Gula-gula PR? Posted: 13 Dec 2010 01:00 PM PST
Implikasi janji-janji Azmin dan PKR ini besar kepada pentadbiran negara. Seandainya PR berjaya menakluki Putrajaya, adakah PR akan menunaikan janji-janji tersebut? Jangan hanya kerana mahukan undi mereka menabur janji-janji politik yang akhirnya menjadi gula-gula politik semata-mata.
P/s: Seorang lelaki berjanji untuk memberikan sejumlah wang kepada adik-beradiknya jika mereka membantunya mengurus pengeluaran wang simpanan pekerja di negara jiran. Namun apabila dia memperoleh wang tersebut, lelaki itu melupakan janjinya dan menghabiskan wangnya itu untuk kepentingan peribadi. Ini ialah contoh lazim yang berlaku dalam pelbagai situasi.
Moralnya, seseorang boleh berjanji macam-macam ketika dia belum memperoleh apa-apa yang dihajati, namun memungkirinya apabila memperoleh apa-apa yang dihajati. |
[PANAS] Tun Razak BUKAN Pengasas Felda Posted: 13 Dec 2010 07:42 AM PST Saya petik: [SK] KUALA LUMPUR 13 Dis - 29 juta rakyat Malaysia khususnya 22,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dan 3 juta ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno Baru) tentunya akan merasa amat terkejut dan sukar menerima fakta ini - Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein BUKAN pengasas Felda.
Selama lebih 50 tahun, Umno telah menipu rakyat negara ini dengan menyelewengkan sejarah sebenar penubuhan Felda dengan mengatakan agensi tersebut telah ditubuhkan oleh Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia dan juga ayah kepada Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib dan dengan hujah kaitan itu maka Umnolah yang berperanan besar menubuhkannya.
Malah Najib menggunakan alasan ini untuk meletakkan Felda di bawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004.
Najib juga pernah menyatakan seolah-olah beliau mewarisi tanggungjawab untuk membela peneroka Felda dari ayahnya.
Semalam semasa merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di Putrajaya, Najib melabelkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.
Sebelum ini lidah rasmi Parti Keadilan Rayat, Suara Keadilan di saman sebanyak RN200 juta oleh Felda berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam akhbar itu Mei lalu.
Susulan itu juga Kementerian Dalam Negeri enggan memperbaharui permit penerbitannbya apabila ia tamat tempoh pada 30 Jun lepas.
Penyelidikan Suara Keadilan membongkarkan idea asal penubuhan Felda sebenarnya datangnya daripada penjajah Inggeris di Malaya ketika itu.
Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina.
"Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.
"Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh FLDA," kata Dr Samarudin.
Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.
Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Artikel itu menyebut susulan daripada laporan "International Bank for Reconstruction and Development Mission" pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957...- Dzulkarnain Taib P/s: Terkejut Najib! Kalau pertikai kewangan Felda dianggap Najib sebagai pengkhianat, apa pula yang mahu digelar Najib kepada pihak yang menafikan bahawa bapanya ialah pengasas Felda? |
Kemaruk Mahu Beli Mesin Terapi Elektrostatik? Fikir Dahulu Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak! Posted: 13 Dec 2010 04:45 AM PST Saya memang tidak tahu menahu fasal mesin elektrostatik yang lazim anda lihat dalam akhbar tabloid popular. Advertorial tentang mesin ini disiarkan setiap hari di akhbar itu. Jika artikel tentang mesin itu disiarkan setiap hari, maka sudah tentu mesin itu laris dijual di pasaran. Harganya pun sangat mahal sehingga mencecah belasan ribu. Seperti biasa, blog Aidid yang kini bikin panas dengan AC Mizal dan beberapa perniagaan MLM yang lain mengupas secara ringkas fasal mesin ini. Saya salin dan tampal beberapa keping gambar dan petikan komen daripada artikel yang berkaitan. Soalan yang lazim ditanyakan oleh pengguna yang bijak, adakah mesin tersebut benar-benar memberikan kesan positif kepada kesihatan pengguna? Seorang pelawat blog tersebut yang mendakwa dirinya doktor menngirimkan e-mel dengan mendakwa: Jika benarlah dakwaan pengunjung itu, maka hal ini seharusnya diuar-uarkan agar kesihatan masyarakat yang menggunakan mesin ini tidak menjadi lebih kronik. Seorang lagi pengunjung blog itu menulis di ruangan komen menyatakan: Salam bro. You know what, this post really hit me. It's the MAIN reason why I really despise these ridiculous bullshit products that uses the name of Islam (Islam kah?) for the sake of business!
My dad pernah experience the SAME thing as mentioned in the email, he used to be fine and dandy walaupun ada diabetes, tiba tiba some God forsaken mala'un promote this Al-Jabbar (trust me I would have punched the person and made him/her suffer as much, but me and my family wasn't around my dad at that time; May Allah reward him as JUSTLY for the things that he had done to my dad) and made my dad's diabetec level increased terribly, terus kena admit masuk ward.
Now, alhamdulillah he's maintaining his sugar level, makan ubat yang doktor advised him to, dah tak percaya benda2 bangang mcm ni dah. It was such a bitter experience, kalau yang tak terkena dan yang mempromote produk2 ni memang takkan tahu dan faham betapa sakitnya hati kami sekeluarga.
Again bro Aidid, I thank you for this post. Seorang lagi pengunjung menulis: saya duduk di kawasan kampung di melaka.. saya perhatikan makcik pakcik kat sini dan hampir semua kampung2 kat melaka ni percaya dgn menatang ni... kat melaka ni ada beberapa pusat yang buat treatment benda ni.. free.. modus operan dia, dia akan bukak utk a few months dan free.. so berduyun2 lah org kampung ni pegi.. termasuklah makcik saya.. siap promote dgn my parents.. bagus lah ape lah.. tapi my parents tak percaya..
sampaikan ada makcik kat belakang rumah ni paksa anak dia beli dgn cost 12/13k.. terpaksalah sang anak membeli... dan ada pulak yang menumpang... sekali cuba, terus tak boleh jalan.. ntah kebetulan ntah apa, kurang pasti pulak..
so pihak yang berwajib.. turun2 lah kat area kampung2 ni.. sian makcik pakcik yang kene bohong dgn dema..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
sy pun ada kisah yg lbh kurang sama dgn awak. kat tmpt saya di tg krg, mereka (bukan aljabar la) akan sewa kedai. pastu sediakan rawatan. kena byr sehengget utk satu sesi. berduyun2 la makcik pakcik buat rawatan. yg muda2 xde plak sy tgk. sy x galakkan mak sy pi tp dia terpengaruh dgn rakan sebaya dia..so sy x nak bertekak dgn mak, sy htr la dia. bukan main bersemangat mak sy dgn rwtn tu. tiap2 hr dia akan bw sebotol air. air tu kena pegang masa wat rwtn kononnya air tu pun akan ter 'rawat' sama dan bagus sekali bila diminum.
rwtn ni berlangsung selama dua bulan x silap sy. sblm berakhir rwtn tu sy sering tertanya. apa motif diorg bg rawatan rm1 bg sesi? diorg ni mcm buat kebajikan plak utk org2 tua. sy mula terpikir ni mesti ada sesuatu di hujung rwtn nanti. dan akhirnya sangkaan sy tepat. sblm diorg blah ke tmpt lain, mereka menawarkan mesin tersebut pada hrga rm12k tp konon2nya ada twrn hebat so hrga dpt kurang ke rm9k sj!!! wah, padan la bukan main sblm ni buat rwtn mcm nak buat kebajikan. rupa2nya nak jual mesin tu. makcik2/pakcik2 yg menyara hidup dgn bertani dan bersawah, mula la mengumpul duit utk membelinya. mgkn diorg rasa mesin ni berkesan. sy dgr, pekerja bukan main manis mulutnya. mak sy puji pandai dia bercakap. mujur la mak sy ni jenis kedekut nak kuar duit. duit dia byk. ada 80k kat akaun. tp kalau bab nak kuarkan tu mmg kedekut tahap cipan. syukur gak kalau x, tentu dia dah beli benda tu. so, bila dia tau dia kena beli, cpt2 dia stop rwtn. sy pun ckp kat mak. tu la mak, sy tau taktik diorg tu. mesti ada udang di sebalik batu. skrg ni x tau daerah mana plak diorg pi. tp yg sy tgk, ada satu company lain buat benda yg sama tp kat tmpt(kedai lain). dan sy tgk berduyun2 warga tua buat rwtn kat situ..sy hnya blh berkata dlm hati..kesian makcik/pakcik tu...mak sy pun dah x percaya. mak sy ada diabetis dan drh tggi. xde plak ok penyakit dia melainkan kena amik ubat secara berterusan. sy ucapkan syabas kpd encik aidid kerana mmbongkarkan isu mesin "power" ni, selain isu MLM. jgn biarkan org melayu sentiasa ditipu dan diperdaya.. Seorang pengunjung pula memerihal pengalaman pak ciknya menggunakan produk lain syarikat terbabit: yop.. pak cik teman ade hep b. berenti makan ubat doc kasi pasai dok pecaya kawan baik cakap tonik hati berkesan. time dia ambik tonik hati tu keadaan dia jadi teruk/sakit (sebelum tu tak de ape benda)katanya memang akan ade kesan sampingan dulu pas tu baru tonik tu sebati ngan badan. makin lame makan makin teruk (pasai beli 1k ++ tak kan nak buang gitu aje) memula demam biasa aje tak bebaik pas tu badan, mata kuning bila cek darah bacaan hati dah beribu ribu.
last di rujuk balik kat spital selayang dok sebulan baru pas tu ok... nyaris tak tumpo.. Seorang lagi pengunjung menangkis dakwaan bahawa mesin elektrostatik begitu laris jualan dan penggunaannya di Jepun. Katanya: Aku la ni study kat Jepun. Mak aku ada gak cerita pasal Dr. Jism ni tengah hot kat area Bandar Tun Razak. Dia ada minta tengok2kan kalau ada jual murah kat Jepun ni, boleh tolong belikan. Mula2 aku x tau la macam mana bentuk Dr. Jism ni. Mak aku kata duduk je, x payah urut2 la hapa la..lepas aku tengok website AlJabbar ni baru aku search kat market Jepun ni. Aku pun sebenarnya skeptical jugak dengan mesin ni. Nak gak tau kalu betul2 popular kat Jepun dan ada explanation yang valid kat mana2 site Jepun. Cari punya cari, x jumpa2. Tu yg menambahkan skeptikal aku ni. Dorang ni suka2 je kata digunakan meluas di Jepun. Aku tanya kawan2 Jepun aku. Dorang pon x tau pasal mesin nih.
Pasal detox patch tu, mmg kat Jepun ni meluas gak jualannya. Cuma dorang xde lah claim patch tu boleh rawat semua penyakit. Biasanya company2 yg jual akan clain utk melegakan lenguh badan dan kaki setelah seharian berkerja. Bila pakai malam, peredaran lancar dan esoknya segar. Tu je, xdelah over sampai semua penyakit boleh sembuh. Komen-komen di atas ada kemungkinan direkayasa, namun saya fikir tiada faedahnya mereka mereka-reka komen semata-mata mahu mengikuti perbincangan di blog. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Lebih menarik, empunya blog turut menampal "screenshot" penjual mesin yang mendakwa menjual mesin yang sama dengan mesin yang diiklankan saban hari di akhbar. Rupa-rupanya banyak orang yang menjual mesin ini. Di sebuah blog, di ruangan komennya, beberapa pengunjung mengiklankan mesin elektrostatik masing-masing. Lihat di sini.Saya setuju dengan pemilik blog bahawa: Di bawah akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976: Sebarang iklan mengenai sesuatu produk tidak boleh mengandungi dakwaan yang mengatakan produk itu boleh menyembuhkan penyakit-penyakit seperti: penyakit buah-pinggang, penyakit atau kecacatan jantung, kencing manis, epilepsi, paralysis, tuberkulosis, asthma, kusta, pekak, ketagihan dadah, hernia, darah tinggi, penyakit mental, ketaksuburan, penyakit kelamin dan beberapa penyakit lagi. Malangnya, pihak berkuasa yang dipertanggungjawab untuk memantau produk-produk kesihatan hanya melihat kegiatan pihak-pihak tertentu menjual produk kesihatan yang tidak disertakan bukti klinikal mahupun pengesahan melalui kajian dan ujian makmal tanpa mengambil apa-apa tindakan. Itulah sifat tipikal pihak berkuasa/agensi kerajaan di Malaysia. Mereka gemar sangat berpegang pada peribahasa: "sudah terantuk, baru tengadah". Tuntasnya, jika mahu menjual produk kesihatan, sertakanlah bukti klinikal, bukannya hanya bersandarkan pada testimoni dan sebagainya. Jika anda masih mahu membeli mesin-mesin tersebut, silakan! Tepuk dada tanya selera. Artikel penuh tentang hal ini boleh dibaca di sini.* Gambar mesin di atas hanya sekadar hiasan. |
Doa Pertama Kali Berkumandang dalam Konvensyen DAP. Apa UMCO & Geng Mahu "Putar"? Posted: 13 Dec 2010 02:28 AM PST Saya petik: [MK] Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.
Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.
Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.
Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti, demikian menurut kenyataan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.
Puluhan ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir di konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.
Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini.
DAP sering dituduh cauvinis kaum kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.
Konvensyen kali ini turut menyaksikan lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon yang bertanding untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.
Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik calon tunggal Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menganggotai jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.
Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther. P/s: Mungkin keluar kenyataan di akhbar: "DAP peralat doa untuk meraih sokongan orang Melayu". |
Banyaknya Cicak Tokek! Kalau di Malaysia, Mereka Sudah Jadi Jutawan Segera! Posted: 12 Dec 2010 10:45 PM PST Saya jumpa senarai harga cicak tokek di internet: 400 gram – 440 gram = RM 1 Juta – RM 1.2 Juta 500 gram – 600 gram = RM 1.2 Juta – RM 4 Juta 600 gram – 700 gram = RM 4 Juta – RM 8 Juta 700 gram – 800 gram = RM 8 Juta – RM 15 Juta 800 gram – 900 gram = RM 15 Juta – RM 18 Juta 900 gram – 1000 gram = RM 18 Juta – RM 23 Juta
juga mencari tokek 360 gram -390 gram sebanyak 7 ekor dengan kadar harga RM 180,000 – RM 230,000 /SEEKOR
Dan mencari tokek 310 gram – 359 gram sebanyak 12 ekor dengan kadar harga RM 130,000 – RM 150,000 /SEEKOR Saya jumpa satu lagi laman yang menyiarkan harga cicak ini: 300Gram ~ 350Gram : 1 EKOR = RM50,000. (LOCAL BUYER) 300Gram ~ 350Gram : 8 EKOR = RM250,000 (SETIAP EKOR) RM250,000 X 8 = RM2,000,000 Untuk 8 EKOR TOKEK. 360Gram ~ 380Gram : 1 EKOR = TAK PASTI. ADA BARANG, BOLEH RUNDING HARGA. (LOCAL BUYER) 360Gram ~ 380Gram : 4 EKOR = RM300,000 (SETIAP EKOR) RM300,000 X 4 = RM1,200,000 UNTUK 4 EKOR TOKEK. (HARGA BOLEH RUNDING!). 390Gram ~ 399Gram : 1 EKOR = TAK PASTI. ADA BARANG, BOLEH RUNDING HARGA. (LOCAL BUYER) 390Gram ~ 399Gram : 2 EKOR = RM350,000 (SETIAP EKOR) RM350,000 X 2 = RM700,000 UNTUK 2 EKOR TOKEK. (HARGA BOLEH RUNDING!). 400Gram ~ 409Gram : 1 EKOR = RM800,000. HARGA BOLEH RUNDING, TOLONG MAINTAIN KAN BERAT BADAN TOKEK. 410Gram ~ 420Gram : 1 EKOR = RM1,000,000 ~ RM2,000,000 (NEGOTIATE)
WOW! Lumayan! Gambar-gambar di atas pula menunjukkan pekerja/pengumpul cicak tokek sedang melapah binatang itu untuk dikeringkan di sebuah kilang di Jawa Timur Indonesia. Menurut berita Agensi, perniagaan cicak di Indonesia kini sudah menjadi bahan komoditi eksport ekoran permintaan tinggi di luar negara
Seorang pengusaha dikenal sebagai Sugiyanto, 38, di Probolinggo memberitahu bahawa haiwan eksotik itu telah lama menembusi pasaran rantau Asia Tenggara terutama Singapura selain Jepun, China dan Taiwan.
Katanya, "Setiap bulan, kami hanya mampu memproses 3,000 ekor cicak sebelum dijual pada harga 4,000 rupiah (RM1.40) seekor." Sebelum ini beberapa akhbar Indonesia/Malaysia melaporkan seorang pemuda Malaysia menemui seekor cicak gergasi di kawasan hutan dekat sempadan Kalimantan-Sabah dan dijual pada harga RM64 juta. Jika dibandingkan dengan laporan akhbar serta harga yang saya temukan di internet itu, harga seekor cicak yang dibeli oleh Sugiyanti daripada penduduk tempatan adalah sekitar 1,750 rupiah atau 62 sen seekor. Anda mungkin mengatakan bahawa tokek yang diproses itu tidak mencapai berat minimum, iaitu 300g, namun logikkah mereka tidak pernah menemukan cicak seberat itu, sedangkan haiwan ini begitu banyak di hutan Indonesia?
Jika cicak tokek ini boleh dijual dengan harga yang mencecah jutaan RM di Indonesia, saya kira orang-orang di dalam gambar itu sudah bergelar jutawan. Tidak perlu lagi bekerja melapah tokek sedangkan mereka hanya perlu mencari dan menjualnya dengan harga yang luar biasa mahalnya. Namun malang kerana harga tinggi itu hanya kedengaran di Malaysia, tidak di Indonesia.
Apa keistimewaan cicak tokek sehingga cicak ini dijual dengan harga yang begitu tinggi? Entah betul atau tidak, cicak tokek didakwa mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam kajian klinikal peringkat awal menunjukkan hasil yang begitu signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol itu mempunyai sifat antikanser/metastasis sel kanser, serta melawan HIV dan H1N1 viral./www.duniacacamarba.blogspot.com
|
"Steady" Bang Bomba Posted: 12 Dec 2010 07:33 PM PST Sekumpulan enam pendaki bebas termasuk tiga pelajar, sesat lebih 15 jam ketika menyertai aktiviti mendaki Gunung Chabang yang terletak di Banjaran Titiwangsa, Simpang Pulai, dekat perkampungan Orang Asli Pos Slim kelmarin.
Pendaki terbabit adalah Jea Jie Kong, 36, seorang akauntan; Yaul Ken Min, 26 (chef); Lin Yen Yin, 33, (arkitek) serta tiga pelajar dikenali sebagai Teo Guan Yew, 19; Michelle Kong, 21, dan Koh Ying Meng, 25. Mereka dilaporkan hilang selepas seorang daripada mereka menghubungi talian kecemasan bomba, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin bagi memaklumkan mereka sesat sebelum berjaya tiba di tapak perkhemahan di pertengahan gunung itu. |
Ayah "Durjana" Tergamak Toreh Kemaluan Anak Sendiri Posted: 12 Dec 2010 05:11 PM PST Saya petik: [HM] SEREMBAN: Seorang lelaki layak digelar 'bapa durjana' kerana tergamak menoreh kemaluan anak lelakinya yang baru berusia empat tahun dalam kejadian di Taman Desa Dahlia, Senawang, dekat sini. Lelaki yang juga seorang tukang kebun berusia 30-an itu dipercayai menggunakan senjata tajam untuk melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap anak sulungnya itu.
Ketika kejadian, kanak-kanak malang itu dikatakan tinggal bersama suspek di rumah mereka manakala ibunya dikatakan masih berpantang selepas melahirkan anak ketiga sembilan hari lalu di rumah keluarga di Jempol.
Adik lelaki mangsa berusia setahun pula dijaga seorang saudara suspek tidak jauh dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu itu terbongkar selepas suspek menghantar kanak-kanak itu ke rumah saudaranya tidak jauh dari situ.
"Lelaki terbabit menghantar anak sulungnya menggunakan motosikal ke rumah saudaranya dan memintanya menjaga kanak-kanak terbabit.
"Suspek turut mengambil anak lelakinya berusia setahun yang dijaga saudaranya dan pada masa sama menyerahkan kunci rumahnya," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Beliau berkata, selepas menyerahkan anak sulung dan kunci rumah, tukang kebun itu beredar bersama anaknya berusia setahun menaiki motosikal dipercayai menghala ke kampung halamannya di Kuala Pilah.
Menurutnya, saudara suspek yang juga seorang wanita berusia 20-an mengesyaki sesuatu tidak kena terhadap kanak-kanak itu lalu melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu cedera di bahagian kemaluan.
"Wanita itu membawa mangsa ke hospital dan difahamkan, doktor terpaksa menjahit kemaluan mangsa yang cedera," katanya.
"Kanak-kanak itu dapat diselamatkan pihak hospital hasil tindakan pantas wanita berkenaan yang terus membawa mangsa mendapatkan rawatan sebaik mengetahui kejadian itu," katanya.
Katanya, suspek dikatakan meninggalkan anaknya berusia setahun itu di sebuah surau di Kuala Pilah, namun mangsa bernasib baik apabila ditemui orang ramai.
Menurutnya, orang ramai yang menemui kanak-kanak itu segera menghubungi polis sejurus selepas kanak-kanak itu dirujuk ke hospital dan pemeriksaan bagaimanapun mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Selepas meninggalkan anaknya di surau, suspek dipercayai pulang ke rumah keluarganya di Kuala Pilah sebelum diberkas polis tidak lama selepas itu," katanya. - Mohd Nur Asnawi Daud P/s: Mungkin tidak siuman/hilang pertimbangan. Jika tidak, maka wajarlah dia digelar "durjana". |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan