Jumaat, 3 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Zahrain Patut Tuntut Supaya Gelaran Dr Mahathir Ditarik Balik

Posted: 03 Dec 2010 01:01 AM PST

Sedap membaca sejarah ciptaan Dr Mahathir.

YB Bayan Baru Zaharin Hashim mencadangkan supaya supaya gelaran yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik balik oleh mana Raja-Raja Melayu yang telah menganugerahkan gelaran-gelaran kepada Anwar dahulu. Zaharin telah menuduh Anwar mempersoalkan isu ketuanan Melayu didalam perhimpunan agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

Zaharin menganggap Anwar tidak wajar menyimpan gelaran kerana tidak bersama membina apa yang dihebohkan oleh pemimpin Melayu yang beretorik tentang ketuanan Melayu. Zaharin menempelak Anwar kerana kononnya PKR tidak mahu bersama memperjuangkan ketuanan Melayu dan oleh sebab itu segala gelaran yang diterima Anwar wajar ditarik balik.

Media perdana telah memberikan liputan cadangan Zaharin ini dan Anwar telah menjawab yang itu adalah anugerah Tuanku-Tuanku yang berkaitan dan beliau tidak pernah merayu dan mengemis untuk mendapatkan gelaran-gelaran tersebut.


Bagi saya samada gelaran itu ditarik balik atau dikekalkan bukanlah menjadi isu tetapi saya mengambil persepsi yang Zaharin membuat kenyataan ini semata-mata kerana perasaan peribadinya terhadap Anwar semata-mata. Pada hal Zaharinlah yang menjunjung Anwar semasa gerakkan reformasi dan seterusnya mendapat tempat diDewan Legislative dan sekarang digelar Yang Berhormat.

Saya bukan hendak mempertahankan Anwar kerana saya sendiri tidak ada perasaan apa-apa terhadap pemimpin ini kerana Anwar bukanlah pemimpin yang saya kagumi. Tetapi apa yang saya persoalkan ialah Zaharin bukannya berkata-kata kepada landasan kejujuran tetapi oleh kerana 'persona non grata' beliau terhadap Anwar sahaja.

Kalau isu kelalaian Anwar terhadap bangsa Melayu mewajarkan gelaran ditarik balik, maka hampir kesemua pemimpimpin UMNO sepatutnya ditarik gelaran Datuk Seri, Datuk, Tan Sri dan sebagainya. Zaharin sepatutnya menyarankan gelaran kepada Dr Mahathir dilucutkan kerana beliau mengepalai barisan pimpinan UMNO (Baru) menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis prlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir serta Ghaffar Baba pada tahun 1993 dahulu.

Semasa itu Perlembagaan Persekutuan telah melarang Raja-Raja Melayu diipersoalkan samada didalam Dewan Legislative atau diluar Dewan. Jika dilanggar individu-individu yang terlibat boleh dipenjara 'mandatory'. Menghina Raja-Raja itu adalah penghinaan kepada orang Melayu dan isu itu patut disebut oleh Zaharin. Kenapa hanya Anwar dipersoalkan?

Kalau dibuat intrepitasi mengikut Perlembagaan Persekutuan Dr Mahathir, Anwar, Ghaffar Baba, Najib Tun Razak, Hj Khalid Yunus, Isa Samad, Anwar Musa dan terlalu ramai yang lain sepatutnya telah dipenjarakan dan ditarik semua gelaran kebesaran masing-masing semasa krisis cetusan UMNO (Baru) itu sedang hangat didebatkan oleh setiap lapisan masyarakat semasa itu.

Kepada penggiat politik yang masih berhingus masa itu tentunya tidak ingat dengan sejarah hitam semasa itu. Isu ii diperbesarkan oleh orang Melayu dalam UMNO yang mengampu pimpinan semasa itu dan tidak kedengaran semasa itu kritikkan kepada Raja-Raja Melayu dilakukan oleh bangsa lain.

UMNO telah melakukan penghinaan kepada Raja-Raja Melayu tanpa sempadan dan media letronik dan cetak telah memberikan sokongan agar Raja-Raja Melayu ditamatkan riwayat kewujuddan mereka. Ini sejarah yang begitu baru dan pada siapa yang berumur sebaya atau lebih tua daripada saya tidak akan mampu melupakan insiden hitam yang dihadapi oleh Raja-Raja Melayu sewaktu itu.

Pemimpin-pemimpin kita yang besar dan yang kecil semasa itu telah lupa daratan dan mereka seolah-olah tidak lagi memerlukan institusi Raja-Raja Melayu dan ramai yang bertempik dan bersorak mengkritik Raja-Raja Melayu didalam akhbar-akhbar perdana dan media letronik. Kepada sesiapa yang mushkil dengan kata-kata saya ini elok pergi keArkib Negara dan bacalah setiap berita yang tertulis didalam dada akhbar pada tahun 1993 dan saudara akan terbaca semua yang saya katakan tadi.

UMNO (baru) bersikap lebih buruk dari sikap British Malayan Union yang cuba untuk menurunkan martabat bangsa Melayu dengan mencemuh Raja-Raja mereka. Kalau Malayan Union itu adalah dari kaum Inggeris cuba untuk merendahkan mertabat Raja-Raja Melayu, UMNO (B) pula adalah dari rakyat yang hampir kesemuanya Melayu yang cuba untuk menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu mereka sendiri.

Walaupun pindaan terhadap perlembagaan yang bersabit dengan Raja-Raja tidak dibenarkan namun UMNO tetap memindanya dan itu merupakan penghinaan kepada bangsa Melayu. Semua yang mencadangkan pindaan itu adalah orang-orang yang telah mendapat gelaran dari Raja-Raja dan Zaharin patut mengeluarkan segala-galanya jika benar beliau serius untuk memperjuangkan apa yang kikatakan sebagai ketuanan Melayu.

Jika Zaharin tidak bersikap 'limau masam sebelah' elok beliau diberitahu bahawa Fasal 159(5) dan 181(2) telah di'repeal' oleh UMNO pimpinan Mahathir dan ini merupakan ancaman gila yang tidak ada tolok bandingnya terhadap institusi Melayu yang unggul itu.

Tetapi UMNO mudah lupa; dalam krisis diPerak baru-baru ii UMNO telah menggunakan kuasa yang sikit-sikit berbaki kepada Sultan Perak untuk mengambil alih kerajaan pilihan rakyat dari PR. Barulah sekarang, apabila sudah terdesak UMNO mahu menerima kenyataan yang institusi Raja itu penting.

Sejak dari itu UMNO tidak mahu lari dari berlindung dicelah ketiak Raja Melayu. Bagi sekumpulan kecil dalam UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakkan UMNO itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja semasa itu tanpa berdaya melakukan sesuatu kerana semasa itu semua ahli-ahli UMNO haya bangun untuk membodek Dr Mahathir bagi kepentingan politik jangka pendek mereka.

Kami bersedih dan terkilan dengan penghinaan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO semasa itu. Semasa itu kami hanya berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk terhadap kepimpinan yang sesat barat itu kembali kejalan yang benar.

Alhamdulillah, UMNO sudah sedar tentang pentingnya Raja-Raja Melayu, walaupu hanya setelah mereka hampir mati oleh tindakkan mereka sendiri. 'BUT, it's better late than never' bak kata perbilangan Inggeris yang semua orang tahu.

Sesungguhnya sangat seronok membaca sejarah cetusan Dr Mahathir ini. Masalahnya saya tidak pandai menulis buku. Kalaulah saya seorang penulis buku sejarah, topik ini merupakan topik yang paling utama bagi saya supaya anak muda yang akan datang faham bahawa kita adalah orang Melayu yang telah dipunah ranahkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Cukuplah setakat ini.

Sumber di sini

95% Orang Melayu Tak Percaya Umno

Posted: 03 Dec 2010 12:02 AM PST

Umno Mainkan Isu Yang Salah

Lepas satu, satu lagi isu yang yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh Umno dalam usaha mereka membunuh kesatuan Pakatan Rakyat. Isu terbaru ialah tentang isu TPM berbangsa Cina seperti yang diusulkan oleh Anwar dan disambut oleh Nik Aziz.

Namun mungkin kebanyakan mereka lupa dik kerana terlampau sibuk menjadi Tuan Melayu di Tanah Melayu ini yang perlembagaan negara Malaysia tidak sama sekali menghalang apa bangsa sekalipun menjadi TPM atau Timbalan Perdana Menteri bagi Malaysia. Malah ada pendapat yang mengatakan adalah lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Umno dilihat memainkan isu yang salah sekiranya mereka meledakkan isu ini dengan niat menawan hati kaum lain selain dari Melayu pada PRU ke 13 nanti. Malah Umno bagai mahu menimbus kebusukan ciptaan Mahathir Mohamad yang dengan sombong dan bongkaknya mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong".

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Kedahlanie

Presiden Blogger Pas Letak Jawatan

Posted: 02 Dec 2010 10:15 AM PST

Notis perletakan jawatan Presiden Blogger PAS Negeri Perak

Merujuk kepada tajuk diatas, sangat jelas akan hasrat dan niat. Maka dengan ini saya, radens albanjari meletakkan jawatan sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak berkuatkuasa 3 Disember 2010 yang jatuhnya pada hari yang sangat mulia, jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari.

Terima kasih kepada rakan2 blogger yang telah memilih saya sebagai Presiden di Konvensyen Bloggers PAS Perak pada januari 2010 yang lalu. Notis rasmi perletakan jawatan itu akan saya utuskan secara serahan tangan kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Perak selewat-lewatnya pada minggu depan.

Salam dan terima kasih.

Radens ALB

Seorang Demi Searang Cabut dari PKR

Posted: 02 Dec 2010 05:46 AM PST

Terkini Chegubard akan tinggalkan PKR?

Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) enggan mengulas desas-desus mahu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan kecewa dengan proses pemilihan yang dikatakan tidak demokratik dan cacat.

"Bab itu (desas-desus mahu meninggalkan parti) saya tak nak komen dulu," kata Badrul Hisham atau yang dikenali sebagai "Chegubard" menerusi laman sosial Facebooknya.

Badrul Hisham mengambil sikap berdiam diri apabila sesawang Umno-Reform mendakwa beliau akan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

"Saya pilih untuk diam diri dulu status saya dan hubungan politik kepartian," kata beliau lagi.

Bagaimanapun Badrul Hisham bercadang untuk memberi respons pagi Isnin ini iaitu sehari selepas himpunan protes ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kerajaan pusat mengenai isu kenaikan tarif air.


Ia dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Isnin (selepas) Subuh kenyataan rasmi akan dibuat, kalau tak tidur lokap (pada) 5 (Disember) malam ha ha ...," ujar Badrul Hisham lagi.

Badrul Hisham yang juga pengasas dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - pertubuhan tak berdaftar - turut mengulangi iltizam politik menyokong inisiatif kerajaan negeri Selangor melancarkan perhimpunan aman Ahad ini.

Umno-Reform Selasa lalu melaporkan desas-desus tersebut timbul kononnya ekoran tindakan Badrul Hisham, yang membuat laporan mengenai kepincangan dalam pemilihan PKR baru-baru ini, tidak menghadiri Kongres Nasional Ketujuh Jumaat lalu.

Ia turut melaporkan Badrul Hisham menolak tawaran serta janji politik untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti seperti dirujuk pada ucapan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu sumber memberitahu bahawa bekas Ketua AMK Senator Ezam Mohamad Nor pernah mempelawa Badrul Hisham memandangkan mereka pernah bersama-sama dalam AMK dan pertubuhan bukan kerajaan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi Malaysia (Gerak).

Namun sumber tersebut memberitahu The Malaysian Insider, jawapan muktamad bergantung pada Badrul Hisham sendiri pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, SAMM telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar.

"Sekurangnya 50 orang 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan Bersih, Kesas dan lain-lain.

"Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisahm berkata, SAMM juga menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas.

"Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri," katanya lagi - TMI

Fakta Pengkhianatan UMNO Terhadap Melayu: Tanah Rezab Melayu

Posted: 02 Dec 2010 04:15 AM PST

NOTE EDITOR: Terima kasih kepada Blogger Juara Rakyat. Artikel di bawah boleh dibaca di sini

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.


8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat".SETUJU????

Malaysia Waves

Tiada ulasan: