-2 diselesaikan. Pilihan raya Sarawak tidak boleh ditangguhkan. Sama ada mahkamah sempat menyelesaikan kes itu atau tidak, pilihan raya Sarawak jalan terus. Jika ia selesai sebelum pilihan raya Sarawak, maka pilihan raya serentak mungkin diadakan. Jika tidak selesai, maka ada masa bagi semua pihak membuat persiapan. Maka perhatian sekarang ialah bilakah mahkamah akan berakhir? Pada Anwar Ibrahim kes liwat-2nya itu adalah lanjutan konspirasi politik yang lalu. Ia adalah dikira usaha bagi memenjaranya lagi. Dalam dua pilihan raya umum yang Anwar dijadikan banduan, maka Barisan Nasional berjaya mempertahankan pretasi baiknya. Bila keluar saja dia dari penjara sekali pun dia masih dalam idah bila pilihanraya umum ke12 diadakan, dia dapat mendorongkan ledakan tsunami atas keputusan pilihan raya itu. Bagi mengelakkan tsunami berulang, mungkin lebih parah, maka dipercayai konspirasi memenjarakannya semula dirancang. Manusia hanya merancang. Tetapi manusia tidak berupaya menentukan rancangan itu berjaya atau tidak. Konspirasi sekurang-sekurangnya boleh mengganggu tumpuan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Orang-orang yang buta maklumat dan kurang hidayat mudah dikelirukan oleh gema konspirasi itu. Ia tidak mengelirukan semua orang, tetapi ia mengelirukan setengah orang. Antara yang sudah dikelirukan itu adalah aktivis reformasi. Mereka putus asa, lalu tidak menyambung kempen reformasi. Tetapi ia tidak mematahkan kempen meneruskan reformasi. Kempen reformasi berjalan terus, tetapi sudah ada kecederaan. Kalau Anwar dapat dipenjarakan segera, kekeliruan akan bertambah dan kecederaan pun bertambah. Tetapi harapannya ialah supaya reformasi itu terbengkalai. Bagaimana pun gerakan anti konspirasi muncul sebagai sebahagian dari kempen melucutkan kuasa Putrajaya yang sudah lama goncang dan beertambah goncang. Kesan kempen anti konspirasi itu lebih ketara di peringkat antara bangsa. Banyak pihak di dunia tidak mengira dakwaan kes liwat-2 itu suatu yang jenuin. Ia sepatutnya tidak diadakan. Baik golongan apa yang dikatakan anti keganasan global dan golongan kontra anti keganasan global, adalah sepakat kes itu tidak diperlukan. Dakwaan itu tidak popular bagi Amerika, tidak populer bagi Nato dan Kesatuan Eropah, tidak pupuler bagi Hisbullah Lubnan, tidak popular bagi Turki pimpinan Erdogen dan ulama dunia yang diketuai oleh Syaikh Yusuf Qardawi. Amerika dan Hisbullah Lubnan itu adalah berseteru tetapi mereka sekata bahawa kes Anwar itu bukan kes yang jenuin. Justeru itu kuasa di Putrajaya amat cemas kalau Anwar berangkat ke luar negeri. Anwar tidak perlu keluar negeri untuk memberitahu pekung konspirasi dalam negeri. Pro anti konspirasi itu tahu untuk berbuat apa seperti apa yang mereka tahu tentang wanita anti junta Myanmar. 20 tahun wanita itu terkurung, tidak ke mana-mana, apa yang terjadi padanya dalam kurungan itu bergema di dunia seluruhnya. Sementara pemimpin wanita Burma itu sudah keluar dari penjara, Anwar pula sedang berdepan dengan proses untuk dipenjara atau tidak. Banyak yang percaya dia tidak dapat mengelak dari dipenjara lagi. Sementera dia belum dipenjara, dia boleh pergi ke mana-mana dalam negara ini. Dan di mana-mana pun dia mendapat sambutan baik. Semua orang mahu menengoknya dan mendengarnya. Antara yang suka mendengarnya ialah penyokong BN yang selalu mendengarnya semasa dia bersama BN dulu. Maka buah mulutnya tetap dirasa berbisa oleh penunggu-penunggu di Putrajaya. Sekali pun sama naik Najib suami isteri untuk menghadapi Anwar suami isteri, selagi Anwar bebas ke sana ke sini, tetap ia suatu yang menyusahkan Najib dan isterinya. Walau pun BN menang tiga pilihan raya kecil masa setahun ini, Dr. Mahathir tetap merasakan jangan Najib tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya baru. Kalau boleh pilihan raya Sarawak itu sendiri patut ditangguhkan. Kerana tempoh matang pilihan raya Sarawak hampir tamat, tiada cara ia dapat ditangguhkan. Terpaksalah ia diadakan juga. Tapi kalau boleh, ia juga patut ditangguhkan. Itulah yang dirasakan oleh Dr. Mahathir dan itulah mesej yang disampaikannya kepada Najib. Mungkin Dr. Mahaathir tidak tahu apa yang Najib tahu, tetapi Mahathir sendiri ada kebimbangan dengan suasana menjelang pilihan raya akan datang. Walau pun media arus perdana memberikan gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang tertekan, tetapi tetap Mahathir tidak begitu yakin pilihan raya itu wajar dicepatkan. Apa yang Mahathir tunggu? Ialah untuk melihat Anwar dipenjara lagi. Kemungkinan Anwar dipenjarakan itu memerlukan masa yang lambat, maka tunggulah kemungkinan itu dulu. Jika pilihan raya diadakan sebelum Anwar dipenjara, ia bererti negara ada pilihan calon Perdana Menteri. Dia adalah calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti. Tiada peraturan dapat menyekatnya jika dia belum disabitkan bersalah. Walaupun dia menghadapi kes, tetapi selagi mahkamah tidak menjatuhkan dia bersalah, maka dia belum bersalah. Dalam keadaan demikian dia boleh menjadi calon Perdana Menteri. Tetapi kalau dia dipenjarakan, maka dia sudah tidak lagi boleh jadi calon Perdana Menteri. Apabila dia tidak boleh calon Perdana Menteri, maka Pakatan belum ada calon yang sepakati bagi menjadi Perdana Menteri. Dalam keadaan itu macam-macam boleh berlaku. Pengundi mahu tahu siapa calon Perdana Menteri kalau Pakatan menang pilihan raya? Apabila rakyat tidak nampak siapa bakal Perdana Menteri itu, maka ia memberi banyak pilihan kepada pengundi. Apa gema Anwar dipenjara lagi, adalah hal yang lain, tetapi yang penting ialah BN mahu meraih keuntungan dari kekosongan calon Perdana Menteri Pakatan. Itulah perlu ditunggu dulu sehingga perbicaraan itu selesai. Kalau ia cepat selesai maka mudahlah pilihan raya diadakan segera. |
| Kajian: Anwar masih dianggap relevan walaupun terus diserang Umno-BN Posted: 08 Dec 2010 11:30 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Dis ─ Orang ramai khususnya penyokong Pakatan Rakyat dilihat masih meletakkan harapan ke atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau dan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus berhadapan dengan serangan bertubi-tubi Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13. Pun begitu krisis dalaman yang melanda PKR ─ yang dikaitkan dengan pemilihan secara langsung - ternyata memberikan impak negatif kepada PKR dan kepimpinan Anwar (gambar) dan keyakinan terhadap parti pimpinannya. Kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya menunjukkan 43 peratus responden yang ditemui masih menaruh keyakinan terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berbanding 41 peratus responden berpendapat sebaliknya. Peratusan kadar persetujuan berhubung soalan itu tidak jauh berbeza. Sebanyak 16 peratus responden pula menyatakan tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan iaitu kerelevenan Anwar dalam politik negara berikutan krisis dalaman yang melanda PKR dan serangan peribadi terhadap beliau yang hebat oleh pelbagai pihak dengan menggunakan media arus perdana dan televisyen. Persoalan itu menurut pusat tersebut dikemukakan bagi menguji tahap keyakinan masyarakat terhadap beliau dan PKR ketika ia baru selesai mengadakan pemilihan langsung julung kali, yang turut tercalar dengan dakwaan kecacatan dan kepincangan proses pengundian. "Respons yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa walaupun dengan kempen dan usaha dilakukan bagi menghakis pengaruh beliau, namun peratus anggota masyarakat yang masih menaruh keyakinan kepada Datuk Seri Anwar masih tinggi. "Apabila ditunjukkan hasil kajian yang memperlihatkan 41 peratus responden berpendapat bahawa beliau sudah tidak releven dengan politik negara, Datuk Seri Anwar menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah diduga, dan malahan berpendapat bahawa usaha memburukkan beliau dan PKR masih tidak begitu berjaya kerana masih terdapat peratus yang tinggi yang menaruh keyakinan kepada kepimpinan beliau," kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman dalam kenyataan yang merumuskan hasil kajian itu. Sebaliknya menurut beliau, kempen oleh media arus perdana terhadap PKR dan beliau telah memberikan publisiti kepada parti tersebut yang selama itu sukar medapat liputan. "Beliau juga menaruh keyakinan bahawa dengan masalah rumah tangga PKR yang akan secara proaktif akan diselesaikan setelah berakhirnya pemilihan parti dan gerak kerja seluruh negara yang akan dipergiatkan, beliau yakin prestasi parti akan dapat diperbaiki," katanya. Kajian persepsi masyarakat terhadap parti dan kepimpinan PKR dijalankan bulan lalu ketika ia masih mengadakan pemilihan pusat. Kata pusat itu, kemelut dalaman yang melanda PKR membabitkan beberapa orang Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bertanding atas tiket parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-12 meninggalkan parti dan kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan pimpinan parti baru-baru ini telah menarik perhatian rakyat secara umumnya. Gambaran terhadap krisis dalaman yang dihadapi oleh PKR ini diperburukkan dengan gembar-gembur dan serangan secara besar-besaran oleh media arus perdana yang turut menjadikan Anwar, yang juga penasihat PKR, sebagai sasaran. Kajian lapangan membabitkan 1,124 responden telah dijalankan antara 19 hingga 21 dan 27 hingga 28 November lalu ketika isu ini hebat dipaparkan oleh media arus perdana dan televisyen. Kawasan yang menjadi tumpuan kajian ialah di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang melibatkan kawasan Parlimen seperti Cheras, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Ampang, Bukit Bintang, Subang Jaya, Wangsa Maju dan Lembah Pantai. Kawasan ini dipilih memandangkan penduduknya secara relatif agak terdedah kepada perkembangan politik yang lebih dinamik dan menunjukkan sikap menyokong politik pembangkang. Selain itu, kawasan yang dipilih terletak di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan kawasan yang merekodkan paling ramai ahli PKR yang terlibat dalam proses pengundian dan pemilihan pimpinan parti. Di samping itu, Selangor merupakan negeri yang ditadbir kepimpinan PKR dan perkembangan semasa yang berlaku secara langsung atau tidak mempunyai kaitan dengan masa depan parti tersebut, khususnya di negeri tersebut. Anwar juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen dan penasihat ekonomi bagi kerajaan negeri Selangor. Dalam pada itu berhubung soalan sama ada kemelut dalaman PKR menghakis keyakinan terhadap parti dan kepimpinan Anwar, seramai 52 peratus responden bersetuju manakala 29 peratus berpandangan sebaliknya. Seramai 19 peratus mengatakan tidak pasti. "Krisis dalaman yang melanda PKR ternyata memberikan impak negatif kepada PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar. "Namun, jumlah 29 peratus yang berdiri teguh di belakang PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar menunjukkan bahawa terdapat peratus yang tinggi yang masih merupakan penyokong tegar parti dan kepimpinannya," kata beliau. Redzuan juga berkata kajian pihaknya juga jelas menunjukkan bahawa keyakinan masyarakat mengalami penghakisan dengan kemelut dalaman yang melanda PKR dan sekali gus turut menghakis keyakinan terhadap Anwar. "Respons yang diberikan oleh responden juga menunjukkan bahawa mereka mengambil perhatian terhadap perkembangan dalaman PKR dan mempengaruhi keyakinan mereka terhadap parti tersebut dan kepimpianannya," katanya. Bagi persoalan sejauh mana krisis dalaman yang berlaku dalam PKR menghilangkan keyakinan terhadap parti tersebut, Redzuan berkata, 49 peratus responden menyatakan kehilangan keyakinan pada parti tersebut berikutan kemelut yang berlaku. "Walau bagaimanapun, 30 peratus responden masih menaruh kepercayaan kepada parti tersebut, meskipun dengan pelbagai kemelut yang melanda. "Walaupun tahap ketidakyakinan terhadap PKR secara relatifnya tinggi, tetapi peratus tidak pasti juga agak tinggi iaitu sebanyak 21 peratus," katanya lagi. Kata beliau, peratus yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa saingan kepada PKR masih belum mampu meraih sokongan yang meyakinkan berikutan pendirian masyarakat yang prihatin terhadap kemelut yang melanda PKR. Jelas beliau, peratus yang ditunjukkan oleh responden juga memperlihatkan bahawa kempen anti-PKR yang dilakukan oleh saingan PKR dalam politik negara masih belum menunjukkan hasil yang meyakinkan. "Di pihak PKR pula peratus ini jelas memperlihatkan bahawa krisis dalaman yang berpanjangan yang melanda parti tersebut menyebabkan masyarakat terhakis keyakinannya terhadap parti tersebut," katanya lagi. Redzuan juga berkata, kajian ini menunjukkan ekoran krisis dalaman parti semasa 43 peratus responden hilang keyakinan kepada PKR dan ini akan mempengaruhi pendirian mereka apabila mengundi kelak. "Walau bagaimapun, sebanyak 35 peratus responden masih menaruh kepercayaan kepada PKR dan akan terus menyokong parti tersebut manakala 22 peratus berpendirian tidak pasti," katanya. Kata beliau, walaupun dari segi peratus sokongan mengikut angka memperlihatkan PKR jauh tercicir, namun medan masih terbuka luas kerana peratus yang menolak PKR masih belum mencapai jumlah yang meyakinkan iaitu lebih 50 peratus dan jumlah mereka yang dikategorikan sebagai "atas pagar" agak tinggi. "Prestasi yang ditunjukkan oleh parti-parti yang bersaing menjelang pilihan raya umum ke-13 masih merupakan faktor penentu sebelum pengundi membuat keputusan muktamad apabila berada di peti undi menjelang hari membuang undi tiba," katanya. |
| Posted: 08 Dec 2010 11:16 PM PST Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 9 Dis: Semua pihak mestilah menumpukan keutamaan untuk mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan jangan tersasar dengan isu-isu tidak relevan dan tidak matang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Dalam hal ini, adalah sangat tepat penegasan (Presiden PAS) Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bahawa apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat (PR) boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat. "Ada isu yang tidak relevan buat masa ini dan ada pula yang belum matang untuk diperdebatkan. Yang paling penting dan paling relevan ialah usaha habis-habisan untuk mengalahkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya. Mahfuz percaya, banyak perkara yang masih belum matang untuk dibangkitkan boleh diselesaikan dengan penuh hemah berdasarkan prinsip demokrasi dan perundingan yang seimbang dan bertanggungjawab. "Bagi PAS, setiap kali kita berunding dengan mana-mana pihak pun, kita berpegang tegas dengan tujuan perjuangan kita untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya sambil memberikan pertimbangan kepada realiti semasa. "Malah, Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa memberi pertimbangan kepada realiti semasa sehingga dibantah oleh sahabat-sahabat tertentu kerana menganggap baginda terlalu bertolak ansur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz begitu yakin, pendirian tegas untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya dan kerananya akan membawa kesejahteraan kepada semua pihak kerana Islam bukan sahaja ajaran yang sangat rasional dalam hubungan sesama manusia malah ia adalah rahmat bagi seluruh alam. "Apa yang penting, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam dengan tingkah laku, perbuatan dan amalan politik kita dan jangan melakukan tindakan yang menyebabkan Islam dituduh akibat persepsi terhadap kita," katanya. Presiden PAS baru-baru ini menegaskan bahawa PR bergerak secara kolektif. "Apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat "Ketua bukan semesti PAS, bukan semesti PKR, tidak semestinya... kemungkinan ada orang Umno yang masuk PAS, ada orang Umno yang masuk PKR ada tokoh-tokoh mereka atau daripada kalangan kita sendiri yang jadi pemimpin," katanya. |
| Dua MP DAP digantung empat jam kerana gagal kawal emosi Posted: 08 Dec 2010 11:00 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Dis — Dua Ahli Parlimen DAP Jeff Ooi Chuan Aun dan Fong Po Kuan digantung daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 2.30 petang kerana gagal mengawal emosi masing-masing semasa sesi soal jawab. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu selepas kedua-dua anggota Parlimen tersebut mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan Ooi (DAP-Jelutong) meneruskan soalan tambahan berhubung kontrak yang diberikan kepada Bumiputera dalam projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang. Pandikar Amin yang sejak awal pagi menegur anggota Dewan agar mengemukakan soalan tambahan yang jelas dan padat berkata, soalan Ooi tidak mempunyai kaitan dengan soalan asal mengenai projek tersebut. "Duduk. Yang Berhormat tak dengar apa saya kata. (Tindakan) salah. (Soalan tambahan) tak kena mengena dengan soalan asal. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menggunakan kuasa saya untuk merehatkan (wakil) Jelutong. Balik semula pada 2.30 petang," katanya. Fong (DAP-Batu Gajah) kemudiannya bangun mempertikaikan keputusan Pandikar Amin itu malah meminta Speaker juga keluar berehat seketika menyebabkan turut mengarahkan beliau keluar Dewan sehingga pukul 2.30 petang. — Bernama |
| Kenalilah Ketuanan Melayu UMNO Posted: 08 Dec 2010 10:30 PM PST Oleh : Ust Idris Ahmad Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah. Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini. Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu. Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno? Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini. * Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak * Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh? * Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau. * Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato' Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%. * Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah. * Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera. * Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini. * Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno. * Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah. |
| Suaram: M'sia kembali ke era masyarakat tertutup Posted: 08 Dec 2010 10:00 PM PST Aidila Razak Senarai kesilapan dan salah-laku ke atas parti-parti politik dan pencabulan hak asasi oleh kerajaaan sepanjang 2010 menunjukkan negara kini kembali ke era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata pertubuhan hak asasi manusia, Suaram. azlanKetika mendedahkan laporannya - Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan 'tanda-tanda dasar masyarakat tertutup'. "Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan. "Ini adalah masa yang getir; ia boleh bergerak kepada kedua-dua arah, tetapi Suaram berpandangan ia petanda bahawa era Mahathir ketika mengawal masyarakat kini kembali," katanya. |
| Posted: 08 Dec 2010 08:00 PM PST Oleh Zuliaty Zulkiffli ALOR SETAR: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan 10 pasangan yang disyaki berkhalwat di sebuah hotel murah di sekitar bandar raya ini dalam 'Operasi 3/1' yang dijalankan sebagai menghormati sambutan Maal Hijrah, kelmarin. Operasi yang bermula jam 2 petang sehingga 8 malam itu disertai 28 anggota penguat kuasa JAIK dan tertumpu di sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala, Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini. Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata mereka yang ditahan berusia 14 hingga 32 tahun dan tiga daripada mereka adalah pelajar universiti, dua pelajar sekolah manakala selebihnya bekerja di sekitar negeri ini. Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. "Kebanyakan pasangan memberi alasan hanya menumpang di bilik hotel yang diserbu itu untuk berseronok dan kita terpaksa membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin. Dalam operasi itu, seorang gadis berusia 18 tahun tiba-tiba diserang sawan ketika disoal siasat anggota penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat dengan pasangan di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu di sini, kira-kira jam 5 petang. Gadis yang berasal dari Tongkang Yard di sini, itu dikatakan merentap mulutnya sehingga berdarah menyebabkan anggota penguat kuasa terpaksa meletakkan sudu untuk tujuan keselamatan ke dalam mulut untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku. "Kami terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan gadis itu kemudian dimasukkan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut. "Kita akan menahannya sejurus keluar dari wad kerana dia disyaki berkhalwat bersama pasangannya berusia 31 tahun di motel itu. Bagaimanapun, pasangannya sudah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan keluarga malam kelmarin," katanya. Md Nasir berkata, di motel sama, pihaknya turut menahan dua penuntut tahun akhir sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat, kira-kira jam 5.15 petang. Beliau berkata, penuntut wanita berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal seorang diri di situ kerana baru pulang dari bercuti di rumahnya di Johor, manakala teman lelakinya yang berasal dari sini hanya datang untuk menemaninya. "Ketika serbuan pintu bilik mereka dalam keadaan tertutup rapat dan apabila diketuk mereka mengambil masa yang lama untuk membukanya.Kita mengesyaki mereka melakukan maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. |
| Posted: 08 Dec 2010 07:30 PM PST Mursyidul Am Pas semakin keliru - Ibrahim Ali KOTA BHARU 8 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin keliru apabila meletakkan pula syarat sekiranya Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyokong pelantikan Penasihat DAP itu ke jawatan berkenaan tanpa sebarang syarat, jelas menunjukkan ia hanya mainan politik Menteri Besar Kelantan itu. "Bagaimanapun, apabila mendapat maklum balas daripada ramai pimpinan Pas yang menentang kenyataan tersebut, Nik Abdul Aziz terpaksa meletakkan syarat pula. "Ini menunjukkan beliau bercakap berbelit-belit dan semakin keliru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. kalau mung nak tau brehim, mung tu banyak kecek belit! orang pasir mas kenal dah mung tu sapa. bukan setakat belit, mung tu dah punah ranah doh! |
| Awal-awal Lagi Anak Toyol Kena Tegur Dengan Ghani Patail Posted: 08 Dec 2010 07:00 PM PST 'Tutup mulut' Oleh Magendran Rajagopal dan Lum Chee Hong Peguam Negara tegur tindakan bekas Menteri Besar Selangor buat kenyataan di media, blog PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam menegur Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya jangan terus membuat kenyataan mengenai kesnya yang berkemungkinan boleh 'memakan diri sendiri'. Beliau berkata, kenyataan keterlaluan yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor berhubung kes itu boleh digunakan sebagai bukti terhadapnya dalam perbicaraan, selain subjudis. Katanya, pihak pendakwaan hanya memerlukan dua atau tiga minggu bagi membuktikan kes terhadapnya dan meminta Dr Mohamad Khir yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin lalu berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, bersabar sehingga mahkamah membuat keputusan. Abdul Gani berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mohamad Khir yang menyifatkan tuduhan terhadapnya itu sebagai peluang baginya membersihkan nama, selain berterima kasih kepada pendakwa raya kerana memberinya peluang menjelaskan isu berkaitan banglo dan tanah dimilikinya di mahkamah. Dalam laman blognya, Dr Mohamad Khir turut menyatakan harapan supaya perbicaraan dilakukan secepat mungkin dan tidak ditangguh-tangguhkan bagi menghalangnya daripada bergiat dalam politik. Kenyataannya itu mendorong pihak tertentu menganggap tuduhan terbabit hanyalah satu sandiwara atau gimik politik yang berkemungkinan menandakan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi. "Ini (pendakwaan) bukan sandiwara, pasukan pendakwaan sudah ada bukti mencukupi dan kukuh bagi menyokong kes kita terhadap Dr Mohamad Khir. Takkan saya sendiri mengetuai pendakwaan jika proses ini hanya untuk mengabui mata rakyat kerana ini juga membabitkan etika dan integriti saya. "Malah, kita tidak mahu mengaibkan tertuduh sebelum mahkamah membuat keputusan. Apa saja tuduhan akan dibacakan di mahkamah. Itu prosedur sepatutnya. Kita tak boleh buat 'roadshow' semata-mata untuk memuaskan hati masyarakat umum, sebaliknya kena tengok pada fakta dan realiti. "Membuat kenyataan mengenai kes ini, baik melalui media atau laman blog, adalah subjudis dan semakin banyak seseorang itu bercakap, semakin tinggi kemungkinan ia menjejaskan kesnya sendiri," katanya kepada Berita Harian, semalam. Dr Mohamad Khir, dalam laman blognya pada hari sama dia dituduh, mendakwa tuduhan terhadapnya secara tidak langsung membuktikan nilai hartanah miliknya ialah RM3.5 juta dan bukan RM24 juta, seperti didakwa sesetengah pihak dan beliau mematuhi semua prosedur termasuk pembelian tanah dan pembinaan rumah. Abdul Gani berkata, adalah satu kebiasaan bagi ahli politik bercakap begitu tetapi jangan keterlaluan sampai seolah-olah melakukan perbicaraan melalui media sebelum didengar di mahkamah. Katanya, Jabatan Peguam Negara sudah banyak kali mengingatkan mengenai perkara itu tetapi seolah-oleh tidak diendahkan pihak berkenaan. "Saya sendiri sebenarnya mahukan perbicaraan yang pantas tetapi kita kena patuh kepada undang-undang, kita kena adil dan saksama kepada semua pihak. Sama ada sesuatu kenyataan itu subjudis atau tidak terpulang kepada mahkamah untuk tentukan. "Pihak pendakwa tidak akan sekali-kali mencabuli undang-undang. Bagi kami, Dr Mohamad Khir adalah seorang tertuduh, sama seperti mana-mana tertuduh lain yang kita hadapkan ke mahkamah. "Lihat saja kadar jaminan RM1 juta yang saya cadangkan. Rakan sekerja saya sendiri terkejut," katanya sambil menegaskan banyak lagi pendedahan akan dilakukan sepanjang perbicaraan itu. Isnin lalu, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya. ADUN Sungai Panjang yang meletakkan jawatannya sebagainya Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Beliau mengaku tidak bersalah. Di mahkamah sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh sama. Shamsuddin, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Sekurang-kurangnya 16 saksi akan dipanggil, termasuk empat saksi utama, untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu dan mereka kini diberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Saksi, yang diluluskan Dewan Negara pada 6 Mei lalu. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan