Khamis, 23 Disember 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


WikiLeaks Dedah Abdullah gagal bertindak kejadian rogol melibatkan menterinya?

Posted: 23 Dec 2010 06:35 AM PST

Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.

"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha (gambar bawah) ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.

"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.

"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.

"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.

Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

Penganiayaan terhadap wanita

"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.

Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar kanan) hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.

Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.

Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.

Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.

Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.

Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.

Sistem Demokrasi Malaysia Merosot

Posted: 23 Dec 2010 06:20 AM PST

Laporan Economist Intelligence Unit meletakkan status Malaysia susut tangga ke 71 daripada 167 buah negara dalam indeks demokrasi 2010 berbanding tangga ke 68 pada 2008 memberi gambaran terdapat banyak ruang kepincangan dalam sistem demokrasi di Malaysia, ujar Wan Saiful Wan Jan.

Beliau yang juga Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) ini menunding kepada kelemahan kerajaan dalam melaksanakan demokrasi tulen terhadap institusi penting negera termasuk media.

Antara faktor yang dinyatakan dalam laporan tersebut termasuk penurunan peratusan dalam budaya politik dan kebebasan sivil.

"Walaupun kita mengatakan kita mengamalkan demokrasi tapi apa yang ditunjukkan dalam indeks ada lebih banyak kepincangan yang perlu diperbaiki. Seperti yang saya sebut tadi dari segi kebebasan media, dari segi fungsi institusi-institusi penting dalam negara. Seperti parlimen, kehakiman dan media yang tidak dikawal oleh eksekutif. Benda-benda ini kita lihat masih banyak berlaku di Malaysia.

"Ekonomi sepatutnya tidak dikawal oleh kerajaan. Perkara ini masih berlaku di Malaysia. Saya tidak terkejut sekiranya Malaysia mengaku sebuah negara demokrasi tetapi dari segi pengamalan itu banyak ketempangan," jelas beliau kepada Tv Selangor.

Menurutnya lagi, indeks yang disiarkan tidak mengambil kira kekecohan yang berlaku di parlimen baru-baru ini melibatkan pengantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga Ahli Parlimen yang lain.

"Jadi saya rasa perkembangan terbaru Malaysia mungkin mereka tidak mengambil kira dalam indeks 2010. Tapi saya yakin indeks 2011 akan masuk semua perkara ini dan saya tidak terkejut tahun 2011 nanti akan turun lagi kita punya prestasi," tambahnya.

Berdasarkan laporan EIU itu lagi, Wan Saiful tidak menyangkal dua komen yang berkait langsung dengan faktor nilai psikologi masyarakat Malaysia yang terlalu tunduk kepada pemimpin terdahulu.

Tambahnya lagi, masyarakat harus mempunyai persepsi pandang ke hadapan bagi mengecapi nilai demokrasi tulen selain meninggalkan pengagungan nilai-nilai Asia sedangkan demokrasi adalah bersifat universal.

"Perkataan yang digunakan adalah nostalgia pemimpin lama dan ini bagi saya satu benda tidak sihat dan kita perlu lihat semula sekiranya kita mahu kedepan untuk jadi perkara yang betul-betul berteraskan demokrasi kita kena lihat kepimpinan yang melambangkan semangat sekarang dan bukan yang dulu," katanya lagi.

Akhirnya Wan Saiful menyimpulkan bahawa ada unsur hubungan terus kebebasan ekonomi dan kebebasan umum yang akan memberi kesan baik kepada kualiti demokrasi.

"Saya rasa kalau kita lihat dalam konteks itu, maka usaha untuk meliberasisikan ekonomi sebenarnya adalah jalan kedepan yang baik dan akhirnya akan memberi kesan semula kepada kualiti demokrasi," katanya.

Selangor Haramkan Logo 1Malaysia

Posted: 23 Dec 2010 06:14 AM PST

Larangan penggunaan logo 1Malaysia bagi papan iklan dan bunting yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor sudah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dua minggu lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, mesyuarat memutuskannya kerana logo tersebut mempunyai mesej politik memandangkan ia dilancarkan Barisan Nasional (BN).

"Dia keputusan Exco kerana Exco rasa itu satu simbol politik," katanya.

Menurutnya lagi sudah termaktub dalam undang-undang kecil PBT bahawa mana-mana papan iklan gergasi dan bunting yang diluluskan PBT tidak boleh diletakkan mesej atau logo politik.

"Memang tak boleh, memang dia ada undang-undang kecil untuk iklan, memang tak boleh buat iklan yang ada unsur politik selain daripada masa pilihanraya," jelasnya kepada Tv Selangor.

Beliau turut berkata, pemilik kedai serbaneka sepatutnya tahu berkenaan larangan ini kerana garis panduan telah dikeluarkan.

Kenyataan Ronnie ini, berikutan demonstrasi secara aman yang dilakukan di hadapan salah sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, bagi membantah tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengeluarkan notis supaya menurunkan papan tanda kedai yang mempunyai logo 1Malaysia, semalam.

Kira-kira 100 orang berkumpul bersama pemimpin politik Umno-Barisan Nasional bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana premis berkenaan sebelum ini telah mendapat lesen daripada pihak berwajib.

Menurut salah seorang rakan kongsi kedai berkenaan, K Thiyagarajan, berkata, pihaknya menerima notis arahan selama tujuh hari supaya menanggalkan logo 1Malaysia yang tertera di papan tanda mengikut arahan daripada Exco Selangor dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat.

Nazri Selindung Kebenaran

Posted: 23 Dec 2010 06:08 AM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz cuba lari dari menjawab persoalan asas kenapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa memberikan beliau peluang untuk membela diri bersabit isu Apco.

Pensyarah Undang-Undang Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Nazri tiba-tiba muncul dengan dua surat penjelasan daripada Apco bersabit isu itu tidak boleh dijadikan alasan menafikan Ketua Pembangkang itu hak membela diri.

Aziz berkata maklumat daripada syarkat pro-Zionis itu menafikan ia terbabit dalam slogan One Israel bukan benda baru.

"Surat yang dihantar oleh Apco dan didedahkan oleh Nazri sama sahaja, (kerana) sebelum ini kita diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Apco dan 1Malaysia merupakan idea beliau dan bukannya daripada luar.

"Yang kita hendak dengar sekarang ialah bukti secara terbuka dan telus dari Ketua Pembangkang bahawa dia ada bukti Apco ada hubungan dengan rejim Yahudi, dan ini yang (beliau) tidak diberikan kesempatan dan peluang... dan terus digantung (enam bulan).

"Perkara ini yang perlu diberi perhatian oleh pihak BN dan bukan soal surat Apco, atau soal itu dan ini. Pada saya, ini tidak sedikit menjejaskan atau menjawab soal Ketua Pembangkang di Parlimen," kata Aziz Bari.

Aziz berkata Nazri dan Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim yang menganggotai jawatankuasa itu memberikan pelbagai alasan menghalalkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Namun akibat dicemuh oleh rakyat, Nazri kini tampil secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Apco telah memberikan surat yang kononnya membuktikan Anwar berbohong kepada Parlimen.

"Surat itu tidak berguna kerana ianya datang daripada pihak yang dituduh , jadi kerajaan boleh kata apa sahaja untuk melepas diri dan menunjukkan mereka betul," kata Aziz.

Nazri semalam mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan, Tiga ahli parlimen lain iaitu Karpal Singh, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali turut digantung enam bulan bersabit isu sama.

Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengemukkan dokumen dan keterangan bersabit hubung kait Apco dan slogan IMalaysia.

Beliau turut mengaitkan syarikat pro Zionis itu kepada rejim Tel Aviv yang menggubal slogan One Israel dalam tahun 90an.

Bagaimanapun Jawatankuasa Hak dan Parlimen terus menghukum Anwar tanpa memanggilnya untuk member keterangan. Barisan Nasional kemudian menggunakan kelebihan majoriti di Parlimen untuk memperakukan hukuman itu.

Menteri pelajaran perlekeh peranan guru

Posted: 23 Dec 2010 12:53 AM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan menteri pelajaran baru-baru ini yang didakwanya telah memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

Ianya berhubung hasrat Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan.

pkr congress 281110 anwar ibrahim"Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan, akan
menyebabkan Malaysia muflis," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaannya.

"Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

"Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran)," katanya lagi.

Menurut Anwar, imbuhan khas pendidik itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

"Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno/BN.

"Kos perbelanjaan semua lawatan perdana menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 guru.

"Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 guru iaitu keseluruhan tenaga kerja
yang membangunkan profesionalisme keguruan," katanya.

Selain itu, tambahnya, pembaziran Umno/BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010, boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

"Ini belum lagi pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni

yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

"Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno/BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini," katanya.

Hakikatnya, tegas Anwar lagi, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan Umno/BN.

Menurutnya, isu kualiti pendidikan ditimbulkan sejak sedekad lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon berkualiti tinggi.

"Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan," tegas Anwar.

Semalam, tambahnya, akhbar melaporkan persetujuan perdana menteri untuk menubuhkan badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

"Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi - tetapi hanya selepas Pakatan membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno/BN memberikan reaksi cemas.

"Baru sekarang, perdana menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari. Ini bukanlah caranya kita merancang kebajikan pendidikan negara.

"Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan bersuara.

"Pakatan percaya tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

"Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia," tegas Anwar.

APCO Mungkin Ditekan Nafi Terlibat Kempen One Israel

Posted: 23 Dec 2010 12:49 AM PST

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa pentadbiran Najib telah mengenakan tekanan ke atas firma perhubungan awam APCO Worldwide agar menafikan pembabitannya dalam kempen One Israel bekas perdana menteri Ehud Barak.

Lapor portal The Malaysian Insider ,malah komponen Pakatan Rakyat itu juga mempersoalkan kesahihan "bukti" yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz semalam - dua dokumen penafian daripada APCO dan konsultan politik Amerika berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam kempen One Israel.

Kedua-dua dokumen itu menafikan dakwaan bahawa APCO ada hubungan dengan One Israel, yang didakwa mirip gagasan 1 Malaysia, yang dibawa Datuk Seri Najib Razak. Barak memperkenalkan kempen One Israel 11 tahun lalu.

"Bukankah tidak mustahil bagi kerajaan (Malaysia) untuk mendapatkan APCO, yang dibayar (fi) RM77 juta, datang dengan penafian yang ia terlibat dalam kempen One Israel. Dan, mengapa lambat (keluarkan) respons?

"Anwar telah membawa isu APCO-One Israel sejak bulan Mac (lalu). Sudah lapan bulan. (Tempoh) lapan bulan masa yang terlalu lama, digunakan untuk menjawab dakwaan dibawa Anwar.

"Jika soal menyangkal dakwaan kaitan pentadbiran Najib dengan One Israel sesuatu yang perlu disegerakan, mengapa tunggu sehingga Disember untuk mendapatkan surat Robert Shrum?" kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam responsnya, Saifuddin berkata, Nazri sewajarnya telah membentangkan bukti baru itu ketika sesi Parlimen yang berakhir minggu lalu, bukannya diedarkan menerusi media semalam.

Sesi Dewan Rakyat berakhir Khamis lalu, pada hari Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan yang lain turut dikenakan hukuman penggantungan enam bulan.

"Cabaran Nazri kepada Anwar kini sudah jadi akademik. Saya tidak melihat apa-apa poin. Anwar sudah pun digantung daripada Parlimen," katanya lagi.

"Saya cabar Nazri, daripada mencabar Anwar, tunjukkan dokumen-dokumen itu di Parlimen," kata beliau lagi.

Malah Ahli Parlimen Machang ini juga menafikan dakwaan Nazri bahawa Anwar telah diberi peluang untuk mempertahankan dirinya. Sebaliknya menurut beliau, Anwar telah dinafikan hak untuk berbuat demikian.

"Benar, Anwar telah dibenar untuk membela diri, tetapi itu hanya di peringkat awal sebelum Nazri membawa usul untuk menggantung Anwar.

"Apa yang perlu ditekankan ialah beliau tidak pernah diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," kata Saifuddin (gambar).

"Jika Nazri serius mengenai soal ini, beliau seharusnya telah membentangkan bukti ini kepada jawatankuasa dan biarkan Anwar juga membuktikannya.

"Tetapi perkara ini tidak berlaku, adakah ia berlaku? Anwar ada bukti, percaya saya. Beliau menunggu sejak hari pertama untuk menunjukkan bukti itu," kata Saifuddin.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau.

Semalam Nazri dipetik sebagai berkata, kandungan surat yang dihantar oleh firma APCO Wolrdwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Katanya, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1 Malaysia, sekali gus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.

"Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya.

Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan "One Israel".

Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Barak.

Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekali gus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".

Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan

Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

"Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri.

"Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti," katanya.

Gangguan air selama 12 jam di P.Pinang pada 28 Dis 2010

Posted: 23 Dec 2010 12:16 AM PST


Gangguan bekalan air selama 12 jam akan berlaku di kebanyakan kawasan negeri ini pada 28 Disember 2010 bagi membolehkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyiapkan kerja-kerja penting di loji rawatan air utamanya.

Gangguan bekalan air akan bermula jam 7.00 pagi pada 28 Disember melibatkan banyak kawasan di negeri Pulau Pinang, iaitu di bahagian pulau dan seberang (sila rujuk lampiran peta)


Bekalan air dijangka disambung semula jam 7.00 malam pada hari yang sama untuk kebanyakan kawasan. Bagaimanapun, bekalan ke Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar yang terletak di hujung sistem agihan akan hanya disambung semula bermula 7.00 pagi 29 Disember 2010.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan gangguan bekalan air pada 28 Disember 2010, sila hubungi Pusat Panggilan 24-jam PBAPP (no. tel. 04 509 6509) atau layari laman web : PBA

Mengapa Nazri Dedah Surat Apco Selepas Anwar Digantung

Posted: 23 Dec 2010 12:00 AM PST

Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan surat syarikat perunding Israel, Apco Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, semalam.

Badrul dalam twitternya menulis kerajaan Barisan Nasional menafikan hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hanya merujuk suraf nafi dari Apco tetapi Azmin dan lain-lain digantung kerana dedah surat Apco.

Tetapi yang menjadi persoalan Badrul ialah Nazri tunjuk surat berkenaan dalam sidang akhbarnya semalam.

Nazri mengakui pembabitan Apco dalam memberikan khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia, yang sekaligus mengesahkan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia.

Dalam laporan yang di siar sebuah portal berita, Nazri menunjukkan dua surat yang mengesahkan pembabitan Apco dengan pentadbiran Najib iaitu dalam bukti dua dokumen.

Salah satunya surat daripada Apco yang menyebut, firma perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain dalam sidang Parlimen minggu lalu turut digantung selepas didakwa mendedahkan surat yang didakwa melanggari hak keistimewaan ahli Parlimen oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam reaksinya berkata pendedahan Nazri itu sebenarnya mengesahkan bahawa Apco memainkan peranan sebagai penasihat dalam kempen 1Malaysia melalui sokongan komunikasi yang ditawarkan.

"1Malaysia adalah slogan yang dibawa Najib, dan tagline ini perlu dikomunikasikan kepada rakyat, jadi salah satu peranan Apco adalah menasihati kerajaan melalui perkhidmatan komunikasi ini supaya slogan ini sampai kepada rakyat. Ini lah yang kita katakan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia,"jelasnya.

Beliau juga mempersoalkan kenapa baru kini Nazri mahu membalas pendedahan Anwar, selepas Ketua Pembangkang itu digantung dari sesi parlimen selama 6 bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

"Walaupun selama ini Anwar ada bukti penglibatan Apco dan mahu membentangkannya di Parlimen, Nazri dan Najib hanya berdiam diri dan kenapa terus menggantung Anwar selama enam bulan? Kenapa selepas Anwar digantung, barulah Nazri bercakap kepada media menunjukkan surat yang dihantar Apco kepada kerajaan BN?

"Anwar sudah pun mencabar Najib untuk menafikan pembabitan Apco sejak dari bulan April lagi. Dan mereka ambil masa 8 bulan untuk menjawab perkara ini sekarang," kata Saifuddin lagi.

Nazri Aziz mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar bersama tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain selama enam bulan pada 16 Disember lalu.

Anwar digantung dari Parlimen tanpa dipanggil membela diri berhubung pendedahan beliau tentang pembabitan APCO Worldwide, firma Yahudi yang terlibat dalam kempen 1 Malaysia yang dicanangkan Najib, yang menyamai kempen One Israel.

Tiada ulasan: