Blog-list Malaysia |
- Bangsat Ini Cari Makan Dengan Menjual Agama
- SPR Dan Pengerusinya Bingai Macam Kaldai
- Parlimen - Kenyataan Akhbar Abang Kepada Ummi Hafilda
- Wikileaks - Kenapa Liwat Saja, Dedahlah Semua Sekali
- Adun Tenang Meninggal Dunia
- Nazri - MP Pakatan Bodoh Dan Gila
- Akta Baru JPJ - Rakyat Bakal Disembelih Hidup-Hidup
| Bangsat Ini Cari Makan Dengan Menjual Agama Posted: 16 Dec 2010 10:38 PM PST |
| SPR Dan Pengerusinya Bingai Macam Kaldai Posted: 16 Dec 2010 10:32 PM PST Bantah senarai pemilih: SPR terus membisu Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut. "Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau. Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera. Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru. Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek. Sebelum ini sikap SPR yang dibidas sebagai lemah dalam melaksanakan tugas mereka turut didedahkan oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar nama isteri-isteri tentera yang sebelum ini sebagai pemilih biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar penipuan ini turut didakwa berlaku oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar isteri-isteri tentera secara tidak telus dan mengikut prosedur disenaraikan dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos. Tindakan meletakkan nama mereka yang tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi pos serta mendaftarkan mereka yang tidak tinggal dalam tempat yang didakwa membuktikan tidak efisiennya SPR. Malah SPR yang disifatkan sebagai sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka juga didakwa tidak berpandukan prosedur yang telah digariskan oleh mereka sendiri. |
| Parlimen - Kenyataan Akhbar Abang Kepada Ummi Hafilda Posted: 16 Dec 2010 10:21 PM PST KENYATAAN AKHBAR Tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan saya selaku Ahli Parlimen Gombak selama 6 bulan merupakan tindakan yang tidak bersandarkan kepada 'rule of law'. Prinsip keadilan asasi (natural justice) diabaikan dimana hak kami berempat untuk mempertahankan diri daripada dakwaan tersebut dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diabaikan. Kerajaan UMNO–Barisan Nasional telah mempertontonkan kerakusan dan keangkuhan kuasa yang melampau. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sewaktu mencadangkan usul penggantungan tersebut di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2010, telah menyatakan : "…Bahawa Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010… Bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis…" Namun begitu, saya tidak menyentuh kandungan surat daripada APCO Worldwide yang dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010 dalam pemberitahu surat saya kepada Yang Di-Pertua bertarikh 16 Disember 2010 tersebut ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan. Dalam pemberitahu surat tersebut dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1), saya telah mohon mencadangkan : "Bahawa Dewan Rakyat membincangkan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Jumaat, 3 Disember 2010 yang membuat keputusan menafikan hak Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Parlimen daripada menghadiri prosiding mesyuarat tersebut dan mempertahankan dirinya daripada hal perkara penyiasatan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan." Sehubungan dengan itu, alasan yang diberi oleh Dato' Seri Nazri yang mencadangkan untuk menggantung saya daripada Dewan tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak pernah sesekali menyiarkan kandungan surat APCO tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan. Isu APCO telah berkali-kali dibangkitkan di dalam parlimen yang membawa implikasi kepada kepentingan dan keselamatan negara. Apa salahnya sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat, saya membangkitkan urusan yang berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan negara? Keputusan Dewan Rakyat untuk menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan saya tidak mempunyai asas sama sekali serta tidak menurut prosedur Parlimen. Justeru itu, saya dan rakan-rakan di dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan. Ini merupakan tamparan kepada pembangunan demokrasi dan keluhuran undang-undang di dalam negara. Demokrasi terancam dalam negara akibat pemerintah yang tidak punya hasrat untuk berubah dan tidak mahu mengangkat keadilan serta kebenaran. Saya cukup yakin rakyat mampu menilai bahawa UMNO-BN dengan pemusatan kuasa, tidak menghormati integriti institusi Parlimen dan keangkuhan pemerintah yang korup itu akan menyebabkan Kerajaan UMNO-BN tumbang pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. MOHAMED AZMIN ALI Ketua Whip KEADILAN / Ahli Parlimen Gombak 17 Disember 2010 |
| Wikileaks - Kenapa Liwat Saja, Dedahlah Semua Sekali Posted: 16 Dec 2010 08:21 PM PST Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kerajaan Malaysia supaya memaksa kerajaan Singapura mengemukakan semua bukti yang mengaitkan pemimpin negara ini seperti yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks.Menurutnya, ia adalah tidak adil jika hanya beliau sahaja dikaitkan seperti dakwaan unit perisikan Singapura dan Australia yang mengatakan Anwar memang terlibat dengan kes liwatnya seperti dilaporkan oleh media negara ini tetapi meminggirkan laporan lain yang juga menyebut nama pemimpin lain. Katanya, jika laporan WikiLeaks dijadikan sumber baru rujukan terhadap kesnya, sepatutnya semua laporan tersebut didedah dan dibawa ke mahkamah dan bukannya hanya menjadi bahan untuk menyerang peribadinya. "Saya tidak ada masalah jika mahkamah memanggil (Menteri Mentor Singapura) Lee Kuan Yew yang mengatakan saya terlibat, kerana saya akan pertahankan diri saya habis-habisan," katanya dalam ceramah umum di sini malam semalam. Selain itu, beliau juga mengkritik media negara ini kerana hanya mengambil laporan sebelah pihak dan bimbang perkara ini akan menyebabkan subjudis dalam kes liwatnya di mahkamah. "Jangan cabar saya banyak kali, jangan hina saya sedemikian rupa, saya tahu kes-kes pembunuhan yang 'cover up' di negara ini," katanya. Katanya lagi, jika benar beliau diperangkap seperti dalam laporan WikiLeaks, Anwar mencabar pihak terbabit mengeluarkan video yang membuktikan beliau benar-benar terlibat dalam kes liwatnya. |
| Posted: 16 Dec 2010 08:47 AM PST Anggota Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) kawasan Tenang, Sulaiman Taha, yang dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini diberitakan telah meninggal dunia sebentar tadi. Kepada Pakatan Rakyat, bersiap siagalah untuk sekali lagi berperang dalam pilihanraya kecil... kepada penduduk ADUN Tenang, di harap bertenang dan bersiap sedialah untuk dilimpahi rezeki pilihanraya. Harap pengundi ADUN Tenang bijak membuat keputusan! Dalam kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Tenang. Semoga rohnya dicucuhri rahmat. edyesdotcom |
| Nazri - MP Pakatan Bodoh Dan Gila Posted: 16 Dec 2010 04:22 AM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah. Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat."Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya," katanya di lobi parlimen hari ini. Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen. "Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka. "Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga," kata Nazri sambil ketawa.Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan. Nazri juga menafikan dakwaan pembangkang, kononnya beliau mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanapa perdebatan."Saya tidak beri arahan. Speaker telah peruntukkan dua jam dan saya kata saya mahu bacakan usul saya dahulu, itu sahaja. "Apa yang mereka perkatakan tidak ada kena mengena dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Jadi saya mempunyai hak kerana ia usul saya dan saya mahu ia dibentangkanj. "Saya cuma beritahu speaker saya mahu baca usul kerana ia dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Mereka sepatut membantah tetapi tidak berbuat demikian," katanya. |
| Akta Baru JPJ - Rakyat Bakal Disembelih Hidup-Hidup Posted: 16 Dec 2010 04:06 AM PST Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan menghantar surat kepada Dewan Negara meminta untuk tidak meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam. Beliau berkata, ini kerana rang undang-undang itu hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan sistem berkenaan manakala rakyat yang terpaksa menanggung bebannya. "Kita kecewa apabila tidak diberitahu model kewangan yang disebut itu. Sepatutnya diberitahu kepada awam apabila dia membabitkan syarikat yang akan mendapat habuan ataupun peratus daripada saman yang dikenakan kepada pemilik kenderaan. "Jadi saya harap Dewan Negara menolak rang undang-undang ini dan saya akan menghantar surat kepada ahli Dewan Negara," katanya. Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAN). Bagaimanapun, rang undang-undang itu terpaksa melalui proses undi belah bahagian pada bacaan kedua yang menyaksikan 70 ahli Parlimen menyokong, manakala 40 lagi menentang. Ini kerana majoriti ahli Parlimen, terutama Pakatan Rakyat mendesak supaya rang undang-undang itu ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan AES. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan. Menjawab desakan beberapa ahli Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan. Menurut Mahfuz, apabila undang-undang itu dilaksanakan, syarikat yang terlibat akan memastikan jumlah saman yang dikeluarkan melalui sistemnya dan akan mendapat faedah daripada saman yang dikeluarkan. "Syarikat akan pastikan seberapa banyak saman akan dikeluarkan melalui sistem ini yang akan mengawal dan yang menjalankan operasinya ialah syarikat. Walaupun disebut ia dikawal oleh JPJ tapi saya percaya pihak JPJ tak ada kepakaran dalam sistem yang dibangunkan itu," katanya. Tambahnya, pelaksanaan sistem ini juga tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mendidik pengguna jalan raya. "Saya sangat kecewa kerana pembantangan undang-undang ini tidak mengatasi masalah kemalangan maut yang besar kerana tak ada hukuman kerana pemandu yang membawa kenderaan secara bahaya tapi yang ada hanyalah kesalahan nombor pendaftaran kenderaan sehingga menyebabkan hukuman penjara," katanya lagi. Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan. Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan. Isu itu dibangkitkan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) ketika sesi perbahasan yang menggesa timbalan menteri berkenaan mendedahkan hasil bakal diperoleh syarikat pelaksana sistem AES. Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut membangkitkan persoalan yang serupa kerana menyifatkan perkara itu penting diketahui rakyat. "Apa yang Wangsa Maju (Wee) kata itu saya juga mahu tanya...rakyat bayar, potongan yang diberi kepada syarikat ini, rakyat yang diperas, syarikat ini esok makan darah rakyat, dia kembung perut tetapi rakyat menderita," katanya. Asakan Wee dan Mohamad itu menyebabkan Abdul Rahim agak beremosi dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana syarikat pengendali AES. "Saya tidak ada kepentingan dalam syarikat-syarikat ini...kepentingan saya ialah kepentingan negara dan rakyat," katanya |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.
"Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga," kata Nazri sambil ketawa.
Nazri juga menafikan dakwaan pembangkang, kononnya beliau mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanapa perdebatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan