Isnin, 20 Disember 2010

JEBAT_BERANI

JEBAT_BERANI


TOK GURU HAJI HADI : TERJEMAHKAN HASRAT PR PERINTAH NEGARA KEPADA RAKYAT DAN KAKITANTAN KERAJAAN

Posted: 19 Dec 2010 04:30 AM PST


KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.

Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.

"Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum," ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini.

Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri.

"Jangan jadi untung secupak, rugi segantang sebaliknya bergerak dengan sempurna kerana rakyat tetap memerhati kita," katanya.

Sumber : harakahdaily

JEBAT_BERANI : INSAALLAH HAMBA YAKIN KEBANYAKKAN KAKITANGAN KERAJAAN KINI LEBIH CENDERUNG MEMILIH PAKATAN RAKYAT SETELAH 'KEZALIMAN' YANG DILAKUKAN OLEH UM-NO/BE-END TIDAK MAMPU LAGI DITERIMA MEREKA...DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG,KENAIKAN HARGA PETROL DAN TIDAK MUSTAHIL DALAM MASA TERDEKAT INI KENAIKAN TARIF ELEKTRIK PULA JELAS MENUNJUKKAN KEANGKUHAN PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END...SLOGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN" HANYALAH OMONGAN KOSONG YANG GAGAL MEMENANGI HATI RAKYAT....KINI RAKYAT TELAH 'BERSEDIA' UNTUK 'MENGHUKUM ' UM-NO/BE-END.....PRU KE 13 PASTINYA MENJADI MEDAN RAKYAT 'MENGUBURKAN UM=-NO/BE-END INI....

PAS UNTUK SEMUA

Posted: 19 Dec 2010 03:24 AM PST


KEPALA BATAS, 19 Dis: Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh semua kaum di Perak, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.

Perkara ini berlaku kerana slogan PAS untuk semua dan Malaysia untuk semua telah berjaya berjalan dengan baik.Beliau berucap sebagai pembahas dalam konvensyen ini.

Sementara itu, wakil dari PKR, Chah Li Kang pula berkata, masa untuk bercakap sudah berakhir kerana sekarang adalah masa untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan.

Ini kerana, kata beliau, dasar yang dikemukakan oleh Pakatan jauh lebih baik dari BN. Oleh itu, apa yang perlu dibuat adalah mempastikan dasar ini boleh dilaksanakan dengan bekerja kuat ke arah memenangkan Pakatan.

Beliau mencadangkan, dalam pelaksanaan dasar ini, sebuah Parlimen Pemuda yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu di kalangan pemuda di negara ini.

Beliau yakin, pendekatan ini akan membolehkan semua pihak rasa terbela kerana pemuda sangat penting bagi melaksanaan dasar yang baik itu.

Beliau memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Sukarno yang berkata, "Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncang dunia."

Beliau menolak projek yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu NKRA.

"NKRA sebenarnya bukan National Key Result Area tetapi Najib Kasi, Rosmah Ambil," kata Chah Li Kang.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SEMAKIN HARI PAS SEMAKIN DITERIMA MASYARAKAT TANPA MENGIRA MELAYU,CINA ATAU INDIA...INI MEMBUKTIKAN BAHAWA PERJUANGAN PAS YANG TIDAK MELETAKKAN 'PERKAUMAN' SEBAGAI MATLAMAT UTAMA TELAH DITERIMA BAIK OLEH MASYARAKAT...DAN SECARA TIDAK LANGSUNG PENERIMAAN MASYARAKAT INI JUGA MENUNJUKKAN BAHAWA PAS JUGA TELAH MULA DITERIMA OLEH MASYARAKAT BUKAN ISLAM..

JIKA SEBELUM INI MASYARAKAT DITAKUTKAN OLEH UM-NO/BE-END TERHADAP PAS DAN ISLAM,KINI MEREKA TIDAK LAGI TERPENGARUH DENGAN DAKYAH PUAK PUAK UM-NO/BE-END INI.....SEMOGA PADA PRU KE 13 NANTI PAS AKAN BERTAMBAH KUAT DAN DITERIMA SEMU LAPISAN MASYARAKAT TAK KIRA APA KAUM,AGAMA DAN USIA...INSAALLAH..........

Tiada ulasan: