Sabtu, 18 Disember 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hah!! Gantunglah lagi!! (Gambar Anwar di Pahang dan N9)

Posted: 18 Dec 2010 05:07 AM PST

Berikut adalah sedikit gambar-gambar untuk dikongsi bersama..

Pada sebelah pagi 17 Disember DS Anwar Ibrahim berada di Bera Pahang bersama ANAK melancarkan PROGRAM LAPORAN KES PENEROKA FELDA KE MAHKAMAH.Manakala pada sebelah malamnya pula Anwar berada di Negeri Sembilan dan kemudiannya pula di Melaka..

Hari ini pula 8.30 malam tadi Makan Malam di Dewan Cina, Juru dan 10.00 malam ceramah di Balik Pulau, Pulau Pinang pula..esok di konvensyen pula..

Hah!! Korang gantung lah lagi.. habis dia jelajah 1Malaysia..

di Pahang





Ini pula di N9





Segala laporan tentang Anwar di Pahang sila lihat di SINI

DAP perkudakan Anwar kata Zulkiflii Nordin

Posted: 17 Dec 2010 05:27 PM PST

Kalau semalam korang dah baca Zahrin meminta Karpal bertaubat.. hari ini mari kita lihat betapa munafiknya Zulkifli Nordin pula..

Zulkifli Noordin musykil dengan sikap kepimpinan DAP yang dipercayai mempunyai muslihat tertentu apabila masih bersama dan kelihatan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mengetahui sejarah kegiatan homoseksual Ketua Pembangkang itu.

Lihatlah betapa munafiknya Zulkifli Nordin ini.. ketika belum ditendang keluar dari PKR beliau menafikan tuduhan liwat ini, malah beliau sendiri adalah antara peguam yang membela Anwar dalam kes qazaf kalau tak silap aku..

Tapi setelah ditendang keluar.. beliau berkata memang ada kegiatan homoseksual itu..


DAP perkudakan Anwar - Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Seorang ahli Parlimen musykil dengan sikap kepimpinan DAP yang dipercayai mempunyai muslihat tertentu apabila masih bersama dan kelihatan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mengetahui sejarah kegiatan homoseksual Ketua Pembangkang itu.


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, apa yang dikhuatirinya ialah pemimpin DAP itu menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseksual dan liwat Anwar untuk kepentingan politik mereka.

Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri yang kini menjadi penguambela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama.

Katanya, mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam ucapan terbuka majlis anjuran di DAP di Hotel Federal pula katanya, Karpal menyatakan beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.

Tambahnya, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), yang semasa itu merupakan Ketua Penerangan DAP, di Dewan Rakyat semalam mengesahkan mengenai kepimpinan DAP yang tahu tentang kegiatan liwat Anwar.

"Persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan seperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar?

"Jawapannya jelas. Pada saya Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini.

"Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya," jelasnya dalam entri bertajuk Kuda-Menguda DAP-Anwar! menerusi blognya, www.zul4kulim.blogspot.com.

Zulkifli menjelaskan, Karpal yang sangat kecewa dan marah selepas terbongkarnya tragedi pembohongan 16 September juga pernah meminta Anwar bertaubat dan mendesaknya berundur kerana tidak layak menjadi pemimpin.

Daripada rentetan peristiwa tersebut, katanya, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal sangat mengetahui kegiatan homoseksual Anwar.

"Apatah lagi mentor mereka Kuan Yew jelas didedahkan di dalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseksual dan liwat," jelas Zulkifli.

Beliau turut musykil apakah Anwar dengan masalah peribadi yang dihadapinya itu yang diketahui oleh kepimpinan DAP akan bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

"Apakah kerana itu (juga) maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka.

"Apakah kerana itu kita melihat Anwar seperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Kit Siang?," katanya.

Zulkifli menjelaskan, sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP dan Anwar saling guna-mengguna dan 'kuda-menguda' demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka.

Tetapi katanya, paling menyedihkan dalam isu itu ialah kedudukan Pas yang telah terseret ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik.


Media UMNO

Ditikam 19 kali

Posted: 17 Dec 2010 05:11 PM PST


KOTA TINGGI - Gara-gara cemburukan teman wanita mempunyai hubungan cinta dengan lelaki lain, seorang lelaki sanggup menikam kekasihnya itu hingga menyebabkan mangsa mengalami keguguran.

Lelaki itu dipercayai menikam kekasihnya berusia 17 tahun itu sebanyak 19 kali.

Mangsa yang mengandung enam bulan itu mengalami pendarahan teruk di rahim akibat tikaman itu.


Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Samsuddin berkata, berikutan itu seorang suspek berusia 42 tahun ditahan dalam kejadian di Felcra Sungai Redan, di sini, kira-kira jam 7 pagi.

"Mangsa ditikam berkali-kali oleh suspek yang cemburu kononnya teman wanitanya mempunyai hubungan dengan ramai kenalan lelaki," katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad berkata, lelaki itu juga turut menyimbah teman wanitanya itu dengan asid getah.

Akibat tindakan lelaki itu, hampir seluruh badan wanita itu melecur.

Menurutnya, suspek dipercayai mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan terhadap mangsa apabila dia membawa cuka getah yang diletakkan di bawah pokok berhampiran rumah mangsa.

"Suspek kemudiannya berjumpa mangsa. Mereka dipercayai bertengkar mengenai hubungan mangsa dengan beberapa lelaki lain yang menyebabkan suspek cemburu.

"Difahamkan, suspek rapat dengan ayah mangsa dan dikatakan banyak membantu mereka daripada segi kewangan," katanya.

Suspek menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram dan mengaku menikam mangsa kerana marah dengan tindakan mangsa yang didakwanya menjalin hubungan dengan beberapa lelaki lain.

"Polis menahan reman suspek hingga 23 Disember ini. Beberapa barangan kes, termasuk pisau, bekas botol cuka getah, gayung dan pakaian mangsa dirampas," katanya.

Muhammad berkata, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail, Pandan, Johor Bahru, akibat kecederaan teruk di perut, belakang badan, tangan dan kaki.


Sinar Harian

Tiada ulasan: