JEBAT_BERANI |
| USAHA UM-NO/BE-END GAGAL : ANWAR KEKAL KETUA PEMBANGKANG Posted: 19 Dec 2010 02:22 AM PST ![]() KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen. Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu. Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini. Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. "Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu. Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan dalam satu sidang yang sangat kontroversi. Ia berpunca dari pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah dibuat oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel. Ia tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu. Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi. Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan. "Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya. Ini adalah amalan undang-undang Islam dari Pakistan yang diambil oleh orang puteh (Barat), kata Karpal. Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan para penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing. "Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh. Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini. Sumber : Harakah Daily JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SEGALA USAHA PUAK UM-NO/BE-END UNTUK MEMECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT TIDAK BERHASIL...USAHA MEREKA UNTUK MEMBURUKKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM LANGSUNG TIDAK TERKESAN DI HATI AHLI2 PAKATAN RAKYAT..KEPADA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END NASIHATKU BERSEDIALAH UNTUK MENGOSONGKAN PUTRAJAYA..HUHUHUHU |
| KONVENSYEN KE-2 PR : KESEPAKATAN PR BIKIN UM-NO/BE-END TAK SENANG DUDUK Posted: 25 Sep 2010 07:30 AM PDT ![]() Pakatan Rakyat menegaskan sekali lagi misi bersama dengan mengemukakan tawaran-tawaran baharu kepada pengundi Malaysia dan mencabar takrif Umno dan Barisan Nasional terhadap prinsip-prinsip dasar negara. Di konvensyen kedua Pakatan di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini, parti-parti gabungan itu bertemu dengan persediaan menghadapi pilihan raya sebagai agenda utama. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan apa yang disebut sebagai rekod kejayaan kerajaan negeri pimpinan DAP itu membela semua bangsa sehingga kontraktor Melayu mendapat sebahagian besar kontrak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perparitan dan Saliran melalui tender terbuka di negeri itu. Sambil mengalihkan tumpuan pada Umno, Lim menegaskan bahawa isu Melayu terpinggir hanya kempen Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Pulau Pinang. Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula mendedahkan kegagalan-kegagalan pemerintah terutama dalam program-program ekonomi. "Keseriusan kita memperjuangkan pelbagai isu di Parlimen, sebagai contoh isu pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST Act), isu kenaikan harga minyak, isu penyelewengan wang rakyat dan lain-lain isu membuktikan bahawa komitmen kita demi rakyat berada pada landasan yang betul. "Akibatnya Umno-BN cemas dan lebih berwaspada. Mereka kini lebih berhati-hati dalam bertindak kerana tahu rakyat akan memilih pakatan yang membela mereka," tegas Wan Azizah. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan yang realistik menekankan sekali lagi agenda memulihkan negara daripada kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini. Jelas Hadi, Pakatan telah bersepakat "mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau," tegas Hadi, menjawab tuduhan Umno yang mengaitkan Pakatan dengan penghakisan kedudukan istimewa Melayu. Ketiga-tiga ucapan membawa tema konvensyen, "Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!" yang membayangkan prospek yang kelam bagi negara sekiranya BN terus memerintah melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Pembentangan kertas kerja oleh wakil-wakil parti dalam sesi pertama sejurus selepas perasmian turut bertema "negara dalam krisis" secara langsung menawarkan Pakatan sebagai penyelesaian kepada krisis tersebut. Pada masa sama, konvensyen turut mengedarkan buku kecil memperincikan dasar-dasar dipersetujui bersama oleh Pakatan, menyerupai manifesto pilihan raya bersama gabungan itu. Perkara-perkara dikemukakan, berbentuk penerangan dan misi-misi yang ingin dicapai, mudah dibaca sebagai persembahan manifesto oleh Pakatan. Masa dan suasana konvensyen, ketika Pakatan berdepan serangan berterusan media pemerintah dan pilihan raya umum dijangka tiba dalam masa beberapa bulan, memaksa Pakatan untuk benar-benar menunjukkan wajah bersatu dan bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan pusat. Beberapa hari sebelum konvensyen, Pakatan menerima serangan terbaharu ekoran penggantungan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan protes yang diadakan di Parlimen. Sebelum itu, muncul kumpulan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), menjadi sebahagian kuasa ketiga dalam politik negara. Kemunculan kumpulan ini, dan kuasa ketiga yang rancak dibicarakan kebelakangan ini mewujudkan satu cabaran baharu kepada Pakatan, melibatkan persaingan dalam politik pilihan raya dan dalam medan ide-ide perubahan. Respons Pakatan yang dapat diperhatikan dalam konvensyen ini tidak menunjukkan gabungan ini kehilangan fokus, walaupun retorik pada peringkat awal dan ceramah malam sebelumnya tertumpu pada serangan terhadap Umno. Sesi-sesi perbincangan selepas perasmian memperlihatkan perincian yang lebih jelas, seperti usaha meningkatkan pendapatan isi rumah, menangani masalah peneroka Felda dan pelbagai isu lain melibatkan semua bidang. Seperti yang disebut Presiden PAS dalam ucapan perasmiannya, Pakatan bergerak berdasarkan agenda-agenda yang dipersetujui bersama, untuk memulihkan negara yang berdepan krisis. Berdasarkan pendekatan realistik dan harapan upaya menangani kempen negatif BN dengan lebih tersusun, Pakatan Rakyat boleh terus melihat masa depan yang cerah. Sumber : Harakah Daily JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SEMAKIN KECUT PERUTLAH UM-NO/BE-END MELIHAT AKAN KESEPAKATAN PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT...SESUATU YANG MEREKA SENDIRI SUKAR UNTUK CAPAI DALAM BE-END...'KESEPAKATAN' YANG MEREKA LAUNGKAN DALAM BE-END HANYALAH 'SANDIWARA' MEREKA BAGI MENYELAMATKAN SAKI BAKI NYAWA YANG MASIH ADA UNTUK MEREKA PERTAHANKAN...HAKIKATNYA KITA DAPAT MELIHAT 'KECELARUAN' BAIK KATA DALAM UM-NO ITU SENDIRI MAHUPUN DALAM BE-END KHUSUSNYA.... HAKIKATNYA SEKARANG INI MASYARAKAT MELAYU,CINA DAN INDIA SERTA LAIN-LAIN BANGSA SUDAH MULA MENOLAK PERJUANGAN BERASASKAN PERKAUMAN YANG DIPERJUANGANKAN DALAM UM-NO.MCA DAN MIC...SLOGAN 'KETUANAN MELAYU' JUGA TURUT DITOLAK OLEH KEBANYAKKAN MASYARAKAT MELAYU KERANA MEREKA SEDAR BAHAWA IANYA HANYALAH MUSLIHAT UM-NO UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN KAUM MELAYU... DALAM MASA YANG SAMA UM-NO/BE-END LANTANG MELAUNGKAN SLOGAN 1MALAYSIA..TIDAKKAH INI MENIMBULKAN KECELARUANG...YANG MANA SATU SEBENARNYA MEREKA MAHU PERJUANGKAN..."KETUANAN MELAYU" ATAU HAK SAMA RATA SELURUH RAKYAT MELALUI SLOGAN 1MALAYSIA???!!!NYATA SEKALI MEREKA TERPERANGKAP DENGAN PERCATURAN YANG MEREKA SENDIRI LAKUKAN...KINI TIBA MASANYA UNTUK RAKYAT MENILAI SENDIRI..APAKAH MASIH MAHU 'DIPERBODOHKAN' OLEH UM-NO/BE-END???TEPUK DADA TANYA DOMPET MU..hehehehe |
| You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


1 ulasan:
selamat meneruskan perjuangan, Pakatan Rakyat!
Catat Ulasan