Rabu, 1 Disember 2010

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


TGH Hadi jawab permainan jijik media UMNO

Posted: 30 Nov 2010 09:47 PM PST



Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah berbincang untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memerintah.

Kenapa wujud Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri? Kenapa media UMNO cuba membesar dan menyalah tafsir kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

"Itu pandangan peribadi dan bukan keputusan PR. Saya difahamkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak buat kenyataan sebegitu.
"Media salah lapor. Apa yang dia (Anwar) sebut tidak ada dalam Perlembagaan menyatakan siapa akan jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat arena Rodeo Malaysia di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010 ) di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar sebelum ini bahawa Kit Siang akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Mengulas lanjut, Hadi berkata PR tidak pernah membuat perbincangan mengenai cadangan untuk melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Saya difahamkan Anwar memberi penerangan mengenai Perlembagaan dan perkara itu telah jelas" katanya.
Ketika ditanya sama PAS dijanjikan apa-apa jawatan sekiranya PR memerintah negara, Hadi berkata: "Tunggu sampai masa kita memerintah dahulu."
Mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan parti tidak akan memperjuangkan ketuanan Melayu sebaliknya mereka akan memperjuangkan ketuanan rakyat, Hadi berkata PAS hanya akan memperjuangkan 'Ketuanan Islam' dan bukannya ketuanan bangsa.
"Kalau Melayu berperang kerana Islam. Melayu layak jadi tuan. Kalau Melayu tidak berpegang dengan ajaran Islam, orang Melayu juga tidak layak.

Jangan m udah tertipu dengan permaianan politik kotor media UMNO. sumber

'Third Party ' menteri tidak rasai kesusahan rakyat

Posted: 30 Nov 2010 03:34 PM PST


"KUALA LUMPUR, 29 Nov 2010 : Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan 'third party' kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat. 
"Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini. "Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus," kata beliau. 
Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu. "Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan. 
"Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat," katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini. Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini. 
"5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi," katanya. 
Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan "third party" kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas. Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 
Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing. "Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan," katanya. sumber

Tiada ulasan: