Ahad, 5 Disember 2010

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


Fakta Menarik Tentang GAJI!!

Posted: 05 Dec 2010 06:24 AM PST



Have u ever wonder how much the salaries of the minister in our country?
With all the mansions, the BMW's, the Jaguar's, Lexus and etc, no one can stop from wondering how much they made every month.
 
Prime minister, his deputy, the cabinet members, how much they made a month?
Here are the recent reports from Bernama regarding to the salaries of our politicians:
__________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, Nov 23 — The prime minister receives a monthly salary of RM22,826.65 according to the Members of Parliament (Emolument) (Amendment) Act 2005 which came into effect on January 1, 2004.
 
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the deputy prime minister was paid RM18,168.15 while Cabinet ministers are paid RM14,907.20.
 
The monthly salary of a political secretary effective from January 1, 2004 was RM5,709.99, he said.
 
He said this in his written reply to N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) on the salary and allowances received by members of the Cabinet, political secretaries as well as the total emoluments and allowances paid to members of the Cabinet from 2005 until 2009 at the Dewan Rakyat sitting today.
 
Nazri said the total annual salaries paid to members of the Cabinet last year was RM5,470,942.40 and RM5,783,993.60 in 2008.
 
He said a total of RM5,858,529.60 was paid in 2007 while RM5,858,529.60 was paid in 2006 and RM6,007,601.60 in 2005. — Bernama
__________________________________________________________________________________

So here I make it in a point form:
-Prime minister : RM22,826.65
-Deputy P.M :
RM18,168.15
-Cabinet Minister :
RM14,907.20
-Political secretary :
RM5,470,942.40
 
Open ur eyes widely and look again, the highest position, Prime Minister only make RM22, 826.65.
So this is really mind boggling and defying the principles of accounting on how they and their family members can afford all those Porsche Cayennes and Lexuses.
 
It is a real joke coz how can salary like that can make these people live like a multi-millionaire.
Is it because of their prudent management of their wages? Well, if that so, kiss my arse.
 
While the salaries listed are surely sizable enough to the peasants and middle-income urbanites, the huge amount somehow couldn't just justify the huge extravagance displayed by some of the ministers.
 
Where does their car collection come from? Where does their huge mansions and additional wives come from? Are the numerous side-allowances included in the bill as well? Are there any financial records of the ministers directly dabbling in other businesses (which is, to the best of my knowledge, prohibited by the law)?
 
Well, RM22.8k may sounds too low for the top job. Checkout Singapore's salary for comparison, even Indonesia's president salary is higher. But that is not a big deal, coz like what our neighbour downsouth used to say, Singapore politicians are the highest paid in the world, but still he is the poorest in Asia. Got what I'm trying to say here?
 
One word, and that is 'honesty'.
 
U only got what u deserve, u don't steal from the people. That is gentleman. That is honesty. And I can see that in Singapore politicians.
 
Even though our leaders salaries may look kinda low, but take a look at their assets, and u will mesmerize with how 'prudent' they managed their money. 
 
And what about other perks and privileges? Can they be put into black and white too?
 
Since we as a tax payers, we must be informed of annual income of PM, DPM, CABINET MINISTER, DEPUTY MINISTER and so on. At least all this information must be made known to public to as it involved their money. The government must make this in transparent manner every year. This is part of freedom of information.
 
It is so glaring that 'other income' is the motivation to get into politics. The 'dentist' will have to pull many teeth to afford the mansion that he has built with ill-gotten gains. But who is there to go after him-the anti-corruption office, the auditor general, the police, the PM's office?? Forget it they have more important work to do. 
 
The MACC must says that the leaders know how to spend wisely unlike u silly Malaysians out there who spend money like nobody business. Don't u know the whole cabinet is such great, thrift, wise money spender that all the big houses and cars and millions and billions are the result of wise spending. Don't believe? Join them and u will find out soon enough!
 
Assume that some of the leader gets less than a PM, how come they can afford the Hilton in Adelaide, the $1mil mansion in the US and other properties in London and Canada? How can they afford about $1mil to travel overseas? Owh wait, of coz they can afford coz one of it was an educational trip to Disneyland to see how theme parks are built, so it must be paid by taxpayers money.
 
U guys taxpayers just shut up and let them do the job!

Ps : I wonder does MACC has the guts to cross-check the Cabinet and ministers' salaries with their available assets ? Until that day, we can forget about a clean government.
[best traffic side. just click http://free.cool-traffic.com/members/56853.html]

Siapa sebenarnya High Income? Rakyat Malaysia? Expatriate? PEMANDU punya komiti dan staf?

Posted: 04 Dec 2010 09:58 PM PST

Oleh: Jafrul Jaafar

Apa yang nak dibanggakan dengan 'high income' jika Melayu Pulau Pinang rata-rata masih bekerja sebagai operator kilang dan tidak mampu memiliki 'landed property' dan 'luxurious condo' di Pulau Pinang. Akibat daripada strategi halus masyarakat developer di Pulau Pinang sejak pemerintahan parti  Gerakan di Pulau Pinang.

Kerajaan BN jangan dok sebut pasal HIGH INCOME lagi..walhal hakikat dan realiti Malaysia ini rata rata ekonomi daerah dan negeri disemarakkan oleh KAKITANGAN KERAJAAN. Ambil contoh PERLIS dan BALING. Kalau tiada agensi kerajaan, ingat ekonomi tempatan di situ boleh hidup?

Apa yang nak dibanggakan dengan 'high income' jika rata-rata agensi yang ditubuhkan untuk membantu menyemarakkan ekonomi gagal melaksanakan tujuan asas penubuhan mereka iaitu 'creation of real job'. Tidak dinafikan banyak 'proposal' telah dihantar, tetapi mana implementasinya. Kita bukan hidup di alam fantasi. Kita hidup di alam realiti. Berapa banyak sebenarnya 'real job' telah dihasilkan daripada projek projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA dan projek projek syarikat MSC Malaysia? Kerana data-data yang diberikan oleh MIDA, MDEC dan MOHR, semuanya adalah berdasarkan 'propose job'. Kita rakyat mahu 'REAL JOB'.

Apa yang nak dibanggakan dengan 'high income' jika jaringan pengangkutan awam di Malaysia masih lagi 'disconnected' di antara satu sama lain. Malah lebih teruk, sampai bila abang, pakcik serta makcik pemandu teksi kerja siang dan malam tetapi permit mereka masih dimiliki oleh syarikat-syarikat yang terang-terang dimiliki oleh kuasa-kuasa yang berpengaruh di dalam kancah politik negara. Jika benar prihatin, bagi permit direct kepada semua cabby. Tak perlu ada syarikat-syarikat lagi.

Apa yang nak dibanggakan dengan 'high income' jika syarikat-syarikat tempatan dianaktirikan di dalam permohonan untuk mendapatkan geran dan bantuan daripada kerajaan. Sedangkan syarikat asing yang rata-rata polisi mereka  lebih menguntungkan 'expatriate' daripada pekerja tempatan. Sebagai contoh, gaji seorang expatriate dengan skilset yang sama, adalah dua kali ganda lebih daripada rakyat tempatan. Malah, persoalan yang timbul dan tidak terjawab sampai kini, agensi mana yang memantau 'transfer technology' dan 'transfer of skill' daripada seorang 'expat' kepada pekerja tempatan. Sekarang bukan tahun 70-an lagi.

Jangan bagi alasan kata tiada pekerja tempatan. Sudah berapa banyak wang dibelanjakan oleh kerajaan dari tahun 90-an sehingga 2010 di dalam aspek 'training and development'. Setiap kali belanjawan, aspek ini yang diberikan penekanan. Tetapi, sehingga kini, masalah ini masih berlarutan. Kenapa? Kerana jawapannya adalah semua agensi kerajaan lepas tangan. MITI kata MOHR. MOHR kata SIRIM. SIRIM kata MIDA. MIDA kata MOSTI. MOSTI kata MDEC . MDEC kata MIDA. Akhir sekali, yang kenyang EXPATRIATE juga. Siapa yang high income kat sini yang cuba diwujudkan? Expat ka local?

(bancian di Utusan Online baru-baru ini..nilai la sendiri)

Akhir kalam, wahai PEMANDU dan ahli fikir kerajaan Malaysia, jangan terlalu asyik dengan 'high income' on paper, tetapi realitinya , kedai-kedai di Kuala Lumpur saban hari dikuasai oleh para peniaga Bangladesh, Indonesia, India dan Korea dan masih banyak jawatan-jawatan di dalam syarikat MNC yang sebenarnya boleh diisi oleh rakyat tempatan. Malaysia Boleh ma....

[best traffic side. just click http://free.cool-traffic.com/members/56853.html]

Nak tau Sebab apa Petrol, Diesel, Gula, Gas Naik..Ahmad Lutfi ada jawapannya..

Posted: 04 Dec 2010 04:58 PM PST

Selagi Dana Politik Umno Belum Terisi

Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Tarikh pilihan raya umum akan datang, menurut seorang teman, tidak perlu didebatkan. Memang selamanya, selagi sistem sedia ada dikekalkan, ia menjadi kelebihan buat parti pemerintah, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Dan prosedur itu sebenarnya tidaklah sangat mencacatkan proses demokrasi, malah dalam keadaan tertentu boleh menguntungkan rakyat. Hayat sesebuah kerajaan boleh dipendekkan tanpa terikat dengan tempoh masa tertentu.

"Yang penting, parti-parti politik harus sentiasa mengkoreksi diri, menilai prestasi, mengambil berat persepsi pengundi. Dan sebaik-baiknya, terutama ketika penggal pemerintahan sudah melewati separuh masa kedua, lakukanlah kajian separuh penggal.

"Jangan remehkan kritikan pesaing, ambil berat rasa tak puas hati rakyat walaupun dalam isu yang nampak kecil, dan cuba selesaikan," tambahnya, mengulas kolum saya sebelum ini.

"Usah lupa menghidu dan mengesan strategi licik-jahat Umno, yang akan mengerah dan mengeksploitasi apa juga sumber dan kemudahan kerajaan. Taktik lama memperalatkan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak mustahil akan digunakan kembali, mungkin dalam pendekatan berbeda," tegasnya, dengan nada serius dan bersungguh-sungguh.

Beliau ternyata risau jika pengalaman lampau, terutama membabitkan senarai daftar pemilih, yang memeritkan pembangkang tidak diambil iktibar.

Rakan saya itu, bekas wartawan berpengalaman, sempat menegur: "Masih ada pemimpin Pakatan Rakyat, malah yang bertaraf ahli Parlimen mahupun Adun, apatah lagi di peringkat ketua kawasan atau bahagian parti, seperti bermentaliti pembangkang lagi. Pembabitan mereka dalam komuniti setempat kurang menonjol. Ada yang semacam malu-malu lagi untuk ke depan menggerakkan masyarakat."

Membicarakan hal sama, seorang lagi kawan, yang mempunyai hubungan rapat dengan kelompok Umno Selangor, menelefon saya: "Aku yakin, Najib Razak tidak akan mengadakan pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Dana atau tabung Umno masih kosong. Belum diisi secukupnya bagi membeli undi rakyat. Mereka perlu masa lebih panjang untuk lancar projek besar dan raih wang panas."

"Mudah saja," katanya, "Umno-BN perlukan duit sehingga ribuan juta ringgit untuk gerakkan jentera kempennya. Duit itu ada dalam projek-projek kerajaan yang kosnya sengaja ditinggikan berkali ganda."

"Bukankah sekarang banyak projek dibuat secara tender terbuka?" pintas saya, nampak sangat macam soalan bodoh.

"Bila pula Najib jadi bodoh macam tu? Semenjak zaman Pak Lah, yang janjikan ketelusan itu pun, banyak projek mega diuruskan secara rundingan terus. Lutfi, bukankah kau juga yang selalu sebut, Umno dan rasuah itu kembar siam yang tak boleh dipisahkan? Hang masih ingat kes Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik Tan Sri Nor Mohamed Yackob? Masa SPRM serbu pangsapuri dia di Butterworth, ada wang tunai lebih RM2 juta," jawabnya lancar.

"Itu kes kecil yang kebetulan terbongkar. Banyak lagi duit politik Umno yang terkumpul secara senyap dan diuruskan dengan begitu sistematik, tetapi tidak pernah dikesan," tambah beliau, sambil berjanji akan menjelaskan modus operandinya kepada saya.

"Kau tahu, kebanyakan dana politik Umno ini diuruskan secara rasmi, bukan lagi
di bawah meja? Malah dalam proses rundingan tender dan penentuan harga, peruntukan untuk dana politik Umno ini disebut secara jelas!" sambungnya.

Pakatan Rakyat, meskipun turut menguasai sumber dan kemudahan di empat negeri, tentunya tidak bersedia terjebak dalam perangkap politik wang yang terbukti telah menjerumuskan Umno-BN selama ini.

Rasuah politik jika sudah dimulakan pasti tidak akan menemui titik nokhtahnya. Ia terkepung dalam "lingkaran syaitan", wabaknya segera berjangkit dan boleh menikam diri.

Dipercayai majoriti rakyat tidak mudah lagi tersilau dengan umpan murahan itu. Tidak hairanlah apabila Perdana Menteri, Najib Razak, seperti terkejut mengapa bantuan kerajaan pusat yang dihulurkan kepada golongan tidak berkemampuan jarang dihargai sedangkan pakej bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lebih kecil nilainya sering disebut-sebut.

Najib dan pemimpin BN tidak perlu pening kepala mencari jawapannya. Kunci kata adalah keikhlasan dan ketelusan. Bersainglah secara sihat untuk menabur bakti dan jangan rendahkan daya intelektual rakyat.

Saya sukar melupakan dialog seorang pemandu teksi warga emas, dalam perjalanan mendapatkan rawatan susulan di HUKM, Cheras. "Pilihan raya akan datang, jangan sokong BN tau! Mereka rampas duit kita RM1,000, tapi dia derma hanya RM10 dan sembang kuat untuk beritahu semua orang," ujarnya, dalam nada sedikit lucu tetapi jelas bukan bergurau.

Selang beberapa minggu kemudian, pemandu teksi lain turut berkongsi idea yang hampir sama!

Rakyat dapat memahami bagaimana sesebuah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dilihat gagal menjalankan tugas memenuhi amanah dengan lebih efektif kerana kekangan yang dikenakan kerajaan pusat, terutama dari segi peruntukan kewangan dan projek pembangunan.

Konsep federalisme memang menggariskan dengan jelas dalam Perlembagaan tentang senarai negeri dan pusat, namun ada sebahagiannya tidak dihormati pemimpin kerajaan pusat, atau dilaksanakan secara tidak adil kepada negeri yang diperintah Pakatan.

Namun demikian, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan usaha berterusan mengotakan janji seperti diungkapkan dalam manifesto pilihan raya. Wakil rakyat bersama pemimpin parti mesti bersikap proaktif di tengah masyarakat, menjadi penggerak di medan depan.

Rakyat mahu melihat perbedaan dan nasib mereka dibela. Mereka sudah muak dan jelak dengan stail kehidupan majoriti YB Umno-BN. Elemen politik baru perlu dipraktikkan.

Gaya politik baru yang muncul pada 1999 dan menyerlah ketika pilihan raya umum ke-12 bukan lagi fenomena sementara atau sekadar bermusim. Ia semakin merata dan mula menyelinap ke segala pelosok tanahair.

Peningkatan tahap pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat, terutama dengan pembudayaan ruang siber di kalangan masyarakat, telah mempercepatkan lagi proses pendemokrasian dan kematangan berpolitik rakyatnya, termasuk di negara kita.

Terdapat pengkaji yang melihat gaya politik baru ini "tenggelam dan timbul" dalam tiga pilihan raya umum terdekat, iaitu muncul pada 1999, tenggelam pada 2004 dan kembali timbul pada 2008.

Justeru, ada yang bimbang, dalam pilihan raya seterusnya ia akan tenggelam semula. Mungkin gaya lama yang sarat dengan sentimen perkauman, politik adu-domba, retorik "keselamatan dan pembangunan" dominan kembali?

Soalnya, apakah aktivis dan penggerak Pakatan Rakyat hanya menunggu "nasib baik" dalam pusingan seterusnya itu, tanpa berusaha keras dan tersusun bagi mempengaruhi budaya politik masyarakat Malaysia?

Ini berikutan budaya dan tradisi masyarakat bukanlah sesuatu yang bersifat tegar, sebaliknya ia adalah lebih bersifat fleksibel iaitu ia boleh dicipta, diubahsuai, diubahsuai semula dan malah boleh dihapuskan.

Menurut Kamus Sains Politik (DBP), istilah budaya politik ditakrifkan sebagai: "Sifat dan oreintasi politik yang diamalkan dalam sesebuah negara yang mengandungi elemen seperti kepercayaan, simbol dan sistem nilai. Semua tindakan politik dalam masyarakat berasaskan kepada elemen ini. Budaya politik juga boleh mengalami perubahan melalui proses sosialisasi, tetapi mengambil masa yang panjang."

Manakala ada sarjana yang mendefinisikan sosialisasi politik sebagai cara atau kaedah kita menerima norma, nilai dan pengalaman politik dalam kehidupan. Ia suatu proses yang berterusan, bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan dengan melalui putaran hidup, bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua.

Proses sosialisasi politik dicorakkan oleh peranan keluarga dan juga masyarakat dari pelbagai status dan kelas, selain alam pendidikan yang mempunyai impak besar. Kuasa baru dalam dunia sosialisasi politik ialah media alternatif atau ruang siber. Ia seterusnya mencetuskan ruang awam yang membuka laluan kepada perdebatan sihat tanpa saringan yang mengongkong. Media tradisi sudah kehilangan sengatnya. Kawalan maklumat tidak berkesan lagi.

Saya mahu menekankan bahawa persaingan politik dan gerakan mengembangkan pengaruh semakin terbuka di negara ini. Sepatutnya tiada pihak yang berasa rendah diri dan tertinggal jauh di belakang.

Fenomena  BN menang percuma sebelum bertanding sudah berlalu. "Padang permainan" menjadi semakin rata. Meskipun proses pilihan raya masih tempang dan perlu dilakukan perubahan menyeluruh melalui tuntutan lebih agresif, namun penguasaan BN tidak sekebal mana. Sentimen perkauman bukan lagi senjata ajaib untuk menumpaskan pembangkang.

Terpulang kepada setiap "peserta" untuk melakukan persiapan sebaiknya. Jika ada masalah menghimpit, pasti tersedia jalan keluar. Yang penting adalah daya kreatif dan tekun mencari formula penyelesaian.

Harus diingat, propaganda keterlaluan media yang memperbodohkan audien, seperti terbukti menimpa BN pada 2008, hanya memakan tuan. Promosi berlebihan, yang cuba menutup salahlaku dan penyelewengan, boleh menimbulkan dampak negatif.

Namun begitu, media baru masih terbatas jangkauannya, lagipun ia bukan lagi monopoli golongan "reformasi". Mendemokrasikan maklumat perlu melalui pelbagai kaedah yang inovatif. Amat malang jika segalanya tersangkut dan terbantut pada sistem penyampaian yang bercelaru dan tidak efisyen. Dengan itu persepsi rakyat terus gagal untuk diperbetulkan.

Tidak seperti jentera Umno-BN yang cukup bergantung kepada wang, sehingga Najib tidak akan mencadangkan pembubaran Parlimen selagi dana politik belum terisi sepenuhnya, bagaimanapun bagi Pakatan, tanpa peruntukan yang memadai, ia juga boleh merencatkan laluan ke Putrajaya.

Misi menggantikan sebuah kerajaan yang bertapak lebih 50 tahun - apatah lagi dalam kedudukan yang hegemonik seperti BN - menuntut persiapan serapinya. Pengalaman perit memerintah beberapa kerajaan negeri, yang sentiasa ditindas kerajaan pusat, sudah cukup untuk menggerakkan persediaan itu.

Yang lebih diharapkan ialah perubahan pada sikap, mentaliti, tanggapan dan budaya politik setiap pendokong Pakatan bagi memikul tanggungjawab lebih besar menjelang pilihan raya umum akan datang.


[best traffic side. just click http://free.cool-traffic.com/members/56853.html]

ISA kan Khoo Kay Kim..Ada berani ka???

Posted: 04 Dec 2010 03:46 PM PST

Ketuanan Melayu: Pemimpin Politik Perlu Timba Ilmu Sejarah

Oleh : Radzi Razak

SHAH ALAM, 4 Dis – Pemimpin dan parti politik wajar menimba ilmu pengetahuan khususnya mengenai sejarah Malaysia jika mahu mengupas  isu ketuanan Melayu secara jujur, kata pakar sejarah, Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim.

Beliau menegaskan istilah 'Ketuanan Melayu' tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan pihak yang wajib tidak harus menyembunyikan fakta sejarah kerana ia bakal memberikan kesan buruk kepada rakyat.

"Sepatutnya dari awal lagi sudah dijelaskan apa maksudnya Ketuanan Melayu. Itu tidak berlaku dan sekarang orang sudah mula bergaduh. Saya cuba jelaskan dalam sejarah, memang istilah itu tak pernah digunakan (dalam perlembagaan).

Jadi, kalau ada orang yang masih kata (Ketuanan Melayu) itu masih relevan, kita nak tahulah,  dan bolehkah kita gunakan sejarah untuk menyokong apa yang disebutkan," Dr Khoo berkata demikian selepas siaran langsung rancangan fokus berita 'Ketuanan Melayu' di TV Selangor hari ini.

Isu Ketuanan Melayu sekali lagi dipergunakan oleh Umno untuk membidas PKR apabila Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata  pemimpin Umno menggunakan slogan itu untuk memperkayakan diri dan kroni tetapi terus meminggirkan masyarakat Melayu umum yang masih terjebak dalam kemiskinan dan kemunduran.

Pemimpin Umno dan Perkasa mendakwa kenyataan Wan Azizah itu kononnya mencabuli Perlembagaan dan mengkhianati Istana.

Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun mahukan Wan Azizah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana membuat kenyataan itu.

Professor Emeritus Dr Khoo menegaskan keperluan pemimpin politik berhujah menggunakan logik dan bukan emosi dalam menengahkan isu-isu Ketuanan Melayu kerana ia boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat.

"Kita perlu sentiasa menggunakan logik bukan emosi. Saya sangat takut kalau kita selalu menggunakan emosi bila bercakap dengan orang ramai, orang ramai biasanya tidak faham. Itu sangat merbahaya.

"Saya rasa mereka nak mengelirukan rakyat supaya rakyat sentiasa menyokong mereka. Saya rasa itu pendekatan yang tidak baiknya, ia mengorbankan kepentingan negara," jelasnya.

Professor Emeritus Dr Khoo adalah tokoh akademik dan pakar sejarah yang mempunyai pengalaman luas dalam sejarah Malaysia dan terlibat dalam penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970.


[best traffic side. just click http://free.cool-traffic.com/members/56853.html]

Now bribe is paid for getting right things done at right time!!

Posted: 04 Dec 2010 03:37 PM PST

The scourge of corruption

I read somewhere; people are saying that FDI is avoiding Malaysia because of overt Malay supremacist tendencies. Politicians are quick to apportion blame to insignificant NGOs like Perkasa. Well, if the blame game is to be played fairly, then it should also be apportioned to Chinese based NGOs. Many of the same politicians who are quick draw McGraw when it comes to Malay NGOs are slothful when it comes to Chinese based NGOs. 
 
The same duplicitous tendency is reflected in discussing wealth ownership in this country. We are over eager to discuss the ownership of 65% of this country's population of the elusive 30% wealth of this country; but we are dreadfully silent and seemed hesitant to debate the ownership of 70% of the wealth of this country by 35% of the people underscored with our readiness to ignore their ethnic origins. I am advocating we damn the 35% without caring whether there are Malays, Chinese or Indians. They are our common enemy NOT the 65% eking out a meaningful life. 
 
But it's not this shameless duplicity that I want to debate at the moment. I only wish to point out that the more sinister cause for the plight of FDI is corruption. Corruption is like a plague; everyone dreads it, knows the danger but AVOID going into serious discussion as to the causes behind corruption. 
 
In the Asia Sentinel, there was an interesting article about the rising scourge of corruption. Among the cases that were the object of public scorn are:-
  1. The Commonwealth Games sporting extravaganza brought to light the murky dealings of politicians and sports officials who had forged papers, bought equipment and materials at inflated prices and generally cooked the books. The budget eventually ballooned to around US$6 billion, even as it was hit by delayed venues and organizational problems.
  2. Another scam has been the most mind-boggling of the lot. In this, the Telecommunications Minister Andimuthu Raja, who was recently forced to resign, undersold 2G spectrum mobile licenses to 85-odd global firms at a throw-away price, losing the exchequer Rs1.76 trillion. Wags point out that the number of suitcases Raja would have needed to fill that loot, if laid end-to-end, would reach from Delhi to the southern city to Chennai (a distance of 2,177 km).
Using the two cases above, we note the following:-
  1. Corruption occurs when people in authority are vested with powers to make purchases or who are able to commit funds.
  2. Two, corruption is most often associated with people holding public office and who inhabit officious positions.
It is also interesting to see a detailed breakdown of the major players of corruption. For instance in India, the main players in corruption are found to be categorised as follows:-

The bulk of the corruption cases involved government officials and leaders. The greatest sources of bribe demands were from national level Government officials (33%), the police (30%), state/provincial officials and employees (16%), and city officials (10%) respectively.
 
This leads us to ask the question, why is it, the public sector is the sector most prone to corruption?
These observations also lead us to evolve a practical definition of corruption. Essentially it is the misuse of public office positions for private gain. 
 
Hence, from the standpoint of public perception, corruption almost always involved those holding public positions- government positions, politicians and all those holding any levers of power, rules and regulations. 
 
As a general rule, corruption usually involves some sort of link between bureaucracy, politics and criminals. If we are not careful Malaysia will not only be considered a soft state, but is slowly becoming a consideration state where everything can be had for a consideration. Soft state in the sense, even the PM appears powerless to stop the rot and is therefore sucked into the whirlpool of complicity. I have written elsewhere that in order to acquire credibility, the PM must have his Voltaire moment. 'Execute' some admirals so that other admirals fall into line. Translation: prosecute 2-3 ministers for corruption. 
 
Today, the number of ministers with an honest image can be counted on fingers. At one time, bribe was paid for getting wrong things done but now bribe is paid for getting right things done at right time.

[best traffic side. just click http://free.cool-traffic.com/members/56853.html]

Tiada ulasan: