Jumaat, 17 Disember 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


DPPWP Anjur Kempen Protes Kenaikan Harga Bahan Api & Gula

Posted: 17 Dec 2010 01:15 AM PST

Pemuda PAS KL lancar kempen protes harga bahan api, gula naik

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun padang mengedarkan risalah membantah kenaikan harga bahan api dan gula yang diumumkan Putrajaya awal bulan ini.

Ia akan dilancarkan di pekarangan Kompleks Sogo di sini pukul 5 petang esok.

Kempen turun ke padang itu mengajak rakyat mengajar kesombongan kerajaan pusat Barisan Nasional yang dianggap sewenang-wenangnya menaikkan harga barang-barang keperluan itu tanpa prihatin pada derita hidup kalangan rakyat bawahan, kata pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen.

"Rakyat khususnya golongan bawahan menanggung derita yang tidak berkesudahan akibat kenaikan ini.

"Dalam keadaan kerajaan baru bercadang mengkaji kenaikan gaji sesetengah pekerja kerajaan, harga barang terus melambung. Apakah nasib rakyat khususnya warga kota bagi menampung kehidupan mereka," kata beliau.

Herman berkata, sayap PAS itu mengajak rakyat agar bersama-sama berubah dengan mengajar kesombongan kerajaan Umno-BN melalui kuasa undi dan suara mereka.

"Hanya dengan cara ini dapat mengajar kerajaan BN agar berubah dan prihatin terhadap rakyat," katanya.

Menurut Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga akan menjelajah ke seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengedarkan risalah kesedaran mengenai kenaikan harga barang asasi rakyat tersebut.

"Pemuda PAS Wilayah mengharapkan agar warga yang prihatin untuk turun bersama-sama pelancaran kempen dan edaran risalah pada hari tersebut," katanya.

Berkuat kuasa 4 Disember lalu, kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg. -TMI

MTUC Mahu Kerajaan Henti Potong Subsidi

Posted: 17 Dec 2010 12:15 AM PST

MTUC: Bayar gaji minimum, henti pemotongan subsidi

Malaysia tidak mampu pengurangan subsidi lebih lanjut kerana sebahagian besar rakyat di negara ini hidup di bawah garis kemiskinan, kata Kongres Kebangsaan Kesatuan Malaysia (MTUC).

Dibebani harga barangan keperluan yang terus naik, maka adalah wajar kerajaan memperkenalkan dasar gaji minumum, kata presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud.

Sambil merujuk kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia tahun lalu, Syed Shahir berkata 34 peratus golongan yang makan gaji sekarang berpendapatan kurang RM720 sebulan dan berada di garis kemiskinan negara.

"Tiada kerajaan penyayang yang akan menaikkan lagi kos hidup sehingga membebankan rakyat.

"Kerajaan Malaysia sekarang ini tidak peduli... mereka terus menaikkan harga barangan keperluan asas yang diperlukan untuk terus hidup," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula, semuanya akan menyebabkan kesan inflasi.

Syed Shahir berkata kerajaan tidak sensitif kerana kebanyakan isi rumah rakyat Malaysia tidak dapat menampung kenaikan barangan keperluan itu.

Kerajaan katanya, tidak sepatutnya memotong subsidi untuk menjimatkan dana awam tetapi sebaliknya mengamalkan pentadbiran berjimat-cermat.

"Kerajaan mesti mencari jalan lain bagi memotong perbelanjaannya seperti mengurangkan perbelanjaan pertahanan dan mengurangkan rasuah, termasuk memberikan kontrak yang nilainya 'lebih tinggi' kepada kroni di semua peringkat.

"MTUC mengingatkan kerajaan supaya mengambil kira kebajikan dan masa depan rakyat, termasuk pekerja dan keluarga mereka sebagai tanggungjawab utama mereka," katanya lagi. -mk

Undang-undang Syariah Sedia Ada Tidak Cukup Mantap Tangani Kes Zina

Posted: 16 Dec 2010 11:15 PM PST

Undang-undang Islam tak cukup mantap tangani kes zina, kata pakar

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Undang-undang jenayah Syariah perlu dikaji semula agar sistem kehakiman itu mempunyai kuasa menyeluruh sebagai pencegah gejala zina dan pembuangan bayi yang terus mendapat perhatian masyarakat.

Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Paizah Ismail berkata, undang-undang jenayah Syariah yang diamalkan bukan undang-undang bertujuan untuk merealisasikan syariat Islam sepenuhnya.

"Sebaliknya, ia merupakan undang-undang yang berperanan untuk menampung kekurangan yang ada pada undang-undang konvensional dalam hal keagamaan.

"Kerana itulah peruntukan-peruntukan dalamnya lebih bersifat untuk menjaga kepentingan keagamaan bagi umat Islam di negara ini dan bukan melaksanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya," kata beliau pada Muzakarah Fatwa "Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.

Melihat kepada kes zina dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa, Paizah berkata undang-undang jenayah Syariah gagal untuk berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menangai gejala itu.

"Mungkin agak janggal untuk mengatakan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia sekarang tidak cukup mampu berperanan sebagai satu faktor pencegah gejala perzinaan dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

"Tetapi itulah hakikatnya, meskipun syariat Islam yang menjadi asas kepada undang-undang mempunyai hukuman yang cukup berkesan bagi menghadapi gejala seperti itu, namun syariat tidak diikuti sepenuhnya oleh undang-undang tersebut.

"Tambahan pula rakyat Malaysia termasuk orang Islam masih prejudis terhadap keadilan syariat Islam, realiti ini telah meletakkan undang-undang jenayah Syariah di tempat yang salah," katanya.

Beliau juga berkata, dengan sedikit bidang kuasa dan tradisi mahkamah yang kurang mantap, undang-undang jenayah Syariah tidak boleh menyumbang ke arah menyelesaikan masalah zina dan pembuangan bayi.

"Kesan pelaksanaan mungkin ada tetapi sedikit sekali, hasilnya tidak lebih daripada rutin yang tidak mampu mempengaruhi perkembangan masyarakat.

"Justeru dalam menghadapi realiti yang serius seperti soal perzinaan dan pembuangan bayi, undang-undang yang cukup berkesan diperlukan kerana syarat ini tidak dapat dipenuhi undang-undang jenayah syariah sekarang.

"Peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalamnya tidak mampu memberi kejutan kepada remaja dan penuntut terlibat supaya lebih berhati-hati agar tidak akan berhadapan dengan hukuman berat yang sukar dipikul," katanya. -TMI


Remaja di flat terdedah zina

KUALA LUMPUR – Remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah dikenal pasti antara mereka yang berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi.

Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.

"Mungkin disebabkan tinggal berdekatan, mereka terdedah melakukan seks bebas di rumah. Lebih-lebih lagi, apabila ibu bapa tiada di rumah kerana bekerja syif atau melakukan sehingga dua atau tiga pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Muzakarah Pakar Menangani Zina Serta Pembuangan Bayi Di Kalangan Remaja Dan Pelajar Sekolah di sini semalam.

Dalam pada itu, Hamizah memberitahu, dasar untuk membendung masalah perzinaan masih kurang jelas. dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberi perhatian kepada perzinaan dan salah laku seksual. -kosmo


Elak Asap Rokok, Terpaksa Hidu Sampah, Kata Lutfi

Posted: 16 Dec 2010 10:29 PM PST

Muhyiddin, Anwar dan Wikileaks Oleh Ahmad Lutfi Othman

Hampir semua parti politik yang dijangka mengadakan pemilihan kepemimpinan pusat pada 2011 menangguhkan agenda penting itu. Tumpuan tentulah mahu difokuskan sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13. Pertandingan dalam parti seringkali mengundang perpecahan, atau sekurang-kurangnya melemahkan kesatuan. Walaupun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013 tetapi semua pihak berkepentingan pastinya tidak mahu mengambil risiko.

Umno yang memulakan tradisi penangguhan ini. Selepas 1999, pemilihan MKT Umno tidak lagi dijalankan tiga tahun sekali, tetapi hampir lima tahun, iaitu menyamai usia sesebuah kerajaan. Malah tempoh kerajaan di Malaysia lebih pendek daripada penggal barisan kepemimpinan Umno berkuasa.

Selepas Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim pada September 1998, sebagai langkah mempertahankan kuasanya yang dilihat goyang, kita jarang didedahkan dengan spekulasi kerusi no. 1 dan no. 2 dalam Umno akan dicabar. Era singkat Abdullah Ahmad Badawi juga nampak damai di permukaan. Beliau terpaksa melantik Najib Razak sebagai timbalannya, setelah ditunjuk Mahathir.

Muhyiddin memang regu Najib dalam Team Wawasan 1993, iaitu pasukan yang dibentuk Anwar (bersama Muhammad Muhd Taib dan Rahim Tamby Chik) ketika menawarkan perubahan bagi menghadapi Ghafar Baba (bersama Abdulah dan Sanusi Junid). Meskipun pada awalnya dilihat lebih dekat dengan Abdullah, namun Muhyiddin jugalah merupakan tokoh paling lantang mendesak Perdana Menteri kelima itu meletakkan jawatan lebih cepat daripada jadual awal, selepas prestasi buruk BN dalam PRU12.

Maknanya, Muhyiddin secara berani membawa suara hati Mahathir, yang meletakkan kekalahan BN itu sepenuhnya ke atas bahu Abdullah. Sejak itu, Muhyiddin dilihat rapat dengan Mahathir. Berbanding Abdullah, tentulah Mahathir lebih menyenangi Najib. Namun ia tidak menghalang beliau - secara tertutup - untuk melanjutkan kritikannya, termasuk kepada pemerintahan Najib.

Secara luaran, sokongan terhadap Najib nampak padu. Tiada tanda-tanda beliau akan dicabar daripada dalam. Walaupun usia Muhyiddin lebih tua berbanding Najib, dan dijangka tidak akan menggantikan ketuanya itu, kesetiaannya mungkin boleh dipersoal. Semasa Anwar disingkirkan, Muhyiddin dianggap rapat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Selain itu, Muhyiddin juga dianggap lebih pintar, percaya kepada keupayaan diri dan mempunyai kekuatan intelektual tersendiri berbanding Najib. (Malah, ada pemerhati politik melihat isterinya, Rosmah Mansor, lebih ke hadapan dalam isu atau keadaan tertentu). Sementara Najib pula lebih mudah dipengaruhi dan tidak tetap dalam pendirian. Dalam hal ini, Mahathir tentunya lebih cenderung dengan perwatakan Muhyiddin.

Di peringkat barisan Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein memang cukup rapat dengan Najib. Seorang mempunyai hubungan kekeluargaan dan seorang lagi pengikut setia. Naib Presiden seorang lagi, Shafie Apdal, dijangka bermasalah untuk mengekalkan kedudukannya. Rasanya Najib tiada sebarang masalah dengan Zahid, apatah lagi Hisham.

Di waktu "aman", Muhyiddin mungkin tidak menimbulkan kesukaran kepada Najib dan boleh menjadi regunya yang baik. Bagaimanapun, politik selalu mengundang krisis dan ia mungkin muncul secara tiba-tiba. Jika Najib mengharapkan timbalannya yang setia membuta-tuli - sepertimana Mahathir menginginkan Anwar mengikut apa jua kehendaknya - Muhyiddin bukanlah orangnya.

Bagi mengelak Umno ditohmah parti bangsawan baru, Najib lebih selesa dengan Zahid berbanding Hisham, sementalahan pula sepupunya itu gagal menunjukkan prestasi yang baik. Kementerian yang diterajui Hisham kerap menimbulkan masalah walaupun beliau ditempatkan di kementerian-kementerian strategik, seperti Pelajaran dan Dalam Negeri.

Nasib Umno-BN dalam PRU13 seumpama telur di hujung tanduk. Walaupun begitu, ia tetap tidak mampu mengendurkan keghairahan para pemimpinnya untuk mempersiapkan kelengkapan awal bagi pemilihan kepemimpinan parti untuk sessi akan datang.

II. Usah ghairah kuasai Putrajaya

Selamat bersidang perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua, Ahad ini. Sementara banyak pihak mengharapkan perbahasan lebih tertumpu untuk memperkemaskan strategi menguasai Putrajaya dan mengambil alih kerajaan, elok juga beberapa peringatan agar pengukuhan ke atas pemerintahan tiga negeri sedia ada dimantapkan, diberi perhatian serius.

Saya tidak bimbang Kelantan," kata seorang veteran politik. "Tapi, kita tidak boleh pandang mudah-rendah usaha BN untuk tawan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Usaha pembaharuan di negeri-negeri ini belum nampak merata. Masa berbaki menjelang pilihan raya perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan perubahan ke atas kehidupan rakyat. Biar mereka terkesan dengan gaya Pakatan Rakyat memerintah. Potensi besar kita di Perak harus diimbangi dengan sokongan lebih meluas pengundi Melayu. Biar kerajaan negeri nanti mewakili semua kaum."

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Mungkin ramai yang marah sebab saya seperti antiklimaks. Tak mengapalah ...," tambahnya lagi sambil meminta saya agar mencatatkan, "tolong ingatkan pemimpin dan wakil rakyat Pakatan, penyakit yang menimpa Umno-BN kini sudah menjalar kepada kita, iaitu wabak jangkitan KUASA." (Beliau menekankan supaya saya menulis kalimah "kuasa" dalam huruf besar).

Pencapaian kerajaan negeri kita belum boleh dianggap cemerlang. Apatah lagi sebaran media kita tidak mencukupi dan kurang berkesan," rungutnya lagi.

Saya juga tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, yang juga dikenali sebagai strategis DAP: "Sebenarnya jika kekuatan kita benar-benar tinggi, kita hasratkan untuk menawan Putrajaya, tetapi agenda mengekalkan apa yang telah kita menang itu sangat penting."

Pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah pula tidak mahu krisis dalaman KeADILan dipandang ringan pimpinan Pakatan. Beliau membandingkan masalah dalaman yang turut melanda PAS, tetapi katanya, pemimpin parti Islam itu "berjaya menyelesaikan dengan cukup cermat dan bijaksana". Tambahnya, ia barangkali akibat daripada KeADILan yang masih belum dapat menguasai dan membentuk satu organisasi yang benar-benar kukuh dari aspek pentadbiran dan pengurusan.

III. Najib dan Altantuya di Wikileaks

Kalau pendedahan Wikileaks hanya menyentuh komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan agensi perisikan negara tersebut berkenaan kes sodomi yang didakwa terhadap Anwar semata-mata, tentulah media dan pemimpin Umno-BN riuh-rendah "7 hari 7 malam" menjajanya bagi meraih kepentingan politik. (Secara kebetulan ataupun terancang, Utusan Malaysia rancak menyerang personaliti Ketua Pembangkang itu dengan menemubual kembali Ummi Hafilda Ali, aktor penting di sebalik fitnah besar terhadap Anwar 12 tahun lalu).

Bukankah sejak awal lagi kes liwat itu "direkacipta" Dr Mahathir semata-mata demi survival kuasanya, dan ia tiada kena mengena langsung dengan soal moral ataupun perundangan? Imej Anwar, yang dilihat seteru paling ketat BN dalam PRU13 nanti, cuba direndahkan sehina-hinanya, terutama pada kaca mata orang Melayu, iaitu khalayak yang masih dipercayai mungkin memberi sokongan kepada Umno.

Malangnya, keghairahan itu tertunda disebabkan Wikileaks turut memuatkan "maklumat" tentang Najib, yang pastinya begitu "menggerunkan" Perdana Menteri. Laporan hasil pandangan peribadi pegawai diplomatik Singapura itu menyebut tentang "masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa dan Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa". Ia secara jelas mengaitkan Najib dengan skandal pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, dengan menekankan "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".

Sebenarnya pendedahan laman kontroversi itu sekadar bersumberkan komen peribadi orang-orang tertentu dalam kabel sulit yang dipintas, tetapi belum dapat dipastikan kesahihan faktanya. Media yang dikawal mutlak Umno pula hanya menyiarkan apa yang dirasakan menguntungkan pemiliknya, dan meninggalkan kandungan yang mampu merosakkan imej taukehnya itu. Ibarat orang kelemasan, apa jua yang dianggap mampu menyelamatkannya akan dipergunakan seoptimum mungkin.

Saya tidak menjangkakan komen-komen dalam Wikileaks itu akan membawa masalah besar buat Anwar. Beliau sudah melalui tribulasi yang jauh lebih dahsyat-kejam dan dapat melepasinya. Bagaimanapun, rasa ingin tahu rakyat terhadap isu yang disensasikan itu wajar dimanfaatkan untuk menggemblengkan satu momentum baru, yang tidak terbatas kepada persoalan batang tubuh Anwar. Masyarakat yang dahagakan ketepatan maklumat lebih terdorong untuk mengikuti penjelasan Anwar, dan ini boleh membantut misi jelajah Najib ke seluruh negara yang dijangka bermula awal tahun depan.

Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita," kata Anwar ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju, 14 Disember lalu, mengulas serangan media berikutan pendedahan Wikileaks.

IV. Lebih baik hidu bau sampah

Selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, saya mudah sesak nafas apabila tersedut asap rokok. Ramai pula kawan-kawan perokok tegar sehingga saya selalu semput dan sukar bernafas. Alhamdulillah ramai perokok yang mula faham tentang bahaya menimpa ke atas orang yang tidak merokok tetapi terpaksa menghidu asap ketagihan mereka.

Malam minggu yang lalu, saya mengajak anak-anak dan isteri minum di restoran mamak. Teringin sekali menikmati capati. Kebetulan ada siaran langsung bolasepak Inggeris. Kerusi hampir penuh. Ada meja kosong di tengah-tengah. Belum pun pesanan tiba, asap rokok berkepul-kepul di kiri-kanan kami. Terpaksa saya menarik keluarga keluar. Mujur ada lima kerusi menanti di tepi longkang.

Lari daripada asap rokok, kami dikelilingi bau tengik sampah. Apa nak buat...

Markaz Diserbu Ketika Ceramah

Posted: 16 Dec 2010 08:15 PM PST

Derbu markas ketika ceramah

SEBAHAGIAN pengikut kumpulan yang diserbu JAIS di Taman Sri Gombak malam kelmarin.

GOMBAK - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin.

Antara ajaran kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa.

Pengikut ajaran tersebut juga percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi.

Ajaran yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu itu dikatakan lebih berbahaya daripada ajaran Al-Aqram (pertubuhan haram) kerana pengikutnya menganggap darah orang Islam yang lain adalah halal dan jika dibunuh dianggap sebagai jihad.

Dalam serbuan pukul 10.15 malam di premis kedai empat tingkat di Taman Sri Gombak itu, seramai 200 pengikut kumpulan tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak warga tempatan sedang taksub mendengar ceramah yang disampaikan dalam bahasa Iran oleh seorang penceramah jemputan dari negara itu.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah seorang lelaki yang merupakan penterjemah.

Lebih mengejutkan, ada di kalangan pengikut ajaran tersebut terdiri daripada kakitangan awam serta pensyarah. -kosmo


Pukul badan guna rantai sucikan dosa

GOMBAK: Memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam adalah antara 23 penyelewengan agama diamalkan kumpulan ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Taman Sri Gombak di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.50 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, kira-kira 200 orang, termasuk kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ditahan.

Turut ditahan wanita dan kanak-kanak ketika masing-masing sedang mendengar ceramah disampaikan seorang lelaki warga Iran yang dipercayai ketua fahaman berkenaan.

Bagaimanapun, berpuluh lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota JAIS.

Difahamkan, setiap ahli kumpulan dibekalkan tiga batu sebesar kurma yang diletakkan di depan sejadah dan ketika sujud dahi jemaah perlu menyentuh batu itu.

Penyelewengan lain dilakukan kumpulan ajaran sesat itu ialah menziarahi kubur Saidina Husain sebagai ganjaran ke syurga, menghina isteri-isteri Nabi SAW serta mengharuskan sembahyang jamak pada bila-bila masa.

Petang semalam, lelaki warga Iran berusia 48 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini, bagi perintah jaminan sementara pendakwa syarie menyiapkan kertas siasatan.
Hakim Syarie, Saiful Azli Jamaludin membenarkan mereka dijamin RM2,000 seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan lelaki Iran menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta tidak dibenarkan ke luar negeri sehingga tarikh sebutan akan datang.

Saiful kemudian menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan kes.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, mempertikaikan arahan pihak berkuasa agama yang dinyatakan dan diberikan melalui fatwa.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAIS, Datuk Muhammad Khusrin Munawi, berkata ciri-ciri kesalahan kumpulan itu termasuk Imam adalah maksum, kemunculan Imam Mahadi bersama orang mati untuk memberi keadilan, menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan dengan menambah dalam Syahadah serta menghalalkan dan mengamalkan nikah mutaah (perkahwinan kontrak).

Katanya, kumpulan itu dikenal pasti dua tahun lalu dan dikategorikan sebagai serius kerana mereka menyebarkan fahaman Syiah secara sembunyi dan menggunakan pelajar Malaysia yang belajar di republik itu dengan menawarkan biasiswa serta memberi hadiah berupa buku.

"Malah, apabila ada pembesar Iran melawat negara ini, mereka mengadakan kempen dan penerangan berhubung fahaman itu sebelum membuat lawatan ke pusat pengajian tinggi tempatan untuk menyebarkan fahaman mereka," katanya di sini, semalam.

Beliau menyifatkan tangkapan kelmarin adalah yang terbesar dalam sejarah JAIS dan tidak menolak kemungkinan orang ramai berminat menyertai ajaran itu kerana membenarkan perkahwinan mutaah yang menjurus kepada perkhidmatan seks.

Muhammad Khusrin berkata, daripada 200 yang ditahan, 128 masih berada dalam tahanan, manakala selebihnya kanak-kanak dan remaja dibebaskan. -bh


Wanita Bogel Naik Bas Di Singapura

Posted: 16 Dec 2010 07:40 PM PST

Singapura - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.

GAMBAR yang disiarkan asianoneNews menunjukkan aksi seorang wanita bogel yang menunggu dan menaiki sebuah bas di Bedok, Singapura kelmarin.

Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.

Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.

Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.

Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.

Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.

Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.

Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.

Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.

Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi

CheguBard: Kita Jangan Asyik Sapu Sampah Ke Bawah Karpet

Posted: 16 Dec 2010 05:30 PM PST

Che'GuBard setia tetapi demokrasi harus diselamatkan dalam parti

Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih "kenderaan" politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendirian yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).

Sekurang-kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Zaid dapat menggunakan "kenderaan" politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat. Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.

Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononnya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.

Mungkin menghormati saya Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik "menyapu" semua masalah dibawah karpet.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN suibur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya menerima nasihat Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan-bukan. Namun sampai bila saya harus menanti...

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman-teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat. -chegubard

Ulasan GB

Bersama Mustaffa Kamil Ayub, Che'gubard mampu untuk mengembalikan dan meletakkan identiti PKR ke tempatnya yang lebih murni setelah integriti dan imej PKR tercemar teruk akibat kedurjanaan pimpinan PKR yang sedia ada melaksanakan konspirasi sehingga menjadikan imej PKR begitu teruk tercemar sekarang ini.

Di dalam tulisan GB sebelum ini, harapan kini adalah kepada pemimpin seperti mereka, yang mempunyai ketrampilan merubah PKR dengan satu pewarnaan yang lebih holistik. Setidak-tidaknya itu harapan sebahagian besar ahli-ahli PKR jika mahu parti dipimpin oleh tokoh yang boleh menjadi role-model.



ADUN Tenang Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 16 Dec 2010 04:15 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri N05 Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Menurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya. -mk

Ulasan GB

Al-fatihah... semuga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t.

Dan TENANG, bakal melalui pilihanraya kecil di dalam tempoh 60 hari. Ia adalah medan pertarungan UMNO dan PAS.

Sejak malam tadi, beberapa blogger PR telah menyiarkan berita kematian ADUN Tenang. Malah ada yang gembira kerana akan wujud satu lagi PRK.

Saya tidak faham kenapa ada blogger PR tiba-tiba melompat kegembiraan. Apakah DUN itu boleh dimenangi oleh PR? Atau hanya kerana blogger PR selama ini memang terbiasa, teruja dan ghairah bersorak semata-mata apabila setiap kali berlakunya PRK tanpa mengira samada kita boleh menang atau akan ditimpakan lagi kekalahan dan kehinaan seperti Bagan Pinang, Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas?

Bilalah blogger-blogger PR ni nak cerdik ...
Grow up blogger PR!



Penemuan-penemuan Muslim Yang Mengguncang Dunia

Posted: 16 Dec 2010 03:03 PM PST

Penemuan-penemuan muslim yang mengubah dunia

Kehidupan moden tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1000 tahun warisan muslim yang dilupakan.

“Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Renaisance langsung kepada Yunani,” ujar Pengerusi Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan.

Penemuan 1001 di Pameran Museum Sains London mendedahkan banyak perkara yang menegaskan kembali sumbangan peradaban non-barat, seperti kerajaan muslim yang suatu waktu pernah meliputi Spanyol dan Portugis, Itali selatan dan terbentang seluas daratan China.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Operasi Bedah



Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia berilustrasi tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan pakar perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan menciptakan sepasang alat penyepit untuk pembedahan.

2. Kopi



Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajrt yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang



Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membuat konstruksi sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia melakarkan sebuah perangkat sayap dan secara khusus membentuk layaknya kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Kordova Spanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Desain yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Itali Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti


Pada tahun 859 seorang putri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universitas al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar


Kata aljabar berasal dari judul kitab ahli matematik terkenal Persia abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem pemersatu untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Matematikawan lainnya Al-Khwarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang bisa menjadi kekuatan.

6. Optik


“Banyak kemajuan penting dalam studi optik datang dari dunia muslm,” ujar Hassani. Diantara tahun 1000 Ibn al-Haitham membuktikan bahwa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, mengacuhkan teori Euclid dan Ptolemy bahwa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat muslim lainnya juga menemukan fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

7. Muzik

Muzik muslim memiliki pengaruh signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah lute dan rahab, nenek moyang biola. Skala notasi musik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Berus Gigi


Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Miswak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Substansi kandungan di dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Engkol


Banyak dasar sistem automatis moden pertama kali berasal dari dunia muslim, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini

10. Penemuan Sabun di Dunia Islam


Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Muslim telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang mutakhir. Menurut Ahmad Y Al-Hassan dalam bukunya berjudul, Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Irak), dan Basrah (Irak) telah menjadi pusat industri sabun.‘’Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Islam,’’ papar Al-Hassan. Menurut Al-Hassan, sabun yang terbuat dari minyak sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, pertama kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di era kekhalifahan. Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu menciptakan formula sabun adalah Al-Razikimiawan legendaris dari Persia.

‘’Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah,’’ cetus Al-Hassan. Sabun yang dibuat umat Muslim di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut. Harga sabun pada 981 M berkisar tiga Dirham (koin perak) atau setara 0,3 Dinar (koin emas). Resepi pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia Sepanyol Islam bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

11. ROBOT
Patung-patung bergerak al-Jazari


Banyak yang menyangka Robot pertama diciptakan oleh sang genius Leonardo da Vinci di tahun 1495. Tapi lihat ini di Wikipedia. Di tahun 1206, seorang ilmuwan bernama Al-Jazari sudah menciptakan sebuah ”mesin” yang bisa bergerak-gerak menggunakan tenaga air berbentuk manusia.

Ini, adalah salahsatu Robot pertama dalam sejarah manusia. Khususnya adalah robot pertama yang diprogram secara mekanis, the first programmable humanoid robots. Robot-robot ini berbentuk musisi yang secara otomatis boleh memainkan alat muzik bila dihidupkan. Lihat di Wikipedia : Robot, History of Robots. Para ilmuwan Islam sudah membuatnya jauh sebelum Leonardo Da Vinci.

12. Rumus graviti universal



Penemuan "Hukum Graviti Universal" oleh Newton (Principia, 1687) dianggap sebagai salah satu puncak tertinggi dari seluruh eskalasi kecerdasan spesies manusia. Tapi lihat juga ini di Wikipedia. Seorang ilmuwan bernama Muhammad Ibn Musa di abad 9 sudah menciptakan hipotesis akan adanya suatu Daya Tarik raksasa dalam pergerakan benda-benda luar angkasa. Ilmuwan Islam bahkan sudah mendahului Newton.

13. Angka 0, 1-9



Bayangkan saja angka-angka standar 0, 1-9 yang sekarang digunakan di seluruh dunia. Angka-angka ini diperkenalkan pertama kalinya oleh ilmuwan Islam. Nama ilmuwan genius itu adalah Al-Khwarizmi.

Dia juga menciptakan sistem penghitungan aljabar, yang dalam bahasa Inggris antarabangsa dikenal sebagai Algebra, yang diambil dari judul buku Al-Khwarizmi, Hisab al-jabr w’al-muqabala. Al-Khwarizmi dianggap sebagai Bapak Aljabar Dunia.

Dan Algorithma (algorithm) yang tentu menjadi inti flowchart pemecahan masalah dan sistem sebuah program komputer, berasal dari nama Al-Khwarizmi. Al-Khawrimi adalah seorang genius yang merubah seluruh dunia.

Isu Wikileaks & Anwar Sebabkan MP Pakatan Rakyat Hilang Fokus Untuk Rakyat

Posted: 16 Dec 2010 06:30 AM PST

WikiLeaks tidak harus tenggelamkan harga naik

Pendedahan kontroversi WikiLeaks seperti mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat dan Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan skandal pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu tidak seharusnya mengalihkan perhatian rakyat daripada isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember lalu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

"Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang dan ia telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawahan termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.

"Isu WikiLeaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini.

"Banyak jawapan Pak Pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf Menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah. Antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran," katanya.

Idris juga mendakwa media arus perdana pula diarahkan supaya jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya mereka dikendaki mengunakan istilah penyelarasan.

"PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

"Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang," katanya -mk

Ulasan GB

Tuan Ust Idris,

Yang mengalihkan pandangan kenaikan harga kepada Wikileaks tak lain tak bukan adalah ahli parlimen Pakatan Rakyat sendiri.

GB telah ulas hal ini semalam. Speaker Senget, Ahli Parlimen PR Pula Fokus Hal Wikileaks

Petikan:


GB telah berkali-kali menggesa agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya bersatu untuk mengusul undi tidak percaya kepada speaker.

Tetapi sehingga kini ia tidak dilakukan.

Sekarang rasakanlah sendiri dipermain-mainkan oleh Speaker yang senget itu. Bila dah nak kena gantung, baru masing-masing terhegeh-hegeh keluarkan kenyataan begitu begini. Sebelum ini, ahli-ahli parlimen PR tidur, ada yang tidak hadir semasa undi belah bahagi, melancong ke Indonesia tatkala Parlimen sedang bersidang. Lansung tidak ada disiplin dan tanggungjawab serta tidak menghormati amanah rakyat. Serupa sahaja perangainya dengan UMNO BN, walaupun lebih baik sedikit daripada mereka.

Semua YB-YB kita sudah berlagak bijak dan berlagak pandai sehingga tidak mahu menerima pandangan rakyat. Wikileaks yang diperdebatkan, isu yang rendah revelansinya kepada rakyat, cuma tinggi untuk Anwar. Hal-hal seperti kenaikan harga barang dan seumpamanya yang penting kepada rakyat tidak diberikan keutamaan. Anwar yang didahulukan, rakyat dikemudiankan, sama binatang dengan UMNO BN perangainya.

Sekarang UMNO BN sudah boleh mendapat majoriti dua pertiganya semula apabila nanti ahli-ahli parlimen PR digantung. UMNO BN telah bertindak lebih cepat dari wakil-wakil rakyat PR apabila mereka berjaya menggunakan senjata "kuasa speaker".

Jika peranan sebagai pembangkang pun sudah gagal di tangan BN, bagaimana PR mahu memerintah?


Nampaknya 4 orang MP Pakatan Rakyat akan makan gaji buta. Berhasrat untuk tumbangkan BN tetapi nampaknya PKR yang tumbang lebih dahulu.

Sebabnya: Anwar bersama dengan pendewa-pendewanya merasa diri mereka lebih hebat dari Tuhan. Boleh melakukan sesuka hati seperti UMNO BN. Menipu ahli mereka di dalam pemilihan. Ingat! Allah Yang Maha Tahu itu tidak pernah tidur, Dia Maha Berkuasa. Anda marah anda berempat digantung tanpa membela diri tetapi PKR sendiri yang telah melakukannya terlebih dahulu terhadap ahlinya. Ini buktinya:


Ketelusan PKR: Zamri digantung tanpa dipanggil bela diri

Oleh Nazli Ibrahim

Ketika ini, tindak-tanduk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih banyak mengundang persoalan berbanding jawapan termasuk tindakan menggantung Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rasah, Zamri Vinoth baru-baru ini.

Ketelusan JPP parti yang mendakwa mendukung demokrasi semakin dipertikaikan apabila Zamri yang menunggu untuk dipanggil mengadap JPP mahupun Jawatankuasa Disiplin akhirnya digantung keanggotaan oleh parti.

Sekaligus keputusan JPP tersebut mengesahkan lagi dakwaan bahawa JPP tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap aduan-aduan yang diterima sebelum tindakkan diambil.

Tindakan JPP yang dibuat dengan tidak memanggil Zamri mengadap untuk membolehkan keterangannya diambil dan membela diri adalah satu langkah yang jelas membelakangkan prinsip keadilan itu sendiri.

Hari ini PKR bukan sahaja merupakan parti pertama yang melaksanakan sistem satu ahli satu undi malah juga merupakan parti politik pertama yang menjatuhkan hukum kepada pemimpinnya dengan tidak memanggil tertuduh untuk membela diri. ..


Hukum Karma, Golden Rule, sunatullah... apa juga yang anda namakan, ia seperti yang kita selalu dengar dan anaksungaiderhaka mengulanginya: you will get what you give.

Musnahkan musuh yang ada di kalangan kita terlebih dahulu sebelum dapat kalahkan musuh di luar kita. Itu yang GB nak pesan kepada Pokok Sena yang telah mengemukakan teori kononnya perlu kalahkan UMNO BN dahulu seperti kenyataannya sebelum ini.

Bagi pejuang reformasi tulen, kebenaran dan keadilan akan tetap diperjuangkan tetapi PR akan terlebih dahulu dibersihkan dari mangkuk-mangkuk yang mengkhianati rakyat ini. PR akan ke Putrajaya tetapi tanpa mereka yang nyata tidak menghormati rakyat.

Yang GB tahu, Anwar akan dikalahkan Tuhan lagi selepas ini, begitu juga yang bersama dengannya dan yang membelanya. Begitulah juga yang memberi pentas kepadanya. Yang menulis menyokongnya. Yang menjadi pendewa-pendewanya. Bukalah mata sekarang siapa bertiga yang kena. Semuanya pembela Anwar belaka.

Teruskan memaki GB lagi, GB akan terus berpahala dan akan terus yakin bahawa PR akan ke Putrajaya tanpa mereka.

4 Pegawai Penjara Terbunuh, Bas Terhumban Ke Dalam Gaung

Posted: 16 Dec 2010 05:00 AM PST

Empat Kakitangan Penjara Tawau Terbunuh Kenderaan Jatuh Gaung

Gambar: SEBAHAGIAN anggota penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan apabila bas yang dinaiki terhumban ke dalam gaung di Kilometer 30, Jalan Penampang-Tambunan di Moyog, Penampang. Empat pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Tawau maut manakala 21 cedera. - Foto Datu Ruslan Sulai

PENAMPANG: Empat kakitangan Penjara Tawau terbunuh dalam satu kemalangan apabila bas kepunyaan jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, Penampang, pada 10.10 pagi ini.

Mengikut senarai yang dipamerkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, mereka dikenali sebagai Madinh Alhmdullah, Selamat Idris, Muslimin Muhammad dan Sabirin Murad.

Mereka adalah antara 25 penumpang bas itu yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas menyertai kejohanan bolasepak Piala Pengarah Penjara Sabah di Keningau semalam.

Penumpang yang cedera dihantar ke beberapa hospital berhampiran. - BERNAMA

Bekas Timb Pengarah Imigresen Didapati Bersalah Kerana Rasuah

Posted: 16 Dec 2010 03:42 AM PST

Bekas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Imigresen Didapati Bersalah Terima Rasuah

Gambar: TIMBALAN Pengarah I Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar, 56, (kiri) keluar dari Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, hari ini diiringi peguamnya atas kesalahan 14 pertuduhan rasuah berjumlah RM121, 500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warga negara China dan bagaimanapun mahkamah menetapkan 20 Disember ini untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya. - Foto Ghazali Bujang

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis, terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China.

Mahkamah kemudian menetapkan Isnin untuk menjatuhkan hukuman.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Yusof, 56, melampaui keraguan munasabah.

Pada 14 Oktober 2008, Yusof didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

Menurut kertas pertuduhan, Yusof didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat beliau bertugas di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang; dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 Akta yang sama.Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pada 14 November 2008, Yusof yang diwakili peguam Mohammed Azmi Mohd Said turut didakwa di Mahkamah Sesyen Klang terhadap empat pertuduhan yang sama dan satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melibatkan pertuduhan yang sama.

Kesemua kes itu telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bermula pada 22 Februari lalu untuk perbicaraan. Seramai 15 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang kes itu.

Mahkamah Tangguhkan Kes Sosilawati Ke 27 Januari

Posted: 16 Dec 2010 02:56 AM PST

Kes Pembunuhan Sosilawati Ditangguh Ke 27 Januari

Gambar: N. Pathmanabhan (kanan) yang juga seorang peguam, dituruti T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan yang bergari, dibawa keluar dari kenderaan polis semasa tiba untuk mendengar permohonan pendakwaan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya di Mahkamah Majistret , Telok Datok, Banting di sini hari ini.

BANTING: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditetapkan untuk sebutan semula di Mahkamah Majistret Telok Datuk di sini pada 27 Januari depan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan yang dipersetujui semua pihak bagi menunggu prosiding rayuan dan semakan oleh dua pekerja ladang yang mengaku salah melupuskan bahan bukti pembunuhan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini.

Permohonan tersebut yang difailkan oleh K.Sarawanan dan U.Suresh akan didengar pada 10 Januari depan.

N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati bersama pegawai bank CIMB, Noorhisyam Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin.

Semua mangsa dilaporkan hilang setelah menuju ke Banting untuk bertemu seorang peguam dipercayai atas urusan jual beli tanah.

Pada prosiding Khamis, peguam Ravi Neko yang mewakili Khatavarayan memaklumkan bahawa anak guamnya telah dipukul semasa berada dalam tahanan reman.

Hurman mengarahkan tertuduh untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Penyelidik Qatar Temui Planet Baru

Posted: 16 Dec 2010 01:30 AM PST

Planet baru ditemui penyelidik Qatar

DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.

Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.

Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.

Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.

"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.

Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.

Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. - AFP

Tiada ulasan: