Kelab Greenboc |
- Harga Susu Tin Naik 30 Sen 1 Jan
- Guan Eng: Utusan Dan BN Cuma Peralatkan 3R (Race, Religion, Raja)
- Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam PR, Anwar Gagal Pilih Calon Berintegriti
- Tokoh Islam Xinjiang Meninggal
- 5 Nelayan Nyaris Lemas Dihanyutkan Ombak Besar
- Lamanweb Yayasan 1Malaysia Digodam
- Di Baling Ada Kerbau Liar Tanduk Penoreh
- Ada Beruang Di Jeli!
- Piala Suzuki AFF: Malaysia Bertemu Indonesia
- Banjir Mula Melanda Terengganu
- [Bergambar] Perbezaan Kutub Utara Dan Kutub Selatan
- Hindraf Tuntut PR Beri 15 Kerusi Parlimen
- Mayat Lelaki Dibaham Buaya Ditemui Di Tebing Sungai Samarahan
- Ribuan Gagak Serang Pangsapuri Di Melaka
- Shahrir Samad Ramal PRU13 Suku Kedua 2011 Atau Tahun Selepasnya
- Nama Mazlan & Felda Bergema Di Konvensyen, Calon PRK Tenang?
| Harga Susu Tin Naik 30 Sen 1 Jan Posted: 20 Dec 2010 01:15 AM PST Harga susu akan dinaikkan 30 sen bermula 1 Januari depan. Kenaikan harga itu adalah untuk susu tin 400 gm dan 500 gm. Demikian dinyatakan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan. "Sekarang ini harga susu tin di dalam lingkungan RM2.40 ke RM3.20," tambahnya dengan menyatakan pelarasan itu disebabkan peningkatan kos. Pada bulan April lalu harga susu telah naik 5 sen. Kemudian susu dinaikkan lagi 10 sen pada Oktober lepas. Dan pada 1 Januari depan harga tersebut meningkat sebanyak 30 sen lagi. Presiden Persatuan Peniaga Kedai Kopi Malaysia, Ngo Soo Boon menyatakan beliau percaya harga minuman akan naik awal tahun depan ekoran kenaikan harga barang. "Ini bukan saja disebabkan kenaikan harga susu, tetapi kos-kos lain seperti upah dan sewa juga telah turut naik," kata Ngo semalam. "Ia adalah riaksi berantai berikutan kenaikan harga bagi lain-lain barangan." Ulasan GB Tahniah 1Malaysia. Apa yang GB kesalkan sedikit ialah konvensyen PR di Pulau Pinang lansung tidak sentuh dan tak beri perhatian terhadap kenaikan harga barang yang kini begitu membebankan rakyat. Yang dihebohkan hal-hal yang tak bersangkut-paut dengan rakyat secara lansung. Yang diperjuangkan ialah agenda pertahankan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Kemudian menanam impian ke Putrajaya... Itulah berita yang banyak dipaparkan di dalam harakahdaily dan lain-lain media PR. Kenaikan harga barang semacam tidak penting bagi pemimpin PR, almaklum, pemimpin PR pun ada yang dah kaya raya semacam pemimpin UMNO BN juga. Tak kisah lagi harga minyak, gas, gula, susu dan lain-lain keperluan naik. Kasihan rakyat marhaen. Malah hal blogger yang hangat diperkatakan dewasa ini lansung tidak ada di dalam agenda konvensyen. Tak penting, menurut YB-YB PR. Angan-angan PR tinggi melambung tapi prioriti perjuangan tak berjejak di bumi nyata. Tak tengok airmata rakyat jelata. Tu petanda menempa kekalahan juga. Merenung-renung bintang di langit, tapi rumput di bumi sudah dilupakan begitu saja. |
| Guan Eng: Utusan Dan BN Cuma Peralatkan 3R (Race, Religion, Raja) Posted: 20 Dec 2010 12:48 AM PST Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenar"Rakyat Malaysia juga hendaklah bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka. Masyarakat yang berpegang teguh kepada amar maaruf nahi mungkar akan pastikan pemimpin Firaun tidak akan timbul semula. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi." Ucapan oleh Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari Ahad, 19 Disember 2010... Tepat setahun dulu dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat pertama yang penuh bersejarah pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, suatu muafakat baru muncul di Malaysia dengan pelancaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Hari ini dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang, suatu harapan baru telah lahir di kalangan rakyat Malaysia dengan pelancaran Program 100 hari PR. Saya pasti dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat ketiga tahun depan, suatu kerajaan baru berjiwa rakyat akan terbit di Malaysia yang martabatkan rakyat dan mendokong ketuanan rakyat. Mengimbas kembali kepada dokumen Dasar Bersama PR yang merangkumi prinsip-prinsip asas perjuangan gabungan PKR, PAS dan DAP, ia mengandungi empat tajuk utama iaitu 1. Demokrasi Telus dan Tulen 2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil 3. Keadilan sosial dan pembangunan insan 4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara. Sekiranya Dasar Bersama PR boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Program 100 hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Bagi pihak PR Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh PR di peringkat pusat. Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan - the real Malaysians. Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians? Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendiskriminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah). Satu lagi gologan ialah yang bukan "real Malaysians" adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syiok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja. Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians. Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di PR harus tumpukan. Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. PR harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN. Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara samarata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan. Sistem yang membolehkan sesiapa yang ingin jalankan urusan kerajaan boleh lakukannya tanpa menerusi pihak ketiga atau kenal orang tengah, hanya kenal undang-undang dah cukup - itulah system kedaulatan undang-undang yang rakyat Malaysia sebenar mahukan. Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebenaran supaya masyarakat dan anak-anak kita tidak akan hancur. Dalam ugama Islam pun dinyatakan fitnah adalah lebih dasyat daripada bunuh, takkan lagi nak percaya Satu Malaysia yang bertopengkan One Israel dan Tipu Malaysia. Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebebasan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa yang rakus, amalan rasuah dan ancaman atau kebebasan daripada ketakutan (freedom from fear). Hanya dengan kebebasan hak asasi manusia baru kita boleh mendapat peluang samarata untuk merealisasikan potensi modal insan. Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebajikan sebenar agar golongan daif, asnaf, miskin, kurang upaya dan lemah dapat terus dibela. Kemiskinan akan dilawan berhabis-habisan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi. Rakyat Malaysia juga hendaklah bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka. Masyarakat yang berpegang teguh kepada amar maaruf nahi mungkar akan pastikan pemimpin Firaun tidak akan timbul semula. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi. Inilah rakyat sebenar dalam golongan pertengahan yang PR mesti tumpukan bukanlah mereka yang rasis, benci-membenci, fitnah dan tamak-haloba. Kita mesti was-was tentang kempen kotor yang akan dimainkan dalam PRU13 yang diramalkan datang tak lama lagi. BN akan gunakan senjata 3R khususnya UMNO akan cakap PAS diperkudakan DAP dan MCA pula cakan DAP diperkudakan PAS. Saya nak tegaskan PAS dan DAP tidak memperalatkan satu sama lain, kami masing-masing hanya rela diperalatkan oleh rakyat sahaja. Selama ini di Pulau Pinang UMNO serang DAP anti-Melayu dan MCA pula serang DAP anti-Cina. MCA serang DAP anti-bukan Melayu bila DAP tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka, kontraktor Melayu memang mampu berdaya saing dengan memenagi sebilangan besar kontrak kerajaan. Kontraktor Melayu menangi 100% kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran serta 98% kontrak JKR. Bila kita martabatkan rakyat Pulau Pinang tanpa kira kaum, jelas yang tak dapat berdaya saing ialah kontraktor UMNO sendiri bukanlah kontraktor Melayu. Kita tidak harus benarkan BN pecah-belahkan keutuhan PR. Perjuangan DAP adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan di mana DAP telah pinda Perlembagaan parti dalam 2006 untuk menerimanya. Kita tak harus benarkan UMNO cuba "hijack" Perlembagaan Persekutuan memecah-belahkan rakyat Malaysia bahawa adalah salah untuk memperjuangkan ketuanan rakyat. UMNO sering sebut Perkara 153 sebagai justifikasi untuk hanya perjuangkan ketuanan Melayu. Malangnya UMNO langsung tidak sebutkan bahawa Perkara 153 juga menyatakan kepentingan sah kaum-kaum lain mestilah dipelihara. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. Article 153 of the Federal Constitution It shall be the responsibility of the Yang di Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this article. PR mesti tumpukan usaha menjayakan transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan Gross National Income(GNI) per capita USD15,000 menjelang 2020. Di bawah BN, ini tidak mungkin berlaku. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meragui keupayaan mencapai GNI USD15,000 ini. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri secara terbuka menyatakan kemungkinan Malaysia akan jadi bankrap pada 2019. Demi selamatkan Malaysia dari jadi bankrap, PR perlu memerintah di Putra Jaya. Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih. Kita mahukan Konvensyen Kebangsaan PR ke-3 tahun depan diadakan di Putra Jaya. Kita mahukan Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenarnya. Hidup PR, Hidup Kerajaan Berjiwa Rakyat, Hidup Martabat Rakyat! Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Bagan -blog.marhaen.info |
| Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam PR, Anwar Gagal Pilih Calon Berintegriti Posted: 19 Dec 2010 11:51 PM PST Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan PembangkangKEPALA BATAS: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti. Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak. "PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri. "DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini. Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti. Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12. "Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti. "Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," katanya. Selain itu Ahli Parlimen Gelugor itu turut menegur Anwar mengenai tindakannya menerima penyertaan bekas Pengerusi PKR WilayahPersekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu. Menurutnya, beliau pernah memberi amaran kepada Anwar agar tidak menerima Zaid kerana sudah mengenali latar belakangnya sejak sekian lama. "Sebelum Zaid sertai PKR, saya telah... bukan tegur, tapi beri amaran kepada Anwar, tapi beliau terima juga. "Dia (Zaid) tak boleh dipercayai, tapi Anwar tak dengar. Walaupun beliau pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, tapi kadangkala lakukan kesilapan, silap buat keputusan," katanya. -mstar |
| Tokoh Islam Xinjiang Meninggal Posted: 19 Dec 2010 10:15 PM PST Pemimpin Islim Xinjiang MeninggalBeijing (AFP) - Lebih 5,000 penduduk Islam membanjiri jalan raya di ibu kota rantau barat China bergolak di Xinjiang untuk berkabung atas kematian ulama terkenal di tengah kehadiran besar-besaran polis. Mahemuti, ulama Masjid Hantenggeli juga dikenali sebagai Masjid Agung Pagar Selatan meninggal dunia Khamis lalu menyebabkan penduduk Islam berkabung di ibu kota rantau ini di Urumqi, kata pegawai masjid. "Kira-kira 5,000 penduduk Islam yang berkabung datang ke masjid Khamis lalu untuk berkabung atas pemergiannya," kata pegawai yang dikenali sebagai Gelimu, semalam. Mahemuti meninggal dunia kerana penyakit jantung, katanya. Mahemuti, 75, telah menjadi pemimpin penting Muslim selama 30 tahun lebih dan dikenal di seluruh Xinjiang, kata pusat tersebut. Polis telah meningkatkan pengawasan pada kegiatan perkabungan di seluruh wilayah itu, khawatir bahwa ketegangan etnik yang membara dapat mencetuskan kerusuhan baru. Wilayah Xinjiang yang jauh di barat, tempat masyarakat Uighur telah lama mendidih di bawah pemerintah China, telah mengalami beberapa penderitaan hebat kerana kerusuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. |
| 5 Nelayan Nyaris Lemas Dihanyutkan Ombak Besar Posted: 19 Dec 2010 09:36 PM PST Lima Nelayan Nyaris Lemas Dihempas Ombak BesarKUALA TERENGGANU: nelayan pukat tunda dari Pulau Duyong nyaris maut apabila enjin bot mereka rosak di tengah laut sebelum dihanyutkan ombak besar dalam satu kejadian petang Ahad. Gambar NST Kelima-lima mangsa Jaunadi Che Mohd, 50, Azmi Daud, 24, Syukri Sapee, 19, Zainudin Aziz, 34, dan Hafizi Hamid, 26, dilaporkan keluar ke laut kira-kira pukul 9 pagi. Bagaimanapun, apabila tiba di lima batu nautika dari Jeti Perikanan Pulau Kambing, pukat tunda bot nelayan itu dilaporkan tersangkut pada enjin bot berkenaan menyebabkan ia mengalami kerosakan. Ekoran itu, bot mereka terus dihanyutkan ombak besar. Seorang daripada mangsa, Hafizi berkata setelah beberapa kali bot mereka dihempas ombak besar mereka bertindak nekad terjun dan sebelum berenang hampir satu kilometer sebelum tiba di pantai Kuala Ibai pukul 6 petang. "Sebelum terjun kami sempat memakai jaket keselamatan dan dalam keadaan ombak besar itu kami berenang ke pantai."Masa itu kami ingat kami akan mati dah, tetapi Alhamdulillah umur kami masih panjang," katanya ketika ditemui di sini Ahad.-BERNAMA |
| Lamanweb Yayasan 1Malaysia Digodam Posted: 19 Dec 2010 08:46 PM PST Penggodam ganyang laman web Yayasan 1MalaysiaPETALING JAYA: Penggodam telah meggodam web 1Malaysia dengan menulis slogan anti-Malaysia di laman utamanya. Slogannya berbunyi, Ganyang Malaysia turut memaparkan gambar seorang lelaki Cina yang tidak dikenali berdiri di hadapan bendera Amerika Syarikat. "Ganyang Malaysia" merupakan slogan yang biasa digunakan oleh kumpulan-kumpulan berhaluan kanan tegar Indonesia seperti Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Tiada pertubuhan mengaku bertanggungjawab untuk serangan ini meskipun perkataan "Ahli Syurga Crew" tertera di penghujung laman itu. Laman lain di laman web itu tidak terusik. Dalam reaksi spontannya, pengerusi Yayasan 1Malaysia Chandra Muzaffar melahirkan rasa terkejut. Beliau memberitahu bahawa belum melawat laman webnya selama beberapa hari yang lepas dan tidak mengetahui perkara ini. "Saya akan menelefon pejabat untuk mengetahui perkara selanjutnya," kata beliau kepada FMT. |
| Di Baling Ada Kerbau Liar Tanduk Penoreh Posted: 19 Dec 2010 07:50 PM PST Lelaki terpaksa berguling elak ditanduk kerbau liarGambar: Ismail Husain,53, (kiri) dari Kampong Paya Siput mukim Siong, Baling, nyaris maut akibat diserang seekor kerbau betina liar ketika berada di kebun getah miliknya yang terletak dua kilometer dari rumahnya di sini semalam. BALING: Seorang lelaki terpaksa merebahkan badannya dan bertindak berguling di atas tanah bagi mengelak daripada terus diserang seekor kerbau liar yang tiba-tiba menyerangnya dalam kejadian di Kampung Paya Siput, mukim Siong, di sini petang semalam. Ketika kejadian 4.20 petang itu, Ismail Husain, 53, sedang membersihkan kebun getahnya di kawasan Kebun Sera yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya. Akibat serangan itu, Ismail lebam di tangan dan badan akibat disondol kerbau yang dipercayai baru beranak itu tidak jauh dari kawasan belukar di situ. Ismail berkata beliau langsung tidak sedar sekumpulan kerbau liar berada di kawasan itu dan tiba-tiba salah seekor daripadanya bertindak menyerangnya. Katanya beliau sempat menghayun parang yang mengenai mulut kerbau itu dan beliau kemudian berguling-guling di atas tanah mengelak daripada ditanduk kerbau itu menyebabkan kerbau tersebut meninggalkannya. "Saya hanya tersedar bahagian belakang saya ditanduk dan saya terguling di atas tanah serta menghayun parang ke arah kepala kerbau itu dan mengenai mulutnya," katanya. Katanya kumpulan kerbau liar yang berkeliaran di kawasan itu dalam jumlah hampir 10 ekor itu dipercayai tiada bertuan dan pernah dua tahun lalu menyerang saorang pemburu babi hutan hingga mati akibat cedera parah ditanduk di bahagian paha dan badan. Ismail berharap supaya Jabatan Haiwan Daerah Baling dan pihak lain yang bertanggungjawab bertindak menembak kerbau liar berkenaan daripada terus berkeliaran di kawasan bukit berdekatan Kampung Telok Temelah, Kampong Luas dan Kampung Paya Siput sebelum berlaku lagi kejadian yang tidak diingini. Sementara itu, seorang penduduk Kampung Paya Siput, Shaffie Che Mey, 62, mahu kumpulan kerbau liar yang boleh mengancam nyawa terutama penoreh getah dan pekerja hutan di sekitar itu ditembak kerana sejak lebih 10 tahun ini tiada sesiapa yang mengakui kumpulan kerbau liar itu milik mereka. "Kejadian pemburu babi hutan yang diserang dan maut akibat ditanduk dua tahun lalu dan kejadian semalam patut diambil perhatian oleh pihak berkenaan sebelum ada lagi kejadian yang boleh meragut nyawa berpunca dari serangan kerbau liar itu, " katanya. - BERNAMA |
| Posted: 19 Dec 2010 06:15 PM PST 15 minit lawan beruangTANAH MERAH: Parang tumpul menyelamatkan seorang penoreh getah yang terpaksa bergelut dengan seekor beruang madu selama hampir 15 minit dalam kejadian di Kampung Bukit Jong, Jeli, disini menyebabkan mangsa cedera di kaki akibat digigit haiwan itu. Dalam kejadian jam 4 petang Selasa lalu, selepas kakinya digigit beruang berkenaan Osman Salleh, 35, nekad mengetuk kepala haiwan itu dengan parang tumpul, sekali gus menyelamatkan dia daripada dicederakan lebih teruk. Sebelum kejadian, Osman yang baru selesai berkebun dan menoreh getah bersama bapanya, Salleh Mahmud, 72, menunggang motosikal berseorangan pulang ke rumah. Di pertengahan jalan kira-kira dua kilometer dari rumah, dia terserempak dengan beruang berkenaan yang dianggar setinggi satu meter dalam keadaan bulunya mengembang dan kelihatan marah. Nasib tidak menyebelahinya apabila enjin motosikalnya tiba-tiba mati menyebabkan Osman tiada pilihan selain mempertahankan diri dengan menggunakan motosikal Honda itu sebagai penghadang. Bagi mengelak terkaman beruang itu, Osman beberapa kali berlari mengelilingi motosikal dan hampir mengalah selepas motosikalnya jatuh mengakibatkan dia diterkam haiwan liar berkenaan. "Apabila diterkam beruang itu, saya hampir mengalah kerana kepenatan tetapi terus bergelut dengan beruang itu. "Nasib baik saya membawa bersama sebilah parang yang dapat digunakan untuk mempertahan diri. Namun, beruang berkenaan sempat mencakar kaki kiri dan mencengkam kaki kanan saya dengan taringnya. "Saya nekad mengetuk kepala haiwan itu menggunakan parang dan tindakan itu menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa serangan kerana beruang melepaskan gigitan dan beredar," katanya ditemui di Wad 1, Hospital Tanah Merah, semalam. Menurut anak keempat daripada tujuh beradik itu, dalam keadaan kesakitan dia menggagahkan diri menunggang motosikal bagi menyeberangi Sungai Pergau dekat Kuala Balah, untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Balah. "Saya kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan susulan sehinggalah hari ini," katanya yang tinggal di Kampung Tengku Abdul Rahman Kuala Balah, Jeli. Osman berkata, dia tidak menyalahkan haiwan itu kerana mungkin ia dalam keadaan sakit dan tujuannya menyerang mungkin untuk mengelak ancaman manusia. "Sepanjang berkebun, sudah beberapa kali saya bertembung dengan beruang madu hitam yang mempunyai jalur putih di tengkuk hingga ke hidung, tetapi tidak mengganas," katanya. Namun, berdasarkan cerita penduduk setempat, spesies haiwan terbabit sebelum ini pernah menyerang beberapa penoreh getah di Kampung Bukit Jering dan Kampung Tok Ali, di sini. -hm |
| Piala Suzuki AFF: Malaysia Bertemu Indonesia Posted: 19 Dec 2010 05:15 PM PST Indonesia Bertemu Malaysia Di Pertandingan Akhir Piala AFFJAKARTA, 20 Dis -- Indonesia mara ke pertandingan akhir Piala Suzuki AFF 2010 setelah menang tipis 1-0 ke atas Filipina pada perlawanan saingan separuh akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di sini Ahad malam. Dengan itu, Indonesia menewaskan Filipina dengan agregat 2-0 untuk layak ke perlawanan akhir menentang Malaysia, setelah menang 1-0 pada perlawanan saingan separuh akhir pertama Khamis lepas. Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0. Dari awal permainan hingga separuh masa, Indonesia yang terus menerus menyerang berjaya menjaringkan gol menerusi penyerang utama Indonesia Cristian Gonzales pada minit ke-43. Filipina yang diperkuat sembilan pemain berasal dari luar negara turut mempamerkan aksi permainan yang baik menahan asakan pasukan Garuda. Penjaga gol Filipina, Neil Etheridge, yang merupakan penjaga gol ketiga Fulham United di Liga Premier Inggeris, tampil memukau penonton apabila berkali-kali menggagalkan serangan pasukan Indonesia ke gawangnya. Sokongan lebih 85,000 penonton dan kehadiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyemarakkan pasukan Indonesia untuk menampilkan rentak permainan pantas dan mendahului perlawanan. Sementara itu, RM9,000 setiap pemain hABUAN lumayan RM9,000 menunggu setiap pemain bola sepak negara andai menjuarai Piala Suzuki AFF buat julung kali dengan jumlah berkenaan mungkin meningkat sebelum final timbal balik pertama di tempat sendiri pada 26 Disember ini. Sejumlah RM88,200 bagi Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF 2010 sudah dikutip sehingga semalam oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) atas inisiatif Kementerian Belia dan Sukan selepas kerajaan sudah berjanji menyumbang RM5,000 kepada setiap pemain jika berjaya melepasi final timbal balik pada 26 dan 29 Disember ini. "Ini adalah jumlah dijanjikan jika muncul juara," kata menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek, semalam. "Ganjaran diberi berdasarkan skim Shakam Sukan Sea. RM5,000 kepada setiap pemain kerana meraih pingat emas. Jumlah ini sama di peringkat Asean. Syarikat swasta menjanjikan ganjaran kepada pemain." Dia menambah: "Rakyat harus memberi sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada pemain mengharumkan nama negara." Sumbangan ini dikelolakan SAM dan akan dipaparkan dalam akhbar. |
| Banjir Mula Melanda Terengganu Posted: 19 Dec 2010 04:15 PM PST Kemaman dilanda banjir, 700 mangsa dipindahBALAI Polis Kerteh, Kemaman turut dinaiki air banjir semalam. KEMAMAN - Hampir 700 orang dari Kampung Baru dan Kampung Chabang Kerteh di sini dipindahkan setakat ini setelah kawasan mereka dinaiki air sedalam hampir satu meter ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu. Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, jumlah penduduk yang dipindahkan adalah setakat pukul 10 malam tadi ke lima pusat pemindahan. Katanya, antara pusat pemindahan yang dibuka adalah di Dewan Orang Ramai Pekan Kerteh dan balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chabang. "Kesemua mangsa dipindahkan sejak pukul 1 petang tadi (semalam) ekoran rumah mereka ditenggelami air setinggi antara 0.5 meter dan satu meter," katanya ketika dihubungi semalam. Menurutnya, turut dinaiki air adalah Balai Polis Kerteh dan enam buah perumahan polis di situ sedalam hampir satu meter sejak pukul 2 petang semalam. "Bagaimanapun operasi di balai tetap berjalan seperti biasa dan semua anggota sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan air banjir semakin naik," katanya. Abdullah berkata, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kilometer 116 berhampiran Pekan Kerteh juga ditutup kepada kenderaan ringan setelah ditenggelami air hampir satu meter sejauh 500 meter. "Paras air Sungai Kerteh juga dilaporkan sedang naik dan kemungkinan terdapat beberapa batang jalan lagi akan turut terjejas dan ditutup kepada kenderaan ringan seperti Jalan Kerteh ke Batu Putih dan jalan ke Lapangan Terbang Kerteh," katanya. Menurut Abdullah, ekoran air sungai yang semakin naik, kemungkinan lebih ramai penduduk akan dipindahkan khususnya membabitkan kawasan perumahan rendah dan berhampiran sungai seperti Kampung Chabang dan Labohan. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasek, Ir. Rosli Othman yang membuat tinjauan ke kawasan terlibat banjir berkata, Pejabat Khidmat Masyarakat Kemasek membuka sebuah bilik gerakan banjir di Dewan Sivik Pekan Kemasek bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir. "Kita menjangkakan kemungkinan air semakin naik ekoran akan berlaku air laut pasang besar bermula petang tadi (semalam) selama dua hari dan kami telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir lebih besar dan pemindahan lebih ramai penduduk," katanya. Rosli berkata, segala persiapan seperti bot, bekalan makanan dan segala keperluan berkaitan telah disediakan dan meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah bersiap sedia untuk dipindahkan dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa. "Semua agensi yang berkaitan termasuk pihak berkuasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. -kosmo
|
| [Bergambar] Perbezaan Kutub Utara Dan Kutub Selatan Posted: 19 Dec 2010 02:54 PM PST ![]() Sebahagian di antara anda pasti sudah tahu bahwa penguin hanya ditemui di Kutub Selatan. Jangan harap bertemu burung yang kelihatan cantik itu di kutub utara. Meskipun serupa, sama-sama daratan di hujung planet bumi yang didominasi ais, kutub utara dan kutub selatan menyimpan banyak perbezaan. Penguin hanya salah satu contoh perbezaan saja. Wilayah ais Artik di kutub utara pada dasarnya merupakan lautan beku yang dikelilingi daratan yang sering disebut lingkaran Artik (Arctic Circle). Sebaliknya, Antartika di kutub selatan adalah daratan benua dengan wilayah pegunungan dan tasik berselimut ais yang dikelilingi lautan. Benua Antartika mengandung hampir 90 peratus ais di seluruh dunia. Jika dicairkan, seluruh ais Antartika cukup untuk memenuhi tiga perempat keperluan air minum di seluruh dunia. Maka jangan hairan jika Putera Mohammed Al Faisal dari Saudi Arabia pernah berencana mengangkut 100 juta ton ais dari Antartika ke negaranya. Benua Antartika jauh lebih dingin daripada Artik sehingga bahkan terdapat lapisan ais di sana yang tidak pernah meleleh sepanjang sejarah. Suhu rata-ratanya -49 derajat Celcius. Suhu terdingin pernah tercatat pada 21 Julai 1983 sesejuk -89.6 darjah Celcius di Stesyen Vostok, dekat kutub geomagnetik selatan. Sementara Artik memiliki Suhu rata-rata lebih tinggi sekitar -34 derajat Celcius. Kerana suhu yang lebih hangat ini, terbentuknya lubang ozon di atas kutub utara tidak separah kutub selatan. Sebab, suhu yang lebih hangat menyebabkan pembentukan awan stratosfer yang merusak lapisan ozon lebih sedikit. Meski demikian, lapisan stratosfer di atas kutub utara mengalami pendinginan dari tahun ke tahun sehingga lubang ozon semakin besar. Mungkin tak akan sebasar lubang ozon di Antartika yang mencapai luas benua Eropah. Daratan ais yang didominasi lapisan ais tipis di Artik lebih mudah retak saat musim panas tiba. Bahkan, laporan terakhir menyebutkan, ratakan ais telah melanda seluruh bagian Artik ketika tiba musim panas. Di Antartika retakan lapisan ais melanda wilayah-wilayah tepian saja namun sekali lepas, pulau ais yang mengapung boleh berlayar dari Antartika sampai ke Selandia Baru. Sampai saat ini, wilayah Kutub Utara masih menjadi rebutan di antara negara-negara kuasa besar. Russia sudah awal-awal mendakwa kekuasaannya di kutub utara dengan menancapkan bendera di dasar perairannya tahun lalu. Russia sudah menyiapkan eksplorasi gas di Lomonosov Ridge, barisan pergunungan bawah laut pada kedalaman 1920 meter untuk memperoleh 10 juta ton gas. Tetapi, AS juga tak mau kalah dengan mengirimkan kapal pemecah ais Coast Guard untuk memetakan kembali batas wilayahnya di Alaska sebelum lapisan ais di sana terus menyusut karena pemanasan global. Badan Survei Geologi AS memperkirakan terdapat kandungan minyak di bawah Artik sampai seperempat kandungan minyak dunia. Meski pun Kutub Selatan dikirakan juga menyimpan minyak terutama di sekitar Laut Ross, kemungkinan di ketika ini sangat kecil. Antartika telah mendapat perlindungan sesuai Perjanjian Antartika yang melarang siapapun melakukan segala bentuk eksplorasi minyak dan menjadikan Antartika kawasan damai serta kajian bersama. Sepanjang sejarah, Antartika memang tidak pernah dikuasai siapapun dan tidak ada penduduk asli di sana. Kontras sekali dengan wilayah lingkaran Artik yang terdapat beberapa kota berpenduduk seperti Barrow di Alaska, Tromso, Norwegia, serta Muramansk dan Salekhaard, Russia. Di kutub utaralah orang-orang eskimo bermukim. Selain itu juga, hanya di Artik saja beruang kutub boleh ditemukan secara alami. Mungkin ini juga alasan paling kuat mengapa penguin yang hanya ditemukan di kutub selatan tidak pernah menggunakan sayapnya untuk terbang. Hidup di wilayah kekuasaan masing-masing, penguin dan beruang kutub sama-sama makan ikan dan menempati puncak rantai makanan. Kutub Utara![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kutub Selatan ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() -adipedia/GB |
| Hindraf Tuntut PR Beri 15 Kerusi Parlimen Posted: 19 Dec 2010 06:45 AM PST Hindraf-Parti Hak Asasi Manusia (HRP) telah memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat supaya memberi laluan kepada parti kaum India itu bertanding satu lawan satu dengan BN di 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi negeri dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam surat yang dihantar hari ini kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar berkata jika Pakatan tidak memenuhi permintaan parti itu, gabungan itu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru di kawasan berkenaan. Sebagai ganjaran tidak bertanding, menjanji sokongan dan menyediakan bantuan jentera kepada HRP, Pakatan akan mendapatkan "sokongan tidak berbelah bagi dan kerjasama di semua 207 kerusi parlimen dan 538 kerusi DUN untuk memenangi semula sokongan pengundi India. Beliau berkata, pihaknya telah menyokong (Pakatan) dalam pilihanraya umum ke-12, dan sekarang "kami meminta anda membalas budi itu." Uthayakumar berkata, pihak berharap Pakatan tidak akan meletak calon di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan tinga penjuru "menentang musuh politik bersama kita (Umno-BN). Dikehendaki: Ijok, Lembah Pantai, Padang Serai Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat HRP di di Bangsar, Kuala Lumpur, Uthayakumar berkata bahawa kerusi yang dipilih itu mempunyai jumlah besar pengundi India, termasuk kerusi yang kini diwakili wakil rakyat PKR seperti Padang Serai di Kedah, Ipoh di Perak Barat, Kota Raja di Selangor dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Mereka juga berminat dengan kerusi parlimen Sungei Siput, Perak, yang kini diwakili oleh anggota jawatankuasa pusat PSM, Dr D Jeyakumar. Uthayakumar berkata, 15 aktivis setia Hindraf telah disenarai-pendekkan sebagai calon. "Mereka telah teruji, telah menjadi sebahagian daripada Hindraf sejak hari pertama, tidak akan melompat ke parti lain dan sama kuat dengan calon PAS," katanya. Ditanya mengapa HRP memilih untuk tidak menyokong calon Pakatan di kawasan pilihan raya berkenaan, Uthayakumar berkata, ia kerana isu yang dihadapi oleh masyarakat miskin India di situ tidak di bawa ke Parlimen. Bagaimanapun, HRP tidak menolak kemungkinan bertanding di bawah tiket Pakatan jika mereka gagal mendaftarkannya sebagai parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjelang pilihan raya umum akan datang. Uthayakumar berkata, pihaknya telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan oleh ROS pada 25 November. Menurutnya sama ada didaftar atau tidak, mereka akan bertanding, termasuk sebagai calon Bebas. Kerusi parlimen yang dituntut bahawa HRP ialah: 1. Padang Serai (Penyandang: PKR-N Gobalakrishnan) 2. Batu Kawan (DAP-P Ramasamy) 3. Sungei Siput (PSM-Dr D Jeyakumar) 4. Ipoh Barat (DAP-N Kulasegaran) 5. Bagan Datoh (Datuk Zahid Hamidi BN-Ahmad) 6. Cameron Highlands (BN-SK Devamany) 7. Hulu Selangor (BN-P Kamalanathan) 8. Kuala Selangor (PAS-Dzulkefy Ahmad) 9. Klang (DAP-Charles Santiago) 10. Kota Raja (PAS-Siti Mariah Mahmud) 11. Rasah (DAP-Anthony Loke) 12. Teluk Kemang (PKR-Kamarul Baharin Abbas) 13. Alor Gajah (BN-Fong Chan Onn) 14. Tebrau (BN-Teng Boon Soon) 15. Lembah Pantai (PKR-Nurul Izzah Anwar) Malam ini, Uthayakumar juga akan dilancarkan buku kedua yang ditulisnya ketika 514 hari berada dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Berjudul '25 November Hindraf Rally 2007 ", buku setebal 400 halaman itu merupakan catatan peribadinya mengenai peristiwa yang membawa kepada perhimpunan bersejarah yang disertai oleh 30,000 kerana memprotes diskriminasi terhadap kaum India, dan pengalamannya di bawah ISA. -mk |
| Mayat Lelaki Dibaham Buaya Ditemui Di Tebing Sungai Samarahan Posted: 19 Dec 2010 05:27 AM PST Mayat nelayan dibaham buaya ditemui di tebing Sungai SamarahanKUCHING: Mayat seorang nelayan berusia 66 tahun yang dibaham buaya, telah ditemui hari ini dalam keadaan bercerai-cerai hari ini di tebing Sungai Samarahan, tempat haiwan itu dilihat semalam. Bahagian perut dan tangan kiri Sidi Samat ditemui pasukan mencari yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbadanan Perhutanan Sarawak dan RELA pada jam 8.45 pagi. Anak mangsa, Musa berkata ibunya menjadi bimbang selepas warga emas itu tidak pulang-pulang selepas keluar menjala udang awal pagi semalam, kira-kira 25 meter dari rumah mereka. Sekitar 11 pagi itu, seorang penduduk kampung dilaporkan ternampak kelibat seekor buaya berukuran 18 kaki berhampiran kawasan itu. Mayat Sidi kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Reban. - BERNAMA
|
| Ribuan Gagak Serang Pangsapuri Di Melaka Posted: 19 Dec 2010 04:15 AM PST Gagak 'serang' pangsapuriMELAKA: Penghuni di Pangsapuri Kota Laksamana, dekat sini, tertekan sejak beberapa tahun lalu apabila ribuan gagak memenuhi bumbung dan pokok di sekeliling rumah mereka. Kehadiran burung berkenaan bukan saja mengundang najis yang mencemari permukaan jalan dan kenderaan di kawasan itu, malah penduduk terpaksa berdepan bunyi bising bermula jam 4 pagi. Penduduk mendakwa usaha dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menembak unggas itu sia-sia kerana ia tetap bersarang di situ. Peniaga, Iskandar Low Abdullah, 43, berkata dia berniaga sejak setahun lalu dan masalah yang paling rumit dihadapi penghuni adalah bunyi burung berkenaan yang terlalu bising. Katanya, kicauan burung bermula jam 4 pagi mengganggu penduduk terutama bagi yang mempunyai anak kecil. "Jika bunyi dua burung pada awal pagi bising, inikan pula ratusan ekor. Keadaan ini yang terpaksa dihadapi selama beberapa jam untuk tempoh dua kali dalam sehari iaitu awal pagi dan sebelah petang. "Jika waktu pagi ia berlarutan sehingga jam 7.30 pagi dan selepas ia beredar kumpulan burung berkenaan kembali kira-kira jam 5.30 petang dan membuat bising sehingga matahari tenggelam," katanya. Iskandar berkata, kehadiran gagak itu selain menimbulkan masalah bising turut menyebabkan kekotoran dengan najisnya yang melekat pada kenderaan yang diletakkan di bawah pokok. "Najis burung ini bukan saja mengotorkan, tetapi juga merosakkan permukaannya walau di mana kenderaan diletakkan. Jika tidak kena banyak, tetap ada sedikit pada bahagian badan kenderaan. "Keadaan ini meresahkan pemilik kenderaan kerana perlu kerap mencucinya bagi mengelak warna cat kereta rosak," katanya. Iskandar berkata, sebelum ini ada usaha dilakukan PBT dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) melakukan operasi menembak gagak di situ, namun ia berkesan sementara waktu kerana burung berkenaan datang semula selepas tiada lagi bunyi tembakan senjata api. Menurutnya, pihaknya bimbang kemungkinan wabak penyakit seperti selesema burung melanda dan menjangkiti penduduk, sekali gus meminta PBT mencantas pokok bagi mengurangkan dahan tempat burung bersarang. "Pokok sedia ada pun terlalu rimbun dan ini menjadikan burung bertambah banyak di kawasan berkenaan," katanya. Penduduk, Pang Yow Chong, 41, berkata burung berkenaan mengganggu kehidupan dan keselesaan mereka kerana ia turut membongkar sampah dan masuk ke dalam rumah untuk mencari sisa makanan. "Saya amat berharap masalah ini diselesaikan segera kerana jumlah burung berkenaan bukan sedikit, tetapi banyak dan tidak pernah berkurangan sejak beberapa tahun lalu. "Keadaan ini mengganggu kami selagi tiada usaha dilakukan untuk menyelesaikannya," katanya. -hm |
| Shahrir Samad Ramal PRU13 Suku Kedua 2011 Atau Tahun Selepasnya Posted: 19 Dec 2010 03:27 AM PST PRU-13 Pada Suku Kedua Tahun Depan Atau Tahun Selepas Itu, Ramal ShahrirJOHOR BAHARU, 19 Dis (Bernama) -- Pilihan raya umum (PRU) ke-13 diramal diadakan pada suku kedua tahun depan atau tahun selepas itu, menurut ramalan veteran Umno Datuk Shahrir Samad. Anggota Parlimen Johor Bahru itu berkata pilihan raya umum tidak akan diadakan pada Mac tahun depan seperti yang dijangkakan oleh parti pembangkang. Beliau berpendapat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih mahu melihat lebih banyak hasil diperoleh daripada semua dasar yang diperkenalkan sejak menjawat jawatan pada 3 April tahun lepas. "Jadi, pilihan raya tidak akan diadakan secepat mungkin, mungkin akan diadakan pada akhir 2011 atau selepas itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kesedaran kesihatan di Kampung Sulaiman Menteri di sini Ahad. Shahrir berkata Pakatan Pembangkang hendaklah menumpukan perhatian untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukan terlalu tertumpu pada pilihan raya umum. Shahrir yang juga ketua Umno bahagian Johor Bahru berkata setakat ini pembangkang lebih berminat pada pilihan raya. Mengenai kekecohan oleh anggota Pakatan Pembangkang di Parlimen ekoran empat anggota parlimennya digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat itu, beliau berkata insiden itu nampaknya telah dirancang. "Saya rasa anggota Parlimen Pakatan tahu peraturan Parlimen tetapi mereka pilih untuk mengabaikannya untuk meraih perhatian politik remeh temeh," sambil menyifatkan ia satu taktik yang penuh dengan kekeliruan. Empat anggota Parlimen pembangkang yang digantung kehadiran selama enam bulan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R.Sivarasa (Subang). Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Shahrir berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) hendaklah menerangkan isu-isu sementara bekerja untuk mengekalkan keyakinan rakat dalam parti campurannya. Adalah terlalu awal untuk meramalkan hasil keputusan pilihan raya kecil itu tetapi jentera pilihan raya BN hendaklah bekerja keras bagi memastikan kemenangang. Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Datuk Sulaiman Taha, 59 pada Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.-- BERNAMA |
| Nama Mazlan & Felda Bergema Di Konvensyen, Calon PRK Tenang? Posted: 19 Dec 2010 02:15 AM PST Mazlan Aliman calon PAS di Tenang?PETALING JAYA: Tinjauan rambang di kalangan penyokong PAS di Labis dan khususnya kawasan dewan undangan negeri Tenang, mereka berpendapat calon PAS yang paling sesuai ialah Mazlan Aliman. Mazlan merupakan AJK PAS Pusat, ketua penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Adun Tenang Johor,Datuk Sulaiman Taha, 59 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu kerana jangkitan kuman dalam darah.. Pada pilihanraya umum 2008, Sulaiman Timbalan Yang Dipertua PAS Labis ketika itu, Mohd Saim Siran. Seorang penyokong PAS Kampung Redong berkata, "Mazlan paling sesuai kerana di Tenang ada juga kawasan Felda. "Beliau (MAzlan) yang lebih tahu mengenai Felda. Kita nak tahu sebanyak banyak orang Felda menyokong Anak yang diusahakan oleh Mazlan itu," katanya. Beliau menambah, ada tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang. Rakannya, Zulkifli Sarmin pula memberitahu, Mazlan merupakan penggerak PAS Johor yang menonjol ketika ini terutama dengan isu penyelewengan Felda. "Biarlah isu Felda terus didedahkan kepada pengundi Tenang, biar mereka tahu isu sebenar dalam tanah rancangan itu. "Kalau pun kita tidak menang dalam pilihanraya ini, sekurangnya kita ada bekalan untuk pilihanraya umum akan datang. "Sekurang-kurangnya kita tahu isu Felda ini. Kalau mereka sokong, maknanya isu ini boleh digunakan lagi dalam pilihanraya umum akan datang," katanya. Ditanya adakah pendedahan demi pendedahan mengenai penyelewengan Felda boleh mempengaruhi pengundi peneroka Tenang, Zulkifli berkata, "boleh jika kena caranya." Katanya, di Tenang masyarakat penoraka hanya mendengar sahaja tetapi belum ada pihak yang mendedahkannya. "Kalau Mazlan boleh dedahkan, saya percaya masyarakat peneroka Felda akan mengundi PAS apatah lagi kalau calonnya Mazlan sendiri," katanya. Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno Labis menjelaskan isu penyelewengan Felda tidak berkesan untuk digunakan di Tenang. ini kerana, kataya, tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat Felda di Tenang. "Kami tidak pernah mendengar peneroka Felda merungut tidak puas hati…jadi apa isu yang hendak dibawa Mazlan di sini (Tenang)," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Alias. -FMT
|
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




























Tiada ulasan:
Catat Ulasan