Rabu, 1 Disember 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Istana Negara akan banjir ...? Ade ker ...?

Posted: 01 Dec 2010 01:40 AM PST

"Istana Negara menjadi tumpuan dua kumpulan anti dan pro-kerajaan Selangor yang mahu menghantarkan memorandum masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini.

Bagaimanapun, angka kumpulan berbaju merah yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka jauh melebihi peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam.

Khalid dijadual menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Manakala Gaps pula mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan."

Sedutan dari sini.

APCO mana pulak ni ...? Kah, kah kaahhh ...?

Posted: 30 Nov 2010 09:54 PM PST

APCO mana pulak ni ...?
Suruh tangguh pemilihan ...!!!
Kesiaannn, orang UMNO kena tipu ...?
Kah, kah kaahhh ...?

Kesiaannn, kena tipu ....?

Posted: 30 Nov 2010 08:28 PM PST

"Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pemilihan parti itu pada 2011 akan ditunda selama 18 bulan bagi memberi ruang untuk mengukuhkan parti.

Katanya, keputusan yang dibuat sebulat suara oleh majlis tertinggi itu melibatkan pemilihan bagi peringkat bahagian dan jawatankuasa tertinggi parti.

"Ini merupakan peruntukan dalam Perlembagaan parti yang bukan kali pertama tetapi beberapa kali kita gunakan supaya seluruh perhatian dan tenaga kita terarah ke arah memantapkan proses penyediaan pemantapan parti kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi itu di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur lewat malam semalam.

Najib berkata keputusan untuk menunda tarikh pemilihan itu dibuat bagi mengelakkan perpecahan di kalangan anggota parti itu pada tahun depan."

Sedutan dari sini.
Kesiaannn, orang UMNO kena tipu ...?

Tiada ulasan: