D'Perbatasan |
- Istilah Ketuanan Melayu Kabur
- Tindakan Gantung Anwar, Pakatan Akan Lapor IPU (Ada Video)
- Gua Sokong Kenaikkan Harga Minyak...!!!!
- Wan Azizah pukul tepat sasaran "kelemahan" Umno
- Anwar digantung Dari Menghadiri Sidang Dewan Rakyat
- Siswa Unisel dapat lampu hijau sertai demo
- Biar Betul "RON95" Naik?
- Songkok Tiga Jengkal Tak Ada Makna Jika Tak Sujud Pada Allah.
- Sedap membaca sejarah ciptaan Dr Mahathir.
- Nik Aziz Membina Projek Akhlak Di Kelantan
- Aku Angkat Ketuanan Rakyat!
Posted: 03 Dec 2010 07:42 PM PST "Istilah Ketuanan Melayu ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka bangsa terpilih" Istilah Ketuanan Melayu menurut bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah istilah yang kabur dan tidak mempunyai pentakrifan khusus. Dalam satu kenyataan akhbar katanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). "Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia," katanya. Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini. Menurutnya lagi istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata Dr Mohd Asri lagi. "Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan," katanya. Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. "Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam," katanya. "Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata," jelasnya. Beliau yang memetik Surah al-Hujurat: 13, menjelaskan ayat itu bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa. Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan. Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)". Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: "Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba Habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)". Sebelum Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Kongres Nasional parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan. Berikutan itu pelbagai pihak seperti Barisan Nasional dan sekutunya PERKAS melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan itu. |
Tindakan Gantung Anwar, Pakatan Akan Lapor IPU (Ada Video) Posted: 03 Dec 2010 06:50 AM PST Pemimpin Pakatan Rakyat tidak teragak untuk menfailkan laporan kepada Kesatuan Inter-Parlimen (IPU) terhadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak memberi keterangan berhubung kenyataan APCO Worldwide di parlimen Jun lalu. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi TV selangor petang tadi berkata keputusan yang dibuat jawatankuasa itu tanpa mengambilkira keterangan Anwar melanggar hak asasi manusia justeru melabelkan jawatankuasa itu sebagai pengecut. Mennurutnya, tindakan itu menunjkkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah melanggar amalan biasa. Orang yang dituduh selalunya harus dipanggil untuk memberi keterangan membela diri. "Jawatankuasa ini mesti tunjuk ketelusan mereka, kenapa jawatankuasa ini takut? Nampaknya jawatankuasa ini takut untuk berhadapan dengan keterangan yang hendak diberi Datuk Seri Anwar. Jika ini dilakukan saya rasa ini akan menjatuhkan reputasi parlimen Malaysia pada mata parlimen dunia dan ini adalah tidak sihat kepada proses demokrasi berpalimen di negara kita," tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor petang tadi. Dalam sidang media di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhasrat untuk menggantung beliau menghadiri sesi parlimen. Menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu titik hitam dalam sejarah parlimen dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen, Anwar bertegas akan mengemukakan bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan Israel dalam konsep 1Malaysia yang dilaksanakan di negara ini. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, status institusi tertinggi di negara ini semakin merudum justeru menghakis nilai demokrasi yang pertahankan negara selama ini. "Anwar semua dinafikan. Di mahkamah dia dinafikan untuk mendapatkan dokumen, di sini dia dinafikan untuk memberi keterangan. Jadi bagi saya amat memalukan bila institusi demokrasi tertinggi di negara kita iaitu parlimen tidak dapat menterjemah dan memurnikan proses demokrasi itu," tambah beliau lagi. |
Gua Sokong Kenaikkan Harga Minyak...!!!! Posted: 03 Dec 2010 06:41 AM PST Ekk...ekk leeee.... naik 5 sen jer.... petrol RON95..., gua ingatkan nak naikkan ke RM5 hengget ke apa..., setakat 5 sen jer... apa barang beb.. nak kecoh2... Yang si Najib ni pulak bangang ke apa...??? Bodoh melantun2 laaa... Lain kali kalau nak naikkan harga minyak.. naikkan laaaa.. tinggi2 sikit.. RM5 hengget ke... RM10 hengget ke... barulah selaras harga kenaikkan dengan kutukan yang di terima. Naik 5 sen buat lekat celah gigi jer.... PETALING JAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini kepada mStar Online sebentar tadi berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97. "Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia," katanya. Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter. Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa. Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95. - mStar. Kalau sebelum ini alasan harga kenaikkan minyak kerana pasaran dunia dan pelarasan, tapi kali ini kerana nak mengelakkan jurang harga antara 2 jenis RON tersebut... hahaha... Rosmah On Najib... belasah jelah selagi boleh beb... Gua sokong kalau lu naikkan harga minyak lagi tinggi... RM10 hengget seliter pun takpa... banyak kebaikkan dari keburukkannya Najib Razak ooiiii...., antaranya kurang kemalangan di jalanraya, jalanraya menjadi lengang dan tak sibuk dengan jem pelbagai.... kurang kes kematian akibat kemalangan jalanraya.. emmm banyak lagi arrr... malas gua nak fikir... sebab gua nak pergi beratur dan menyesakkan stesyen minyak. Najib Razak...!!!! Betul cakap lu... Rakyat di Utamakan.... gua sokong kenaikkan nih... lagi seminggu lu naikkan lagi tau... cecah RM5 atau 10 hengget... wa caya sama lu bro.... Pemimpin berjiwa Rakyat... perghhhh... Gula pun naik harga...??? Bagussss... kurang sikit pesakit kencing manis Diesel...???.. pun bagus jugak... lepas nih takda orang yang seludup diesel lagi... Apa lagi yang akan naik... ??? cepat2 naikkan harga sebelum tahun baru 2011... -RM |
Wan Azizah pukul tepat sasaran "kelemahan" Umno Posted: 03 Dec 2010 06:32 AM PST Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail memukul tepat sasaran "kelemahan" Umno apabila beliau mengibaratkan konsep 'Ketuanan Melayu' sebagai ideologi songsang, yang menjadi tempat penggantungan Umno sejak bertahun-tahun lamanya. Ketika menyampaikan ucapannya pada Kongres Tahunan parti 27 November lalu, beliau berkata, konsep 'Ketuanan Melayu' digunakan oleh golongan elitis Melayu untuk memperdaya orang-orang Melayu bagi mengekalkan kuasa politik mereka. Namun hasilnya, majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera tetap miskin dan hidup seperti 'melukut ditepi gantang' walaupun Umno memerintah lebih 53 tahun. Menyeru orang-orang Melayu supaya membuang jauh-jauh ideologi itu, beliau berkata, konsep "Ketuanan Melayu" hendaklah ditinggalkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi saling hormat menghormati di antara kaum. Mengikut standard demokrasi, seruan Wan Azizah untuk membuang faham perkauman harus dipuji sejajar dengan nilai fundamental yang diterima oleh setiap masyarakat di dunia ini. Meskipun Malaysia terlepas dari kutukan dunia seperti mana yang dialami oleh dasar apartheid Afrika Selatan, suatu ketika dahulu, namun penyakit rasis masih kekal sebagai satu wabak yang menghancurkan integrasi nasional dan membantut perkembangan ekonomi. Ketuanan Melayu tak dapat dipertahankan Mungkin atas kesedaran bahawa 'Ketuanan Melayu' tidak dapat dipertahankan di mata dunia maka Umno kelihatan kehilangan punca bagaimana untuk respon terhadap asakan tanpa duga daripada Wan Azizah. Untuk mendiamkan diri bermakna membenarkan kata-kata Wan Azizah dan ini boleh membawa padah dan masalah besar kerana melalui hasutan rasis sebeginilah Umno berharap dapat merentangi halangan pilihan raya umum akan datang. Jadi, bagaimana mungkin Umno dapat membebaskan diri dari mendokong konsep 'Ketuanan Melayu'?. Di samping itu, selagi Umno terus mempertahankan ideologi lapuk ini bermakna menarik kritikan dan penghinaan dari dunia luar. Ini tidak dapat dielak, memandangkan penggunaan peralatan komunikasi moden yang mampu membawa berita dan maklumat dengan sekelip mata maka kritikan dari masyarakat antarabangsa sukar untuk dibendung. Jadi, selepas pulih dari kejutan yang dibuat oleh Wan Azizah, respon mula mencurah datang daripada para pemimpin tertinggi Umno tetapi alasan yang diberi sama ada tidak relevan atau mereka cuba mengelak dari menyentuh isu sebenar dan malah tidak ada yang berani berdepan dengan Wan Azizah. Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan tegas daripada Wan Azizah itu sebagai langkah "menyelamatkan kapal yang sedang tenggelam" dan mengembalikan sokongan orang ramai selepas pepecahan dalam pemilihan parti PKR. Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno Zahid Hamidi pula berkata Wan Azizah "cuba mengalihkan perhatian rakyat dari masalah serius dalam partinya." Beliau berkata PKR mahu mengambil hati masyarakat Cina dan India bagi mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang. Sekali lagi, beliau mengelak dari menyentuh isu 'Ketuanan'. Kerja kotor Perkasa Seperti yang dijangka, kerja kotor ini dilemparkan kepada sayap ultra rasis Umno, Perkasa untuk menjawabnya. Ketua Pemudanya Arman Azha Abu Hanifah menyerang Wan Azizah dengan menyifatkan beliau sebagai "pelacur politik." Beliau berkata beliau (Wan Azizah) dan pemimpin Melayu PKR yang lain terhutang budi kepada dasar 'Ketuanan Melayu' atas pencapaian profesional mereka dan sekarang ini mereka telah mengkhianati bangsa Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Cina dan India. Lebih menarik, sikap kurang ajar dan tidak sensitif yang diperlihatkan Arman dengan menghentam para pemimpin Melayu yang lain menjustifikasikan seruan Wan Azizah untuk menolak mentaliti 'Ketuanan Melayu' bagi memulih semula penghormatan dan harga diri bangsanya. Kenyataan beliau menyifatkan Wan Azizah sebagai "pelacur" merupakan satu penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Kenyataan beliau bahawa orang-orang Melayu tidak mampu mencapai kemajuan tanpa mendapat layanan istimewa disebabkan bangsa merupakan satu lagi penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Oleh Kim Quek |
Anwar digantung Dari Menghadiri Sidang Dewan Rakyat Posted: 03 Dec 2010 01:16 AM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung pendedahan beliau mengenai tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh akan mengadakan sidang akhbar petang ini bersama Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah. Satu kenyataan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat mengesahkan sidang akhbar itu adalah berkaitan keputusan jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Datuk Seri Anwar dari sesi Parlimen akan datang. Sesi Parlimen baru dijadualkan bermula pada 7 Mac 2011. Sebelum ini desas-desus kuat bertiup bahawa Anwar akan digantung selama enam bulan selepas beliau mendedahkan tindakan Apco dalam mengubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis sekian lama. Dalam ucapan di Parlimen, Anwar memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persama antara 1Malaysia dan 1Israel. Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau dalam Parlimen bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991. Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya selain memperbaharui kontrak syarikat itu. |
Siswa Unisel dapat lampu hijau sertai demo Posted: 03 Dec 2010 01:07 AM PST Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini memberikan lampu hijau kepada mahasiswanya untuk menyertai perhimpunan 'baju merah' bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu. Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Rosti Saruwono berkata, pihak universiti menerima tindakan itu selagi mereka tidak melanggar peraturan universiti dan undang-undang negara. azlanMenurutnya, ini kerana, secara tidak langsung menunjukkan golongan "pemimpin masa depan itu" kini lebih bertanggungjawab walaupun masih di peringkat pembelajaran. "Pelajar saya adalah pelajar yang sudah dewasa dan kita menggalakan mereka supaya berfikiran sebagai orang dewasa. "Kita mengharapkan mereka boleh berfikir bukan sahaja dalam bidang akademik malah mengambil berat tentang isu masyarakat dan sejagat," katanya. Sambil memberitahu istilah demonstrasi "mungkin terlalu negatif", Dr Rosti menambah: "Mungkin mereka ingin menyerahkan sesuatu memorandum, itu memang kami (pun) sentiasa terima." Terus memuji mahasiswanya, Dr Rosti berkata di Unisel golongan itu memang aktif dan peka dengan pelbagai isu, termasuklah isu Palestin dan nasib haiwan. "Mereka mengadakan (semua) program ini secara sukarela di Unisel di mana ini merupakan satu perkara yang bagus sebagai pelajar prihatin untuk kebaikan am," katanya. NONEKelmarin, kumpulan mahasiswa, termasuk, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) universiti itu berikrar mengiringi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam perhimpunan Ahad ini. Bercakap dalam sidang media bagi mengumumkan perkara itu, mereka berpendapat ia ekoran ramai mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan di negeri itu. Dalam perkembangan berkaitan, selepas solat Jumaat hari ini mereka turut dijadual mengadakan perhimpunan awal di Masjid Unisel di Bestari Jaya sebagai langkah menggerakkan mahasiswa turut serta pada perhimpunan 'Baju Merah' itu. |
Posted: 03 Dec 2010 12:59 AM PST Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini. Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin. Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini. "Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok," kata sumber industri. "Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini," kata sumber itu lagi. Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini. Katanya, langkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor. Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05. Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama. Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini. Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. -The Malaysian Insider p/s: minyak angin xnak naik ka? |
Songkok Tiga Jengkal Tak Ada Makna Jika Tak Sujud Pada Allah. Posted: 03 Dec 2010 12:46 AM PST Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini, Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. |
Sedap membaca sejarah ciptaan Dr Mahathir. Posted: 02 Dec 2010 07:35 PM PST YB Bayan Baru Zaharin Hashim mencadangkan supaya supaya gelaran yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik balik oleh mana Raja-Raja Melayu yang telah menganugerahkan gelaran-gelaran kepada Anwar dahulu. Zaharin telah menuduh Anwar mempersoalkan isu ketuanan Melayu didalam perhimpunan agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Zaharin menganggap Anwar tidak wajar menyimpan gelaran kerana tidak bersama membina apa yang dihebohkan oleh pemimpin Melayu yang beretorik tentang ketuanan Melayu. Zaharin menempelak Anwar kerana kononnya PKR tidak mahu bersama memperjuangkan ketuanan Melayu dan oleh sebab itu segala gelaran yang diterima Anwar wajar ditarik balik. Media perdana telah memberikan liputan cadangan Zaharin ini dan Anwar telah menjawab yang itu adalah anugerah Tuanku-Tuanku yang berkaitan dan beliau tidak pernah merayu dan mengemis untuk mendapatkan gelaran-gelaran tersebut. Bagi saya samada gelaran itu ditarik balik atau dikekalkan bukanlah menjadi isu tetapi saya mengambil persepsi yang Zaharin membuat kenyataan ini semata-mata kerana perasaan peribadinya terhadap Anwar semata-mata. Pada hal Zaharinlah yang menjunjung Anwar semasa gerakkan reformasi dan seterusnya mendapat tempat diDewan Legislative dan sekarang digelar Yang Berhormat. Saya bukan hendak mempertahankan Anwar kerana saya sendiri tidak ada perasaan apa-apa terhadap pemimpin ini kerana Anwar bukanlah pemimpin yang saya kagumi. Tetapi apa yang saya persoalkan ialah Zaharin bukannya berkata-kata kepada landasan kejujuran tetapi oleh kerana 'persona non grata' beliau terhadap Anwar sahaja. Kalau isu kelalaian Anwar terhadap bangsa Melayu mewajarkan gelaran ditarik balik, maka hampir kesemua pemimpimpin UMNO sepatutnya ditarik gelaran Datuk Seri, Datuk, Tan Sri dan sebagainya. Zaharin sepatutnya menyarankan gelaran kepada Dr Mahathir dilucutkan kerana beliau mengepalai barisan pimpinan UMNO (Baru) menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis prlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir serta Ghaffar Baba pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu Perlembagaan Persekutuan telah melarang Raja-Raja Melayu diipersoalkan samada didalam Dewan Legislative atau diluar Dewan. Jika dilanggar individu-individu yang terlibat boleh dipenjara 'mandatory'. Menghina Raja-Raja itu adalah penghinaan kepada orang Melayu dan isu itu patut disebut oleh Zaharin. Kenapa hanya Anwar dipersoalkan? Kalau dibuat intrepitasi mengikut Perlembagaan Persekutuan Dr Mahathir, Anwar, Ghaffar Baba, Najib Tun Razak, Hj Khalid Yunus, Isa Samad, Anwar Musa dan terlalu ramai yang lain sepatutnya telah dipenjarakan dan ditarik semua gelaran kebesaran masing-masing semasa krisis cetusan UMNO (Baru) itu sedang hangat didebatkan oleh setiap lapisan masyarakat semasa itu. Kepada penggiat politik yang masih berhingus masa itu tentunya tidak ingat dengan sejarah hitam semasa itu. Isu ii diperbesarkan oleh orang Melayu dalam UMNO yang mengampu pimpinan semasa itu dan tidak kedengaran semasa itu kritikkan kepada Raja-Raja Melayu dilakukan oleh bangsa lain. UMNO telah melakukan penghinaan kepada Raja-Raja Melayu tanpa sempadan dan media letronik dan cetak telah memberikan sokongan agar Raja-Raja Melayu ditamatkan riwayat kewujuddan mereka. Ini sejarah yang begitu baru dan pada siapa yang berumur sebaya atau lebih tua daripada saya tidak akan mampu melupakan insiden hitam yang dihadapi oleh Raja-Raja Melayu sewaktu itu. Pemimpin-pemimpin kita yang besar dan yang kecil semasa itu telah lupa daratan dan mereka seolah-olah tidak lagi memerlukan institusi Raja-Raja Melayu dan ramai yang bertempik dan bersorak mengkritik Raja-Raja Melayu didalam akhbar-akhbar perdana dan media letronik. Kepada sesiapa yang mushkil dengan kata-kata saya ini elok pergi keArkib Negara dan bacalah setiap berita yang tertulis didalam dada akhbar pada tahun 1993 dan saudara akan terbaca semua yang saya katakan tadi. UMNO (baru) bersikap lebih buruk dari sikap British Malayan Union yang cuba untuk menurunkan martabat bangsa Melayu dengan mencemuh Raja-Raja mereka. Kalau Malayan Union itu adalah dari kaum Inggeris cuba untuk merendahkan mertabat Raja-Raja Melayu, UMNO (B) pula adalah dari rakyat yang hampir kesemuanya Melayu yang cuba untuk menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu mereka sendiri. Walaupun pindaan terhadap perlembagaan yang bersabit dengan Raja-Raja tidak dibenarkan namun UMNO tetap memindanya dan itu merupakan penghinaan kepada bangsa Melayu. Semua yang mencadangkan pindaan itu adalah orang-orang yang telah mendapat gelaran dari Raja-Raja dan Zaharin patut mengeluarkan segala-galanya jika benar beliau serius untuk memperjuangkan apa yang kikatakan sebagai ketuanan Melayu. Jika Zaharin tidak bersikap 'limau masam sebelah' elok beliau diberitahu bahawa Fasal 159(5) dan 181(2) telah di'repeal' oleh UMNO pimpinan Mahathir dan ini merupakan ancaman gila yang tidak ada tolok bandingnya terhadap institusi Melayu yang unggul itu. Tetapi UMNO mudah lupa; dalam krisis diPerak baru-baru ii UMNO telah menggunakan kuasa yang sikit-sikit berbaki kepada Sultan Perak untuk mengambil alih kerajaan pilihan rakyat dari PR. Barulah sekarang, apabila sudah terdesak UMNO mahu menerima kenyataan yang institusi Raja itu penting. Sejak dari itu UMNO tidak mahu lari dari berlindung dicelah ketiak Raja Melayu. Bagi sekumpulan kecil dalam UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakkan UMNO itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja semasa itu tanpa berdaya melakukan sesuatu kerana semasa itu semua ahli-ahli UMNO haya bangun untuk membodek Dr Mahathir bagi kepentingan politik jangka pendek mereka. Kami bersedih dan terkilan dengan penghinaan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO semasa itu. Semasa itu kami hanya berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk terhadap kepimpinan yang sesat barat itu kembali kejalan yang benar. Alhamdulillah, UMNO sudah sedar tentang pentingnya Raja-Raja Melayu, walaupu hanya setelah mereka hampir mati oleh tindakkan mereka sendiri. 'BUT, it's better late than never' bak kata perbilangan Inggeris yang semua orang tahu. Sesungguhnya sangat seronok membaca sejarah cetusan Dr Mahathir ini. Masalahnya saya tidak pandai menulis buku. Kalaulah saya seorang penulis buku sejarah, topik ini merupakan topik yang paling utama bagi saya supaya anak muda yang akan datang faham bahawa kita adalah orang Melayu yang telah dipunah ranahkan oleh pemimpin mereka sendiri. Cukuplah setakat ini. |
Nik Aziz Membina Projek Akhlak Di Kelantan Posted: 02 Dec 2010 07:22 PM PST SAHABAT dan kawan sezaman dengan saya, Ramli Abdul Halim menulis dalam blognya - Meli Kapak Jangak bertanya dan mencari apakah jasa-jasa Tok Guru Nik Nik Mat sebagai MB Kelantan. Walaupun saya cuba memahami maksud tersirat di sebalik tulisan beliau itu, tetapi kali ini ilmu saya gagal merungkai apakah maksud sebenarnya di sebalik pertikaian itu. Apakah kawsan saya itu sengaja melambung persoalan itu untuk dijawab beramai-ramai. Itukah hikmahnya? Kerana itu yang perolehi, saya rasakan Meli cuba merendahkan pencapaian Nik Aziz sebagai MB yang sudah masuk ke tahun 20. Dalam melihat Nik Aziz sebagai MB Meli mengasingkan Nik Aziz sebagai tok guru. Awal penulisannya, Meli cuba membandingkan Muhamamd Nasir dengan Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Muhammad Nasir adalah gurunya dan dalam sejarah politik Kelantan orang selamanya melebelkan Muhammad Nasir sebagai oknum yang mengisbatkan Kelantan jatuh ke tangan UBN tahun 1978. Meli membuka kisah bagaimana pengorbanan dan jasa-jasa Muhamamd Nasir dalam hidupnya, banyaknya sebagi MB. Kata Meli, Muhammad Nasir membeli 30 ekar tanah rang di kampugnya, Rong Chenak dan membuka sekolah agama, Balaghulmubin dan di sekolah itulah Meli belajar dan celik jawi, serta tahu baca Quran, hadith dan kitab agama. Terus terang, di sini saya bukan hendak berlawan dengan sahabat saya itu atau menyinggung beliau ini kerana diterheret oleh polemik beliau dengan penjenguk blognya. Saya tidak pun membaca catatan (yang menimbulkan polemik itu), melainkan yang ini. Tetapi saya merasakan tulisan beliau itu agak berlebih-lebih sedikit. Secara peribadi saya bersetuju kalau pembangunan fizik projek mega tidak terlaksana di zaman Nik Aziz jadi MB selama sudah 20 tahun. Dan saya juga setuju kalau Meli malah sesiapa mengkritik Nik Aziz. Saya juga berbuat demikian tetapi biarlah konstruktif dan sedia meralat kalau kritikan kita tidak tepat. Kalau dibanding dengan Mohd Asri Muda (Allahyarham) saja sebagai menjadi MB, Nik Aziz kalah dari segi membawa pembangunan fizikal di Kelantan. Misalnya di zaman Asri dibuka tanah rancangan untuk menempatkan rakyat Kelantan yang tidak bertanah. Peneroka di zaman Asri membuka tanah dengan kudrat idaratnya sendiri. Mereka hanya bertemankan kapak dan beliung saja untuk meruntuhkan hutan menjadi kampung halaman. Nah, hari ini hasil pandangan jauh dan ikhtiar Asri itu peneroka itu sudah kaya raya dan setengahnya ada yang memiliki tanah sampai 50 ekar. Selain tanah rancangan, pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra yang merentang sungai Kelantan juga adalah idea dan usaha Asri. Begitu juga pembinaan pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri yang kini menjadi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, adalah hasil usaha beliau. Setidak-tidaknya projek pembangunan itu menjadi legasi politik Asri dan rakan-rakannya di Kelantan. Mungkin benar Nik Aziz tidak ada ikon material seumpama itu di zamannya. Legasi pembanguann fizkal agak berkurangan. Tetapi kalau kita cuba menjernihkan diri dan melihat pembangunan itu dalam skop lebih luas, (hakiki sebagai umat Islam) tidak dapat tidak kena diakui juga Nik Aziz turut membawa pembanguan dan merubah landskap politik Kelantan. Banyak perubahan dan pembaharuan yang tetes dalam tempoh 20 tahun. Satu perkara yang jelas dan ini menunjukkan beliau ada sumbangan dan jasa apabila pentadbiran dan pemerintahannya di terima. Kemampuan kerajaan Pas Kelantan bertahan selam 20 tahun (dan insyaAllah akan kekal selepas pilihan raya k 13 nanti) adalah bukti paling jelas yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana penganalisa politik termasuk dari London sekali pun mengenai kehebatan Nik Aziz dan Pas. Apakah erti kehebatan Pas itu? Itu adalah kehebatan yang dijelmakan oleh Nik Aziz. Kalaulah kehadiran Nik Aziz tidak disenangi dan ia membawa 'sia-sia yang lapar' kepada Kelantan, nescaya rakyat Kelantan tidak akan sanggup bermenteribesarkan Nik Aziz selama 20 tahun. Kehebatan dan keagungan beliau dalam soal ini perlu dilihat dan dijadikan perbandingan kejayaan beliau secara insaf. Cuba panjangkan leher dan bulatkan mata untuk melihat kehebatan ini yang belum tentu dapat dicabar oleh sesiapa. Saya berani mengatakan sukar untuk sesiapa baik dari kalangan Pas sendiri atau Umno untuk memadam pencapaian Nik Aziz itu. Pembangunan yang berlaku di zaman Nik Aziz adalah pembangunan jiwa, pembangunan rohani dan pembangunan insan. Nik Aziz telah membangunkan akhlak politik di Kelantan. Beliau telah meletakkan rakyat Kelantan dalam neraca politiknya sendiri yang ikut berfikir dan mengambil berat tentang dosa dan pahala, syugra dan negara. Hanya mereka yang sengaja membutakan mata sahaja tidak akan nampak pembanguann akhlak dibina Nik Aziz. Dalam kata lain Nik Aziz berjaya menginstitusikan politik sebagai instrument untuk membawa manusia ke dua destinasi sekaligus, ke panggung wayang dan masjid. Beliau adalah pemaking kepada perjuangan Pas pada masa kini, seorang yang ahli politik yang versatile atau anjal yang mampu mengikut rentak politik tanpa meninggalkan Quran dan Hadith. Dalam hal ini salah satu yang paling manrik bagi saya ialah Nik Aziz berjaya menghapuskan sikap politik kolot dan jumud sesetengah orang Pas di Kelantan yang dibawa oleh regim lama, iatu menimbulkan politik kafir mengkafir dan bergaduh sesama sendiri. Selepas Nik Aziz mengemudi Pas Kelantan isu kafir mengkafir sudah berkurangan dan kini hampir tidak melatas lagi. Masalah ataupun fenoeman ini berjaya dihapuskan kerana stail dan pendekatan politik beliau. Saya rasa Meli sendiri menyedari hal ini dan kertas catatan mengenai betapa buruknya politik kafi mengkafir ini masih ada dalam simpanannya. Perubahan dalam sistem pentadbiran juga berlaku di bawah Nik Aziz. Nik Aziz berjaya membawa islah dalama sistem pentadbiran. Nik Aziz menjadikan Quran dan sunnah sebagai kaedah atau paduan untuk merubah pentadbiran dan sikap manusia penguasa. Perubahan ini berjaya. Buktinya hasil didikan serta penekanan kepada akhlak dan moral, tiada pegawai kerajaan atau ahli politik Kelantan yang ditangkap kerana rasuah, atau pun telah menyalahkan kausa secara melampau. Saya percaya pihak UBN telah berusaha mengorek ke lubang cacing untuk mencari kesalahan para pemimpin Pas tetapi tidak ketemu. Dengan akhlak politik yang dibangunkan Nik Aziz itu jugalah memungkinkan kerajaan Kelantan berusia panjang. Rakyat terus memberi kepercayaan. Kita selalu dengar Pas akan kalah kalau tidak ada Nik Aziz. Kenapa keluar dendangan dan ratib demikian? Jawabnya kerana kehebatan Nik Aziz. Kalau dibandingkan usia pentadbiran bekas Menteri Besar lain dengan Nik Aziz, nampaknya panggil tida dengar. MB sebelum ini hanya berkhdimat antara lima tahun dan tujuh tahun sahaja. Ishak Lufti Omar jadi MB selama lapan tahun saja. Asri jadi MB enam tahun manakala Muhamamd Nasir pula empat tahun saja. Tetapi Nik Aziz 20 tahun secara marathon. Huh... buka hebat namanya itu... Bila bercakap pembangunan di era Nik Aziz, sesiapa pun akan kecewa kalau mahu melihat terbina menara 100 tingkat di Kelantan. Ataupun lapangan terbang terpanjang di Kelantan, atau pun apa-apa yang maha hebat dan maha besar. Harus difahami kekuatan membina akhlak dan mengubah sistem kerajaan ini bukan senang untuk dilakukan. Pentadbiran akan berubah bila akhlak manusia berubah. Hanya manusia yang mempunyai sifat seperti Mahatama Ghandi saja yang boleh berbuat demikian. Di sini saya bersetuju kalau ada orang melebelkan Nik Aziz sebagai Mahtma Ghandi baru. Selalunya orang yang marah dan keliru mengenai Nik Aziz kerana berada jauh darinya. Tidak merasai lembut jabatan salamnya dan menghidu harum bak kasturi nafas kemanusiaanya. Mereka yang berada jauh akan tidak dapat menghidu kemuliannya sebagai tok guru dan ahli politik. Sila hadir dan bersimpuh di depannya untuk merasai kelunakan itu semua. Bila berdekatan dengannya akan nampaklah ketinggian darjatnya, kerendahan budinya. Pembangunan yang dicipta dan dibangunkan Nik Aziz tidak terpandang oleh mata zahir tetapi sangat indah untuk ditilik mata batin. Sila berada di belakangnya menjadi makmum solat nescaya akan dapat dirasailah sebuah kenyaman dari payung seorang tok guru. Sebab itu orang bukan Islam; Cina, India, Siam, Orang Asli senang mendampingnya kerana pembangunannya meninggal keinsafan dalam jiwa mereka. Dalam kata mudah Nik Aziz tidak membina jambatan terpanjang di Kelantan merentang mana-mana sungai, tetapi dia menguntai terpanjang untuk rakyat Kelantan dengan ilmunya. Nik Aziz tidak membina lampangan terbang terbesar, tetapi dia membina lebuh raya lebar menuju ke kehidupan abadi dengan jawatan yang diamanahkan Allah kepadanya. Nik Aziz tidak membina bangunan pencangkar langit tetapi dia membina ketinggian akhlak dan budi menjejaki sunnah Rasulullah. Kalau hendak dikira jasa Nik Aziz sebagai hamba, sebagai da'i dan tok guru tidak terhitung. Tok Guru mana di Kelantan hari ini yang masih terus mentarbiyah ummah secara berterusan. Apa yang berlaku di Dataran Ilmu setiap Jumaat menjelaskan akan kehebatan dan pengorbanan atau jasa beliau. Sejak lebih 30 tahun belia mengajar, (secara percuma) sudah berapa puluh ribu manusia yang mendapat manfaat darinya. Yang datang setiap Jumaat menadah telinga untuk mendengar syarahan agamanya bukan saja dari Kelantan tetapi dari luar juga. Tidak ketinggalan dalam politik pula Nik Aziz berjaya memunculkan beberapa tokoh baru Pas di Kelantan yang akan mewarisi tahkta kekuasaan di Kelantan. Nama-nama seperti Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah, Takyuddin Hassan, Nasaruddin Daud dan putranya sendiri Nik Abduh serta lain-lain adalah anak-anak didik yang lahir dari Madrasah Siasah Nik Aziz yang akan menerus dan memikul tanggungjawab politik dan agama di hari muka. Saya rasa kepda mereka yang kabur mengenali politik dan juga jasa Nik Aziz di Kelantan akan celik dengan apa yang saya paparkan ini. Pembangunan Nik Aziz bukan pembangunan jasmani saja tetapi yang lebih penting baginya ialah pembangunan rohani menerusi projek pembentuk akhlak dan syaksiah politik. Jangan lupa basuh mulut kalau makan pulut. - MSO |
Posted: 02 Dec 2010 07:21 PM PST Selepas sahaja kongres Nasional KEADILAN baru-baru saya menerima banyak panggilan dan juga sms yang bertanyakan soal penghapusan Ketuanan Melayu yang kononya cuba dihapuskan oleh KEADILAN seperti mana yang dicanang oleh puak dan juak UMNO/Perkasa.Mereka tanya apakah sudah tiada sentimen melayu di dalam KEADILAN sehinggakan KEADILAN sanggup untuk menghapuskan hak melayu tersebut. Untuk itu saya terpanggil untuk menyatakan apa yang difikirkan wajar.Untuk pengetahuan semua tidak ada langsung erti kata ataupun satu usul di dalam KEADILAN mahu menghapuskan "Ketuanan Melayu " yang menjadi isu kini.Namun apa yang disarankan dan yag mahu dibawa ialah kita mahu mengangkat "Ketuanan Rakyat " itu jauh lebih baik dan juga penting berbanding " Ketuanan Melayu ".Apakah ia menjadi permasaalahan dan kerisauan dikalangan Melayu sehinggakan Perkasa gegak gempita membuat laporan polis melatah dan menunjukan bahawa merekalah pejuang melayu? Teman-teman apa yang dibawa dalam konsep menegakan "Ketuanan Rakyat " ialah apabila kita mahu pembelaan itu diberikan kepada semua kaum dan bangsa yang mana menjadi fokus kita agar yang miskin terbela yang daif dapat hidup sempurna yang hina dipandang mulia dan akhirnya semua yang miskin tegar mampu kecapi hidup sempurna dan selesa atas nama rakyat.Apakah itu menjadi salah..? Namun kini kita lihat kalau "Melayu " yg disentuh maka tercuit,melatah bagai nak perang dunia akan tetapi bila agama menjadi bahan senda dan juga mainan tiada perkasa..tiada UMNO..dan tiada Mufti yang bangkit menyuarakan.Semua diam membisu tanda mulut dipaku dan yang akhirnya menjadi mangsa ialah Rakyat yang diperguna... Antara "Mengangkat Ketuanan Melayu dan Rakyat" aku lebih rela memilih memperjuangkan "Ketuanan Rakyat " .Biar Jadi Melayu Bermaruah dari jadi Pejuang Melayu namun Hak Melayu tergadai yang miskin papa kedana yang kaya terus bahagia yang kroni dibela yang rakyat miskin dibiar merempat dan merana. |
You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan