Kelab Greenboc |
- Peti Surat Pos Jadi Tong Sampah Untuk Penyeluk Saku
- Potong Segera Gaji Pengerusi SYABAS
- Isu Bomoh: ADUN Titi Serong Dihadapkan JK Hak & Keistimewaan
- Kaji Semula Pendidikan Seks - PUM
- Khatan Wanita Masih Popular
- Ahli UMNO Turut Tandatangani Memo Bantah Syabas
- Iran Terkejut Lambang Zionis Di Atas Bumbung Iran Air
- Kehadiran Trak Pelbagai Guna Timbulkan Tandatanya
- Bas Wanita: Langkah Wajar Yang Terpuji
- Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW
- PR Telah Hilang Kekuasaan Terhadap Alam Siber
- Ternyata Lambang Dan Logo Yahudi Israel Ada Di Komputer Anda
- Utara Eropah Lumpuh Akibat Salji Tebal
Peti Surat Pos Jadi Tong Sampah Untuk Penyeluk Saku Posted: 03 Dec 2010 12:30 AM PST Tong sampah penyeluk saku AZLAN mengeluarkan dompet yang ditemui dalam peti surat di Taman Maluri, Cheras. Posmen temui pelbagai jenis dompet dalam peti setiap hari KUALA LUMPUR: Peragut dan penyeluk saku menjadikan peti surat Pos Malaysia di sekitar bandar raya ini sebagai tempat memulangkan semula dompet mangsa selepas mengambil wang mereka. Perbuatan penjenayah yang masih mempunyai perasaan untuk memulangkan dokumen penting milik mangsa mereka itu, dikesan kebanyakan posmen yang sering menemui pelbagai jenis dompet ketika mengutip surat setiap hari. Sekurang-kurangnya satu dompet ditemui setiap hari daripada 20 peti surat khususnya di kawasan yang disenarai hitam kerana mempunyai kadar jenayah tinggi seperti di Sentul, sekitar Jalan Pahang dan Pudu. Minggu lalu, posmen, Mohd Sabri Yaacob, 24, menemui dompet milik penulis yang hilang dipercayai ada kaitan dengan penyeluk saku di dalam peti surat di Jalan Pahang, di sini. Mohd Sabri menghubungi nombor pejabat yang tertera pada kad panggilan penulis yang ditemui dalam dompet berkenaan untuk memaklumkan mengenainya. Mohd Sabri berkata, bukan sesuatu yang baru bagi posmen sepertinya menemui dompet di dalam peti surat kerana sejak bertugas dua tahun lalu beliau menemui beratus dompet. Semua dompet yang ditemui boleh dikatakan tiada lagi wang yang tinggal tetapi hanya dokumen penting seperti kad pengenalan, kad kredit dan kad bank. Mungkin penjenayah tidak mahu menyusahkan mangsanya dengan kehilangan dokumen berkenaan. Dompet yang ditinggalkan biasanya sudah buruk atau kusam, manakala yang masih cantik diambil kerana boleh dijual semula terutama yang ada jenama terkenal manakala dokumen berkenaan diikat dengan getah atau dibalut dengan kertas surat khabar sebelum ditinggalkan, katanya yang ditemui ketika mengutip surat di Taman Maluri di sini bersama rakan setugas, Azlan Abidin, 37. Azlan yang bekerja sebagai posmen sejak lapan tahun lalu, berkata posmen yang menemui dompet berkenaan akan cuba menghubungi nombor telefon pemilik sekiranya ada sebarang maklumat di dalamnya kerana memahami betapa sukarnya apabila kehilangan semua dokumen berkenaan. Jika tiada, kami akan masukkan semula ke dalam karung surat dan hantar kepada pihak bertanggungjawab di Pos Malaysia untuk tindakan seterusnya. Selain dompet, kami menemui dokumen lain seperti pasport dan surat beranak. Malah, saya pernah menemui kad pengenalan polis milik sepasang suami isteri. Kebiasaannya, kami banyak menemui dompet dan dokumen penting ini selepas cuti hujung minggu atau pada hari pertama bekerja termasuk pada musim perayaan, katanya. -BH |
Potong Segera Gaji Pengerusi SYABAS Posted: 02 Dec 2010 11:30 PM PST Potong gaji pengerusi Syabas, bukan naik harga air Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor. Ketua Penerangannya, Fadhil Osman berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan. Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air. DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional. Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat. "Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat? "Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?" soalnya lagi. Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat. DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya. Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat. Sepatutnya, tamba beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat. "Rakyat baru mendapat 'hadiah' dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi," ujarnya. Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat. DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas. -harakahdaily Berita sebelum: SYABAS Naikkan Harga Air Untuk Bayar Gaji Pengerusinya 1/2 Juta Sebulan Ulasan GB Yang GB pelik ialah bagaimana sebuah kerajaan negeri tidak boleh menyawal sebuah syarikat kepunyaan kerajaan negeri. Kena semak dimana tersangkutnya dan apakah yang menyebabkan terhalangnya kerajaan negeri untuk mengawal syarikat berkenaan. GB melihat ada sedikit kelemahan kerajaan negeri untuk BERTEGAS di dalam hal ini. |
Isu Bomoh: ADUN Titi Serong Dihadapkan JK Hak & Keistimewaan Posted: 02 Dec 2010 10:19 PM PST Dua ADUN - masing-masing kerajaan dan pembangkang - akan dihadapkan kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Usul mengenainya terhadap Hasbullah Osmail (BN-Temengor) diterima oleh Speaker Datuk R Ganesan selepas dia menuduh kerajaan Selangor korup. Manakala Khalil Idham Lim Abdullah (PAS-Titi Serong) pula akan dihadapkan kepada jawatankuasa tersebut kerana menuduh kerajaan negeri menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi DUN pada 7 Mei tahun lalu. "Tujuan saya membangkitkan isu bomoh bukan untuk memalukan sesiapa tetapi untuk menyatakan hal terlarang itu adalah tidak betul. "Sebab itu, bila didesak untuk menyebut nama adun berkenaan, saya tidak sebut. "Saya akan sebut bila jawatankuasa itu memanggil saya nanti. "Saya juga bertanggungjawab dengan kenyataan yang diberikan berkaitan bomoh dan saya ada bukti jelas bila dipanggil nanti," kata Khalil Idham kepada wartawan di luar dewan. -mk Ulasan GB Kepercayaan kepada bomoh masih tebal di kalangan orang melayu sekalipun di kalangan orang Melayu juga terdapat ramai mufti-mufti dan ulamak-ulamak yang tinggi-tinggi songkoknya. Penggunaan bomoh di dalam politik adalah satu perkara tidak asing di dalam parti totok Melayu. Pernah di satu ketika Pak Lah tertemu satu manderam di pejabatnya beberapa minggu sebelum meletakkan jawatannya sebagai PM. Kata orang manderam itu dilakukan oleh isteri bakal penggantinya waktu itu yang diketahui sangat begitu tebal dengan pergantungannya terhadap bomoh. Wallahu 'alam. |
Kaji Semula Pendidikan Seks - PUM Posted: 02 Dec 2010 10:18 PM PST Ulama gesa k'jaan kaji semula pendidikan seks Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan bahawa masyarakat Islam di negara ini sedang gelisah dengan keputusan kerajaan untuk memperkenal pendidikan seks kepada murid tahun satu, mulai 2011. Sehubungan itu, PUM yang prihatin dengan perkembangan tersebut, menggesa kerajaan supaya mengkaji semula langkah tersebut. "PUM juga meminta supaya kerajaan mengadakan siri penerangan terlebih dahulu kepada wakil masyarakat, NGO, alim ulama, guru agama dan masyarakat awam," kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor. "Ini bagi mengelak salah faham, salah tanggap terhadap hasrat memperkenalkan pendirikan seks tersebut. "PUM meminta supaya kita tidak terlalu terikut dengan kaedah pendidikan barat, kerana mereka mengasngkan aspek agama dari pendidikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini . Dr Mohd Roslan berkata, masyarakat Malaysia terutama umat Islam, sangat prihatin dengan pendidikan agama. Oleh itu, tambahnya, adalah lebih baik jika pendidikan agama yang lebih menyeluruh dapat diterapkan kepada anak-anak berkenaan. "Agar mereka faham tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan dari perspektif agama," tegas.- mk |
Posted: 02 Dec 2010 08:45 PM PST Khatan wanita masih popular SEORANG kanak-kanak perempuan meronta ketika mudim wanita melakukan prosedur khatan. - Gambar hiasan BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan. Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita. "Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin. "Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit. "Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti," jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini. Amalan dituntut Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa. "Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak," ujarnya. Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam. "Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam. "Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita. "Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka," katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini. Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan. Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing. Kerat 1.3 sentimeter "Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan. SEORANG wanita menenangkan anaknya dalam satu prosedur berkhatan khusus untuk wanita di Indonesia. - Gambar hiasan "Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter). "Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa," ujarnya. Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen. "Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa. "Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan. "Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam," tambahnya. Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan. Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza. "Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain. Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat. "Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku," ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun. -SITI NOR AFZAN KASIMAN |
Ahli UMNO Turut Tandatangani Memo Bantah Syabas Posted: 02 Dec 2010 07:45 PM PST Solat hajat iringi penyerahan memo kepada Agong PETALING JAYA: Pertembungan perhimpunan Ahad ini mambabitkan kerajaan negeri Selangor dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bagi menyerahkan memorandum kepada Yang-Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan itu. Penyelaras kempen anti kenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron berkata aspek keselamatan rakyat cukup dititikberatkan kerana jika sebarang 'provokasi' mahupun kekecohan berlaku maka perhimpunan itu akan diteruskan oleh pimpinan negeri. Katanya, pihak polis telah dimaklumkan perkara itu malah keputusan sama ada rakyat turut serta sehingga ke Istana Negara akan diputuskan esok. Menurut beliau, solat hajat dan Zohor akan diadakan di Masjid Negara bersama-sama pemimpin negeri Selangor dan disusuli perhimpunan bagi menyerahkan 100 tandatangan kepada Agong di Istana Negara. "Kami sudah memaklumkan kepada pihak polis untuk permit, sehingga kini masih belum menerima jawapan balas. Malah rancangan telah diatur dengan solat zohor dan hajat akan dibuat terlebih dahulu sebelum perhimpunan dimulakan ke Istana Negara. "Jika wujud sebarang kekecohan atau perkara tidak diingini seperti hujan, maka pemimpin negeri sahaja yang akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memo itu. "Rakyat akan tunggu di Masjid Negara…..kerana yang penting bagi kami adalah keselamatan rakyat. Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi FMT. Kumpulan terdiri daripada baju merah adalah pro-kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kira-kira 20,000 orang turut serta dalam perhimpunan tersebut. Manakala anggota GAPS dilaporkan mengenakan baju hitam diketuai pengerusinya Hamidzun Khairuddin dan disertai hanya kira-kira 2,000 orang bakal berhimpun di Masjid Jamek. Ahli Umno turut serta dalam tandatangan Badrul Amin berkata, melalui kempen yang mensasarkan 100,000 tandatangan itu turut menerima penyertaan daripada ahli Umno. Beliau yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor mendakwa tandatangan itu diperoleh daripada ahli Umno termasuklah di Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang. Malah ada beberapa ahli itu yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan bersama-sama kumpulan merah pada Ahad ini. "Kami bergerak ke pelusuk kampung dan ahli-ahli Umno di beberapa kawasan turut menyatakan sokongan terhadap kempen kita ini. Ada yang berterus terang tidak sanggup untuk turun namun ada segelintir yang bersetuju untuk turut serta dengan kami. "Malah tandatangan yang terkumpul setakat hari ini telah mencecah 50,000 dan berharap kita berjaya dengan sasaran 100,000 itu," katanya. Nafi mahasiswa dibayar kerajaan negeri Dalam perkembangan lain, Badrul Amin menafikan pembabitan kerajaan negeri dengan penyertaan mahasiswa dalam perhimpunan tersebut. Beliau berkata, perkara ini timbul atas kesedaran mahasiswa malah menjelaskan bahawa perhimpunan itu bukan bersifat politik. "Walaupun Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) menghalang mahasiswa terlibat dalam sebarang perhimpunan politik namun jelas ini bukan perhimpunan politik. Ini perhimpunan rakyat tanpa mengira latar belakang masing-masing. "Mahasiswa ini juga bukan dibayar oleh kerajaan negeri, kami tidak suruh mereka turut serta tetapi mereka faham perlu dihentikan dasar penswastaan air yang wujud ini," katanya. Katanya setakat ini bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan penyertaannya dalam perhimpunan pada hujung minggu ini. Malah beliau turut mengalu-alukan pemimpin lain daripada negeri lain untuk turut serta memandangkan ia akan menjadi isu nasional. |
Iran Terkejut Lambang Zionis Di Atas Bumbung Iran Air Posted: 02 Dec 2010 07:05 PM PST Lambang Zionis di atas bangunan di Iran GAMBAR enjin carian Google menunjukkan lambang rezim Zionis (dalam bulatan), Bintang David terdapat di atas bumbung bangunan syarikat penerbangan Iran Air di Teheran. TEHERAN - Pemerintah Iran marah selepas imej satelit enjin carian Goggle Earth mendapati terdapat lambang rejim Zionis, Bintang David di atas bumbung ibu pejabat syarikat penerbangan Iran Air, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pegawai-pegawai Iran telah mengarahkan supaya simbol itu dibuang selepas timbul desas-desus bahawa lambang berkenaan itu sudah ada sebelum Revolusi Islam berlaku pada 1979 di negara berkenaan. Bintang itu jelas kelihatan berada di bahagian tengah bangunan Iran Air tetapi kesahihannya masih dipertikaikan. Media Iran mendakwa bangunan tersebut telah dibina oleh para jurutera Israel semasa negara itu diperintah oleh Shah Mohamed Reza Pahlavi. Semasa pemerintahan Shah, hubungan antara kedua-dua buah negara itu amat rapat. Ketika itu, terdapat penerbangan antara Lapangan Terbang Mehrabad di Teheran, Iran ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel. Israel turut menjual senjata kepada pemerintah Iran ketika itu bagi mendapatkan tukaran minyak. Namun Iran kini memutuskan hubungan dengan Israel. Satu laman web Iran menyatakan: "Sangat menghairankan, walaupun sudah 32 tahun Revolusi Islam berlaku, bintang Zionis ini masih belum dibuang dari bangunan itu." Pada Ogos lalu, kewujudan lambang yang sama menimbulkan kemarahan apabila ia ditemui di bahagian atas sebuah bangunan di Tapak Revolusi di Teheran. - Agensi |
Kehadiran Trak Pelbagai Guna Timbulkan Tandatanya Posted: 02 Dec 2010 06:18 PM PST Trak jadi tanda tanya TRAK serba guna yang menjadi tempat tinggal warga asing di Pantai Rekreasi Kampung Air Papan, Mersing. MERSING: Kira-kira 500 penduduk Kampung Air Papan di sini resah dan bimbang dengan kehadiran sepasang warga asing dipercayai dari Switzerland yang menggunakan sebuah trak pelbagai guna bagi aktiviti yang tidak diketahui sejak lebih sebulan lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Papan, Mohd Asri Jaafar, berkata kehadiran mereka amat menggusarkan penduduk apatah lagi pasangan itu mengusir sesiapa saja yang mendekati trak mereka. Katanya, penduduk mula merasakan sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan yang tinggal di pantai rekreasi di jalan baru Air Papan-Tanjung Resang dekat kampung itu menunjukkan reaksi tidak senang hati setiap kali ada yang menghampiri trak mereka. Perbuatan mereka nyata menimbulkan rasa sangsi di kalangan kami dan kehadiran mereka mula diperkatakan kerana bukan saja bersikap sombong, malah akan memarahi pengunjung pantai yang cuba mendekati trak mereka untuk melihat kandungan dalam kenderaan terbabit. Malah, penduduk juga bimbang kehadiran dan perlakuan ganjil mereka terbabit akan membuka peluang kepada mereka untuk menjalankan aktiviti tidak sihat serta boleh mengancam keselamatan orang awam, katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Difahamkan, trak pelbagai guna itu dipercayai dilengkapi pelbagai alat dan kemudahan canggih termasuk sistem radar, solar dan parabola yang dipasang pada kenderaan mereka sekali gus mendatangkan kebimbangan kepada penduduk tujuan sebenar mereka. Mohd Asri berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terhadap perkara berkenaan, malah lebih membimbangkan apabila warga asing terbabit mungkin boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan penduduk berikutan tempat tinggal mereka tidak berpenghuni. Katanya, keadaan mungkin lebih membahayakan apabila tempat mereka berteduh agak gelap, selain sikap angkuh mereka yang enggan menjawab pertanyaan penduduk mengenai tujuan dan fungsi trak mereka di kawasan mereka. Kami merasakan seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan warga asing itu, jika tidak mereka tidak akan mengusir dan melarang sesiapa saja yang cuba mendekati trak mereka terutama pengunjung pantai yang seakan berminat untuk mengetahui perkara terbabit. Justeru, kami sangat berharap pihak berkuasa dan yang terbabit supaya mengambil tindakan yang sewajarnya iaitu dengan menjalankan siasatan dan mungkin boleh mengusir mereka sekiranya mereka boleh mendatangkan bahaya kepada kami, katanya. -BH |
Bas Wanita: Langkah Wajar Yang Terpuji Posted: 02 Dec 2010 04:30 PM PST KAUM wanita kini lebih selesa dengan adanya khidmat bas awam untuk mereka yang disediakan oleh RapidKL sejak kelmarin. KUALA LUMPUR - Percubaan perkhidmatan Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penumpang wanita. Rata-rata golongan itu mahukan perkhidmatan tersebut diteruskan memandangkan penumpang wanita tidak lagi perlu berhimpit dengan penumpang lelaki terutama pada waktu puncak. Seorang penumpang, Vidyavaty Mohd. Aris, 34, memberitahu, idea RapidKL mengasingkan penumpang wanita cukup bernas dalam mengutamakan keselamatan setiap penumpang. "Selepas ini penumpang wanita tidak perlu takut untuk menaiki bas terutama selepas pulang dari pejabat. Ini merupakan kali kedua saya menggunakan perkhidmatan bas wanita dan diharap ia dilanjutkan sehingga pukul 9 malam," katanya. Kelmarin, RapidKL mengumumkan tempoh percubaan Rapid Bas Wanita sepanjang bulan ini meliputi laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai. Syarikat berkenaan memulakannya dengan dua sesi perkhidmatan iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.45 dan 7.30. Diikuti pula dengan sebelah petang pada pukul 6 dan 6.45. Tinjauan Kosmo! di hab Pasar Seni semalam mendapati, masih ramai penumpang lelaki tidak menyedari notis khas 'untuk wanita sahaja' yang ditampal dicermin depan bas. Menurut Penyelia RapidKL, Ahmad Roslan Abu Bakar, ramai penumpang lelaki masih keliru dengan arahan yang dikeluarkan. -kosmo Ulasan GB & Berita berkaitan: RapidKL Perkenal Bas Khas Wanita |
Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW Posted: 02 Dec 2010 03:30 PM PST Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah. Kita hanya dapat menemuinya melalui do’a-do’a yang kita lantunkan, memohon syafa’at Nabi untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Nabi Tercinta, Kekasih Allah, peribadi mulia yang menjadi rahmat sekalian alam?? Ratusan orang menitiskan air matanya setelah menatap langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku dapat melihat wajahmu, lemah segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad …. (Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …) Allahumma solli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassallam … The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW) Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW
Jejak Kaki Rasulullah SAW Beberapa helai rambut Rasulullah SAW Peninggalan gigi dan rambut Nabi. Itu giginya jelas ya? a Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang. Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelasa aBusur Panah Nabi SAW Bendera Rasululullah SAW
Topi Besi Rasulullah SAW Baju dan barang-barang Rasulullah SAW Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta … Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7 Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A. PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW) -moeflich |
PR Telah Hilang Kekuasaan Terhadap Alam Siber Posted: 02 Dec 2010 06:30 AM PST Blogger telah banyak membantu Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya umum 2008 yang lepas dimana akhirnya berlaku tsunami politik yang kemudian berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Ramai YB-YB samada di peringkat parlimen atau DUN dari Pakatan Rakyat telah dapat dinobatkan hasil dari kerja keras para blogger PR ini. Ada yang telah menjadi exco, menjadi ahli parlimen, malah menteri besar! Tetapi anehnya, mengapakah PR melupakan peranan media reformasi ini? Akibat daripadanya kini seorang demi seorang blogger PR telah mengundur diri. Sudah hilang blogger-blogger bernama "taranama", "ketuaperusuh", "mimpiboneka" dan lain-lain. Yang ada pun kini hanya blogger-blogger 100% salin-tampal, pun telah mula berkurangan dan kurang aktif. GB tidak memandang rendah kepada blogger salin tampal ini, malah mengalu-alukan kehadiran mereka, setidak-tidaknya meramai dan menceriakan alam siber ini dengan blogger PR. Namun kesannya dapat dilihat di dalam pilihanraya kecil mutakhir ini dimana PR semakin kalah dan tren kekalahan tersebut nampaknya akan berterusan. Kuantiti merosot begitu juga kualiti blogger PR turut merosot. Ini diperburukkan dengan sikap SYOK SENDIRI blogger dan forummer dan ahli PR sendiri yang "merasa diri amat kuat" dan merasakan "rakyat masih menyokong kita" sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya. Hal ini perlu disedari segera. Sebuah blog iaitu cenangau telah bersusah payah melakukan kerja-kerja menyenaraikan topblog Pakatan Rakyat. Jadi kita sangkakan bahawa blog PR masih menguasai alam siber sedangkan hakikatnya blogger PR sudah tewas dengan blogger mesra kerajaan (baca: UMNO)!! Malah dari segi bilangan pun jumlah blogger mesra PR sudah kurang berbanding dengan blogger pro-UMNO. Dan anihnya belum ada sebarang usaha positif dari pihak pimpinan PR sendiri untuk membantu membetulkan semula keadaan ini. Perjuangan alam siber yang dahulunya dikuasai oleh blogger PR, kini sudah berjaya dirampas oleh blogger UMNO. Kisah Bukit Uhud berulang. Apabila masing-masing pimpinan PR merebut ghanimah di bawah bukit untuk membuncitkan perut, yang tinggal hanyalah blogger-blogger yang kurus kering yang masih setia dengan perjuangan. Tapi kerana kurus kering, akibatnya musuh berjaya merampas Bukit Uhud, dan awas PR akan kalah teruk di dalam pilihanraya akan datang ini jika berdasarkan kepada peristiwa Bukit Uhud itu. Dahulu GB ada dengar seorang Menteri Besar ingin menubuhkan satu tabung untuk para blogger PR. Tapi ia hanya janji kosong yang sehingga kini tidak menjadi realiti. Ketua Umum PR tak payah kita nak sentuh lagi. Ia hanya perjuangan untuk keluarga dan kroni. Pemilihan parti yang baru lalu penuh dengan penipuan untuk mengangkat kroni dan keluarga. Pun tak mahu diakui. Masih nak pertahankan kejelekan penipuan dengan pelbagai alasan. Pimpinan PAS dan DAP pula hanya menjadi penumpang-penumpang dalam arus perjuangan alam siber. Lansung tidak pernah ada dalam agenda di dalam parti-parti ini untuk menghargai, membantu dan memertabatkan blogger. Di dalam forum-forum portal mesra PR dan para blogawan penyokong PR, perjuangan PR tampak semacam cukup hebat. Tetapi apabila dibawa ke gelanggang pilihanraya, PR kalah. Terbeliak mata masing-masing tetapi lansung tiada siapa pun melakukan post-motem mengapa berlaku fenomena kekalahan sekalipun blogger dan forummer telah cukup hebat memainkan peranan. Di pihak pula, selain dari sindrom syok sendiri, blogger PR juga terjebak dengan sindrom penafian dan sindrom mengampu berlebihan. Blogger khuatir dan takut untuk mengkritik. Kerana takut menjadi sasaran caci maki pembaca yang terdiri dari penyokong tegar PR. Akibat dari itu penyakit-penyakit dan segala kekotoran PR disapu ke bawah karpet. Tersuratnya cantik sedangkan tersiratnya terlalu kotor dan meloyakan. Telah berulangkali GB katakan, zaman ini ialah zaman walking the talk. Zaman rakyat melihat apa yang kamu boleh sumbangkan untuk rakyat, untuk negara. Tapi apa yang berlaku pemimpin-pemimpin PR masih leka degan kaedah semalam, masih terkepung dengan teknik talking the talk, terkongkong dengan kesempitan minda lantaran malas untuk belajar, malas untuk berkhidmat, malas untuk memperbaiki kualiti diri dan parti. Masih ramai YB yang masih tidur lagi, walau ada diantaranya bergelar PhD. Perhatikan betul-betul kedudukan ranking yang dilampirkan. Tren yang ada menunjukkan bilangan blogger PR semakin mengecut dan kualitinya semakin menurun. Ia petanda yang amat buruk - dan merupakan satu anti-klimaks terhadap kegemilangan PR. Di alam siber ini, masih ramai pula yang bermimpi kononnya jika pilihanraya esok, PR akan memerintah katanya. Sama seperti melonjaknya perasaan akibat dari berita-berita muluk dipersembahkan oleh para blogger PR sepanjang kempen pilihanraya Galas dan batu Sapi. GB telah menduga kekalahan lebih awal sekalipun GB juga berusaha, bekerja dan berdoa untuk kemenangan PR. Jika senario ini tidak berubah, usah mimpi untuk menang di dalam pilihanraya yang akan datang ini. |
Ternyata Lambang Dan Logo Yahudi Israel Ada Di Komputer Anda Posted: 02 Dec 2010 04:40 AM PST Ternyata Lambang dan Logo Yahudi Israel ada di Komputer Anda Setiap dari kita yang menggunakan perisian Microsoft Office akan menyimpan lambang dan logo Yahudi Israel di dalam komputer. Whooila menemukan dan mendedahkan lambang tersebut serta menyerahkan kepada budi bicara anda samada ingin mengekalkannya atau menghapuskannya dari komputer anda. Laporan penuh Tahukah bahwa ada lambang yahudi di komputer anda ? mari memeriksanya. cara adalah sebagai berikut : My Computer kemudian klik pada My Computer diikuti dengan memilih lokal disk C: - Program files - Microsoft Office - media - cagcat10 Nama gambar adalah : j0285926.wmf Anda akan mendapatkan gambar seperti dibawah ini : Gambar gabungan lambang israel dan menorah (lilin kemenangan yang juga ditemukan di lambang Mossad) Terserah kepada anda. Mahu menghapusnya atau tidak gambar itu.. Yang jelas seperti terlihat pada gambar diatas, latar belakangnya adalah bintang serupa lambang yahudi. Dan kemudian ditimpa dengan gambar lilin kemenangan (lilin menorah). Dambar lilin ini juga ditemukan pada logo organisasi intelejen Mossad milik israel. Ternyata Lambang dan Logo Yahudi Israel ada di Komputer Anda - www.Whooila |
Utara Eropah Lumpuh Akibat Salji Tebal Posted: 02 Dec 2010 02:30 AM PST Utara Eropah lumpuh akibat salji tebal LONDON: Salji yang turun dengan lebat menyebabkan lapangan terbang di utara Eropah di tutup dan trafik lumpuh. Lapangan terbang UK, Perancis dan Switzerland juga ditutup. Beberapa penerbangan di Jerman dan Sepanyol tergendala. Penerbangan Perdana Menteri Sepanyol Jose Luis Rodriquez Zapatero ke Zurich untuk menyaksikan majlis pengundian Piala Dunia Fifa tertangguh. Di ibu kota Rusia, Moscow, suhu jatuh ke paras -23.6C (-10.5F), terendah yang direkodkan pada 1 Disember sejak 1931. Cuaca lebih sejuk di Poland dengan bandar timur Bialystok mencatat suhu -26C (-14.8F). Pasukan polis menyeru para penduduk memberitahu pihaknya jika terjumpa dengan mereka yang tidak berumah selepas lapan daripada mereka meninggal dunia akibat beku di Poland. Di Britain, beribu-ribu sekolah ditutup dan polis di selatan Surrey menyifatkan sebagai keadaan terburuk yang pernah mereka saksikan. Amaran salji tebal Pejabat Met mengeluarkan amaran salji tebal di kebanyakan tempat di timur Britain dan bahagian tengah negara itu. Para penumpang tertangguh hampir sejam perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan Eurostar yang menghubungkan London dengan Paris dan Brussels. Gatwick, salah sebuah lapangan terbaik Britain yang paling sibuk, ditutup, sama juga dengan lapangan terbang Edinburgh. Lapangan terbang Geneva, Switzerland dan Lyon-Bron di selatan Perancis juga ditutup ketika kakitangan bergelut membersihkan landasan penerbangan dari salji. Beberapa penerbangan dilaporkan tergendala di Frankfurt, Munich, Vienna dan Prague. Di Perancis, 12 kawasan beku di bahagian tengah dan timur negara itu menyebabkan penggunaan lori dilarang, mengakibatkan lebih 7,000 pemandu tergendala semalaman. Salji tebal membungkus Jerman, menyekat jalan raya dan beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan dan sekolah-sekolah ditutup. Akhbar Bild berkata, salji kali ini paling teruk sejak beberapa kurun menjelang Disember, dengan di setengah-setengah kawasan mencatat suhu di bawah -18C (-0.4F). Harga elektrik dan gas meningkat akibat permintaan yang bertambah di pasaran tenaga Eropah. |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan