Jumaat, 3 Disember 2010

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


Ganti RON95 ke Hidrogen..Apa Pandangan Hangpa?

Posted: 03 Dec 2010 05:18 AM PST


Oleh: thatguy 

Dalam dok kalut minyak naik tetiba terbaca cadangan bernas ni dari seorang sahabat kita. Agak2 hangpa kerajaan sanggup ke buat semua nie? adakah lepas nie pulak harga cadangan akan mahal seperti harga minyak? atau adakah akan ada pulak syarikat kroni yang akan ambil untung atas angin dengan cadangan macam nie? tapi apa2 pun belum cuba belum tau..apa kata PR buat benda nie dulu..buleh ke?
BERALIH KEPADA GAS HIDROGEN?
Saudara Pengarang,
SETELAH berada selama 14 hari di Peranchis dan Jerman, saya ada isu yang hendak dikongsi bersama, berkaitan kenaikan harga minyak. Semakin hari harga minyak semakin naik.
Sumber alternatif yang sesuai untuk negara kita adalah; Gas Hidrogen yang dihasilkan melalui proses elektrolisis air (H2O) dengan membahagi molekul air kepada hidrogen dan oksigen.
Saya mencadangkan Petronas perlu menghasilkan Loji Hidrogen dan proton perlu menghasilkan kereta menggunakan gas hidrogen sebagai bahan bakar ini kerana negara kita kaya dengan sumber air sehingga melimpah ruah (banjir) di Kedah baru-baru ini.
Teknologi engin ini telah dilakukan oleh Honda di Jepun dan Volkswagen di Jerman. Alangkah berfaedahnya wang subsidi dan peruntukan untuk membina menara 100 tingkat sepatutnya digunakan sebagai dana untuk membangunkan prasarana ini.
Salam Hormat,
RICK JOSEPH

Dah lupa ke dengan janji2 ALLAH??

Posted: 03 Dec 2010 05:01 AM PST

Oleh: thatguy

Cuba hangpa semua baca kenyatan CEO Pemandu nie..apa yang hangpa pikiaq??Cuba pikir apa yang di gelapkan dengan perkataan warna merah..
The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan produk-produk itu akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini.
Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion. Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, pelarasan subsidi diperlukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
"Kami melakukan yang ini (pelarasan subsidi) untuk memastikan defisit kita dapat dikurangkan. Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
"Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita)," kata beliau pada majlis taklimat pengumuman pelarasan subsidi di pejabatnya petang tadi.
Kata beliau, walaupun ada kenaikan lima sen, harga jualan RON95 dan juga LPG serta diesel dan gula masih rendah berbanding di Indonesia.
"Lebih rendah berbanding Singapura dan Thailand," katanya.
Ini yang pertanyaan aku dan apa aku rasa:

-terlalu angkuh dan bongkak sampai takkan takda cara lain untuk kurangkan perbelanjaan negara??
-perbandingan yang rasional ke?? depa nie pengeluar minyak ka? cara hidup kita sama level depa ka?
-kenapa tak nampak kelemahan pemimpin negara yang terlalu banyak berbelanja?
-apakah satu pun pemimpin negara tak paham rakyat dah menanggung beban defisit kerajaan yang tinggi?
-mana nilai2 ikhlas dan jujur pemimpin negara dalam memberikan perkhidmatan terbaik pada rakyat?
-apakah ini cara menjadi negara maju dengan memerah duit rakyat?

Pikir2 la wahai puak2 yang buat kerja nie..tolong la jangan angkuh sangat. Allah itu lebih berkuasa. Apa semua pemimpin negara dah lupa akan janji2 Allah kalau kita buat baik akan dibalas baik, tambahan digandakan rahmatNya?? Takkan takdak sorang pun nampak benda nie....

[best traffic side. just click http://free.cool-traffic.com/members/56853.html]

Syabas..Syabas..hahahahaha

Posted: 03 Dec 2010 04:33 AM PST

KELUARKAN SYABAS DARI BUMI SELANGOR!!

Air adalah anugerah Allah, bukan untuk mengaut keuntungan melampau!

Orang kata, akhir zaman nanti, perang besar akan berlaku kerana isu air. Bukan isu sempadan, bukan isu milik tanah, bukan isu meluaskan empayar, tetapi isu mendapatkan air bersih. Itu orang katalah, bukan ayam yang kata.

Nampak gaya perang akhir zaman ini akan bermula di Selangor. Negeriku tempat hamba dibesarkan. Mereka yang akan berperang nanti adalah antara kerajaan negeri yang dipilih rakyat dengan syarikat swasta yang kapitalis menggunakan sumber air untuk keuntungan perut sendiri.

Ramai manusia yang tidak perasan akan hal ini. Terutama kepada makcik pakcik di kampung. Di belah hulu, di belah kuala. Sesiapa yang berada di dunia maya, perkara ini telah menjadi sebutan dan ratipan setiap blogger membuat catatan baru, termasuklah hamba.

Isu yang hamba hendak ketengahkan ini bukannya isu kecil. Tetapi ianya satu isu besar dimana sebuah syarikat yang bernama SYABAS dengan satu tindakan yang zalim terhadap rakyat, akan menaikkan harga air sebanyak 37%. Harga air seliter serupa Singapura.

Apakah justifikasi syarikat kapitalis ini menaikkan harga air sedemikian rupa. Adakah kerana air di Selangor boleh diminum tanpa perlu dimasakkan? Adakah air di Selangor boleh diminum oleh pengguna terus keluar dari paip? Adakah piawaian air di Selangor adalah serupa seperti air yang dikeluarkan oleh negara Eropah dan Amerika Syarikat? Semuanya tidak! Malah kadang-kadang air yang diberikan Syabas bercampur dengan karat!

Oleh itu, mengapa Melayu-Melayu yang mentadbir SYABAS itu semuanya bertindak zalim cap ayam terhadap warga Selangor dan Kuala Lumpur? Adakah mereka ini jenis manusia yang tiada hati dan tidak berperasaan. Hanya tergila-gilakan keuntungan berlipat kali ganda atas kesusahan orang lain. Mengapa ada jenis Melayu seperti ini?

Sepatutnya GAPS yang akal tempurung itu menyarankan Sultan Selangor menghalau SYABAS keluar dari Selangor, bukannya Anwar Ibrahim. SYABASlah satu syarikat swasta yang jahat menggunakan air untuk kepentingan perut masing-masing.

KELUARKAN SYABAS DARI BUMI SELANGOR!
[best traffic side. just click http://free.cool-traffic.com/members/56853.html]

The next few months will be critical and are Pakatan Rakyat ready for the next GE?

Posted: 03 Dec 2010 02:48 AM PST

Whither Now, Anwar?


Let's face it - many of us believe that the following events are likely to occur in the near future:
  • the high possibility that Anwar will go to jail
  • PKR is likely to continue to implode
  • Pakatan Rakyat must reinvent itself and win the rakyat's confidence in this coalition
  • the next general elections may be held at breakneck speed
And now, before all that happens, it seems as though the sun is fast setting on Anwar. The Malaysian Insider HERE opined that that Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will not be allowed to testify over his remarks linking Datuk Seri Najib Razak's 1 Malaysia to One Israel, Parliament's Rights and Privileges Committee decided today. DAP chairman Karpal Singh the committee's decision was seen as an attempt to hasten Anwar's suspension from Parliament.

The powerful committee decided to rely solely on a letter from public relation consultancy APCO and not to call other witnesses and Anwar to testify.


According to TMI:
The Malaysian Insider had reported last month that Anwar would likely be suspended from December 15 following recommendation from the House's powerful Rights and Privileges Committee for his remarks linking the Najib's 1 Malaysia to former Israel Prime Minister Ehud Barak's One Israel.

The move is believed to be a strategic attempt by the ruling BN coalition to throw the opposition momentarily off guard ahead of an expected general election, believed likely to be held in the first quarter of next year.

It is also believed to be a form of reprisal by the federal government after similar moves by Pakatan Rakyat administrations in Selangor and Penang to suspend BN opposition leaders from their state assemblies.

Anwar had initially been summoned to face the House committee on June 8 after he claimed that the supposedly Israeli-linked APCO Worldwide employed by the Najib administration was behind both the 1 Malaysia and One Israel concepts.

His remarks had dominated the previous parliamentary session earlier this year and had been used incessantly by opposition leaders as campaign fodder during the Hulu Selangor and Sibu by-elections.
A few things are clear here. Our parliamentarians MUST exercise more wisdom when making statements. They have to seek legal advice as to how to approach the issue and the implications involved because while the intention may be noble, there could be unexpected effects as can be seen here. Facts and figures have to be intact and the short-term and long-term interests of the rakyat must be a top priority.

[best traffic side. just click http://free.cool-traffic.com/members/56853.html]

The Opposition must come up with better strategies to throw spanners in the works without having the same land in their faces.

The next few months will be critical and are Pakatan Rakyat ready for the next GE? Have they mobilized their personnel and set their election machinery in motion as soon as possible.

Whither now, Anwar? Where do we go from here? You cannot wither away!!!

What suggestions do you have, dear reader? Your views and input mean a lot to me. I hope that you will take the time to pen your thoughts and let's have a lively and open forum. Thanks. Take care and have a lovely evening.

Naik lagiiiiiii....

Posted: 03 Dec 2010 02:12 AM PST

Oleh: thatguy

Nampak nya makin benar dan sahih berita hari nie..minyak, gula, gas akan naik mulai tengah malam nie..

          4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Senarai harga baru adalah seperti berikut:

* Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter

* Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter

* Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram

* Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram

Sapa punya kerja ni???

Posted: 03 Dec 2010 12:49 AM PST

Oleh: thatguy

Hari ni aku cuti..hari jumaat plak tu..so bagus la sekali-sekala dapat sembahyang jumaat kat Masjid Jamek Tg.Piandang. Dah lama sangat tak pi...khatib arini pun ok la jugak. Khutbah tajuk"Benar, jujur dan ikhlas".

Tapi itu bukan soal nya... yang aku naik heran bila masa nak balik..malaun mana punya haram zadeeee yang buat kerja nie.. "ada lori paku tebalik" kat masjid..itu aku punya ayat bila selalu tengok moto pancit atas jambatan Penang hampir setiap hari...

Hari ada jugak paku bertaburan depan halaman masjid. Aku takdak kamera masa tu kalau tak hangpa buleh tengok ramai dok tengok kot bawah sambil kutip paku2 nie tapi paku nie semua paku karat. Itu yang pelik. Sapa punya kerja pun tak tau..masyaallah..agak2 la weii. Nie masjid aku tau la hangpa semua nak duit cepat tapi jangan la buat kerja kotoq camnie...semua yg mai tu pakcik2 yang dah lanjut usia..takkan ini pun hangpa nak tarammm...memang harammm zadee betui!! Aku kutip paku2 tu dan ambil gambar kat rumah. Hangpa nilai la sendiri.


Harapan aku agar benda ni dipantau oleh pihak pengurusan masjid..Kalau tak memang parah. Memang nanti setiap kali jumaat akan ada saja moto yang pancit.

Tiada ulasan: