Jumaat, 3 Disember 2010

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat durian runtuh

Posted: 03 Dec 2010 08:58 AM PST


Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

"Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

"Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta," katanya.

Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.

zmp... gang UBN hampa nak komen pa lak pasai ni...... yang mana kakitangan kerajaan negeri yang dari UMNO /BN nak ambik ke duit tu..?????? bukan ke haram duit dari PR.... Kakitangan Kerajaan Pusat hampa dapat apa pulak..... ????

CERAMAH PERDANA Isu Air & Semasa:

Posted: 03 Dec 2010 08:45 AM PST


Bersama :-CHEGUBARD (Pgerusi Solidariti Anak Muda M'sia) bsama wakil PAS dan Keadilan
Tarikh :4 DIS 2010-
Hari :SABTU Jam9.30 MLM
Tempat : PEJ. PAS KAW. PJS

SEMUA RAKYAT DJEMPUT HADIR & SEBARKAN!

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Program-program sempena Maal Hijrah 1432 h di Pulau Pinang

Posted: 03 Dec 2010 07:57 AM PST



Jom Kita hadir beramai-ramai untuk merapatkan Perpaduan Ummah

Pilihan raya umum boleh jadi awal sebab harga barang dah naik- Najis

Posted: 03 Dec 2010 06:21 AM PST


Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih.

Perdana Menteri berkata, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.

"Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat.

"Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini semalam.

Ketika berucap pada perhimpunan agung itu mengenai usaha BN mendapatkan balik sokongan rakyat yang terjejas semasa pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri berkata, BN perlu menunaikan segala janjinya dan perlu juga dilihat sebagai memenuhi semua keperluan rakyat.

zmp.... kah...kah...kah....betul ka rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN....... alasan nak cover kenaikan harga 4 dalam 1... tahniah kerajaan UMNO /BN yang cukup-cukup perihatin tentang rakyat


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Chegubard tolak semua jawatan yang di tawarkan... bukan nak keluar parti...

Posted: 03 Dec 2010 12:35 AM PST

badrulhishamOleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Ketua Cabang Rembau, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin hari ini enggan mengulas lanjut terhadap khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu.

"No komen buat masa ini, tapi yang pasti saya dan anak-anak muda yang mendukung prinsip keadilan tetap teruskan perjuangan sama ada dengan jawatan atau tidak," menurut beliau dalam satu mesej yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas kepada FMT hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard menyatakan pendirian beliau untuk menolak semua jawatan yang kemungkinan akan ditawarkan kepada beliau oleh kepimpinan pusat PKR nanti.

"Saya dah tetap pendirian tolak keputusan pemilihan, tolak semua jawatan lantikan dan terus berjuang," tulis beliau dengan ringkas.

Bagaimanapun khabar angin ini semakin heboh diperkatakan apabila Chegu Bard dikatakan gagal dihubungi sama ada oleh media mahupun oleh teman-teman rapat beliau sejak awal minggu ini.

Sementara itu, bekas pengurus kempen Chegu Bard, Zulkifli Ibrahim pula memberitahu FMT, beberapa teman rapat mereka turut mengadu akan kesukaran untuk menghubungi Chegu Bard akhir-akhir ini.

Bagaimanapun Zulkifli juga memberitahu beliau sempat bertemu Chegu Bard dalam satu program bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Simpang Ampat, Nibong Tebal baru-baru ini.

Teruskan perjuangan

Menurut Zulkifli, Chegu Bard ketika itu hanya meminta teman-teman dan anak-anak muda lain agar meneruskan perjuangan dan enggan mengulas panjang tentang khabar angin itu.

"Saya juga ada bertanyakan tentang khabar angin itu dengan dia. Tapi Chegu Bard semacam tidak mengiyakan atau menafikan desas- desus itu. Cuma beliau ada berpesan agar rakan-rakan anak muda tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan.

"Tapi jelas apa yang saya lihat, Chegu Bard tidak menunjukkan tanda-tanda seorang yang patah semangat walaupun telah ditewaskan dengan cara penipuan semasa pemilihan," katanya lagi.

Sementara itu, Zulkifli turut meragui kenyataan pemimpin-pemimpin parti bahawa siasatan tentang penyelewengan dalam pemilihan tetap dijalankan meskipun kongres parti telah berakhir.

"Sebelum ni seorang saksi dari Sabah telah bertemu dengan salah seorang calon Naib Presiden. Kemudian saksi tersebut telah dibawa ke ibu pejabat untuk memberi keterangannya.

"Tetapi malangnya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) enggan mengambil kenyataan saksi tersebut dengan alasan pada ketika ini parti haruslah menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Umum ke 13," ujar Zulkifli lagi.

"Malahan sesiapa yang ada ketika pengundian dengan mengangkat tangan untuk jawatan Pengerusi Tetap AMK dijalankan dalam Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) pasti nampak penipuan mereka," kata Zulkifli.

Tiada ulasan: