DIALOG RAKYAT |
- Golongan profesional tak beretika cuba pengaruhi peneroka FELDA: Muhyiddin
- Imigresen diberi tempoh sebulan garis pembaharuan
- Anwar pertahan pendirian PKR tolak konsep Ketuanan Melayu
- Umno tangguh pemilihan bukan petanda PRU-13 awal 2011, kata penganalisis
- Bicara Kes Anwar: Awat Lagu Ni ?
- Shafie Apdal: Umno Kedah kembali mantap
- Wikileaks Dedahkan Penglibatan Firma Malaysia
- Pengikut Ajaran Sesat Islam Jamaah Dibebaskan Dengan Ikatjamin
- Kes Saman: Permohonan Syarikat Sosilawati Didengar Isnin Depan
- Gejala remaja minum arak meningkat
- MB ajak rakyat pertahankan hak mendapat harga air murah
- Ketua PKR Cabang Bayan Baru: Zahrain Hashim harus bertaubat
- USBO, NGO Pertama Umum Hasrat Sertai BN Sebagai Anggota Gabungan
- Rombakan Kabinet Hanya Khabar Angin – Najib
- Bekas Pegawai Khas MB Selangor Diarah Bela Diri Tuduhan Tipu
- PRN Sarawak Tumpuan Penuh KEADILAN Selapas Kongres
- Anwar Janji Siasat Dakwaan Kelemahan Dalam Pemilihan 2010
- Senarai Penuh Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010 - 2013
- Menteri Besar Ajak Rakyat Pertahan Hak Dapat Harga Air Lebih Murah
- Tiada istilah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan hanya Ketuanan Raja, kata pakar
- Ketuanan bangsa undang permusuhan
- Selangor peruntuk RM6 juta setahun untuk SAR
- Gelar Wan Azizah "pelacur politik" kurang ajar
- Zulkifli: Pertikai Ketuanan Melayu, Pakatan 3A alami ‘penyakit politik’
- "Tabung Budi terima sambutan menggalakkan" – Syabas
Golongan profesional tak beretika cuba pengaruhi peneroka FELDA: Muhyiddin Posted: 01 Dec 2010 03:55 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, menasihatkan peneroka FELDA supaya tidak terpengaruh hasutan pihak tertentu termasuk golongan profesional tidak beretika yang cuba mengambil kesempatan untuk tujuan politik dan meraih keuntungan. "Mereka ini menghasut peneroka dengan alasan tertentu dan akhirnya menggunakan peneroka untuk mengheret Felda ke mahkamah...contohnya tindakan saman yang diambil oleh segelintir masyarakat peneroka tidak menguntungkan sesiapa. "Malah nama baik peneroka sendiri turut terjejas," kata Timbalan Perdana Menteri pada majlis Semai Bakti Felda 2010 di Dewan Perdana Felda di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abd Wahab. Muhyiddin berkata, bahawa sejak kebelakangan ini, banyak isu ditimbulkan oleh pihak-pihak berkepentingan dengan tujuan mengelirukan dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat. "Pihak yang tidak bertanggungjawab ini mempunyai agenda politik yang sempit dan bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan," katanya. Muhyiddin berkata, FELDA adalah sebuah organisasi besar yang telah menabur bakti kepada rakyat dan pembangunan negara di mana kejayaan yang dicapai telah memberi kesejahteraan hidup kepada semua dua juta peneroka di seluruh negara. "Ukuran kejayaan Felda dapat dilihat dengan peningkatan paras pendapatan peneroka, taraf penghidupan yang lebih baik, rumah kediaman yang selesa dan kemudahan infrastruktur yang disediakan," katanya. Menurutnya, secara purata, peneroka yang mengusahakan tanaman kelapa sawit ketika ini memperoleh RM3,814 sebulan dan penoreh getah pula RM3,856 sebulan selain diberi hak milik lot kediaman dan lot pertanian. "Bagaimanapun, Felda tidak harus leka dengan kejayaan yang dicapai lebih-lebih lagi dalam keadaan persekitaran yang begitu dinamik dan serba canggih yang memerlukan pendekatan baru. Inovasi dan teknologi moden adalah ukuran yang boleh meningkatkan pendapatan peneroka ke paras lebih baik," kata Muhyiddin. Beliau meminta peneroka supaya memberi tumpuan kepada usaha menambah pendapatan mereka demi menikmati taraf kehidupan lebih baik. Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan pingat Semai Bakti kepada 16 pegawai dan Anugerah Pengurus Terbaik kepada lima pegawai Kumpulan Felda kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Bagi Anugerah Pengurus Terbaik, setiap penerima mendapat hadiah dalam bentuk saham Koperasi Permodalan Felda bernilai RM5,000. | ||
Imigresen diberi tempoh sebulan garis pembaharuan Posted: 01 Dec 2010 02:44 AM PST BERNAMA PUTRAJAYA: Kepimpinan baru Jabatan Imigresen diberi tempoh sebulan untuk menggariskan perancangan, pembaharuan dan penambahbaikan yang akan dilakukan terhadap jabatan itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata cadangan itu harus dibentangkan kepada beliau pada Januari depan bagi membolehkan tindakan seterusnya. "(Cadangan itu) seperti mengenai kebajikan mereka, perkembangan kerjaya, perumahan, elaun dan sebagainya mesti diselesaikan jika mereka benar-benar mahu menghapuskan rasuah. "Hanya apabila mereka berpuas hati kebajikan mereka terjaga, maka baru dapat kita bina ketahanan diri terhadap rasuah," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Imigresen, di sini hari ini. Hishammuddin berkata, beliau bersama kepimpinan kementeriannya akan turun ke bawah bagi menggerakkan perubahan menyeluruh untuk jabatan tersebut bermula tahun depan. Terdahulu, Hishammuddin dalam ucapannya berkata, kerangka penambahbaikan itu juga harus meliputi usaha untuk menangkis persepsi negatif yang melanda jabatan tersebut. "Kita wajar mengetengahkan pelbagai cerita kejayaan jabatan ini sebagai bukti bahawa ia bukan sahaja mempunyai tanggungjawab yang besar, malah mempunyai potensi yang jauh lebih besar untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada negara dan rakyat," katanya. Katanya, kerajaan juga kini berusaha melakukan penambahbaikan terhadap Jabatan Imigresen termasuk mewujudkan Gred KP48 dan KP44, sebagai tambahan kepada KP42, bagi memantapkan laluan kerjaya pada kalangan warga Imigresen. Beliau berkata, seramai dua orang dilantik sebagai Penguasa Imigresen Gred KP48 dan 19 dilantik Penguasa Imigresen Gred KP44 iaitu pertama kali dalam sejarah jabatan itu. "Seramai 19 lagi dinaikkan Penguasa Imigresen Gred KP42," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad, dalam ucapannya berkata pengeluaran pasport Malaysia mencatatkan peningkatan saban tahun dan sehingga Oktober lalu sebanyak 1.52 juta telah dikeluarkan. Katanya, jumlah itu dijangka meningkat kepada 2.1 juta pada tahun depan. "Peningkatan itu boleh diterjemahkan sebagai lambang kestabilan politik, pengukuhan ekonomi, sosial dan keselamatan negara ini yang dinikmati oleh rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA | ||
Anwar pertahan pendirian PKR tolak konsep Ketuanan Melayu Posted: 01 Dec 2010 02:43 AM PST TERKINI Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu turut membidas kritikan sesetengah pihak terhadap pendirian partinya — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak konsep tersebut dengan mendakwa ia telah diputarbelitkan seolah-olah mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Justeru Penasihat PKR ini mencela pemimpin-pemimpin terbabit terlalu tergopoh-gopoh dan tidak tepat dalam kenyataan dibuat mereka terhadap komponen PR itu. "Saya berharap jika mereka mahu mempolitikkan isu ini, sama ada Umno atau Utusan Malaysia, itu hak mereka, tetapi saya berharap mereka tidak akan membohongi atau memutar belit kebenaran seolah-oalh bagi menggambarkan bahawa kami ini kurang Melayu, hanya kerana menolak konsep itu. "Saya merasakan kenyataan mereka ini tidak tepat dan terlalu kasar," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen petang ini. "Berhubung kenyataan oleh presiden parti (Dr Wan Azizah), yang mana bukan sesuatu yang baru, kami pernah menjelaskan sebelum ini dalam kongres PKR dan agenda ekonomi Malaysia, bagaimana kami menolak Dasar Ekonomi Baru kerana ia hanya melindungi satu segmen masyarakat kita dan orang Melayu, Cina dan India yang miskin dipinggirkan. "Jadi kalau kita melihat pada maksud tuan dalam Ketuanan Melayu, tuan bermaksud seseorang yang ada kuasa, seseorang yang ada milikan, seseorang berada dalam keutamaan teratas. Jadi, jika Melayu adalah tuan, maka bagaimana dengan kedudukan kaum-kaum lain... Iban, Cina dan India?" katanya. Anwar juga menjelaskan rujukan langsung tuan adalah kepada kedudukan Raja-raja Melayu, bagaimana mereka diberi gelaran "Yang Dipertuan" atau "Yamtuan" bagi menggambarkan kedudukan mereka. Jadi, menurut beliau, berlawanan kepada ungkapan tuan ialah hamba. "Jadi bila kita bercakap mengenai ketuanan Melayu, soalan saya ialah ini — bagaimana dengan kaum-kaum lain?" kata beliau. Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri. Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu. "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. "Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai," katanya. Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Bagaimanapun seruan itu didakwa Umno sebagai usaha untuk meraih sokongan bukan Melayu selain cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman parti itu. Antaranya, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru rakyat harus berwaspada dengan strategi terbaru parti pembangkang tersebut yang cuba "menggula-gulakan" anggota bukan Melayunya, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pula menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "kacang lupakan kulit" kerana meminta agar konsep "Ketuanan Melayu" ditolak. Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah turut menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "pelacur politik" apabila sanggup menolak konsep tersebut semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan daripada orang bukan Melayu. Bagaimanapun malam kelmarin pada majlis penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar menggesa PR memperluaskan mesej konsep "Ketuanan Rakyat" di kalangan pengundi di negeri-negeri dikuasai perikatan tiga parti itu ekoran serangan Umno mengenai isu itu sejak Sabtu lalu. Mengambil pendirian isterinya Dr Wan Azizah itu, Anwar mendakwa konsep "Ketuanan Melayu" telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin elit dari Umno-BN. "Tanggungjawab negeri-negeri (pimpinan Pakatan Rakyat) ialah untuk menegaskan pendirian dalam soal konep Ketuanan Rakyat," kata Anwar dalam ucapan penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri Pakatan Rakyat di sini malam tadi. "Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu," katanya. Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan pendirian lantangnya dengan menegaskan konsep "Ketuanan Melayu" telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik. | ||
Umno tangguh pemilihan bukan petanda PRU-13 awal 2011, kata penganalisis Posted: 01 Dec 2010 02:37 AM PST KUALA LUMPUR – Langkah Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan tidak harus dianggap sebagai isyarat muktamad bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, kata penganalisis dan pemerhati politik. Penganalisis politik Dr Ong Kian Ming ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, ia bukan petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan sebagaimana diramalkan kebanyakan pihak. "Apa yang jelas pilihan raya umum akan diadakan diadakan dalam 18 bulan ini dan keputusan Umno adalah petanda jelas minta jentera Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum... itu saja, ia kita boleh anggap sebagai prosedur operasi standard (SOP) di pihak Umno," kata beliau. Bagaimanapun negara akan menyaksikan pilihan raya negeri Sarawak tahun depan memandangkan mandat semasa akan berakhir Julai 2011. Mandat kerajaan persekutuan hanya akan berakhir Mei 2013. "Ada ruang kecil pada bulan Januari untuk memanggil pilihan raya Sarawak dan jika tidak ia akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina," kata beliau. Bagaimanapun pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang dijadual tahun depan bukannya petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan seperti yang diramal sesetengah pihak. "Ia bukan bertujuan untuk pilihan raya tetapi untuk kukuhkan parti supaya setiap ahli parti tidak lagi berfikir hendak bertanding untuk jawatan (kerana) pergerakan di bawah mencaturkan politik boleh membawa kesan kepada kekukuhan parti kita," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi mengumumkan bahawa parti itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual diadakan antara awal dan akhir tahun depan selama 18 bulan untuk memantapkan parti. Menjelas lanjut, Muhyiddin berkata keputusan itu tidak melanggar perlembagaan parti kerana ia telah tiga kali dibuat sebelum ini. Dalam pada itu, penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, penangguhan pemilihan agung Umno 2011 yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam supaya rakyat terus melihat Umno stabil dalam membuat persiapan jentera pilihan raya, bukan sekadar isyarat pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal atau mengelak "masalah PKR" berulang dalam Umno. Kata pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia ini berkata Najib mahu akar umbi parti oang Melayu tersebut mengetepikan perebutan jawatan dalam parti yang dianggap tidak sihat di sisi rakyat. Tidak seperti Parti Keadilan Rakyat sejak awal pemilihan cabang lebih sebulan yang lalu hinggalah selepas selesainya Kongres Nasional Ahad lalu, menurut Sivamurugan, terus dipertikai dari segi integriti, semangat demokrasi serta proses pemilihan yang menggunakan sistem undian langsung. "Perebutan jawatan pada proses pemilihan parti adalah lumrah, Umno juga bakal melalui pengalaman seperti PKR tetapi dengan penangguhan proses pemilihan peringkat pusat, bahagian dan cawangan akan meletakkan politik Umno dalam keadaan stabil. "Rakyat melihat kestabilan dan kekecohan yang berlaku dalam mana-mana parti dan pemimpin Umno mahu rakyat melihat partinya terus stabil dengan persiapan-persiapan (pilihan raya) ini. "Ia mungkin proses persiapan jentera pilihan raya, tetapi bukan isyarat pilihan raya (umum) akan diadakan lebih awal," ujar Sivamurugan kepada The Malaysian Insider. Pendapat itu katanya ekoran Najib yang juga Perdana Menteri sendiri pada Perhimpunan Agung Umno lalu mengumumkan perubahan itu sebelum awal tahun depan. Kata Sivamurugan lagi, Najib tentunya akan menggunakan masa penangguhan selama 18 bulan itu membuat beberapa persiapan dalaman. "Najib juga akan dijangka akan merombak organisasi Umno di peringkat negeri pada hujung bulan ini yang sudah tentu memerlukan sedikit masa untuk memperkukuh organisasi peringkat negeri. "Barangkali Najib serta timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan menjelajah di setiap negeri untuk memberi tunjuk ajar serta latihan perjenteraan (pilihan raya) peringkat bahagian dan negeri kerana rombakan kepimpinan peringkat negeri sudah tentu memerlukan proses penyesuaian." Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman pula berkata penangguhan pemilihan agung Umno itu memberi isyarat bahawa pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat iaitu dalam 18 bulan dari sekarang. Menurut pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Najib tidak mungkin akan mengambil masa yang lama kerana dengan berbuat demikian membolehkan PKR serta parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PAS - memperbaiki imej masing-masing di kalangan rakyat. "Apabila penangguhan itu dibuat, dalam masa 18 bulan ini kemungkinan ada pilihan raya. "Tidak sihat kalau pemilihan parti (Umno) diadakan menjelang pilihan raya, (tetapi) tidak sihat juga kalau Umno mengambil masa yang begitu lama untuk membuat persiapan parti kerana akan memberi peluang kepada pesaingnya memulihkan kekuatan mereka juga. "Kalau pilihan raya umum (ke-13) sudah selesai, perebutan jawatan atau kalah menang dalam pemilihan agong Umno kelak tidak akan menjejaskan parti Umno atau menguntungkan pesaing mereka (Pakatan Rakyat)." Pun begitu, beliau menolak anggapan awam bahawa Najib akan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat disebabkan "kekocohan" dalam PKR atau masalah dalaman dalam Pakatan Rakyat sendiri. "Saya tidak nampak hubung kaitan tindakan Najib ini dengan masalah yang sedang melanda PKR. "Imej PKR dan Pakatan Rakyat mungkin dilihat tidak tenang dan aman, tetapi ia tidak cukup untuk Umno walaupun Umno (dilihat) lebih tenang dan aman. "Sebab itu PKR cuba menangani (kekecohan) ini dengan lebih cepat, kalau Najib lewat mungkin kestabilan politik tidak lagi menjadi kelebihan bagi Umno," ujarnya lagi. Kali pertama MT Umno menunda pemilihan parti ialah pada 1999 sebelum pilihan raya umum tahun itu. | ||
Bicara Kes Anwar: Awat Lagu Ni ? Posted: 01 Dec 2010 02:34 AM PST Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Sekiranya ada pertandingan "apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini" mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut. Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar. Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan. Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut. Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful. Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar "hire" bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!! Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa. Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut. Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah. Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu 'tercemar' kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka. Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen. Ketiga Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah. Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut . Keempat , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan. Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah Kelima , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan. Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini. Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu " when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged." ( Apabila kita kita ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi." ) http://peguampas.blogspot.com/ | ||
Shafie Apdal: Umno Kedah kembali mantap Posted: 01 Dec 2010 02:28 AM PST Oleh Nobisha Beberapa hari lepas seorang pimpinan UMNO Kedah menghubungi saya. Dia minta saya menulis di blog ini mengenai seorang pemimpin UMNO Kedah yang dikatakan layak menggantikan Dato' Seri Shafie Afdhal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Saya tak pasti berapa ramaikah bloggers yang dihubunginya dan adakah mereka menulis mengenai pemimpin tersebut. Apa pun, saya menganggap pemintaan itu sebagai satu pengiktirafan kepada bloggers; walaupun saya tak fikir apa yang ditulis oleh bloggers itu memberikan impak yang besar kepada keputusan yang bakal dibuat oleh presiden parti itu dan Majlis Tertinggi UMNO. Sampai sekarang, saya tidak menulis mengenai pemimpin itu. Malah, saya tidak membuat apa-apa ramalan pun mengenai calon pengerusi badan perhubungan UMNO negeri-negeri. Penyakit yang ada di kalangan sesetengah ahli UMNO ialah mereka menganggap bahawa perlantikan ketua adalah segala-galanya. Seolah-olah apabila ketua baru dilantik, maka semua masalah yang ada dalam parti itu selesai dengan sendiri. Apabila ada ahli UMNO yang berfikiran sedemikian, maka akhirnya mereka memeluk tubuh dan menanti ketua baru. Saya tidak mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO tidak penting. Kita dapat lihat bagaimanakah UMNO di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak. Memang, pemimpin penting. Namun untuk meletakkan segala-galanya di atas pundak pemimpin saya fikir tidak adil. Saya tak pasti apakah yang boleh dilakukan oleh Dato' Seri Mahadzir Khalid, Dato' Johari Baharum, Dato' Mukhriz Mahathir, Dato' Paduka Ahmad Bashah Hanifah, Dato' Seri Jamil Khir Baharum atau Dato' Latt Shariman Abdullah (nama-nama yang disebut sebagai berpotensi menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah) untuk "menaiktarafkan" UMNO di negeri itu. Terdahulu, saya pernah menulis mengenai betapa Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak cukup dekat di hati rakyat negeri ini dan usaha Barisan Nasional untuk mengambilalih kepimpinan negeri bukanlah sesuatu yang mudah. Terus-terang saya katakan siapa pun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru, tak banyak yang boleh dilakukan sekiranya pemimpin dan ahli-ahli parti peringkat akar umbi masih "longleh." Atas sebab itulah maka saya katakan bahawa usaha Majlis Tertinggi untuk mengadakan kursus kepada kepimpinan akar umbi adalah suatu langkah yang betul. Sebahagian ADUN dan Ketua Bahagian di Kedah perlu disekolahkan semula mengenai perjuangan parti. Mereka harus didedahkan kepada bukan sahaja idealisme perjuangan, namun lebih dari itu strategi pemasaran politik yang semakin canggih. Kaedah lama yang jumud sudah tidak sesuai lagi. Tanpa menafikan nama-nama yang dilontarkan sebagai berpotensi menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, biar saya katakan bahawa dari segi keutamaannya, UMNO Kedah perlu mengubah pemimpin akar umbi terlebih dahulu sebelum mengubah kepimpinan negeri. Berbicara mengenai hal yang sama, saya ingin menyentuh mengenai isu penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan. Betul, pemilihan dalam UMNO boleh memberikan implikasi negatif kepada peluang Barisan Nasional untuk menang PRU13 nanti – lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Kalau tak percaya, tanya PKR. Namun, saya juga melihat pemilihan parti memberikan peluang kepada UMNO untuk mencantas kayu buruk dalam parti itu. Pindaaan perlembagaan parti yang dibuat pada tahun 2009 lalu, memudahkan usaha mencatas kayu buruk ini. Dalam konteks UMNO Kedah, saya fikir banyak kayu buruk yang perlu dicantas! | ||
Wikileaks Dedahkan Penglibatan Firma Malaysia Posted: 01 Dec 2010 02:25 AM PST KELAB GREENBOC Wikileaks palit firma Malaysia dengan giroskop Dua syarikat di Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran, menurut satu dokumen yang dimuatkan di laman independen Wikileaks pada Ahad lalu. Dokumen tersebut mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran. Sebelum ini, terdapat juga laporan yang mengaitkan beberapa syarikat di Malaysia yang melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan badan dunia itu. Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan. Senjata nuklear Iran Syarikat dari negara Iran itu dilaporkan terbabit dalam mengembangkan keupayaan senjata nuklear negara berkenaan. Menurut kabel berusia sembilan bulan yang diklasifikasikan 'rahsia' itu, kedutaan Amerika di Beijing diminta untuk menyampaikan kepada kerajaan China mengenai keperluan menyiasat dan menghalang usaha bagi mendapatkan giroskop TRS-500 daripada firma VibTel Industrial Co Inc. Giroskop adalah alat bagi mengukur atau memastikan orientasi dan penstabilan objek yang terbang. Menurut kabel itu lagi, giroskop TRS-500 yang cuba diperolehi oleh syarikat Electronics Component Limited, (ECL) yang berpangkalan di Malaysia adalah "dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan kawalan eksport berkaitan peluru berpandu China". Giroskop itu boleh digunakan sebagai sistem bimbingan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kawalan jelajah dan kenderaan aerial tanpa manusia, kata laman itu lagi. Menurut kabel itu lagi, ECL, bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada rangkaian syarikah hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear". Entiti itu termasuk Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), yang dikatakan pembuat utama bahan dorongan cecair peluru berpandu balistik dan Heavy Metal Industries, sebuah "syarikat hadapan" untuk pembuat peluru berpamndu taktikal - Ya Mahdi Industries. -mk Ulasan GB Hal di atas mengingatkan kita mengenai kes SCOPE, syarikat 100% milik SCOMI yang 53% dimiliki oleh Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi, 36, anak lelaki tunggal Perdana Menteri yang dilaporkan oleh CIA kepada Presiden George Bush sebagai pembekal centrifuge untuk meningkatkan kadar uranium untuk senjata nuklear. Wartawan the STAR pula, Jagdev Singh Sidhu, turut melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd. telah memberi kontrak sekurang-kurangnya 2 Billion Ringgit bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI, syarikat yang sama yang menjadi pembekal senjata nuklear dan di dalam perhatian tentera Amerika. Jagdev melaporkan, SCOMI yang menghantar dokumen tendernya pada bulan Ogos 2003 sebelumnya dijangka akan hanya memperolehi 1/3 dari nilai kontrak yang asal iaitu hanya 1 billion Ringgit sebelum secara tiba-tiba meningkat ke 2 Billion Ringgit. | ||
Pengikut Ajaran Sesat Islam Jamaah Dibebaskan Dengan Ikatjamin Posted: 01 Dec 2010 02:24 AM PST KELAB GREENBOC Kajang: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, membebaskan dengan jaminan semua 21 individu yang didakwa pengikut ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) bagi membolehkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan. Masing-masing yang ditahan selepas solat Jumaat di Lot 34 dan 38 Jalan Sungai Tangkas, dekat sini, dibebaskan dengan jaminan antara RM1,500 hingga RM8,000 dan mahkamah menetapkan 28 Disember ini untuk sebutan semula. Semua mereka, enam warga Indonesia, dua Bangladesh dan selebihnya rakyat tempatan berusia 30-an hingga 50-an disiasat mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu mengingkari kuasa yang sah, Seksyen 13 (1) iaitu mengembangkan atau menyebarkan ajaran Islam atau hukum syarak yang bertentangan dengan fatwa dan Seksyen 97(1)(2) Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor iaitu mendirikan bangunan untuk bersolat tanpa kebenaran Majlis. Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan individu rakyat tempatan dijamin isteri atau keluarga masing-masing manakala warga asing perlu mengemukakan antara 10 hingga 12 penjamin selain perlu menyerahkan pasport masing-masing. Mahkamah turut dimaklumkan Pendakwa Syarie, Mat Isa bahawa sembilan suspek sudah diambil keterangan. Semua suspek hadir dan kelihatan tenang ketika proses jaminan berjalan. Akhbar ini Sabtu lalu melaporkan penguatkuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab dan selepas selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 lelaki. Ajaran IJ difatwakan menyelewang oleh Kerajaan Selangor selepas berlaku penyelewengan yang memesongkan akidah termasuk menolak sumber hukum ijmak dan qias, najis mughallazah tidak perlu disamak, binatang yang mati di dalam perkampungan orang Islam Jamaah tidak perlu disembelih dan halal dimakan. Hasil risikan Jais, kira-kira 1,000 pengikut IJ dan kebanyakan mereka terdiri daripada kelas menengah. -hm | ||
Kes Saman: Permohonan Syarikat Sosilawati Didengar Isnin Depan Posted: 01 Dec 2010 02:20 AM PST KELAB GREENBOC Permohonan syarikat Sosilawati dalam kes saman didengar Isnin KUALA LUMPUR: Mahkmah Tinggi di sini hari ini menetapkan Isnin ini untuk mendengar permohonan oleh Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, syarikat milik jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, bagi mendapatkan masa mengemukakan pembelaannya dalam satu saman berhubung penjualan hartanah bernilai RM3 juta. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak-pihak yang terlibat dalam kamarnya hari ini. Pada 5 Ogos lalu, Low Choong Yen, 59, dan isterinya Lim Bee Geok, 52, memfailkan saman itu dengan menamakan Nouvelle Beauty Centre sebagai defendan kerana melanggar perjanjian jual beli hartanah berkenaan di Kota Damansara, Petaling Jaya. Saman itu difail 25 hari sebelum Sosilawati, 47, dan tiga yang lain terdiri pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, mati dibunuh di Tanjung Sepat, Banting. Mohd Hadi Ar Rais Muhamad, peguam yang mewakili Nouvelle Beauty, memberitahu pemberita hari ini bahawa syarikat itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan masa mengemukakan pembelaan dan afidavit jawapan. Mohd Hadi daripada Azra & Associates, berkata syarikat guaman itu dilantik baru-baru ini oleh pengarah urusan baru syarikat itu, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, yang merupakan anak Sosilawati, bagi mewakili syarikat itu kerana peguam syarikat itu, Ahmad Kamil, telah meninggal dunia. Pada prosiding pada 3 November lalu, syarikat itu tidak diwakili mana-mana peguam. Dalam writ saman mereka, Low dan isterinya, berkata berdasarkan surat tawaran oleh Nouvelle Beauty Centre pada 2 April lepas, syarikat itu bersetuju menjual tanah seluas 144.9 meter persegi bersama sebuah bangunan empat tingkat di situ pada harga RM3 juta. Low dan Lim berkata mereka telah membayar RM60,000 sebagai cengkeram semasa mendatangani surat tawaran penjualan hartanah itu manakala baki deposit sebanyak RM240,000 akan dibayar apabila perjanjian jual beli ditandatangani. Baki RM2,700,000 akan dibayar dalam tempoh 90 hari selepas perjanjian itu dimeterai. Menurut mereka, syarat dan terma draf perjanjian jual beli itu telah dipersetujui dan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak pada 22 April 2010. Low dan isterinya berkata bahawa selepas perjanjian jual beli itu ditandatangani, Nouvelle Beauty Centre telah memberitahu mereka dalam satu surat bertarikh 30 April 2010, bahawa syarikat itu tidak bercadang meneruskan penjualan itu kerana ia perlu menunggu antara enam dan 12 bulan bagi menukar hak milik hartanah itu kepada bukan Bumiputera dan untuk mendapatkan bayaran penuh bagi penjualan hartanah berkenaan. Dalam sepucuk surat pada 3 Mei, pasangan suami isteri itu memberitahu Nouvelle Beauty Centre bahawa syarikat itu terikat dengan terma dan syarat perjanjian jual beli yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Low dan isterinya berkata bahawa pada 25 Mei 2010, Nouvelle Beauty Centre memulangkan kepada mereka perjanjian jual beli itu, surat pertukaran hak milik, borang permohonan kebenaran tukar hak milik dan cek RM240,000. Bagaimanapun, menurut mereka, Nouvelle Beauty Centre tidak memulangkan cengkeram RM60,000 itu. Low dan Lim memohon perisytiharan bahawa perjanjian antara mereka dan Nouvelle Beauty Centre mengenai penjualan dan pembelian hartanah berkenaan adalah sah dan mahu syarikat itu meneruskan transaksi itu. Mereka juga memohon mendapatkan injunksi melarang syarikat itu daripada menjual hartanah berkenaan kepada pihak lain. - BERNAMA Berita Berkaitan Sebelum Ini
| ||
Gejala remaja minum arak meningkat Posted: 01 Dec 2010 02:15 AM PST SABAH DAILY KENINGAU: Minum arak di khalayak ramai yang cuba ditonjolkan secara berani oleh anak-anak remaja di bandar kecil ini, menimbulkan kegusaran rata-rata ibu bapa di daerah ini. | ||
MB ajak rakyat pertahankan hak mendapat harga air murah Posted: 01 Dec 2010 02:13 AM PST
Rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan usia perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka daripada terus dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat keuntungan melampau hasil dasar penswastaan perkhidmatan air yang tidak menguntungkan rakyat. Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat perlu melakukan anjakan paradigma dengan menolak apa saja tindakan atau keputusan yang merugikan mereka. Sehubungan itu, Menteri Besar mengajak rakyat Selangor dan Lembah Klang tanpa mengira ideologi politik yang mahu mempertahankan hak mereka untuk mendapat air lebih murah dan perkhidmatan cekap supaya bersama-sama menyertai Kerajaan Negeri menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini. Turut menyampaikan taklimat, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Ahli Panel Penilai Air, Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Penerangan Negeri, Badrulamin Bahrom. Kerajaan Negeri menganjurkan Kempen Kembalikan Air Kepada Rakyat untuk menyedarkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri mengambil alih industri air dari syarikat konsesi supaya perkhidmatan bekalan air lebih efisien dan tarif air lebih rendah. Kemuncak kepada kempen ini ialah perhimpunan beramai-ramai di Masjid Negara sehingga ke Istana Negara pada Ahad, 5 Disember 2010 untuk menyerahkan memorandum. | ||
Ketua PKR Cabang Bayan Baru: Zahrain Hashim harus bertaubat Posted: 01 Dec 2010 02:03 AM PST
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal ke atas kenyataan Zahrain Hashim yang mendesak pingat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah ditarik balik. Parti KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain (gambar kanan) yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia. Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen di bawah Parti KEADILAN dengan melompat keluar parti. Beliau mengkhianati prinsip perjuangan Parti KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi asyik berkali-kali mengikut Perdana Menteri Najib Razak ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati persahabatan Dato Seri Anwar yang lama. Beliau mengkhianati pingat "Dato Seri" yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum Pakatan Rakyat. Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-raja. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru ingin mengingati semua pemimpinan UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi Negara tergadai. Parti KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan "Keadilan untuk Semua". "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Orang Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak, orang India, Orang Asli dan segelintir Orang Cina masih tetap terabai. Pakatan Rakyat memperjuangkan "Ketuanan Rakyat" untuk membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar UMNO-BN. Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak? Sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru. Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? Rakyat Bayan Baru sudah tertanya-tanya di mana Zahrain sekarang. Mereka asyik Nampak beliau di Amerika bersama Najib, tetapi tidak pula Nampak di kawasan mereka. *Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin (gambar kiri) selaku Ketua Cabang Bayan Baru, Parti KEADILAN. | ||
USBO, NGO Pertama Umum Hasrat Sertai BN Sebagai Anggota Gabungan Posted: 01 Dec 2010 02:00 AM PST BERNAMA KOTA KINABALU: Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai anggota gabungan. Sambil menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keanggotaan secara terus oleh individu dan persatuan, Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, USBO sentiasa memberi sokongan atau bersikap pro-BN selama ini. "Ini adalah peluang keemasan buat kami dalam USBO. Kami berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO, masanya sudah tiba untuk memformalkan sokongan berterusan kami kepada gagasan ini dengan menyertainya sebagai anggota gabungan. "Kami mahu membantu memperkukuhkan gagasan ini dalam apa jua cara yang boleh dan menarik lebih banyak orang, terutamanya belia, untuk menyertai Barisan Nasional yang memerintah," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Salleh berkata, USBO turut merakamkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan dasar pintu terbuka BN dan gagasan 1Malaysia. Salleh, yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah bagaimana pun berkata, USBO terlebih dahulu akan meneliti syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan muktamad mengenainya. Kenggotaan USBO terbuka kepada mereka dari keturunan Bajau, Bajo, Badjau, Jama Mapun atau Kagayan, Balangingi, Binadan, Kubang, Sama, Sama Delaut, Simunul, Sibutu, Sikubung, Yakan, Sibaud, Ubian, Suluk dan Iranun. Objektif utama USBO adalah untuk memelihara dan mempertahankan budaya, adat dan masa depan keturunan Bajau di Sabah dan pernah dikenali dengan nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) ketika ditubuhkan pada Jun 1964. Namanya ditukar kepada USBO pada 31 Ogos 2006. | ||
Rombakan Kabinet Hanya Khabar Angin – Najib Posted: 01 Dec 2010 01:58 AM PST
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa desas-desus akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat adalah satu khabar angin semata-mata. "Itu semua khabar angin, bila saya kata khabar angin ia boleh jadi betul, ada sesetengah khabar angin boleh jadi tidak betul, terpulang pada tafsiran masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini pada Selasa. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desas-desus akan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh terdekat. Dalam perkembangan lain, Najib berkata kenaikan harga minyak petrol RON97 adalah disebabkan oleh harga semasa pasaran dan bukannya ditetapkan oleh kerajaan. "RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan. "Kalau ada kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak itu naik dan kalau ada penurunan adalah disebabkan harga minyak turun," katanya. Harga petrol RON97 dilaporkan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam tadi. Bagaimanapun harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter. | ||
Bekas Pegawai Khas MB Selangor Diarah Bela Diri Tuduhan Tipu Posted: 01 Dec 2010 01:55 AM PST
SHAH ALAM: Bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor,Mohd Yahya Mat Shari diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat. Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh memanggil Mohd Yahya Mat Shari untuk membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan untuk dijawab tertuduh. Mohd Yahya, 43, didakwa menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis tersebut yang diadakan bagi meraikan pemerintahan Pakatan Rakyat yang mencecah hari ke 100. Perbuatan tertuduh sebagai pengarah sambutan itu didakwa telah mendorong Abdul Karim menyerahkan RM50,000 kepadanya di Gardenia Coffee House, Hotel Quality, Bangunan Perangsang di sini antara pukul 1 dan 3 petang, 4 Jun tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan. Pada prosiding Rabu, Azhaniz Teh juga melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei tahun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie. Pertuduhan kedua dilakukan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Azhaniz Teh membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Abdul Khalid yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-21. Semasa itu, pemeriksaan utama terhadap Abdul Khalid dikendalikan sendiri oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa. Azhaniz Teh seterusnya menetapkan 16 dan 17 Februari depan untuk pembelaan yang dijangkakan akan mengemukakan lapan saksi. Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Roziza Sidek manakala tertuduh diwakili peguam-peguam Ahmad Nizam Hamid dan T. Suresh. | ||
PRN Sarawak Tumpuan Penuh KEADILAN Selapas Kongres Posted: 01 Dec 2010 01:54 AM PST
| ||
Anwar Janji Siasat Dakwaan Kelemahan Dalam Pemilihan 2010 Posted: 01 Dec 2010 01:52 AM PST
| ||
Senarai Penuh Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010 - 2013 Posted: 01 Dec 2010 01:51 AM PST
| ||
Menteri Besar Ajak Rakyat Pertahan Hak Dapat Harga Air Lebih Murah Posted: 30 Nov 2010 04:14 PM PST
| ||
Tiada istilah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan hanya Ketuanan Raja, kata pakar Posted: 30 Nov 2010 04:05 PM PST KUALA LUMPUR — Istilah ''Ketuanan Melayu'' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya ''Ketuanan Raja'' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. "Sebelum ini tidak pernah disebut ''Ketuanan Melayu'' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan Cuma ''Ketuanan Raja'' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas. Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi ''bangsa bermaruah'' atau ''Melayu bermaruah''. Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum. "Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sependapat dengan Khoo bahawa istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu. Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, beliau berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini. "Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. ''Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan ''Ketuanan Anwar''. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya. Beliau berkata Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Shamsul Amri berkata jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek. "Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya. Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum. | ||
Ketuanan bangsa undang permusuhan Posted: 30 Nov 2010 04:02 PM PST
| ||
Selangor peruntuk RM6 juta setahun untuk SAR Posted: 30 Nov 2010 03:57 PM PST
| ||
Gelar Wan Azizah "pelacur politik" kurang ajar Posted: 30 Nov 2010 03:55 PM PST PARLIMEN KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR mengecam Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai "pelacur politik." Arman membuat kenyataan tersebut ekoran ucapan Dr Wan Azizah dalam kongres PKR di Petaling Jaya Sabtu lalu yang mahu orang Melayu meninggalkan konsep Ketuanan Melayu kerana ia hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja.
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, kenyataan Arman Azhar itu berupa kurang ajar dan tidak mencerminkan budaya orang Melayu. "Arman adalah anak muda yang dayus kerana menghina seorang pemimpin wanita yang banyak berjuang untuk rakyat sejak tahun 1999. "Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada konsep Ketuanan Melayu. Yang ada hanyalah keistimewaan Melayu. Tiada Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan "Arman tolong jelaskan adakah ada konsep Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail. Yusmadi mencabar Arman untuk mengadakan debat terbuka mengenai masa depan orang Melayu pada tahun baru ini. "Jangan jadi dayus hanya berani kepada wanita. Dia (Arman) tidak tahu dalam Perlembagaan tidak ada Ketuanan Melayu," tambahnya. Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang pula berkata, kenyatan Arman itu menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pengetahuan beliau. Katanya, Arman juga cuba mengaitkan Ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu seolah-olah dia mahu berselindung di sebalik Raja-raja Melayu. Manakala Azan mencadangkan Perkasa memecat Arman kerana telah merosakkan imej pertubuhan itu. "Jangan menggunakan perkataan yang tidak menentu kerana boleh merosakkan imej pertubuhan," katanya. | ||
Zulkifli: Pertikai Ketuanan Melayu, Pakatan 3A alami ‘penyakit politik’ Posted: 30 Nov 2010 03:53 PM PST KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu di negara ini sebagai petualang dan pengkhianat kepada bangsa. Sambil merujuk kepada Pakatan 3A (Anwar, Azizah, Azmin) Zulkifli berkata mereka tidak layak mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Raja-raja Melayu semata-mata untuk menutup kemelut parti yang kian hancur.
Katanya, PKR kini mengalami 'penyakit politik' yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan parti politik mereka. "Pakatan 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin beserta konco dan balaci mereka telah secara terbuka mempertikai institusi Ketuanan Melayu dan secara terbuka mengisytiharkan untuk memansuhkannya. "Pendek kata mereka sudah gila kuasa. Dalam menghadapi kemelut parti yang kian hancur, dalam menutup kelemahan peribadi dan 'penyakit politik' yang dihadapi, mereka bisa melakukan apa sahaja demi survival politik dan gila kuasa mereka. Putrajaya "at all cost" "Putrajaya "at all cost." Menggunakan politik sumbang, pembohongan dan cakap tidak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan diri ke Putrajaya," katanya yang dipetik dari blognya. Katanya, Anwar ketika berada di puncak Umno antara pelopor kepada konsep ketuanan Melayu dan sentiasa dicanang beliau sehingga menjadi agenda besar ketika berada dalam komponen parti Barisan Nasional itu. Zulkifli turut mendedahkan tentang budaya 'pink form' ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Ramai rakan taulan, kroni dan teman Anwar yang menjadi kaya raya kerana anugerah "pink form" ini. Ini terbukti apabila meletusnya perang kroni pada tahun 1996-1997 di mana Anwar, yang sudah tidak sabar untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, menyerang Tun Mahathir (Mohamad) menggunakan isu kroni dan nepotisma. "Namun Mahathir membalas dengan mendedahkan senarai rakan, teman dan kroni Anwar yang mendapat limpah rahmat agihan kekayaan negara dari dasar "pink form" yang dipelopori Anwar dengan menggunakan slogan Ketuanan Melayu," dakwa beliau. | ||
"Tabung Budi terima sambutan menggalakkan" – Syabas Posted: 30 Nov 2010 03:51 PM PST PETALING JAYA: Walaupun diserang bertubi-tubi oleh kerajaan negeri, Syarikat Perbekalan Air Selangor (Syabas) hari ini mempertahankan tindakannya melancarkan kutipan derma mengisi Tabung Budi kerana mendakwa usahanya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Pengarah Eksekutif dan Hal Ehwal Korporatnya, Abdul Halem Mat Som memberitahu FMT bahawa data menunjukkan orang awam menderma sebanyak RM190,000 sejak program itu dilancarkan pada Oktober lalu.
Menurut beliau, 14 isi rumah mendapat faedah dari program ini dengan purata sebanyak tiga isi rumah setiap minggu. "Saya tidak tahu kenapa berlaku kekecuhan, kerana kutipan kami tidak melibatkan jutaan ringgit…..tambahan pula, kami membantu mereka yang kurang bernasib baik mendapatkan air percuma," katanya. Pertikaian di antara kerajaan negeri dan Syabas tercetus apabila syarikat konsesi air itu mengumumkan bahawa pihaknya akan membenarkan para pengguna membatalkan hak mereka ke atas 20 meter padu air percuma bernilai RM11.40 dan kembalikannya kepada Syabas. Tetapi Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berkata para pengguna yang ingin menderma kos subsidi air sepatutnya mengembalikannya kepada kerajaan negeri dan bukan kepada Syabas, kerana ia merupakan wang negeri untuk rakyat. Khalid membidas dengan menyatakan kutipan daripada orang awam bermakna syarikat konsesi air mahu dibayar dua kali. Tetapi Syabas menegaskan bahawa wang tersebut akan digunakan untuk menyambung semula bekalan air yang dipotong kerana gagal membayar bil. Tiada rancangan untuk berhenti Tabung Budi Apabila disoal sama ada Syabas akan memberhentikan program Tabung Budi bagi mematuhi arahan kerajaan negeri, Halem berkata, ini hanya akan membebankan rakyat. Kerajaan Selangor minggu lalu mengeluarkan notis 14 hari kepada syarikat konsesi air itu supaya menghentikan program tersebut atau menghadapi risiko lesennya untuk membekal air ditarik balik. Sebagai pemegang lesen, Syabas hanya mempunyai kuasa untuk mengutip dan menyimpan bayaran caj yang bakal diterima atas penggunaan air di sekitar kawasan pengagihannya sahaja, kata notis itu. Tapi Halem mendakwa bahawa mereka yang menerima sumbangan berterima kasih kerana wujudnya program itu dan akan membebankan mereka jika perkhidmatan itu diberhentikan. "Jika kita terpaksa menghentikan program ini, penerimanya akan merasa sedih kerana mereka tidak lagi menikmati air percuma, yang didermakan oleh orang lain," kata Halem. Menurut beliau, notis itu tidak harus menjadi penghalang terhadap objektif membantu mereka yang memerlukannya. "Tidak ada tekanan yang kami terima. Apa pun, kami harus beri keutamaan apa yang pengguna mahu," katanya |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan