Rabu, 22 Disember 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kerja Gila.

Posted: 22 Dec 2010 05:36 PM PST




MUKA surat al-Quran yang ditulis dengan darah Saddam Hussein.

BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.
Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.
Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.
Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

-ijoks2009-
Macam-macam benda pelik yang ada didunia ini,yang pelik lagi ialah perlakuan manusia sendiri yang kadang-kadang bertindak diluar kewarasan.Darah tu kan najis,Ada kepatut tulis ayat-ayat Al-Qur'an guna benda najis.Menulis Al-Qur'an dengan benda najis adalah satu penghinaan kepada kesucian Al-Quran,memang sepatutnya kertas bertulis Ayat Al-qur'an tu dibakar.Buat apa disimpan benda yang menghina islam.



Cari N3 lama-lama disini

Tentera New Zeland Dedah Fail UFO

Posted: 22 Dec 2010 04:31 PM PST

Tag: Santai

LAKARAN sebuah objek terbang yang tidak dikenali yang pernah dilihat oleh saksi di New Zealand.


WELLINGTON - Tentera Udara New Zealand semalam mendedahkan lebih 2,000 muka surat laporan sulit mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat sepanjang setengah abad lalu di negara berkenaan.
Laporan-laporan media tempatan menyatakan fail tersebut yang merekodkan dakwaan penemuan UFO dari tahun 1952 hingga 2009 tidak menunjukkan sebarang bukti tentang lawatan makhluk asing ke negara itu.
Ia juga tidak memberi sebarang petunjuk mengenai beberapa cahaya misteri yang dilihat oleh kru dan para penumpang sebuah penerbangan komersial di perairan timur Pulau Selatan New Zealand pada Disember 1978.
Insiden tersebut merupakan penemuan UFO paling terkenal di negara itu
Cahaya-cahaya itu dirakamkan oleh seorang kru televisyen New Zealand di dalam pesawat berkenaan. Pada waktu yang sama, beberapa pengawal trafik udara mendakwa melihat beberapa objek misteri pada radar mereka.
Ketika itu, tiada laporan mengenai kehadiran pesawat lain di lokasi tersebut.
"Kejadian itu tidak dapat diterangkan sehingga sekarang," kata seorang penyelidik UFO sejak 35 tahun lalu, Suzanne Hansen.
Fail itu turut mengandungi lakaran-lakaran saksi yang pernah melihat UFO. - Agensi

Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Khas Untuk Mat Rock yang Masih Belum Tidur..

Posted: 22 Dec 2010 08:10 AM PST

Tag: Muzik Islamik
Alfarabiband EVOLUSI


Islam yang telah berkembang
laksana bunga yang indah
yang berkembang mekar harum mewangi
tumbuhnya memenuhi bumi

tumbuhnya memenuhi bumi
lembah dan tanah yang tinggi
kesuburan itu telah dibajai
oleh darah para syuhada'

kembangnya itu telah disirami oleh air peluh para mujahid
tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid
panduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah

berkumandanglah kalimah toyyibah
dari pembela agama kebenaran
keindahan Islam telah terpancar
oleh harta si kaya yang pemurah
ibarat air mengalir deras
dermanya bagai mencurah-curah

kemenangan pasti terjadi
kerana ia adalah janji tuhan
zaman gemilang islam pasti datang
kerana ia adalah sabda nabi akhir zaman!

Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Lelaki Paling Romantik Di Dunia

Posted: 22 Dec 2010 06:03 AM PST

Tag: Merenung Sejenak

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Amiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~
-dicopypase dari blog  http://putradmin.blogspot.com/
-Saja nak promot blogger peminat Tokguru juga ni...

Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Tiada ulasan: