BRIGED MP SEGAMBUT |
- SYIAH BAKAL DITEKAN UNTUK KELANGSUNGAN KUASA UMNO?
- HANYA MANDAT YANG BESAR BUAT PAKATAN RAKYAT AKAN MENTENTRAMKAN NEGARA DI PRU 13
- PRK TENANG: BN MENANG BARANGAN PASTI NAIK LAGI?!!!
- PRK TENANG:CHUA SOI LEK GUNDAH GULANA KEBIMBANGAN
- CHEGUBARD ISI JAWATAN TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG PKR? SENARI PENUH
| SYIAH BAKAL DITEKAN UNTUK KELANGSUNGAN KUASA UMNO? Posted: 19 Dec 2010 06:59 AM PST Bekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau bimbang tindakan yang diambil kerajaan supaya menahan pengikut Syiah akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara. Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang berlaku susulan penahanan seramai 200 orang pengikut ajaran Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lalu.Dilaporkan, dua orang pemimpin kumpulan itu turut ditahan dalam serbuan tersebut di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves. Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan. Tumpuan kerajaan ke atas gerakan Syiah di negara kini semakin memuncak dengan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan JAIS meningkatkan pemantauan ke atas pensyarah dan pelajar universiti bagi membendung pengaruh ajaran itu.Malah tindakan tegas juga akan diambil ke atas pelajar dan pensyarah yang didapati terlibat dengan ajaran itu. Mengulas lanjut Mohd Asri berkata penahanan pengikut Syiah seperti itu membuktikan negara menuju era "Talibanisasi" sekiranya tindakan itu dilakukan "tanpa sebarang tanda zahir (pengikut kumpulan berkenaan) melakukan keganasan." "Saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yg kononnya demokratik yg menafikan kebebasan rakyat utk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam "Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dgn ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dgn mereka"Dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat. Hujah (perlu) ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini. |
| HANYA MANDAT YANG BESAR BUAT PAKATAN RAKYAT AKAN MENTENTRAMKAN NEGARA DI PRU 13 Posted: 18 Dec 2010 10:54 PM PST ![]() Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Balik Pulau malam tadi sempena Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini. "Kita kena tukar... Parlimen dan negeri mesti kena kuat kalau mahu perubahan," kata Anwar pada majlis makan malam - "Majlis Keadilan", malam tadi. Ia persinggahan pertama sebelum beliau meneruskan ceramahnya di kawasan Parlimen Balik Pulau. Ketua Pembangkang itu mendakwa rakyat sudah tidak boleh mengharapkan perubahan di bawah pemerintahan Umno-BN kerana mereka hanya boleh mengubah gaya dan penampilan mereka semata-mata, bukannya membawa dasar-dasar yang lebih baik. "Umno tidak akan berubah... berubah cuma gaya mereka, bukan polisi, makin sombong, kita cakap dia buang kita (dari Parlimen)," kata Anwar yang semalam dilantik semula sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) susulan pemilihan partinya bulan lalu. "Oleh kerana tidak mahu kita bercakap, dia buang saya (kenakan hukuman gantung hadir sidang Parlimen)," kata Anwar lagi sambil menegaskan, PR memerlukan sokongan yang besar membabitkan seluruh negara. Katanya, PR tiada pilihan lain kecuali memperoleh kemenangan lebih besar berbanding pencapaian pada 8 Mac 2008. "Apa gunanya saya jadi Ketua Pembangkang kalau tidak mahu bercakap di Parlimen," kata Anwar. Selain Anwar, turut mengalami nasib yang sama ialah Azmin Ali, Karpal Singh dan R Sivarasa. "Bagi saya tiada jalan lain, tiada jalan (melainkan mendapatkan majoriti besar di Parlimen)," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Sejak dikenakan hukuman gantung selama enam bulan, Anwar telah menyentuh isu itu ketika berceramah di ibu negara, Melaka dan Negeri Sembilan, yang banyak menyentuh mengenai hukuman yang dikenakan ekoran tindakan beliau membangkitkan isu APCO-konsep 1 Malaysia. PR mengadakan konvensyen keduanya di Kepala Batas di sini dengan tema "Ubah, Sekarang". Konvensyen pertama diadakan pada 19 Disember 2009 di Shah Alam. Pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, gandingan DAP-PAS-PKR menguasai pentadbiran lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Dalam ucapannya Anwar juga meminta supaya PR mempertingkatkan usaha untuk menerokai kawasan-kawasan orang Melayu untuk mendapatkan sokongan besar dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. Katanya, parti-parti komponen perlu menyampaikan mesej dan menjelaskan isu kepada orang-orang Melayu. Kira-kira 2,000 perwakilan dari PAS, PKR dan DAP dijangka akan berhimpun di Dewan Milllenium, Kepala Batas pagi ini untuk menjayakan konvensyen kali kedua ini. Pengarah konvensyen Dr Mujahid Yusof ketika ditemui baru-baru ini konvensyen kali ini yang bertemakan "Ubah, Sekarang" akan meminta rakyat membuat perubahan mutlak untuk menggembleng muafakat semua pihak bagi membebaskan institusi-institusi penting negara dari pemerintahan yang tidak telus dan adil. "Kami akan meminta rakyat agar memberikan kami mandat besar untuk kami membawa perubahan kepada mereka, rakyat dan negara. "Kami hendak bergerak dari peringkat sekarang ke peringkat lebih menyeluruh, oleh itu kami memerlukan mandat dan sokongan menyeluruh di semua peringkat. Ini mesej yang kami hendak sampai menerusi konvensyen ini," kata beliau yang juga ahli jawatankausa kerja PAS pusat. Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, di bawah tema itu agenda perubahan yang hendak dibawa ialah jawapan kepada krisis kepercayaan dan keyakinan yang berpanjangan di negara ini. Selain itu kata beliau, konvensyen kali ini juga dijangka mempersiapkan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan akan dijadikan asas kepada penggubalan manifesto kelak. Katanya, fokus akan diberikan kepada dua perkara utama iaitu cerita tentang kejayaan negeri-negeri PR dan juga usaha persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Untuk mencapai tujuan itu, kata Mujahid, klip video cerita kejayaan kerajaan negeri PR akan dipersembahkan kepada perwakilan semasa konvensyen dan kerajaan-kerajaan negeri PR juga akan mempamerkan kejayaan mereka melalui pameran masing-masing. Selain Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, turut akan membuat pameran adalah kerajaan negeri Perak dan Terengganu yang masing-masing diperintah antara 2008 dan 2009 dan dari 1999 hingga 2004. Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lepas. Menurut Mujahid, konvensyen kali ini juga akan mengeluarkan "Buku Jingga" iaitu catatan yang menggariskan dasar PR dalam bentuk perincian dari Dasar Bersama yang telah diluluskan dalam konvensyen pertama tahun lepas. Pelancaran "Buku Jingga" menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita PR membina sebuah negara yang makmur dan adil. Malah menurut beliau, buku itu juga manifestasi kepada konsep umum yang digariskan oleh Dasar Bersama. Antara lain lain kandungan "Buku Jingga" dibahagikan kepada bab di bawah tajuk Negara Dalam Krisis, Kemakmuran, Keadilan Sosial dan Persaudaraan Rakyat Bersama Pakatan Rakyat, Dasar Bersama Pakatan Rakyat. |
| PRK TENANG: BN MENANG BARANGAN PASTI NAIK LAGI?!!! Posted: 18 Dec 2010 06:44 PM PST . ORANG CAKAP KALAU BN UMNO MENANG DI PRK TENANG ITU BERARTI NAJIB BERCAKAP BAHAWA: RAKYAT MERESTUI PENGURANGAN SUBSIDI DAN ITU BERMAKNA BARANGAN AKAN TERUS NAIK MELAMBUNG.UNTUK MENGELAKKAN BARANG NAIK PASTIKAN UMNO KALAH BN MENANG BARANG NAIK BN KALAH BARANG TURUN... |
| PRK TENANG:CHUA SOI LEK GUNDAH GULANA KEBIMBANGAN Posted: 18 Dec 2010 05:39 PM PST Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis. Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. |
| CHEGUBARD ISI JAWATAN TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG PKR? SENARI PENUH Posted: 18 Dec 2010 04:36 PM PST KUALA LUMPUR, 18 Dis: Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR yang baru walaupun sebelum ini beliau dikatakan menolak sebarang perlantikan selepas kalah dalam pemilihan PKR yang lalu. Turut disenarai dalam perlantikan baru hari ini adalah Datuk Chua Jui Meng yang dilantik sebagai Naib Presiden bersama Peguam N Surendran dan Baru Bian. BERIKUT SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT KETUA UMUM: YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PRESIDEN: DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL TIMBALAN PRESIDEN: YB MOHAMED AZMIN ALI SETIAUSAHA AGUNG: YB SAIFUDDIN NASUTION* NAIB PRESIDEN: YB NURUL IZZAH ANWAR YB CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA) YB FUZIAH SALLEH YB DATUK HAJI MANSOR OTHMAN DATUK CHUA JUI MENG* BARU BIAN* N. SURENDRAN* KETUA WANITA: YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN KETUA ANGKATAN MUDA: SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN BENDAHARI AGUNG: YB WILLIAM LEONG* KETUA PENERANGAN: DR MOHD NOR MANUTY* PENGARAH KOMUNIKASI: YB NIK NAZMI NIK AHMAD* PENGARAH STRATEGI: RAFIZI RAMLI* PENGARAH GUAMAN: LATHEEFA KOYA* PENGARAH JAWATANKUASA DISIPLIN: DATUK DR TAN KEE KWONG* AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN): YB SENATOR DR. SYED HUSIN ALI* YAB TAN SRI DATUK SERI ABDUL KHALID IBRAHIM* YB SIVARASA RASIAH* YB DR XAVIER JAYAKUMAR* DATIN PADUKA DR TAN YEE KEW* AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN) /: MUSTAFFA KAMIL AYUB* PENGARAH LATIHAN TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG: BADRUL HISHAM SHAHARIN* T. KUMAR* STEVEN CHOONG* IGNATIUS DARELL LEIKING* TIMBALAN KETUA PENERANGAN: YB SIM TZE TZIN* HAJJAH ANIMAH FERRAR* IR MUTHIAH* * merupakan lantikan yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN pada 18 Disember 2010 |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang berlaku susulan penahanan seramai 200 orang pengikut ajaran Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lalu.
Tumpuan kerajaan ke atas gerakan Syiah di negara kini semakin memuncak dengan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan JAIS meningkatkan
"Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dgn ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dgn mereka
ORANG CAKAP KALAU BN UMNO MENANG DI PRK TENANG ITU BERARTI NAJIB BERCAKAP BAHAWA: RAKYAT MERESTUI PENGURANGAN SUBSIDI DAN ITU BERMAKNA BARANGAN AKAN TERUS NAIK MELAMBUNG.
Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan