Khamis, 9 Disember 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kuli Derhaka Kepada Sultan

Posted: 09 Dec 2010 11:25 PM PST


Tengku Razaleigh Hamzah telah dilaporkan sebagai berkata bahawa pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September 2010 adalah tidak sah kerana ia didakwa telah tidak dibuat mengikut perlembagaan negeri.

Secara lebih spesifik lagi, Tengku Razaleigh Hamzah juga telah dilaporkan sebagai berkata bahawa pindaan yang telah dibuat ke atas perlembagaan negeri pada 22 Julai 2010 adalah tidak sah kerana ia dibuat oleh Pemangku Raja dan bukan oleh Sultan Kelantan sendiri.

 ------------------------------------------------------
Pemasyhuran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, tidak perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan persekutuan kerana Majlis Perajaan lebih berkuasa dalam perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah pemasyhuran, iaitu memaklumkan kepada rakyat.

"Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan.

"Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat. Jadi, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak kerajaan pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut perlembagaan.

Baca lagi disini




Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Antara Menteri Malaysia Dan Menteri Iran

Posted: 09 Dec 2010 10:56 PM PST

Adakah Menteri Solat Dulu Sebelum 4 Dalam 1?

Di Iran, sebelum sesuatu polisi disaran, dibahas atau diundi; ahli-ahli parlimennya akan bersolat hajat dulu. Kadang di ruang parlimen itu sendiri. Sebelum ini saya pun telah menulis perihal Dr Ahmadinejad yang melakukan istikharah sebelum membuat apa-apa keputusan untuk rakyatnya (klik sini), malah bersolat hajat dalam terowong kenderaan yang bakal dibuka sebelum hari perasmiannya (klik sini).

Di negara kita, bukan sahaja tiada istikharah agaknya, solat hajat pun belum tentu. Yang ada ialah sikap mungkir janji lantas harga barang naik lipat kali ganda, 4 dalam 1. Bulan November lalu ada satu janji dibuat, bulan Disember ini janji itu dicabul (klik sini
).

Tanpa rasa bersalah pengumuman 4 in 1 yang disenyapkan oleh media perdana ini dilapik dengan kata-kata "...langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat..." (klik sini)
* Bandingkan ahli parlimen kita dengan ahli parlimen di Iran, meski mereka syiah dan sesat lalu 'masuk neraka kelak', mereka jauh lebih menepati agama.

Wahai, jika kalian mahu dihormati dan diundi lagi; maka benar-benarlah mendahulukan rakyat.
Sumber:
http://tehranifaisal.blogspot.com

-ijoks2009-
Menetri Iran solat dulu ,minta petunjuk dari Allah sebelum  buat keputusan untuk rakyat,
Menteri di malaysia,buat keputusan melulu ,tanya pendapat kroni,untuk kepentingan diri fikir projek apa yang dapat kaut duit rakyat banyak-banyak.bahkan menteri di malaysia bukan semuanya Islam.
Bukan nak kata Orang bukan Islam tak boleh jadi menteri dalam negara Islam tapi mengikut Syeikh Yusuf Qaradawi adalah tidak dibolehkan bagi jawatan menteri yang penting,yang melibatkan keselamatan dan kemaslahan umum diserahkan pada orang bukan Islam.Sebagai contoh menteri pertahanan,Menteri dalam negeri,menteri keewangan,menteri kesihatan,menteri kerjaraya dan sebagainya.




Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Kuliah Live dari Rusila

Posted: 09 Dec 2010 06:15 PM PST

-Anda juga boleh saksikan kuliah ini melalui tv kat atas,klik pada gambar"watch Islam" dan pilih channel T'Ganu TV. Kuliah ini akan keudara setiap pagi jumaat.
Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

7 kalimah

Posted: 09 Dec 2010 03:50 PM PST

Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisiAllah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut":

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ... mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Sebarkanlah kepada teman2 yang lain..Sabda Rasulullah:"sesiapa yang menyampaikan sesuatu ilmu & orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun dia sudah tiada..."
Sumber:
http://nicqganu.blogspot.com/

Cari N3 lama-lama disini

Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat.
saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah..
Maklumat lanjut klik disini

Khairy Jadi Model Lah Pulak..

Posted: 09 Dec 2010 03:13 AM PST

-santai-

Seorang Model Bernama Khairy Jamaluddin

Ada teman saya, ahli sebuah pertubuhan liberal untuk wanita bertanya, adakah kerjaya sebagai model catwalk di Republik Islam Iran. Kalau ada, model ini nak menggayakan apa? Takkan cadur semata? Kalau di Malaysia bolehlah menggayakan batik atau songket. Katakan, seperti model di atas ini.

Jawapan saya. Ada. Malah model catwalk Iran menggayakan baju kurung! * Lihat foto di atas.

Cerita penuh disini
Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Perwakilan Akui Puteri Gedik

Posted: 09 Dec 2010 02:15 AM PST




Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

David Aramugan pun Boleh Jadi TPM(Tokguru)

Posted: 09 Dec 2010 12:56 AM PST


 
Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa.

Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO. Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan
Artikel asal bertajuk "ISU PERLANTIKAN TPM : BARISAN NASIONAL SEDAR SAAT KEKALAHAN?"


Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Tiada ulasan: