Jumaat, 10 Disember 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Diari Seorang Lelaki

Posted: 10 Dec 2010 10:26 PM PST

Tag: Santai,/
Merenung sejenak

Pada hari ini ,pada tangggal 11 Desember 1975, aku mula melihat dunia  dengan rahmat Allah dan kasih sayang seorang wanita bergelar ibu.maka pada hari ini dengan rasminya umurku meningkat lagi semakin hampir dengan kematian,sedangkan amalku ??Astaghfirullah usia semakin tua sedangkan dosa juga turut bertambah.

Ada orang gembira setiap kali sambut hari jadi,ya sepatutnya kita bergembira kerana masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dari dosa-dosa kita dan menambahkan amalan kita untuk menuju kesana.
Tapi dalam kegembiraan sepatutnya kita lebih merasa bimbang kerana semakin bertambahnya usia menandakan semakin dekatnya ajal kita.

Kata Imam Al-Ghazali. Apakah benda yang paling jauh dengan kita,itulah masa silam kita yang tidak dapat kita ulangi kembali walau sekuatmanapun kita berusaha.
Kita tidak dapat membetulkan  kembali kesilapan yang pernah kita lakukan dan hanya dapat mengharapkan keampunan dari Allah dengan bertaubat .

kata Imam Al-Ghazali lagi'Apakah benda yang paling hampir dengan kita?,itulah maut yang setiap hari setiap detik semakin menghampiri kita tanpa dapat di elak.

Pelabuhan jauh(A.wahab Ali)

usia melayarkan kita
ke pelabuhan jauh.
di atas perahu waktu
terlarut peristiwa.

kita leka
dan setahun sekali tersedar
bila anak meningkat besar.

menoleh kita ke belakang
cantik warna berserakan

apa yang ada
tidak disetujui
ada yang dulunya enggan
belum tentu.

makin belayar usia
ke teluk tempat berlabuh

semakin dunia begitu rapuh.

makin belayar usia
ke teluk tempat berlabuh

semakin cahaya menghubungi roh

-Kata-kata Saiydina Ali-

Setiapkali bangun tidur tanya pada diri,kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini,
jika kamu jawab kerana aku masih muda,berapa ramai orang yang lebih muda dari kamu yang sudah sampai ajalnya.
jika jawabnya kerana kamu masih sihat ,tidak sakit.Berapa ramai orang yang lebih sihat dan gagah darimu yang  sudah sampai ajalnya.

Maka apa jawapan yang betul?Jawabnya ialah Allah masih menghidupkan aku pada hari ini ialah kerana kasih sayangNya ,untuk memberi peluang kepada kita sepaya bertaubat dari dosa-dosa kita.Jika kamu mengetahui bahawa Allah panjangkan usia kamu untuk memberi peluang kamu bertaubat dari dosa-dosa kamu,kenapa kamu masih lagi menambahkan dosa -dosamu pada hari ini.



Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disiniK

Ada Pelik Sikit Dengan Logo Pengakap

Posted: 10 Dec 2010 08:39 PM PST

Tag: Dajjal
Assalamualaikum dan salam blogger,
Hari ini tak tahu kenapa saya jadi berminat nak baca tentang freemason dan bahayanya.Pembacaan saya menemukan saya dengan logo-logo freemanson serta cabang-cabangnya.salah satunya logo dibawah.

Priory of sion
Logo diatas adalah logo priory of sion salah satu cabang dari freemason,klik disini
Apa yang pelik sikit jika anda perasan ,logo tersebut ada banyak persamaan dengan logo Pertubuhan pengakap.
Logo Pengakap malaysia

Logo 2 Pengakap dari pelbagai negara

Adakah ini secara kebetulan atau memang sengaja dirancang oleh "mereka" wallahua'lam.
Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Khir Toyo Sudah DiDakwa,Khairy Bila Lagi

Posted: 10 Dec 2010 07:25 PM PST

-Umno vs Umno-

Dr. Mohamad Khir Toyo didakwa mendapat diskaun sebanyak RM 3 juta ketika membeli banglo di Seksyen 7 daripada seorang ahli perniagaan yang bernama Datuk Shamsuddin.

Masalah rakyat sekarang ialah ini satu jumlah yang kecil dan sangat naif berbanding kerugian negara akibat penjualan MV Augusta dan Penggabungan AVenue capital – ECM Libra.

Pada masa kekuasaan Khairy Jamaluddin dan Abdullah Badawi, MOF dan Proton telah menjual MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui iaitu Gevi S.p.A. untuk nilai nominal satu Euro (RM 4.50). Syarikat ini kemudiannya menjual pula sebahagian dari MV Augusta, iaitu Husqvarna kepada BMW untuk Euro 93 juta (RM 419 juta).

Mengapa Peguam Negara takut dengan Khairy Jamaluddin? Pernahkah SPRM menyiasat pelbagai dakwaan terhadap Khairy Jamaluddin?

Sumber: Forum Umno

MV Augusta dijual dengan harga 1 Euro kepada sebuah syarikat tidak dikenali di Italy. Dalam beberapa bulan kemudian Syarikat ini dijual kepada syarikat permotoran lain dengan harga beberapa ratus juta ringgit. Siapakah yang mendapat keuntungan ini tidak pernah disiasat secara telus oleh Peguam Negara.

Penggabungan ECM Libra dengan syarikat milik MOF Incorporated, Avenue Capital
ECM mendapat Avenue dengan harga yang murah hanya beberapa bulan selepas Khairy Jamaluddin membeli saham ECM Libra. Khairy mengakui ia membeli saham ECM Libra melalui pinjaman daripada lembaga pengarah yang lain.

Semua orang tahu Khairy Jamaluddin merupakan pengganggur paling kaya di Malaysia semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Apakah AG pernah menyiasat bagaimana beliau boleh mendapat harta bendanya dengan begitu banyak tanpa sebarang pekerjaan?

Bukankah aneh dan luar biasa Khairy yang merupakan menantu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu diberi pinjaman oleh lembaga pengarah syarikat ECM Libra dan beberapa bulan selepasnya Menteri Kewangan meluluskan penggabungan ECM Libra yang hampir lingkup dengan sebuah syarikat kerajaan yang sedang berkembang pesat (Avenue capital)?
Malahan dalam penggabungan tersebut ECM yang kecil telah menelan Avenue Capital yang besar. Mengapa Pendakwaraya diam membisu urusniaga membabitkan berjuta ringgit ini? Lihat sini mengenai pembabitan Khariy Jamaluddin.



Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Kempen Pilihanraya Sudah Bermula

Posted: 10 Dec 2010 04:12 PM PST


-ijoks2009-
Saja nak bagi relex sikit pepagini..

Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Planet Baru Di Jumpa

Posted: 10 Dec 2010 03:38 PM PST

-Santai pagi-

Berdasarkan senarai pada Schneider dari Pusat Pemerhati Bintang Paris Meudon, planet ke-500 itu kelihatan seperti satu daripada empat planet baru yang ditemui di luar sistem suria. Ia tersenarai selepas satu lagi planet di luar sistem suria, HIP 13044 b dikesan dan diumumkan oleh pakar astronomi sebagai planet dari galaksi asing.

Menurut Schneider, pangkalan datanya menunjukkan sehingga 22 November lalu, sebanyak 502 planet asing sudah ditemui.

Namun, semua planet baru yang ditemui itu tidak sebesar Musytari dengan saiz antara 15 hingga 50 peratus lebih kecil, manakala jarak dari bumi dianggarkan antara 58 hingga 196 tahun cahaya.
Penemuan itu dikesan tidak sampai dua bulan selepas kejayaan menemui planet pertama di luar sistem suria yang berpotensi mempunyai habitat.

Pakar astronomi juga yakin akan memperoleh lebih banyak kejayaan dan penemuan baru sebaik menganalisis data dari Pusat Pemerhatian Angkasa Lepas Kepler milik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

"Dalam sesetengah keadaan, jumlah 500 planet asing mungkin terlalu banyak untuk dicapai. Namun lebih menggembirakan melihat sudut penemuan berubah setiap kali, penemuan pelbagai planet turut bertambah.

"Pakar astronomi bukan saja menemui planet bersaiz besar diselaputi gas panas tetapi juga planet lebih kecil berbatu yang lebih kelihatan seperti bumi," kata penganalisis di Institusi Penyiasatan dan Penyelidikan Angkasa (SET), Jon Jenkins.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) tidak merekodkan senarai rasmi planet di luar sistem suria sebaliknya terdapat beberapa senarai tidak rasmi seperti yang dibuat Schneider dan Makmal Pergerakan Jet NASA yang menyimpan senarainya dalam dokumen bertajuk 'PlanetQuest: New Worlds Atlas'.

Sehingga hari ini, PlanetQuest menyenaraikan sebanyak 497 planet.

Perbezaan di antara dua senarai itu menggariskan ketidaktentuan yang wujud dalam pengesanan dan pengesahan planet di luar sistem suria. Sempadan antara planet yang disahkan dan tidak disahkan kekal mengelirukan seperti yang dikatakan Schneider sehingga beliau enggan merumuskan planet ke-500 kepada satu planet tertentu.

"Planet ke-500 seperti tidak masuk akal tetapi jumlahnya jelas dan ia akan terus meningkat," katanya.

Kepler pula sudah mengenal pasti lebih 700 'calon' iaitu bintang yang mungkin melindungi planet asing yang hanya menunggu masa pemerhatian dan pengesahan selanjutnya.

Sebahagian daripada bintang asing mungkin memiliki lebih daripada satu planet yang membolehkan planet ke-1,000 dikesan dalam masa tidak sampai 20 tahun lagi.

Bagaimanapun, pencarian planet di luar sistem suria bukan sekadar mengenai jumlahnya sebaliknya lebih kepada memahami alam semula jadi dan pelbagai dunia asing di luar galaksi kita, kata Jenkins.


Kemungkinan planet ke-1,000 dikesan dalam tempoh tidak sampai 20 tahun lagi

SIAPA pernah menyangka rupanya di luar sistem suria terdapat lebih 500 planet baru yang tidak dikenali dan teknologi lebih canggih dalam bidang astronomi membuatkan pakar kaji bintang yakin beratus-ratus lagi planet akan ditemui.
Pakar astronomi, Jean Schneider dalam pangkalan data 'Extrasolar Planets Encyclopedia' menyatakan tidak sampai 20 tahun selepas pengesahan penemuan planet pertama di luar sistem suria, ahli kaji bintang mengesan pula kehadiran planet ke-500 pada 19 November lalu.

"Ia mula berlaku dan pengetahuan pakar astronomi akan meningkat ketika penemuan berterusan planet di luar sistem terus bertambah. Kita mula melihat gambar keluarga planet di luar sistem suria ini. Kita memperoleh lebih banyak gambaran lengkap pengedaran dan kekerapan planet di luar sistem solar kita," katanya.

# Sistem suria kita dianggarkan berusia sekitar 4.5 bilion hingga 5 bilion tahun. Ia terdiri daripada lapan planet utama, diikuti planet kecil seperti Pluto. Selain itu ada juga komet dan beribu asteroid yang mengorbit sistem suria.

# Planet utama terdiri daripada Utarid, Zhurah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune.

# Dalam sesaat cahaya bergerak sejauh 300,000 km dan dalam sejam bergerak sejauh 1,080,000,000 km (1 bilion 80 juta km). Dalam masa setahun cahaya bergerak sejauh 10 trilion km. Bintang terdekat dengan bumi selain matahari ialah Proxima Centauri yang terletak sejauh 4.3 tahun cahaya dari bumi.
Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Tiada ulasan: