Ahad, 5 Disember 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Posted: 05 Dec 2010 02:45 AM PST

"Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.

"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.

"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS."

Sedutan dari sini.

Himpunan bersurai, 50 ditangkap

Posted: 05 Dec 2010 02:31 AM PST

"KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kira-kira 50 peserta himpunan 'Kembalikan Hak Air Selangor', yang mahu berarak menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, ditahan pihak polis.

Penangkapan bermula seawal lima minit perarakan dimulakan dari masjid negara- tempat peserta berkumpul- menuju ke jalan utama di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Kekecohan berlaku apabila peserta bertembung dengan pihak polis yang membuat sekatan bagi menghalang pergerakan peserta himpunan ke Istana Negara.

Pada perhimpunan di Masjid Negara sebelum itu, para peserta difahamkan polis akan mengawal perarakan hari ini sihingga sampai ke Istana, bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku apabila sekumpulan polis mengadakan benteng dihadapan stesen keretapi.

Tidak cukup dengan itu, beberapa trak water cannon juga sudah bersedia manakala pasukan FRU pula berbaris dengan senapang gas pemedih mata.

Tidak berpuas hati dengan sekatan itu, para peserta himpunan mula merempuh halangan pihak polis dan berjaya melepasinya."

Sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: