Ahad, 19 Disember 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Peluk Islam Depan TV

Posted: 19 Dec 2010 10:17 PM PST

Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya' dalam bulan Ramadhan di Makkah.

Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.


Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu

" Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab

" Sekurang-kurangnya 2-3 jam"

Sheikh itu berkata

" Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?"

Lelaki itu menjawab

" Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!"

Sheikh itu berkata lagi

Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?"

Lelaki Amerika itu menjawab

" Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!"

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah

" Rapatkan Saf… "


Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.




Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata

"ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH


I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger


Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini...

http://www.gempak.org/forum


-ijoks2009-
Mudah sangat jika Allah nak bagi hidayah pada hambanya,seorang yang tidak pernah mengenal Islam seumur hidupnya boleh berubah sekelipmata.Seorang perompakpun boleh berubah menjadi seorang wali.Tugas kita setiap orang Islam hanyalah menyampaikan mesej islam sekadar kemampuan kita,tunjukkan keindahan islam kepada mereka,kadang2 tidak perlukan kata-kata.yang selebihnya serahkan pada Allah.


Tapi apa yang malang nyapada hari ini orang Islam bertelagah sesama sendiri tentang perkara-perkara cabang bahkan ada dikalangan pemimpin Islam sendiri yang bersetongkol dengan musuh 
turut sama mengagungkan budaya barat dan mengrendah-rendahkan cara hidup Islam.
Wallahu'alam..
Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Pelik Tapi Benar(santai)

Posted: 19 Dec 2010 01:01 AM PST

- Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji
benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

- Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

-Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.
Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.


-Lelaki dikatakan enamkali lebih berisiko dipanah petir berbanding wanita

-Perokok dikatakan awet muda(sebab tak sempat tua kena macam2 jenis penyakit,hehehe)

-Malaikat maut sentiasa memerhatikan manusia sehingga 70 kali sehari.

Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Tiada ulasan: