D'Perbatasan |
- Gambar sekitar Konvensyen PR 2
- Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13
- Anwar tetap Ketua Pembangkang
- Pakatan Rakyat Kemuka Program Reformasi 100 Hari
- RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok AG
- Karpal Sokong Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia
| Gambar sekitar Konvensyen PR 2 Posted: 19 Dec 2010 09:07 AM PST |
| Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13 Posted: 19 Dec 2010 08:53 AM PST Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan."Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini. Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen. Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, "tengok dulu. Saya sedang melihat.." "Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman. Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan "tidak bercadang untuk memilih jalan itu" walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno. "Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik," kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran 'progresif' ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu. Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13. "Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini," katanya. Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. "Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah... beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh," kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun. Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. "Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak," katanya. Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. "Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya. "Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat. "Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan," kata beliau lagi. |
| Posted: 19 Dec 2010 08:47 AM PST Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung dari Parlimen selama enam bulan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Beliau berkata majlis pimpinan membuat keputusan itu sungguhpun ketika ini DAP mempunyai jumlah kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat. Anwar, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari PKR dan Pengerusi DAP Karpal Singh Khamis lalu digantung enam bulan sebagai ahli Parlimen tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco. Karpal berkata partinya tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang. "Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar," tambah beliau dalam ucapannya kepada perwakilan Pakatan Rakyat. |
| Pakatan Rakyat Kemuka Program Reformasi 100 Hari Posted: 19 Dec 2010 08:28 AM PST Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara khususnya keselamatan dan ekonomi berdasarkan kepada prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Data ini diperoleh daripada booklet Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia pada Konvensyen Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat berikrar untuk melaksanakan pelan 10 program reformasi awal, dalam 100 hari mendapat mandat rakyat. Di sektor keselamatan, Pakatan Rakyat fokus untuk mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihanraya bagi membuka laluan kepada sistem pilihanraya yang adil, telus dan berwibawa. Agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia ditransformasikan kepada pasukan yang profesional dan berdaya-maju, dengan wujudnya Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis, penambahbaikan kebajikan anggota bawahan, dan kelengkapan pembanterasan jenayah yang canggih. Turut disasarkan adalah SPRM dan Pejabat Peguam Negara, bagi mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuh bagi memulihkan demokrasi di negara ini. Manakala satu suruhanjaya diraja akan ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan. Di sektor ekonomi pula, Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang menghapuskan tol dengan mengarah Khazanah Berhad, Kumpulan Wang simpanan Pekerja dan badan-badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan pengambil-alihan aset lebuhraya. Sementara itu, semua konsesi pengurusan air swasta akan diminta supaya mengembalikan air yang menjadi hak rakyat kepada kerajaan. Isu subsidi juga diberi perhatian. Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengalihkan subsidi yang diberi kepada pihak swasta, seperti subsidi gas bernilai RM19 bilion ringgit kepada penjana tenaga bebas, kepada subsidi menampung keperluan rakyat. Mengotakan janji kepada rakyat di negeri-negeri pengeluar minyak, Pakatan Rakyat mahu menaikkan royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus. Manakala Felda Plantations akan dibatalkan bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskan kepada generasi kedua dan ketiga Felda. Mengiktiraf pentingnya pendidikan kepada pembangunan negara, struktur gaji dan imbuhan bulanan para pendidik akan dikaji semula. Bagi mengalakkan capaian maklumat, kawasan bandar dan separa bandar akan dilengkapi dengan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat. |
| RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok AG Posted: 19 Dec 2010 08:19 AM PST Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.Di dalam laporan itu, Gani mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof. Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya. "Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum. "Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri. Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja. "Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan," soal beliau. Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi. Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut. Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu. Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 "sama sekali" dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka. Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu. Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan. ![]() |
| Karpal Sokong Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia Posted: 19 Dec 2010 08:19 AM PST Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam.Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS. Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. "Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus," kata Karpal. Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan