Sabtu, 18 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Shamsul: Umno biadap guna masjid untuk politik

Posted: 18 Dec 2010 02:00 PM PST

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno bertindak biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh, lapor TV Selangor.

pkr congress 281110 shamsul iskandarKatanya, Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-BN di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid berkenaan.

"Umno-BN khususnya di Melaka dengan jelas mempolitikkan masjid. Mereka menggunakan perasmian masjid baru itu dengan meletakkan bendera Umno-BN padahal itu tidak ada kaitan dengan perasmian masjid,... apatah lagi yang hadir itu ialah Najib, beliau bukan hadir untuk program Umno.

Menurut Shamsul, penganjur sepatutnya memaparkan sifat berkecuali natural dan tidak taksub atau ekstrem.

“Kita selalu dengar kritikan yang keras dari BN terhadap negeri Pakatan, sehingga melibatkan Tuanku dan Sultan yang sentiasa memperingatkan kerajaan supaya tidak mencampurkan politik dalam institusi masjid. Tapi itu tidak berlaku di Melaka,” katanya.

Tambah Shamsul, ini menunjukkan BN tidak konsisten dengan pendirian mereka dan tindakan terdesak dengan menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan bahawa Umno-BN berjasa pada rakyat hatta perasmian masjid.

"Saya kesal dan mengambil sikap keras terhadap usaha jelas mencemarkan institusi agama ini," jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka.

Umno sebelum ini seringkali menuduh Pakatan Rakyat, khususnya PAS mempergunakan masjid untuk kepentingan politik mereka.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN FINAL: FIFA CLUB WORLD CUP

Posted: 18 Dec 2010 10:57 AM PST

KEPUTUSAN PIALA AFF: MALAYSIA KE FINAL

Posted: 18 Dec 2010 10:28 AM PST


LAYAK KE FINAL...Jurulatih bola sepak negara, K.Rajagobal dijulang pemain-pemain negara selepas keputusan pusingan kedua separuh akhir memihak kepada Malaysia secara agregat 2-0.GLENN GUAN/The Star



KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR (2) 18/12/10

VIETNAM 0 - 0 MALAYSIA


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR (1) 15/12/10

MALAYSIA 2 - 0 VIETNAM



TAHNIAH MALAYSIA LAYAK KE FINAL PIALA AFF 2010.
MALAYSIA AKAN BERTEMU SAMADA INDONESIA ATAUPUN FILIPINA DI PERLAWANAN AKHIR PADA 26 DAN 29/12/2010.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Live: Vietnam Vs Malaysia (Piala AFF 2010)

Posted: 18 Dec 2010 03:57 AM PST


PIALA AFF SUZUKI 2010
PERLAWANAN TAMAT
KEPUTUSAN PENUH VIETNAM 0 - 0 MALAYSIA

VIETNAM VS MALAYSIA
18/12/10
8:00 MLM
STADIUM MY DINH,HANOI VIETNAM

VIETNAM 0 VS 0 MALAYSIA - SIARAN TAMAT




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BN bimbang 'skandal besar' negara?

Posted: 18 Dec 2010 03:00 AM PST


KUALA LUMPUR, 18 Dis: Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal besar' negara?

Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.

Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.

Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang).

PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.

PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di
parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu.

Kini mereka bertindakmerampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula, tambahnya.

Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?, tambah Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

"Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim," katanya.

Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun.

Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini, tambah beliau.

"Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka," katanya.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MB ‘Mat Said’ tidak cerdik, berniat jahat -Dato’ Mustafa Ali

Posted: 18 Dec 2010 02:00 AM PST


KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap berniat jahat, berkepentingan politik Umno serta kenyataan yang tidak cerdik.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata dakwaan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said bahawa kerajaan negeri sekarang terpaksa menanggung beban kerana kecuaian kerajaan PAS bermotif politik.

Katanya, MB 'Mat Said' disifatkan seorang yang tidak cerdik kerana tidak tahu membezakan antara kerajaan dengan parti politik.

"Kenyataan Mat Said bahawa kerajaan Terengganu hari ini terpaksa menanggung beban hasil dari kecuaian kerajaan PAS yang menyebabkan disaman RM1 bilion oleh Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd itu bermotif politik.

"Saya merasakan sebagai seorang Menteri Besar, saya rasa 'Mat Said' ini tidak reti beza antara kerajaan dengan parti politik. Sebab kerajaan ini satu entiti dan parti ini satu entiti yang lain.

"Rakan-rakan dia dalam Umno pernah kata Mat Said ini 'bodoh' tetapi saya tidaklah sampai ke tahap itu untuk kata dia seorang yang bodoh. Tetapi, saya rasa dia (Mat Said) tidak cerdik sikit dalam hal ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, MB Terengganu disifatkan kurang cerdik kerana menyalahkan PAS sedangkan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Katanya, jika proses mahkamah belum selesai dikhuatiri boleh menimbulkan subjudis serta persepsi yang salah.

"Kes ini dia boleh menimbulkan subjudis sebenarnya kerana proses mahkamah belum selesai tetapi gambaran yang diberi oleh akhbar ini, seolah-olahnya kerajaan ini terpaksa tanggung beban RM1 bilion.

"Ini satu persepsi yang salah kerana proses mahkamah belum selesai lagi. Kes ini sekarang di Mahkamah Tinggi, selepas ini Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Exco ketika Kerajaan PAS Terengganu bercadang mengambil tindakan perundangan terhadap kenyataan Ahmad tersebut.

Katanya, PAS telah melantik peguam bagi meneliti segala kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu dalam masa terdekat ini.

"Kita (PAS) telah minta peguam-peguam kita untuk tengok dan teliti kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Said itu terhadap PAS.

"Jika ada asas untuk kita ketengahkan, kita akan ambil tindakan undang-undang termasuk saman," tegasnya.

Menurutnya, isu tersebut cuba dipolitikkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional dengan melabelkan PAS sebagai yang bertanggungjawab.

Hadir sama pada siding media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

BO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?

Posted: 17 Dec 2010 11:00 PM PST


Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta.

Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.

sri aman land grabSadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

“Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang.

“Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor laman sesawang itu, Rabu lalu.

Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

NONEMenurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri).

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder“Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.”

Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu.



MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Majalah3suku: BUKU YANG BERTOKOH

Posted: 17 Dec 2010 08:00 PM PST


OK BEB,GUA DAH BIKIN SATU SLOT BARU KAT BLOG NI.GUA NAMAKAN SLOT NI "Majalah3suku".
SLOT NI AKAN KE UDARA SETIAP KALI ADA KES-KES LAWAK NGERI DALAM NEGERI KITA.
KAH!KAH!KAH!...SEBAGAI PERMULAAN EPISOD "Majalah3suku" NI ,MARI BERCERITA TENTANG BUKU.
SEMUA SUDAH READY???
OK MARI KITA MULAKAN....


NI LA DIA CONTOH SEBUAH BUKU.ADA MACAM-MACAM BUKU.BUKU PELAWAT,BUKU HUTANG,BUKU CERITA DAN BERBAGAI-BAGAI JENIS BUKU.


YANG NI PULAK ULAT BUKU KALAU HANGPA NAK TAU.ULAT BUKU NI BOLEH DITEMUI DI MANA-MANA ASALKAN ADA BUKU ADALAH ULAT BUKU.ULAT BUKU NI PULAK ADA YANG MIANG,ADA YANG GATAI DAN ADA YANG TAK MANDI PAGI.


SEMUA ORANG TAU KOT,YANG NI BUKU LALI.BENDA YANG BOLEH MELALIKAN BUKU KE MENATANG NI? AGAK-AGAKNYA LA KOT.


NI PULAK BUKU LIMA.KALAU NAK SANGAT MERASA MENATANG NI,PI LA KACAU ANAK DARA ORANG.TAKPUN KACAU MAK DARA ORANG.ASALKAN KACAU YANG ADA PERKATAAN DARA SAJA MESTI KENA MAKAN BENDA NI.TAK KIRALAH ORANG UMNO KA PAS.


HAA...YANG NI TOKO BUKU.TEMPAT BERLAKUNYA KES-KES JUAL-BELI BUKU.MACAMLA HARAM SANGAT AKTIVITI JUAL BELI BUKU NI...


LAST BUT NOT LEAST,JANGAN TERKEJUT..
NI LA DIA TOKOH BUKU...
TOKOH BUKU 2010.....
LA AWAT HANG PA GELAK?
TAK PERCAYA KA? KAH!KAH!KAH!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Cabul anak sendiri

Posted: 17 Dec 2010 05:00 PM PST


KUALA PILAH – Seorang lelaki Melayu ditahan polis Daerah Kuala Pilah, di sini, Isnin lalu, selepas dipercayai mencabul anak perempuannya sendiri dalam kejadian berasingan bulan ini di Melang.

Lelaki berumur 43 tahun dan hanya bekerja kampung itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa yang berumur 15 tahun.

Lelaki terbabit dikatakan mengambil kesempatan mencabul kehormatan anak gadisnya itu ketika mereka tinggal berdua di rumah berkenaan berikutan neneknya tiada di rumah.

Kejadian Isnin lalu bukanlah yang pertama kali kerana awal bulan ini, mangsa pernah berdepan kejadian sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, suspek meraba tubuh anak gadisnya termasuk meramas buah dada mangsa ketika memasuki bilik tidur pada waktu malam.

"Akibat terkejut dengan tindakan bapanya sendiri, mangsa melarikan diri ke rumah jirannya untuk mendapat perlindungan.

"Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan terkutuk bapanya itu nekad membuat laporan polis selepas kejadian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: