Sabtu, 11 Disember 2010

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Kes Rasuah: Peguam Negara minta Khir Toyo tutup mulut

Posted: 09 Dec 2010 07:14 AM PST



PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam menegur Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya jangan terus membuat kenyataan mengenai kesnya yang berkemungkinan boleh 'memakan diri sendiri'. Beliau berkata, kenyataan keterlaluan yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor berhubung kes itu boleh digunakan sebagai bukti terhadapnya dalam perbicaraan, selain subjudis.

Katanya, pihak pendakwaan hanya memerlukan dua atau tiga minggu bagi membuktikan kes terhadapnya dan meminta Dr Mohamad Khir yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin lalu berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, bersabar sehingga mahkamah membuat keputusan.

Abdul Gani berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mohamad Khir yang menyifatkan tuduhan terhadapnya itu sebagai peluang baginya membersihkan nama, selain berterima kasih kepada pendakwa raya kerana memberinya peluang menjelaskan isu berkaitan banglo dan tanah dimilikinya di mahkamah.

Dalam laman blognya, Dr Mohamad Khir turut menyatakan harapan supaya perbicaraan dilakukan secepat mungkin dan tidak ditangguh-tangguhkan bagi menghalang nya daripada bergiat dalam politik.

Kenyataannya itu mendorong pihak tertentu menganggap tuduhan terbabit hanyalah satu sandiwara atau gimik politik yang berkemungkinan menandakan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini (pendakwaan) bukan sandiwara, pasukan pendakwaan sudah ada bukti mencukupi dan kukuh bagi menyokong kes kita terhadap Dr Mohamad Khir. Takkan saya sendiri mengetuai pendakwaan jika proses ini hanya untuk mengabui mata rakyat kerana ini juga membabitkan etika dan integriti saya.

"Malah, kita tidak mahu mengaibkan tertuduh sebelum mahkamah membuat keputusan. Apa saja tuduhan akan dibacakan di mahkamah. Itu prosedur sepatutnya. Kita tak boleh buat 'roadshow' semata-mata untuk memuaskan hati masyarakat umum, sebaliknya kena tengok pada fakta dan realiti.

"Membuat kenyataan mengenai kes ini, baik melalui media atau laman blog, adalah subjudis dan semakin banyak seseorang itu bercakap, semakin tinggi kemungkinan ia menjejaskan kesnya sendiri," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dr Mohamad Khir, dalam laman blognya pada hari sama dia dituduh, mendakwa tuduhan terhadapnya secara tidak langsung membuktikan nilai hartanah miliknya ialah RM3.5 juta dan bukan RM24 juta, seperti didakwa sesetengah pihak dan beliau mematuhi semua prosedur termasuk pembelian tanah dan pembinaan rumah.

Abdul Gani berkata, adalah satu kebiasaan bagi ahli politik bercakap begitu tetapi jangan keterlaluan sampai seolah-olah melakukan perbicaraan melalui media sebelum didengar di mahkamah.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sudah banyak kali mengingatkan mengenai perkara itu tetapi seolah-oleh tidak diendahkan pihak berkenaan.

"Saya sendiri sebenarnya mahukan perbicaraan yang pantas tetapi kita kena patuh kepada undang-undang, kita kena adil dan saksama kepada semua pihak. Sama ada sesuatu kenyataan itu subjudis atau tidak terpulang kepada mahkamah untuk tentukan.

"Pihak pendakwa tidak akan sekali-kali mencabuli undang-undang. Bagi kami, Dr Mohamad Khir adalah seorang tertuduh, sama seperti mana-mana tertuduh lain yang kita hadapkan ke mahkamah.

"Lihat saja kadar jaminan RM1 juta yang saya cadangkan. Rakan sekerja saya sendiri terkejut," katanya sambil menegaskan banyak lagi pendedahan akan dilakukan sepanjang perbicaraan itu.

Isnin lalu, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

ADUN Sungai Panjang yang meletakkan jawatannya sebagainya Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Beliau mengaku tidak bersalah.

Di mahkamah sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh sama. Shamsuddin, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sekurang-kurangnya 16 saksi akan dipanggil, termasuk empat saksi utama, untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu dan mereka kini diberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Saksi, yang diluluskan Dewan Negara pada 6 Mei lalu.
Sumber: http://www.bharian.com.my


Aku cuma nak kata:

Mengenai berita diatas, ada 2 persoalan.
1. Mengapa kenyataan Khir Toyo begitu yakin yang dia tidak akan didapati bersalah?.
2. Mengapa Peguam negara berani suruh Khir Toyo tutup mulut?.

Disini aku melihat seolah olah ada 2 kumpulan yang mempertahankan/menyokong kedua dua pihak. Satu kumpulan beri lampu hijau pada Khir Toyo bahawa dia tidak perlu risau apa apa. Sedang kan disatu kumpulan lain beri lampu hijau supaya Peguam Negara mensabitkan kesalahan Khir Toyo.

Andaikata Selangor tidak jatuh ketangan PR dan Khir Toyo masih menteri besar, agak agak nya berani ke peguam negara suruh Khir Toyo tutup mulut?.

Aku juga berpendapat isu Khir Toyo ini bukan setakat isu rasuah dan pendakwaan semata mata. Ada bungkah ais (aisberg) yang lebih besar dibawah sana.

1. UMNO/BN cukup terdesak dan sedang berusaha untuk kelihatan bersih. Fokus adalah negeri Selangor. Walau apa cara sekali pun, Selangor mesti dirampas dari PR kerana jika PR berjaya mempertahankan Selangor untuk penggal ke-2, UMNO/BN tidak akan berjaya lagi untuk merampas nya untuk satu jangkamasa yang panjang. Bukti nya, lihat saja Kelantan. Sebab itu apabila Terengganu berjaya dirampas oleh PAS, UMNO/BN yang masa itu diterajui oleh Dr.M menggunakan berbagai taktik kotor dan merampas nya semula. Antara taktik kotor itu ialah merampas royalti minyak dan kemudian menukar nya kepada wang ehsan.

2. Perebutan kedudukan didalam UMNO Selangor. Semua pihak menyalahkan Khir Toyo apabila Selangor jatuh ke tangan PR. Sekarang semua bercakap pasal PRU 13 yang semakin hampir dan ini lah masa nya untuk memijak kawan dan lawan supaya boleh dipilih sebagai calun. Dalam konteks PRU 13 ini, Khir Toyo dilihat sebagai liabiliti dan harus dikorbankan.

Sekian


Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

Tiada ulasan: