Kelab Greenboc |
- Pilihanraya Berasingan: Tok Guru Suruh Kaji Dahulu Kesannya
- Seorang Ibu Ditahan. Dipercayai Bunuh Bayi
- Dunia Sokong Assange, Demonstrasi Diadakan Tuntut Pembebasannya
- Hospital Cuai Sebabkan Kematian Anak Dan Isterinya, Kata Ahli Perniagaan
- [Bergambar] Bas Bawa Pelajar IKM Terhoyong Hayang Sebelum Tercampak Ke Longkang
- [Bergambar] Kes Bunuh: Mayat Lelaki Dengan Kesan 2 Tembakan Ditemui
- Lee Kuan Yew Percaya Anwar Meliwat - Ulasan GB
- [Bergambar] Enam Pendaki Sesat 15 Jam Ditemui Selamat
- Undang-undang Syariah Islam Mampu Cegah Aids
- Mayat Terakhir Tragedi Chendering Ditemui
- Artis Perlu Contohi Prinsip Ricky - Jauhi Perkara Yang Dilarang Tuhan
- Ibu Cut Tari Menggigil Dengar Nama Ariel
- DAP Pulau Pinang Pula Hadapi Krisis. Ada Keranda Diusung Ke Kovensyen
- Isu Teater Musikal TDM: Lagi Pelakon Tarik Diri Sebab Bayaran Rendah
- Kes Pemandu Teksi Terkena Tembakan: Tindakan Ke Atas Polis Yang Cuai
Pilihanraya Berasingan: Tok Guru Suruh Kaji Dahulu Kesannya Posted: 13 Dec 2010 01:21 AM PST Kaji serangan BN jika Pakatan mahu pilihan raya asing, kata Nik Aziz Nik Aziz menyempurnakan tugas harian beliau ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian semalam. KUALA LUMPUR, 13 Dis — Cadangan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berasingan bagi negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memerlukan kajian mendalam sebelum ia diguna pakai, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sejak menerajui Kelantan sejak 1990, Menteri Besar ini biasanya akan membubarkan DUN seiring dengan pembubaran Parlimen oleh Barisan Nasional (BN), agar kedua-dua pilihan raya diadakan serentak. Tradisi itu diteruskan ketika pada 2004 ketika Terengganu diterajui PAS. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sama ada pilihan raya DUN wajar dilaksanakan berasingan atau sebaliknya, keputusan itu perlu dikaji terlebih dahulu khususnya terhadap kesan yang bakal dihadapi oleh kerajaan berkenaan sekiranya ia dilaksanakan. Dipetik Harakahdaily yang menemui beliau di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini semalam, Nik Aziz mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik berkata kerajaan negeri dikuasai perikatan tiga parti itu mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya Dun berasingan jika kerajaan BN mengadakan pilihan raya umum tahun hadapan. Katanya, kuasa membubarkan DUN adalah hak milik kerajaan negeri dan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak mengadakan pilihan raya negeri. Nik Aziz menambah sekiranya cara berkenaan dilaksanakan, ia akan memudahkan pelbagai jentera Umno dan BN menyerang negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. "Jadi saya rasa cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan," ujarnya. Pakatan Rakyat kini menerajui Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Laporan pertengahan tahun ini menyebut kemungkinan Kedah, Pulau Pinang dan Selangor akan mengadakan pilihan raya DUN yang berasingan iaitu selepas tahun keempat mandat semasa. Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013, tetapi spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan suku pertama tahun depan. Laporan Bernama semalam menyebut, Nik Aziz kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang. Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu. Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda. Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik. -TMI
|
Seorang Ibu Ditahan. Dipercayai Bunuh Bayi Posted: 12 Dec 2010 11:30 PM PST Ibu dipercayai bunuh bayi AHLI keluarga yang enggan ditemui wartawan sedang menunggu bedah siasat kematian bayi terbabit di Jabatan Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, semalam. Lelaki dengar jeritan, lihat anak riba cucu tidak sedarkan diri PASIR PUTEH: Polis menahan seorang ibu berumur 31 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian bayi perempuannya yang berusia enam bulan dalam kejadian di Kampung Gaal Tengah di sini, pada jam 5 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata wanita terbabit ditahan selepas bapanya Che Muda Salleh, 60, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh satu jam selepas kejadian itu. "Lelaki terbabit terdengar anaknya menjerit dan mendapati wanita itu sedang meriba bayinya yang tidak sedarkan diri. "Bayi perempuan yang dikenali sebagai Al Miyazara Mohd Azim itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA)," katanya di sini, semalam. Mohd Kamal berkata siasatan awal mendapati unsur mencurigakan punca kematian bayi itu. Ibu mangsa dipercayai mengalami tekanan perasaan dan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah, kerana berada di Kota Bharu. "Mayat bayi terbabit ditempatkan di Unit Forensik HTA untuk dibedah siasat," katanya. Beliau turut meminta kerjasama media tidak menemubual keluarga mangsa bagi mengelak gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan. |
Dunia Sokong Assange, Demonstrasi Diadakan Tuntut Pembebasannya Posted: 12 Dec 2010 10:52 PM PST Washington: Ribuan orang di pelbagai pelosok dunia mengadakan tunju perasaan aman untuk menyokong pengasas WikiLeaks, Julian Assange. Mereka mendesak agar Assange dibebaskan dari semua tuduhan. Para demonstrasi menyeru melindungi wartawan menulis tanpa tapisan. Saat para penyokong WikiLeaks, menyatakan sokongan kepada Assange, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Sabtu di Washington, mengajak pemimpin dunia mengutuknya. Obama menyebut tindakan WikiLeaks "menyedihkan". Rumah Putih mengatakan, Obama mengungkapkan komentarnya ketika bercakap telepon dengan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, Sabtu. Obama menyatakan "penyesalan atas tindakan WikiLeaks. Kedua pemimpin tersebut sepakat bahawa hal itu tidak akan memengaruhi atau mengganggu kerja sama yang erat antara AS dan Turki". Percakapan dengan Erdogan amat penting bagi Obama kerana bocornya kawat diplomatik itu mengakibatkan hubungan Turki dengan AS agak terganggu. Pegawai, termasuk PM Turki, sempat memberi reaksi atas bocornya dokumen lewat WikiLeaks. Harapan dan komentar serupa disampaikan Obama dalam percakapan dengan Presiden Meksiko Felipe Calderon, sahabat karib AS di Amerika Selatan. Bukan ancaman tunjuk perasaan menyokong WikiLeaks dan pengasasnya, Julian Assange, pun diadakan di beberapa kota di dunia, seperti Barcelona dan Madrid (Sepanyol), Amsterdam (Belanda), Lima (Peru), Bogota (Colombia), Mexico City (Mexiiko), dan kota-kota lain di Australia, termasuk Sydney. Mereka yakin, dokumen yang disiar WikiLeaks bukan ancaman terhadap keselamatan negara. Di Madrid, misalnya, massa menentang penahanan Assange, pengasas web pembocor kawat diplomatik AS, WikiLeaks, oleh pihak berkuasa England. Assange ditahan di London dan akan diekstradisi ke Sweden kerana kes tuduhan pemerkosaan. "WikiLeaks berguna untuk masyarakat dan mendorong pemerintah bekerja secara telus," kata David, seorang peserta demonrrasi, kepada BBC. Para penunjuk perasaan di Amsterdam menyebut, penahanan Assange adalah bentuk sekatan yang menghambat kebebasan wartawan. Mereka menyeru kebebasan wartawan harus dilindungi. Internet juga dilahirkan untuk bebas berkata. Dari Geneva, diberitakan bahawa pihak berkuasa sedang menyelidiki Postfinance, sebuah unit perbankan Swiss Post. Hal itu dilakukan setelah muncul berita bahawa akaun Julian Assange di bank itu juga ditutp. Penyelidikan dilakukan untuk mengetahui, apakah Postfinance melanggar undang-undang tentang kerahsiaan perbankan Swiss. "Kami sedang melakukan penyelidikan sehubungan dengan pernyataan Postfinance bahzwa telah dilakukan sebuah tindakan," kata Hermann Wenger, seorang pegawai Switzerland di kawasan Bern-Mittelland, kepada harian SonntagsZeitung. Jurucakap Postfinance, Marc Andrey, mengatakan, tidak ada pelanggaran undang-undang perbankan. |
Hospital Cuai Sebabkan Kematian Anak Dan Isterinya, Kata Ahli Perniagaan Posted: 12 Dec 2010 09:27 PM PST Ahli perniagaan dakwa hospital cuai Khairul Anwar bersama arwah isteri, Norliza Shariff. SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan mendakwa isteri dan anaknya meninggal dunia ketika proses kelahiran akibat kecuaian doktor serta jururawat sebuah hospital swasta di sini, pada 6 Disember lalu. Khairul Anwar Abdul Halim, 40, mendakwa isterinya, Norliza Shariff, 40, diberikan gas nitrus oksida dan oksigen berterusan selama lebih dua jam sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan separuh sedar. "Isteri saya baru selesai makan pada jam 1.45 petang dan mula terasa sakit hendak bersalin kira-kira jam 3 petang lalu jururawat memakaikan topeng gas nitrus oksida dan oksigen untuk mengurangkan sakit. "Saya menegur kerana bimbang isteri memuntahkan kembali makanan, tetapi tidak dipedulikan. Doktor kemudian mendapati bukaan serviks sudah empat sentimeter (sm) walaupun tidak memecahkan air ketuban. "Doktor memecahkan air ketuban jam 4.15 petang dan beredar. Kira-kira 15 minit kemudian bukaan serviks sudah lapan sm dan isteri saya mengalami kontraksi setiap setengah minit dan berlanjutan selama 20 minit, namun jururawat tidak memaklumkan doktor sebaliknya menyuruh isteri saya meneran. "Selepas itu isteri saya muntah dalam topeng gas dan berada dalam keadaan separuh sedar dengan mata terbeliak. Pada waktu sama doktor tiba dan panik melihat keadaan isteri saya," katanya di sini, semalam. Beliau berkata, doktor terbabit bagaimanapun tidak berusaha menyelamatkan isterinya, sebaliknya sibuk menggunakan telefon bimbit menyebabkan beliau sendiri mengambil inisiatif memanggil isterinya bagi mengelakkan pengsan. Katanya, beliau kemudian menggesa doktor membuat pembedahan menyelamatkan isteri dan anaknya, namun pihak hospital mengambil masa setengah jam menyediakan dewan pembedahan. Beliau berkata, lebih dikesalkan, isteri dan anaknya disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang, tetapi beliau hanya dimaklumkan mengenainya sejam kemudian. "Saya hairan sikap doktor terbabit yang mengelak untuk menyambut kelahiran secara caesarean walaupun diminta sejak beberapa bulan lalu. "Sejak awal saya meminta doktor melakukan pembedahan kerana memikirkan usia isteri saya dan sehingga pagi hari kejadian saya masih mendesak, namun doktor terbabit berkeras melakukan secara normal," katanya. Khairul berkata, beliau sedang berbincang dengan peguamnya untuk menyaman hospital serta doktor terbabit sebagai peringatan kepada semua hospital swasta supaya tidak mengambil mudah keadaan setiap pesakit. Sementara itu, seorang pakar perbidanan dan sakit puan hospital terbabit, berkata siasatan dalaman sudah dilakukan dan mendapati tidak ada sebarang kecuaian berlaku kerana semua dilakukan mengikut prosedur ditetapkan. -BH |
[Bergambar] Bas Bawa Pelajar IKM Terhoyong Hayang Sebelum Tercampak Ke Longkang Posted: 12 Dec 2010 08:32 PM PST Bas turun bukit terhoyong-hayang IPOH: "Sebelum kejadian, saya merasakan sistem brek bas tidak berfungsi dengan baik sebaik melalui jalan licin sebelum bas yang kami naiki hilang kawalan dan terhumban dalam longkang ketika menuruni bukit. "Kami bergegas menyelamatkan diri dengan keluar ikut pintu kecemasan di belakang bas," kata Nurul Asmah Harun, 22, penuntut Sijil Lukisan Mekanikal, Institut Kemahiran Mara (IKM), Jasin Melaka yang cedera selepas bas dinaikinya terhumban dalam longkang di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin di Kilometer 304.5 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung, seramai 21 penuntut dan pensyarah dari IKM Jasin, Melaka bersama anggota keluarga masing-masing cedera termasuk seorang parah apabila bas dinaiki terhumban dalam parit. Kejadian berlaku apabila sistem brek bas tidak berfungsi ketika menuruni bukit menyebabkan kenderaan itu terbabas masuk dalam longkang. Bas berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Jasin, Melaka membawa 38 penumpang dan mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tapah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan. Nurul Asmah dari Skudai, Johor berkata, ketika menuruni bukit, bas berkenaan terhoyong-hayang selain mengesan sistem brek bas seperti ada masalah. "Sejurus kemalangan, saya terasa sakit di rusuk kiri, tetapi tetap gagahkan diri keluar menyelamatkan diri menerusi pintu kecemasan," katanya ketika ditemui di HRPB semalam. Katanya, akibat kemalangan itu, dia mengalami beberapa luka kecil di badan selain patah rusuk kiri. Seorang lagi mangsa yang cedera, Nor Izrin Abd Hamid, 23, berkata, dia tidak dapat mengingati dengan jelas bagaimana kejadian berlaku kerana terlelap. "Sebaik tersedar bas sudah terbalik dan terus menjerit meminta tolong sebelum bergegas mencari jalan keluar bagi menyelamatkan diri," katanya. Nor Izrin patah tangan kiri dan menerima rawatan di Hospital Tapah. Abdul Rahman Md Salim, 17, penuntut IKM berkata, ketika kejadian bas dinaiki menuruni bukit selain hujan lebat. Katanya, pemandu bas cuba mengelak sebuah bas sekolah di depan sebelum cuba menekan brek, tetapi sistem brek mengalami masalah. "Pemandu bas mengubah haluan ke kiri jalan bagi mengelak merempuh bas sekolah itu sebelum hilang kawalan dan terhumban ke longkang ," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi berkata, kebanyakan penumpang bas yang cedera sudah dibenarkan pulang selepas selesai menjalani rawatan di HRPB dan Hospital Tapah. Beliau berkata, bas terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk diperiksa. |
[Bergambar] Kes Bunuh: Mayat Lelaki Dengan Kesan 2 Tembakan Ditemui Posted: 12 Dec 2010 06:45 PM PST Mayat Lelaki Dengan Kesan Dua Tembakan Ditemui Di Lebuh Raya KL-Karak BENTONG: Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui dengan dua kesan tembakan di kepala dan belakang badannya, di Km 46.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, Ahad. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Rosli Abdul Rahman berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 3 petang oleh seorang pemandu bas. "Pemandu terbabit kebetulan sedang mendapatkan bantuan kecemasan berikutan basnya yang rosak dan ternampak mayat lelaki itu terdampar di tepi lebuh raya berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini. Beliau berkata mayat itu ditemui berpakaian lengkap dengan kemeja-T dan berseluar jeans dalam keadaan terbaring di tepi lebuh raya berkenaan. Tidak ada pengenalan diri ditemui namun mayat itu mempunyai tatu harimau di bahagian dada dan belakang badannya, kata Rosli. Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu berusia dalam lingkungan 30an dan dipercayai mati akibat ditembak dalam tempoh antara 24 dan 36 jam lepas. Polis juga percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain memandangkan tidak ada kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian, katanya. Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-BERNAMA |
Lee Kuan Yew Percaya Anwar Meliwat - Ulasan GB Posted: 12 Dec 2010 06:27 PM PST Singapura percaya Anwar meliwat Singapura - Pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menurut kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan laman web WikiLeaks semalam. Menurut agensi berita AFP, kabel diplomatik itu bertarikh November 2008 dan maklumat tersebut dibocorkan laman web WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia. Akhbar The Sun-Herald di Australia semalam menyiarkan maklumat itu berdasarkan apa yang diberitahu Kuan Yew kepada Pejabat Penilaian Kebangsaan (ONA) yang merupakan agensi perisikan Australia. Menurut kabel diplomatik itu: "Australia menyatakan bahawa perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas perdana menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA dalam pertukaran (maklumat) mereka bahawa Ketua Pembangkang, Anwar pernah sesungguhnya melakukan perlakuan yang dia kini dituduh." Kabel itu menyatakan bahawa pemerintah Singapura membuat rumusan tersebut berdasarkan "risikan teknikal". Akhbar Australia melaporkan risikan teknikal itu berkemungkinan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti memintas komunikasi.
Ulasan GB Saifuddin sebenarnya cuba menafikan pendedahan itu, dan cuba bertindak menjadi pakar internet atau tidak mendapat maklumat yang betul dari penasihat ITnya apabila mengeluarkan kenyataan "operasi dan fungsi WikiLeaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterima pakai ataupun sebaliknya." Sebenarnya, fungsi wikileaks sama seperti Wikipeadia, diterbitkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Di bawah lesen ini memanglah sesiapa pun boleh menghantar maklumat, dan jika maklumat itu tidak benar atau tidak tepat, sesiapa juga boleh menyuntingnya kembali sehingga "fakta sebenar" ditemui. Hal ini samalah dengan apa-apa juga bahan yang dikeluarkan di bawah GFDL seperti sistem operasi dan perisian-perisian komputer yang kita gunakan seperti Linux Fedora, Ubuntu, Firefox, K-Meleon dan lain-lain di mana sesiapa juga boleh "menyumbang" ke arah perbaikannya. Ini menunjukkan Saifuddin dan PKRnya sendiri yang tidak faham mengenai tatacara Wiki beroperasi tetapi cuba bertindak sebagai golongan yang mahir mengenainya. Amerika Syarikat sendiri terpukul dengan pendedahan WikiLeaks dan begitu juga negara-negara barat yang lain sehingga pengasas WikiLeaks, Julian Assange telah ditangkap. Seandainya maklumat yang terkandung di dalam WikiLeaks itu 100% tidak benardan jika Wikileaks hanya merupakan kenyataan-kenyataan rekaan, nescaya pihak berkuasa Amerika Syarikat sendiri tidak memperdulikan pendedahan yang ada di dalam WikiLeaks dan membiarkan Julian Assange meneruskan kegiatannya. Soalnya kenapa Amerika Syarikat sendiri takut dengan pendedahan itu? Justeru itu, pendedahan Wikileaks tidak 100%nya palsu apatah lagi isu tersebut dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dunia yang sepastinya maklumat yang diperolehi adalah maklumat yang ada asasnya dari risikan-risikan teknikal. Percaya atau tidak mengenai maklumat di Wiki, bergantung kepada faktor masa di mana setiap detik maklumat itu dikemaskinikan sehinggalah maklumat sahih akhirnya terdedah. Saifuddin dan PKR sepatutnya meniru sikap Presiden Iran, Ahmedinejad yang sekalipun Raja Arab Saudi menyatakan bahawa Amerika perlu mengebom Iran untuk menghentikan program nuklearnya dengan berkata: "Potong saja kepala ular itu", namun bagi Presiden Iran ia tidak lansung gusar atau ambil berat terhadap pendedahan Wiikileaks tersebut, malah ia sekadar menganggapnya perang psikologis melawan Iran. Malah hubungan Raja Arab Saudi dan Ahmedinejad terus intim sekalipun cuba digoyahkan dengan pendedahan maklumat di Wikileaks. Najib juga terkedu dengan pendedahan Wikileaks yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya. Tetapi Najib mengambil sikap mendiamkan diri. Malah Saifuddin sendiri mengakui: "Jika tidak katanya, Najib sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.". Persoalan kini kenapa Saifuddin dan PKR pula berhempas pulas menolak dakwaan Wikileaks jika sudah diketahui peranan WikiLeaks adalah di bawah perlesenan GNU? Seperti GB nyatakan di atas, sebuah browser Firefox yang dilesenkan di bawah GNU, akan sentiasa mengalami improvisasi hasil sumbangan orangramai yang berpakaran di dalam bahasa pemprogramming sehingga akhirnya ia menjadi browser yang mantap untuk digunakan, itu pun akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Ternyata golongan yang mempertikaikan Wikileaks golongan yang tak berfakta mengenai Wiki dan internet, tetapi sekadar menegakkan benang basah dan tidak berilmu mengenainya. |
[Bergambar] Enam Pendaki Sesat 15 Jam Ditemui Selamat Posted: 12 Dec 2010 04:38 PM PST Enam pendaki sesat 15 jam ditemui selamat PASUKAN menyelamat membawa keluar kumpulan pendaki yang sesat ketika mendaki Gunung Chabang di Perkampungan Orang Asli Pos Slim, Simpang Pulai, semalam. SIMPANG PULAI: Sekumpulan enam pendaki bebas termasuk tiga pelajar, sesat lebih 15 jam ketika menyertai aktiviti mendaki Gunung Chabang yang terletak di Banjaran Titiwangsa, Simpang Pulai, dekat perkampungan Orang Asli Pos Slim, di sini, kelmarin. Pendaki terbabit adalah Jea Jie Kong, 36, seorang akauntan; Yaul Ken Min, 26 (chef); Lin Yen Yin, 33, (arkitek) serta tiga pelajar dikenali sebagai Teo Guan Yew, 19; Michelle Kong, 21, dan Koh Ying Meng, 25. Mereka dilaporkan hilang selepas seorang daripada mereka menghubungi talian kecemasan bomba, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin bagi memaklumkan mereka sesat sebelum berjaya tiba di tapak perkhemahan di pertengahan gunung itu. Bagaimanapun, semua mereka termasuk dua yang cedera ditemui semula pada jam 1.27 petang semalam, selepas pasukan penyelamat berjaya menghubungi seorang daripada kumpulan pendaki itu menerusi isyarat telefon bimbit. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata sebelum kejadian, sekumpulan 10 pendaki bebas kebanyakannya tenaga profesional dipercayai dari Kuala Lumpur dikatakan berpecah kepada dua kumpulan memasuki hutan itu bagi melakukan aktiviti perkhemahan sebelum memulakan pendakian kira-kira jam 9 pagi kelmarin. Katanya, kumpulan pertama yang membabitkan empat pendaki termasuk seorang daripada mereka pernah memasuki hutan itu, manakala kumpulan kedua terdiri daripada enam mangsa yang hilang. "Kumpulan pertama berjaya tiba di tapak perkhemahan mereka di kawasan puncak gunung, tetapi kumpulan kedua dikatakan hilang jejak dan tersesat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Beliau berkata, seorang daripada mangsa sempat menghubungi bomba dan memberitahu mereka tersesat sebelum telefon bimbit mereka kehabisan bateri. "Satu operasi mencari diketuai Asisten Superintendan Ruzlan Mahmud dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh digerakkan bagi mengesan mangsa. Pasukan dengan kekuatan seramai 58 orang, disertai beberapa agensi lain termasuk bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA), Pasukan Gerakan Awam (PGA) serta anggota polis," katanya. Kesemua mereka termasuk empat pendaki iaitu Woon Boo Siong, 26, Keoh How Geok, 42, Ng Peak Hin, 34 dan Lee Kooi Zie, 52 daripada kumpulan pertama berjaya diselamatkan dan dibawa turun sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan kira-kira jam 6.30 petang. Operasi menyelamat dihentikan kira-kira jam 7 petang semalam. -BH |
Undang-undang Syariah Islam Mampu Cegah Aids Posted: 12 Dec 2010 02:41 PM PST Syariah Islam cegah AIDS Ketua Pegawai Syariah Islam Wilayah Aceh, Prof Rusydi Ali Muhammad mengatakan Undang-undang Syariah Islam yang dilaksanakan sejak tahun 2003 membantu mencegah penyebaran penyakit AIDS. Logiknya, Kanun Khalwat, yang melarang orang yang bukan muhrim berduaan, boleh menyebabkan penderita AIDS di Aceh tidak sebanyak di wilayah-wilayah lainnya. "Seberapa jauh keberkesanannya kita boleh berdebat juga, terbukti sekarang ini pun penyakit HIV ada juga di Aceh ini. Kita boleh katakan seandainya tidak ada undang-undang ini mungkin lebih parah lagi," kata Rusydi Ali Muhammad kepada BBC Indonesia. Jumlah penderita HIV/AIDS di Aceh sejauh ini diketahui 46 orang, 15 di antaranya meninggal dunia. "Untung ada undang-undang seperti itu, membatasi, membentengi sehingga kesnya tidak seberat Papua, misalnya," kata Rusydi Ali Muhammad lebih lanjut. Takut Ketika ditanya apakah Perda Syariah Islam membuat kehidupan masyarakat di Aceh lebih baik, dia mengatakan secara kualitatif boleh dilihat dari cara anak-anak berpakaian. Kecenderungan berpakaian Islami sekarang tidak hanya boleh dilihat di sekolah-sekolah Islam tetapi sudah sampai pada sekolah-sekolah umum. Hukuman sebat terbaru bagi pesalah Kanun Khalwat dilakukan hari Jumaat lalu(10/12) di Jantho terhadap seorang pria dan wanita bukan suami-istri yang berciuman. Mereka masing-masing disebat lapan kali dan ditonton oleh ratusan warga. Namun beberapa undang-undang antara lain Kanun Aqidah dan Akhlaq dan Kanun Khalwat, kata Pengarah Koalisi LSM HAM Aceh, Evi Narti Zein, justeru menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat. Menurutnya, selain Kanun judi dan minuman keras, tidak ada kanun lain yang efektif. "Kalau bicara soal khalwat, definisinya sendiri masih sangat ganjil dan sangat multi interpretasi di dalamnya. Sekarang ini masalah terjadi ketika orang tidak dapat maklumat yang penuh dan kedua, menyangkut aturan khalwat harus dihukum dan lain sebagainya. Nah ada denda juga," kata Evi Narti Zein. Pihak yang bertanggungjawab, katanya, lebih menekankan aspek penghukuman bukan soal maklumat, pendidikan dan pemahaman bagi masyarakat sehingga menimbulkan ketakutan. "Lazimnya Syariah Islam ini suasana bukannya menjadi lebih baik menurut saya. Ini menjadi hampir sama dengan yang dulu," kata Evi Narti Zein. "Bezanya dulu kan lawannya jelas. Masyarakat takut sama tentera, takut sama kelompok bersenjata atau GAM. Nah, sekarang tetap takut, takut dengan Polis Syariah atau Satpol PP atau WH (Wilayatul Hisbah), atau masyarakat yang melakukan kekerasan secara komunal atau kemarahan massa," tambahnya. Berdasarkan data Koalisi LSM HAM Aceh, terdapat 100 lebih hukuman sebat sejauh ini utamanya kerana khalwat, judi dan minuman keras. Tetapi, kata Evi Narti Zein, jumlah pesalah diperkirakan lebih tinggi dari angka tersebut kerana pesalah Kanun Khalwat boleh mengelak dari hukuman sebat bila mampu membayar denda sekitar Rp3 juta (RM1,042.97). |
Mayat Terakhir Tragedi Chendering Ditemui Posted: 12 Dec 2010 07:00 AM PST Mayat Terakhir Tragedi Di Pantai Pandak Ditemui ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas, A Vijaykumar, 18, yang dijumpai di berhampiran Pulau Kapas dan di bawa ke jeti LIKM, Chedering, Kuala Terengganu di sini, hari ini. - Foto Aswadi Alias KUALA TERENGGANU: Mayat terakhir tragedi lemas di Pantai Pandak, Cendering, di sini petang Jumaat lepas, ditemui kira-kira 10 batu nautika dari lokasi kejadian, pagi Ahad. Mayat A.Vijaya Kumar, 18, ditemui terapung berhampiran Pulau Kapas kira-kira pukul 10.33 pagi oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu selepas dikesan oleh pesawat ringan milik Polis Di Raja Malaysia yang turut terlibat dalam operasi mencari. Penolong Pegawai Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Khairul Anuar Ahmad berkata ia merupakan mayat terakhir tragedi Jumaat lepas, menjadikan jumlah semua yang lemas dalam kejadian itu ialah lima orang, manakala seorang lagi masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). "Kami mengalami sedikit kesukaran untuk membawa mayat yang ditemui hari ini kerana keadaannya yang mulai reput, menyebabkan kami terpaksa berhati-hati," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Beliau berkata dengan penemuan mayat terakhir itu, operasi mencari dihentikan pada pukul 12 tengah hari ini, 33 jam selepas ia dilancarkan pada hari Jumaat lepas. Kejadian pada hari Jumaat lepas berlaku pada kira-kira pukul 2 petang semasa enam bersaudara yang berasal dari Kampung Jawa, Klang, Selangor itu sedang berkelah di pantai berkenaan. Yang maut dalam kejadian itu ialah tiga beradik S.Kumatha, 28, adiknya S.Reymond, 26, dan adik perempuannya S.Roshini, 16, manakala dua lagi ialah S.Mohan, 21, dan A.Vijaya Kumar, 18. Seorang lagi yang terlibat dalam kejadian, G.Mathevii, 19, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HSNZ, dan keadaannya masih kritikal.-BERNAMA
|
Artis Perlu Contohi Prinsip Ricky - Jauhi Perkara Yang Dilarang Tuhan Posted: 12 Dec 2010 06:00 AM PST Ricky reda kekasih tiada dara MENYAKSIKAN senario pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terutama membabitkan remaja membuatkan aktor popular, Ricky Harun, 23, meluah rasa syukurnya kerana dia masih dilindungi daripada gejala sosial. "Lihat saja sekarang para pelajar perempuan berpakaian menjolok mata. Mereka bergaul tanpa batasan dengan lelaki. Situasi ini membimbangkan. Jika tidak dibendung, ia boleh melarat," jelasnya yang lahir pada 12 Januari 1987. Enggan berselindung, pelakon utama filem Kawin Kontrak itu mengaku ada rakannya mengamalkan gaya hidup bebas termasuk remaja beragama Islam. Malah, tanpa segan silu mereka memperlihatkan budaya tidak bermoral di depan orang lain. "Namun, saya tidak pernah terikut dengan stail hidup mereka yang kebaratan. Meskipun berkelakuan nakal sebelum ini, saya sebaliknya masih berpegang pada prinsip menjauhi perkara dilarang Tuhan," luah Ricky yang membawa nama lengkap Ricky Chilnady Pratama Harun. Pada waktu sama, anak sulung daripada dua beradik itu tidak berdepan masalah jika teman wanitanya kelak tidak punya dara lagi. Jika itu ditakdirkan jodohnya, Ricky menerima keadaan tersebut dengan perasaan terbuka. "Harus bagaimana lagi kalau saya mengalami situasi ini. Mahu atau tidak, saya kena terima si dia seadanya disebabkan sudah terlalu sayang dan mencintainya. "Soal kekasih masih perawan atau sebaliknya, saya enggan membuat penilaian terhadap wanita ini," ucapnya santai |
Ibu Cut Tari Menggigil Dengar Nama Ariel Posted: 12 Dec 2010 05:30 AM PST Jakarta: Selebriti, Cut Tari Aminah Anasya (gambar) berkata ibunya fobia mendengar nama Muhammad Nazriel Irham atau Ariel 'Peterpan.' "Ibu sudah sembuh, tetapi jika terdengar atau melihat gambar Ariel, dia akan menggigil. "Saya simpati dengannya sehingga terpaksa melarang ibu menonton televisyen," kata Cut Tari ketika ditemui di pejabat peguamnya, Hotman Paris Hutapea di Jakarta, semalam. Menurut selebriti itu yang terkait dengan video lucah bersama penyanyi berkenaan, walaupun dia sudah melakukan kesalahan besar hingga memburukkan nama keluarga, ibunya tetap memaafkannya. "Saya bernasib baik kerana ketika dilanda masalah sebesar ini, saya masih mempunyai ibu. "Dia tidak pernah berhenti berdoa, kadang kala hingga jam 3 pagi. Saya kesal dengan perbuatan saya tetapi dia tetap memaafkan saya," kata Cut Tari. Dalam pada itu, dia juga berkata sudah bersiap sedia untuk bersemuka dengan Ariel Peterpan apabila menghadiri perbicaraan penyanyi berkenaan di Bandung, hari ini. "Ia, saya suda bersedia. Tetapi ini bukan kali pertama saya menemuinya selepas kes video lucah kami terbongkar," katanya. Hotman pula berkata, anak guamnya itu perlu bersedia dari segi mental bagi menjadi saksi dalam perbicaraan itu, lebih-lebih lagi video dia melakukan seks dengan Ariel mungkin ditayangkan dalam perbicaraan itu. Ariel menghadapi tuduhan menyebarkan video seksnya dengan Cut Tari dan teman wanitanya, Luna Maya. - Agensi |
DAP Pulau Pinang Pula Hadapi Krisis. Ada Keranda Diusung Ke Kovensyen Posted: 12 Dec 2010 04:30 AM PST Drama 'keranda kecil' di Konvensyen DAP Pulau Pinang BEKAS Ketua DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong membawa keranda kecil untuk diserahkan kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Chong Eng kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan bahawa beliau adalah penggerak utama untuk menjatuhkan kepimpinan DAP negeri pada Konvensyen Pulau Pinang di sini, hari ini. - Foto NSTP GEORGE TOWN: Perwakilan yang menghadiri Konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini terkejut apabila bekas Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, membawa sebuah keranda kecil untuk Timbalan Setiausaha DAP, Chong Eng. Teh, yang lebih mesra dengan panggilan Sakura Teh, tiba di pintu masuk tempat persidangan di Dome, Komtar, pada kira-kira 1.30 tengah hari tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertugas di situ. Bagaimanapun, Teh kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau kecewa dengan Chong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, kerana menuduhnya sebagai dalang di sebalik usaha menjatuhkan kepimpinan parti. "Saya telah keluar dari parti awal tahun ini dan kenapa dia (Chong) masih mengaitkan saya dengan parti dan sebagai dalang untuk menjatuhkan kepimpinan parti," katanya. Menurutnya, beliau tidak lagi menjadi ahli parti selepas menjadi muflis. "Saya kini sebagai pekerja biasa di pasar. Sebalik membantu saya, pemimpin DAP masih menuduh saya sebagai orang yang mahu menghancurkan parti," katanya. Di atas kerandan kecil itu, Teh menulis perkataan: "Hope that everything that you've done will success" (Harap apa yang anda lakukan akan berjaya). Selepas gagal menyerahkan keranda kecil itu, katanya, beliau akan cuba menghantarnya ke rumah Chong pada malam ini. "Saya akan pastikan bahawa keranda kecil ini berada di hadapan rumah Chong esok," katanya. Semalam, sebuah laporan berita portal (Free Malaysia Today) memetik Chong sebagai berkata, bahawa Teh adalah dalang di sebalik komplot menjatuhkan kepimpinan parti itu. - BERNAMA |
Isu Teater Musikal TDM: Lagi Pelakon Tarik Diri Sebab Bayaran Rendah Posted: 12 Dec 2010 04:06 AM PST Giliran Erra tarik diri KUALA LUMPUR: Selepas pelakon Zizan Nin menyuarakan ketidakpuasan hatinya dalam sidang media tergempar Jumaat lalu berkaitan teater muzikal Tun Mahathir (TMTM) yang kembali dipentaskan Januari depan, timbul pula desas-desus seorang lagi pelakon utamanya, Erra Fazira menarik diri gara-gara bayaran yang dikatakan terlalu sedikit dan kurang senang dengan persembahan keseluruhan teater itu. Malah, ada juga yang mengatakan Erra Fazira dan Zizan Nin mula 'demand' mengenai soal bayaran. Bagaimanapun, segala apa yang digembar-gemburkan hanya spekulasi yang masih samar daripada kesahihan. Erra ketika dihubungi sebaliknya menegaskan dia tidak peduli dengan dakwaan seumpama itu. Alasan utamanya tidak lagi terikat dengan jadual teater muzikal itu berikutan masalah kesuntukan masa dan tawaran yang datang pada saat akhir hingga dia tidak mampu mengelak pertindihan jadual. "Memang rasa ralat kerana terpaksa meninggalkan watak dan keseluruhan produksi TMTM, namun jujurnya saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana masalah pertindihan jadual menyebabkan segala perancangan terpaksa diubah. "Bayangkan, saya hanya mengetahui mengenai penyambungan teater ini pada pertengahan November lalu sedangkan semua jadual bagi Disember dan Januari depan sudah diatur. Mana mungkin saya menganjakkan semua jadual sedangkan ia dipersetujui lebih awal. "Saya dihubungi penerbit, Kak Roy (Siti Rohayah Atan) mengenai perkara itu dan selepas meneliti semua aspek dan jadual kerja, saya terpaksa menolak tawaran itu meskipun sedih dan kecewa. "Saya tidak mampu mengikut jadual TMTM, termasuk sesi latihan sepanjang Disember dan pementasannya sekitar Januari. "Justeru, saya tekankan yang penarikan saya daripada TMTM bukan kerana soal bayaran atau andaian lain, sebaliknya terikat dengan jadual lain terlebih dulu. "Saya akan terbabit dengan program realiti Mentor serta bersetuju membintangi beberapa telefilem tayangan Astro. Itu juga kerja dan mustahil saya menolaknya," katanya yang menghubungi Kak Roy bagi menyatakan kegagalannya membintangi TMTM. Ketika ditanya mengenai keputusan Zizan yang juga menarik diri dan meluahkan rasa kecewanya berhubung dakwaan dilemparkan oleh 'orang kuat' produksi TMTM, bintang popular itu menyifatkan ia bukan membabitkan dirinya dan tidak perlu mengulas lanjut kerana hujung pangkal ceritanya tidak pernah diketahui lagi. "Soal Zizan, saya memang tidak tahu. Seperti saya jelaskan, bukan kerana bayaran atau sentuhan naskhah itu yang membuatkan saya menarik diri, sebaliknya hanya berlaku pertindihan jadual serta komitmen lain. "Saya juga tidak sempat berbincang mengenai soal bayaran kerana sibuk memantau jadual bagi menyelitkan masa membintangi TMTM dan soal persembahan pula, itu hak pengarah dan garapan kreativiti individu yang tidak perlu dipertikai oleh pelakon. "Jujurnya, saya memang kesal kerana tidak dapat terus menyandang watak Tun Hasmah," katanya. Erra optimis dan merasakan keputusannya adalah paling bijak serta relevan. Setidak-tidaknya, dia membuka peluang kepada pelakon lain pula bagi merasai pengalaman sama, beraksi di pentas teater dan melontarkan skrip naskhah hebat seperti itu. Dia turut mencadangkan pelakon, Elly Mazlein bagi menggantikan wataknya kepada pihak produksi. -hm |
Kes Pemandu Teksi Terkena Tembakan: Tindakan Ke Atas Polis Yang Cuai Posted: 12 Dec 2010 02:36 AM PST Siasatan Lanjut Berhubung Kes Pemandu Teksi Terkena Tembakan Polis KUALA LUMPUR: Siasatan polis akan menjurus kepada prosedur yang ditetapkan termasuk cara tembakan dilepaskan berhubung kes seorang pemandu teksi cedera akibat peluru sesat berdekatan Pejabat Pos Jalan Pudu, September lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah. "Kita (polis) akan jalankan siasatan lanjut tentang bagaimana tembakan itu dilepaskan, sama ada ikut Prosedur Operasi Standard (SOP) atau tidak. Kita dah jumpa dia (mangsa) pun sebelum ini, dan kita akan jumpa dia lagi. Bukan bermakna polis tak kisah, polis dari mula lagi dah jumpa dia, sejak dia terkena tembakan itu lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Ketua Polis Kuala Lumpur bersama persatuan penduduk Perumahan Awam Seri Perak di sini, Ahad. Beliau berkata sekiranya hasil siasatan itu mendapati terdapat kecuaian daripada pihak polis, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sedia ada terhadap anggota polis terbabit. Jumaat lepas, pemandu teksi, Yeow Leong Kang, 42, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Cheras di sini, selepas mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas terkena tembakan sesat yang mengenai kedua-dua belah kakinya. Ketika kejadian, Yeow mendakwa sedang berehat di dalam teksinya sebelum terkena tembakan itu dari arah bawah pintu teksinya dan terus menembusi betis kanannya dan kaki kirinya menyebabkan beliau terpaksa terlantar di rumah selama dua bulan akibat tidak mampu bergerak. Yeow mendakwa seorang anggota polis yang mengaku tidak sengaja menembaknya, datang meminta maaf dan membantunya membuat rawatan di klinik berdekatan. Sehubungan itu, beliau meminta pembelaan sepenuhnya dan menuntut pampasan setimpal dengan kecederaannya kerana terpaksa menggunakan wang simpanan untuk belanja dan rawatan harian. Beliau turut berharap polis akan menyiasat kes itu dengan kadar segera dan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang cuai semasa bertugas. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan