Sabtu, 25 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


SUK Khianat - Kerajaan Pakatan Perlu Gubal Perlembagaan Negeri

Posted: 24 Dec 2010 05:55 PM PST

Abdullah Sani Abdul Hamid menyarankan Kerajaan Negeri Selangor menggubal perlembagaan negeri untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai tadbir sendiri dan bukannya oleh pihak lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata hal itu penting bagi menjamin kelicinan pentadbiran negeri terutama jika kerajaan negeri bukan dari parti yang sama dengan kerajaan pusat.

"Saya sarankan kerajaan negeri wajib pinda perlembagaan tubuh negeri memberi kuasa negeri jamin kedudukan pegawainya dilantik dari kelompok mereka bukannya dari kalangan yang menderhaka kepada mereka," katanya.


Sebelum ini, Kelantan telahpun mengubah perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa campur tangan dari pelbagai pihak yang selalunya dimanipulasi oleh Umno.

Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pakar Perlembagaan Professor Dr Abdul Aziz Bari telahpun mengusulkan agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat melantik sendiri Pegawai Tadbir dan Pegawai Undang-undang bagi menghalang campur tangan dan sabotaj Parti Pemerintah Pusat.

Menurut Aziz Bari, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara ini dan ia sepatutnya boleh dilakukan.

Khabar angin kini kuat bertiup bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang dianggap sebagai 'rapat' dengan Umno disebut-sebut menggantikan Datuk Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Abdullah Sani menganggap kewajaran sebenar perkara ini adalah kerana Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat negeri itu sendiri dan bukannya oleh mereka yang berkepentingan lain.

"Sewajibnya Setiausaha Negeri dilantik oleh kerajaan negeri yang memerintah, oleh itu saya setuju sangat dengan Kelantan kerana pilihan SUK dibuat oleh kerajaan negeri. Pusat tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran negeri kerana dia tidak mendapat mandat dari rakyat," katanya.

1Malaysia - Bukan Takut Tapi Muak, Kata Selangor

Posted: 24 Dec 2010 04:05 AM PST

Kerajaan Selangor tidak membenarkan slogan dan logo 1Malaysia digunakan di premis kerajaan dan premis awam kerana ia mesej politik yang diguna sebagai topeng untuk mengaburi penyelewengan dan pemecah-belahan negara secara berterusan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tersilap faham apabila menafsir larangan itu sebagai petanda Pakatan Rakyat Selangor kononnya takut kepada slogan 1Malaysia.

Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak gentar tetapi muak dengan slogan hipokrasi Barisan Nasional itu, kata Faekah.

"Mana mungkin kita berasa takut pada logo politik yang diciplak dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini. Apatah lagi pemimpin BN gagal memberi rakyat hujahan kukuh tentang kewujudan slogan 1Israel, 1Singapore dan 1Indonesia," tambah beliau dalam satu kenyataan.


Faekah berkata Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mengiktiraf slogan yang semata-mata mahu memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di dalam negeri ini.

Beliau juga membidas Muhyiddin kerana memutar belitkan larangan kerajaan negeri itu dengan menggunakan media arus perdana sebagai kuda kuda tunggangan.

Faekah berkata kerajaan negeri bertindak melarang penggunaan slogan berbaur politik termasuk 1Malaysia di premis kerajaan dan premis awam serta tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya.

Pihak Berkuasa Tempatan pula diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini, tambah beliau.

Faekah berkata keputusan itu harus dilihat menerusi realiti politik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

"Pakatan Rakyat Selangor tidak mengharapkan Kerajaan Persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas beliau.

"Namun kita kesal sikap tidak profesional mereka yang saban hari memburuk-burukkan program yang kita jalankan. Meskipun tiada langsung niat untuk membalas dendam, persoalannya, wajarkah kerajaan negeri membantu mempromosikan slogan hipokrit Barisan Nasional?, kata beliau.

Faekah berkata dengan berselindung disebalik slogan 1Malaysia, BN terus menjadikan politik perkauman sebagai teras agendanya.

"Parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri berasaskan pemikiran perkauman yang sempit. Pentadbiran UMNO-BN pula bertanggungjawab penuh atas ketegangan kaum yang wujud di Malaysia walaupun telah merdeka 53 tahun," kata Faekah.

Faekah berkata Muhyiddin sendiri tidak mendokong slogan konsep 1Malaysia apabila lantang memperjuangkan konsep "Melayu Dahulu" dan menempelak Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka.

Tindakan Undang-Undang Menanti Bloggers Pencacai Umno

Posted: 24 Dec 2010 03:53 AM PST

Zina: PAS Kelantan kaji tindakan undang-undang

PAS Kelantan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web, blog dan individu yang menyebar dan terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap Adun Selising, demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Beliau berkata tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya diambil tindakan.

"Kita sedar, PRU sudah semakin hampir dan dengan kemudahan internet serta teknologi moden, pihak yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan bahan ini untuk membuat dan menyebarkan fitnah kepada kita dan ia akan dipantau"ujar beliau.


Dr.Muhammad Fadzli juga berkata umno-BN kini sudah tidak mampu untuk berlawan secara ideologi maka kaedah fitnah melalui " Character assassination" digunakan.

Menurut beliau lagi pelbagai fitnah dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anuwar Ibrahim dan kini PAS juga telah dijadikan mangsa fitnah mereka.

"PAS ingin mengingatkan rakyat agar tidak mudah termakan fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab"Kata beliau lagi.

Semalam Harakahdaily melaporkan cabaran yang dibuat oleh Adun Selising Drs.Saipul Bahrin Mohamad terhadap mana-manap pihak yang menyebarkan fitnah membawa bukti dalam kes "berzina" tersebut

Tiada ulasan: