Selasa, 14 Disember 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Thousands pack Pakatan rally to hear about Kuan Yew, Dr M, Najib and Altantuya

Posted: 14 Dec 2010 08:30 AM PST

Dinesweri Puspanadan and Wong Choon Mei,


Despite police discouragement, a few thousand people packed the night market compound in Taman Melati, Wangsamaju to hear a Pakatan Rakyat political lecture led by Opposition Leader Anwar Ibrahim.

They were not disappointed. A star-studded line-up greeted them with speeches that soon had them cheering and clapping. Pakatan leaders such as Tan Tee Kwong, Tian Chua, Khalid Samad,Teresa Kok and Shamsul Iskandar Akin renewed the coalition's pledges of change and reform.


The multi-racial crowd was also clearly eager to hear Pakatan's explanation of the accusation made by Singapore's Lee Kuan Yew against Anwar. They wanted to know why the elder statesman would make such a remark on WikiLeaks and were also keen to hear Anwar talk about former premier Mahathir Mohamad, who has insisted Kuan Yew's facts are right.

"Do you think I'm dumb to go into a trap knowing it is a trap? Don't challenge me too much! I will open up the murders - committed and covered up!," Anwar told the crowd, which roared back their support.

"WikiLeaks, do you have technical evidence? If you do, bring Lee Kuan Yew to court. Whether you think I did it or not, that's none of my business. You have any video recording or doctors' notes, produce them at court."

Most of the Pakatan's side of the story has been blacked out in the mainstream media which only carried news that Kuan Yew had told Australian officials that he believed Anwar was framed, but he had also committed sodomy.

Anwar has repeatedly denied these charges and his lawyers have earlier today announced he will be suing Mahathir. It is likely Anwar's defense team may try to subpoena Kuan Yew to testify in his Sodomy II trial.

"Lee Kuan Yew is afraid that Singaporeans will seek reformasi as the party in Singapore is the same like Umno which has never changed. We are not afraid, confused, or shocked with this allegation," Tian told the crowd.

But most sought-after were the Najib tidbits

But above all, the crowd appeared most eager to hear the latest tidbits about Prime Minister Najib Razak, who was also criticized by Singapore officials. WikiLeaks had also exposed these comments but the mainstream press had again blacked out this news.

"If Utusan published about WikiLeaks on sodomy, why did it not publish about Najib's link to the Altantuya murder which was also said by the same Singapore intelligence. We want Singapore to bring the evidence about the sodomy and the murder of Altantuya to court. I want to propose to the Dewan Rakyat to debate on the issue of WikiLeaks - the sodomy and Altantuya murder and expose all the evidence to the public. Dr M responded for sodomy but what about Altantuya's murder and the link to the PM?" asked Tian.

Top Singapore diplomats such as Tommy Koh, Peter Ho and Bilahari Kausikan had in comments to their U.S. counterparts called Najib an "opportunist", saying his involvement in the Altantuya murder was tarnishing Malaysia. They also said Malaysia was on a decline due to "incompetent politicians".

Najib had tried to keep a lid on these explosive comments by asking Malaysians to ignore the Singaporean criticism. But tremendous pressure from Malay groups have forced him to issue a letter of protest to the Singapore High Commission today.

"Now, it's not me who said Najib is involved in the Altantuya murder but WikiLeaks. WikiLeaks is the one who says our prime minister in involved in a murder," said Anwar.

"The Umno media create havoc about sodomy but sideline the Altantutya link to Najib, which was also in WikiLeaks. Najib is now desperate to defend Putrajaya because he is scared the Altantuya murder will finally be fully exposed. I challenge Najib to challenge Singapore to prove his link with the Altantuya murder is false."

Anwar also told the crowd that if Parliament suspended him for linking Najib's 1Malaysia with APCO, a U.S. based firm with Zionist links, he would tour the country and speak to the people.

Police had earlier set up road blocks nearby to Taman Melati but decided to allow the ceramah to carry on as a permit had already been obtained.

Meanwhile, PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Akin challenged Najib to dissolve Parliament and hold snap general elections if he truly believed Malaysians were behind the Umno-BN.

Political academics have been reported as saying BN would still win the next general election. However, they were not sure if it could regain the two-thirds parliamentary majority lost to the Pakatan in 2008. They warned that a Third Force, promoted by several prominent bloggers and whom many Malaysians believe are actually funded by Umno, may further undermine the Pakatan's chances.

In her speech, Teresa also lambasted the Selangor Umno for spreading lies about the Pakatan state government.

"The federal government alleged that Selangor was suffering a drop in investment. From January to September, we drew RM6.53 bil, the highest in Malaysia whereas Johor - despite all of BN's Iskandar corridor efforts only pulled in RM3.57 bil," she told the crowd.

She also explained the Selangor administration's need to regain control of the state's water assets including revoking the existing monopoly granted to Umno crony firm SYABAS, which currently has sole rights over water distribution in the state.

"If we don't take over SYABAS, the price of water tariff would increase," warned Teresa.


Malaysia Chronicle

Bapak Saiful mengadu kat Agong.

Posted: 14 Dec 2010 07:37 AM PST

Bapa Mohd Saiful Bukhairi, Azlan Mohd Lazim menunjukkan kenyataan akhbar mengenai kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas anaknya kepada pihak media selepas menyerahkan surat kepada wakil istana di Istana Negara

KUALA LUMPUR:2010/12/14 Bapa kepada mangsa kes liwat, Saiful Bukhari, yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.

Beliau hadir di hadapan Istana Negara di sini ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada jam 3 petang.


Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.

Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.



BERNAMA

Konvenyen ke 2 PR : Ceritakan yang indah-indah..

Posted: 14 Dec 2010 05:40 AM PST



KUALA LUMPUR, 14 Dis: 2000 perwakilan dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP dijangka akan berhimpun di Dewan Milllenium Kepala Batas Ahad ini untuk menyertai Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat.

Mereka dijangka mempersiapkan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiap parti akan menghantar 600 perwakilan tidak termasuk para pemimpin utama parti berkenaan, tetamu dan para pemerhati.


Sepanjang konvensyen, empat perwakilan setiap parti akan membahaskan perbentangan yang akan dibuat oleh tiga jurucakap utama parti masing-masing.

"Fokus akan diberikan kepada dua perkara utama dalam konvensyen ini iaitu cerita kejayaan negeri-negeri Pakatan dan mempersiap kami semua untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13," kata Mujahid Yusof (gambar), Pengarah konvensyen ini.

Untuk mencapai tujuan itu, klip video cerita kejayaan kerajaan negeri Pakatan akan dipersembahkan kepada semua perwakilan semasa konvensyen ini.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan mempamerkan kejayaan mereka melalui booth pameran yang akan mereka sediakan di konvensyen ini.

Selain Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut akan membuat pameran adalah kerajaan negeri Perak ketika diperintah Pakatan dan kerajaan Terengganu dari tahun 1999 ke 2004 yang tidak diketahui masyarakat tentang kejayaan mereka.

Menurut Mujahid, konvensyen ini juga akan menghasilkan 'buku oren' iaitu buku yang menggariskan polisi Pakatan dalam bentuk perincian dari Dasar Bersama yang telah diluluskan dalam konvensyen pertama tahun lepas.

"Ia berupa pra manifesto kita dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mujahid.

Tema konvensyen kali ini adalah "Ubah Sekarang" untuk mengajak rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Video klip cerita kejayaan, booth kerajaan negeri Pakatan dan buku oren ini akan menjadi isi atau asas kenapa kita mengajak rakyat ubah sekarang," kata Mujahid.

Dalam konvensyen lepas, katanya, konvensyen telah selesaikan asas bersama iaitu penerimaan Pakatan kepada Islam agama persekutuan, kedudukan bahasa Malaysia dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

Kali ini, kata Mujahid, pengisian akan dibuat sepenuhnya bagi mempastikan semua sektor rakyat bersedia untuk bersama-sama membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami yakin, dengan cerita kejayaan yang telah kerajaan Pakatan buat, rakyat akan yakin kita mampu memberikan jauh lebih baik berbanding BN," katanya lagi.


HarakahDaily

Ramalan PAS, BN akan rampas kuasa fitnah - Muhyiddin

Posted: 14 Dec 2010 05:35 AM PST

IPOH, 14 Dis – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin PAS yang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merancang rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) menang pilihan raya umum ke-13 sebagai berniat jahat, fitnah dan pembohongan.

Beliau berkata kenyataan seperti itu berupa satu lagi contoh betapa PAS akan sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan fitnah bagi memburukkan kerajaan BN.

"Ini niat jahat, sangka buruk untuk takutkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kilang Panel Solar Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Khantan di sini hari ini.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam membayangkan kemungkinan berlakunya rampasan kuasa itu, ekoran amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat tidak memilih parti selain BN.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata keputusan pilihan raya umum lepas telah membuktikan BN menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat.

Beliau berkata BN kalah di beberapa negeri dan boleh menerimanya sebagai keputusan yang dibuat melalui proses demokrasi dan pilihan rakyat.

"Lihat apa yang berlaku selepas kita kalah (beberapa negeri) ... kita faham keputusan yang telah dibuat. Tidak timbul soal rampasan kuasa," katanya.

Muhyiddin berkata perbuatan fitnah dan pembohongan dicegah oleh Islam tetapi kenyataan tidak masuk akal berkenaan dibuat oleh pemimpin parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau berkata pembangkang akan sentiasa berusaha mencari peluang memburukkan kerajaan dan menunjukkan kerajaan BN sebagai tidak baik tetapi yang penting adalah rakyat memahaminya.

"Rakyat harus tahu bahawa PAS akan sentiasa mencari peluang menimbulkan fitnah memburukkan kerajaan," tegasnya.

Mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa PR akan memberi autonomi sepenuhnya kepada Sarawak jika diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13, Muhyiddin berkata ia hanya satu tipu helah pembangkang.

"Mereka akan membuat pelbagai tawaran ... ini tipu helah mereka. Akan guna apa cara untuk dapat kejayaan," katanya.

Beliau berkata rakyat Sarawak tahu jasa dan sumbangan BN membangunkan negeri itu dan sejak sekian lama, hak-hak yang dinikmati adalah berdasarkan pada Perlembagaan dan undang-undang negeri dan persekutuan.

Bernama

PAS mahu Suruhanjaya Diraja siasat Felda (Video Inside)

Posted: 14 Dec 2010 05:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Felda.

Salahuddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak) berkata, jawatankuasa bebas itu harus ditubuhkan kerana segala dakwaan terhadap Felda itu suatu yang serius dan merupakan isu rakyat terutamanya generasi Felda.


"Saya atas kapasiti ahli parlimen akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat segala penyelewengan yang didakwa berlaku dalam Felda," kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sebenar wang tunai hasil keuntungan Felda.

"Najib seharusnya berani menyatakan kepada umum berapa wang tunai Felda.

"Beliau hanya menyatakan, jika semua saham Felda dicairkan, keuntungannya berjumlah RM4.3 bilion, tapi tak berani nyatakan wang tunai," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada ucapan Najib di majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya Ahad lalu.

Tambahnya, memorandum itu akan dihantar dalam masa terdekat ini agar tindakan segera dapat diambil berhubung isu ini.

Sebelum ini Najib menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.





Berita : Harakah Daily
Video : Malaysiakini

Anwar akan saman akhbar, Dr Mahathir

Posted: 14 Dec 2010 04:36 AM PST



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.

Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan.


"Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.

"Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya," katanya kepada Malaysiakini.

Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.

Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.


Malaysiakini

Jeffrey Kitingan keluar PKR Khamis ini?

Posted: 14 Dec 2010 04:29 AM PST

Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.

Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.

Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.

"Jeffrey tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber itu kepada Bernama.


Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Pemerhati politik melihat pengunduran Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' untuk BN.

Bernama

Pendedahan WikiLeaks : Satu Analisa

Posted: 13 Dec 2010 11:43 PM PST

Sebagai pemerhati politik, saya tidak dapat menafikan bahawa kes sodomi sebagai pendakwaan politik yang palsu merupakan perkara yang diketahui umum berdasarkan taktik yang digunakan terhadap Anwar dan tuduhan sodomi itu tidak berdasarkan fakta dan logik.

Oleh Kim Quek

Pendedahan mengejut oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), WikiLeaks menerusi akhbar Australia mengenai politik Malaysia, menimbulkan kemarahan kepada kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Kabel Jabatan Negara AS secara eksklusif membuat pendedahan kepada akhbar The Sun Herald di Sydney, iaitu hasil rakaman pendapat pegawai-pegawai Singapura mengenai jirannya, terutama Malaysia.

Pandangan-pandangan yang pedih dan tajam.

Antara yang disentuh ialah pandangan pedas mengenai kes sodomi Anwar Ibrahim dan hentaman terhadap para pemimpin BN, terutamanya ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak. Menteri Luar Singapura, George Yeo, ketika menjawab tidak pula menafikan perkara ini.


Kes fitnah sodomi Anwar

Mengenai fitnah sodomi Anwar, Sydney Morning Herald (memetik WikiLeaks) melaporkan pada 12 Disember bahawa terdapat "perancangan teratur" yang didalangi oleh musuh-musuh Anwar dan bagaimanapun menolak tuduhan Anwar terlibat dengan sodomi.

Kabel Jabatan Negara AS merujuk kepada maklumat yang diterima dari unit perisikan Pejabat Penilaian Nasional Australia (ONA) yang menerima maklumat yang sama dari para perisik Singapura. Mereka membuat kesimpulan berdasarkan "risikan teknikal" yang tidak diperhalusi atau diselidiki.

Ketika menafikan tuduhan terhadap Anwar ini, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang kelihatan marah, mengaitkan "perisikan teknikal" kepada kerja-kerja yang didalangi oleh Polis Cawangan Khas Malaysia.

Beliau menyoal kenapa Perkhidmatan Risikan Singapura bekerjasama dengan Polis Cawangan Khas Malaysia. Beliau juga menyoal kenapa Singapura mendedahkan "perisikan teknikal" ini, jika ia hanya merupakan sebuah pendapat.

Bagaimanapun, dalam kenyataan berikutnya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan pendirian parti bahawa komen yang dibuat oleh para pegawai Singapura itu hanya bersifat pendapat peribadi yang tidak disokong oleh fakta.

Tiada terkecuali

Ia harus dilihat dalam konteks kritikan terhadap Malaysia secara umum, tanpa sesiapa yang terkecuali. Kalau tidak kata Saifuddin "Najib akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan tuduhan yang memburukkan imejnya."

Saifuddin menekankan bahawa hanya satu cara untuk menghadapi serangan seperti ini iaitu dengan cara memberi peluang untuk Anwar menghadapi perbicaraan yang adil dan saksama.

Dalam masa yang sama, beliau mengalu-alukan pendedahan kabel itu sekiranya mempunyai maklumat atau bukti baru yang boleh menjaminkan keadilan.

Sebagai pemerhati politik, saya tidak dapat menafikan bahawa kes sodomi sebagai pendakwaan politik yang palsu merupakan perkara yang diketahui umum berdasarkan taktik yang digunakan terhadap Anwar dan tuduhan sodomi itu tidak berdasarkan fakta dan logik.

Jika pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan benar-benar diliwat dalam perangkap seks seperti didakwa oleh WikiLeaks, ini tidak munasabah kerana Saiful tidak segera membuat laporan polis.

Saiful diperiksa dua hari kemudian

Saiful juga tidak menjalani pemeriksaan perubatan untuk memastikan semua bukti sodomi dirakam dan disimpan. Sebaliknya beliau hanya diperiksa oleh doktor dua hari kemudian.

Jika pihak pendakwaan dan kehakiman berpegang kepada prinsip kebenaran dan mahu melaksankan keadilan, kenapa mereka berhempas pulas menafikan hak asasi fundamental Anwar, seperti termaktub dalam undang-undang Malaysia dan dipraktikkan di negara-negara demokrasi?

Hak asasi beliau untuk akses kepada dokumen asas yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, seperti kenyataan polis daripada pengadu, laporan dan nota perubatan yang asal, rakaman video kondominium dan lain-lain.

Jika soalan-soalan ini dapat dijawab dengan memuaskan, pendapat dari perkhidmatan perisikan Singapura tidak bermakna apa-apa kepada orang awam di negara ini.

Kritikan hebat terhadap kepimpinan BN

Apa yang menarik bagi masyarakat di negara ini ialah pandangan para pemimpin Singapura mengenai para pemimpin Malaysia. Suatu pandangan yang tidak sepatutnya didedahkan atas nama diplomatik. Dari sudut ini, WikiLeaks memberi maklumat yang amat berharga.

The Age melaporkan pada 12 Disember (dari WikiLeaks) bahawa ketiga-tiga pegawai Singapura itu – Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh – memburukkan imej Malaysia.

Dalam mesyuarat pada September 2008, Kausikan, kini setiausaha tetap di Kementerian Luar, memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS untuk Asia Tenggara, David Sedney bahawa keadaan di negara jiran, Malaysia adalah keliru dan berbahaya".

Beliau mendakwa keadaan ini disemarakkan oleh kemungkinan berlakunya konflik perkauman yang akan menyebabkan orang-orang Cina "lari" dari Malaysia dan "membanjiri" Singapura.

Komen berhubung pemimpin Malaysia yang khusus seperti yang dilaporkan adalah seperti berikut:

Najib Tun Razak (ketika itu timbalan perdana menteri)

Kausikan berkata pada September 2008, "kekurangan pemimpin yang kompeten merupakan masalah sebenar Malaysia dan "perlunya Najib kekal dalam politik bagi mengelak dari didakwa" berhubung penyiasatan pembunuhan berkait dengan pembantu Najib pada 2006.

Kausikan juga berkata, "Najib meletak tengkuknya untuk dipancung berhubung dengan kes pembunuhan berprofil tinggi."

Peter Ho, ketua perkhidmatan awam pada ketika itu, memberitahu pegawai AS pada Mac 2008 bahawa, "Najib ini……seorang oportunis.

"Walaupun beliau tidak begitu kritikal terhadap Singapura, tetapi beliau tidak akan teragak-agak untuk bertindak demikian jika terpaksa. Masa depan politik Najib terus dihantui oleh ……..skandal pembunuhan."

Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri)

Salah satu kenyataan kritikal dibuat Peter Ho pada Mac 2008, ditujukan kepada Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri. Beliau berkata, Dr Mahathir "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy Jamaluddin

Peter Ho berkata, "Pisau politik sedia untuk menikam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin, di mana tidak ada sesiapa yang suka kepadanya kerana beliau berada di tempat sekarang ini kerana hubungan kekeluargaan."

Untuk memerhati politik Malaysia, komen di atas sudah pasti bukan menjadi berita, kerana semua orang sudah tahu. Apa yang lebih penting ialah respon daripada para pemimpin BN dan jangkaan putar belit oleh media arus perdana dari pendedahan yang menggegarkan ini.

Tidak ada pemimpin BN yang memberi respon pada hari yang sama – 12 Disember. Najib menolak dua kesempatan untuk bercakap kepada media selepas majlis umum. Beliau membatalkan sidang media yang dijadualkan selepas menutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda, bersebelahan Istana Keadilan, Putrajaya.

Selepas itu, beliau juga enggan bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan biografi Samy Vellu di The Mines International Exhibition and Convention Centre.

Putar belit The Star

Mengenai gelagat media arus perdana yang gemar memutar belit berita, The Star dalam muka depan semalam berkata, para pegawai Singapura "menyokong kesimpulan yang dibuat oleh agensi perisikan Australia tentang dakwaan sodomi II terhadap Anwar Ibrahim."

Mengenai masalah Najib, The Star berkata, "mereka menganggap Najib berada dalam keadaan yang sukar tetapi pada masa yang sama yakin Anwar bersalah, di mana mereka juga berkata ini suatu "insiden yang dirancang."

Begitu putar belit media. Pihak perisikan Singapura menyokong rakan sejawat mereka dari Australia seperti didakwa oleh The Star, tetapi pihak perisikan Australia pula memetik maklumat itu dari Singapura. Kemudian menghasilkan pandangan mereka terdapat wujudnya "perisikan teknikal" – walau apa pun maksudnya.

Mengenai skandal yang mengaitkan Najib, The Star cuba memperindah serangan itu dengan berkata beliau (Najib) "berada dalam keadaan yang sukar".

Laporan kewartawanan seperti inilah (baca: putar belit) yang menyebabkan rakyat Malaysia hilang keyakinan dan menolak media arus perdana.

Kepada pengkritik kerajaan BN, mereka tentunya berpuas hati memandangkan pandangan para pemimpin Singapura yang selama ini tersembunyi, mencerminkan corak kepimpinan politik Singapura dan agak bersebati dengan pandangan mereka yang memandang rendah terhadap kepimpinan BN.


Free Malaysia Today

Tak Laku, Suara Perkasa hentikan terbitannya

Posted: 13 Dec 2010 10:33 PM PST

PETALING JAYA: Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan.

Seorang kakitangan editorial berkata, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah memberitahu kakitangan mengenai perkara itu.

"Kakitangan diberi tempoh bekerja hingga 10 Januari tahun depan sebelum perkhidmatan mereka berakhir.

"Syed Hassan, bagaimanapun, memberitahu penerbitan Suara Perkasa akan disambung semula jika mempunyai dana.

"Ini bermakna, Suara Perkasa hanya sempat diterbitkan sebanyak 11 edisi sahaja di mana edisi terakhir bulan November lalu," katanya.


Suara Perkasa mempunyai enam kakitangan dan beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur.

Menurut kakitangan tersebut, alasan utama kepada pemberhentian penerbitan tersebut ialah tidak mampu menampung kos operasi.

Katanya, Suara Perkasa dicetak sebanyak 25,000 naskhah setiap keluaran tetapi jumlah jualan tidak mencapai 50 peratus.

"Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan lebih RM400,000 untuk tujuan penerbitan Suara Perkasa," katanya.

Suara Perkasa ditebitkan setiap dua minggu – pada awal dan pertengahan bulan – yang banyak memfokuskan mengenai isu-isu orang Melayu.

Ia mula diterbitkan pada 1 Julai 2010 dijual dengan harga RM2 senaskhah di Semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

Edisi sulung Suara Perkasa yang bertajuk "Tahan Ka Siong di Bawah ISA" menimbulkan rasa tidak senang hati Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Konflik antara Presiden perkasa dan Wee bermula apabila anggota Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Ketua Pemuda MCA berkenaan mempersoalkan kontrak sosial serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Malah pemimpin-pemimpin Umno juga tidak mahu mendekati Perkasa yang mereka dakwa sebagai sebuah pertubuhan berunsur perkauman.


Free Malaysia Today

Guru KAFA Pulau Pinang diberi bayaran khas Maal Hijrah

Posted: 13 Dec 2010 09:57 PM PST

14 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.

Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan ini, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Berikut adalah kenyataan Media dari Pejabat Ketua Menteri.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 14.12.2010

Bayaran Khas Maal Hijrah RM100 Kepada Semua 1,376 Guru Kafa Dan Bantuan Khas Sekolah RM800 Kepada Setiap 7,812 Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM 6.25 juta Adalah Daripada Sumber Kerajaan Negeri Bukannya Kerajaan Persekutuan,


Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah sebanyak RM100 kepada semua 1,376 guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) di Pulau Pinang yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah minggu lepas. Pada masa yang sama, perlu ditegaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7, 812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat. Pembayaran RM800 setiap orang melibatkan RM 6.25 juta, yang telahpun dibayar kepada 7, 812 juta pada 1 Disember 2010

Penerimaan RM 800 oleh anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam Persekutuan. Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pianng telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini. Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam. Dan saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi.

Penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda Kerajaan Negeri. Sumbangan yang diberikan ini melibatkan 20 Jabatan Negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI);

Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM800 ini melibatkan sejumlah 3,153 pegawai/kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM2.5 juta. Sekiranya kita mengambilkira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ianya melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta. Bantuan khas ini diberikan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam di Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama/ Gred Khas. Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua. Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini.


LIM GUAN ENG

Ketuanan Melayu : Ratib terakhir UMNO..

Posted: 13 Dec 2010 08:02 PM PST

Dari Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Tok Guru Nik Aziz menulis...

Di katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?

Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT?


Firman Allah SWT :
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)

Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka. Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis.

Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.

Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman.

Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.

Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun.

Firman Allah SWT :
وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An'am, ayat 115)

Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran. Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku.

Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?

Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan.

Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.

Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di'kebumikan' secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara.

Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.

Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.

Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian
6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M

Isu WikiLeaks: Anwar didesak letak jawatan.. Najib pula bagaimana?

Posted: 13 Dec 2010 07:26 PM PST

Konsensus Bebas mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura.

Tetapi WikiLeaks juga mendedahkan juga kepincangan Barisan Nasional dan keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut pendedahan WikiLeaks itu lagi, masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa'.

Tidakkah kenyataan itu jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Di ulang.. 'Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu'.

Jadi jika Konsensus Bebas (katak) itu mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura.

Mereka juga seharusnya mendesak Najib segera meletakkan jawatan kerana terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya..

Desaklah Najib letak jawatan bagi membuktikan anda semua adalah bebas sebebas-bebasnya…..


Isu WikiLeaks: Anwar didesak letak jawatan

SHAH ALAM – Konsensus Bebas mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, reputasi Anwar sebagai pemimpin pastinya tercalar dan adalah lebih baik beliau mengundurkan diri.

Beliau yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin bermasalah berkata, sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) bagaimana mungkin Anwar dapat menjalankan tugasnya dan dalam masa yang sama menghadapi perbicaraan di mahkamah.

"Bagaimana beliau mahu menguruskan permasalahan parti dan rakyat sedangkan dirinya juga terlibat dengan pelbagai dakwaan. Hal ini pastinya akan menjejaskan reputasi beliau sekaligus memberi kesan kepada PR.

"Adalah lebih baik Pas dan DAP tidak mengambil sikap berdiam diri dan terus bersekongkol bersama Anwar dan beliau perlu didesak meletakkan jawatan," katanya kepada Sinar Harian.

Wee berkata, sekiranya perkara yang sama berlaku pada pemimpin lain pastinya PR sudah lantang bersuara agar meletakkan jawatan kerana melibatkan nama baik parti.

Kelmarin, Agensi Perisikan Singapura mengesahkan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.:

Pendedahan itu dibuat, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan terbongkar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, dua perkara perlu dipertimbangkan iaitu siapa yang memerangkap Anwar dan kebenaran beliau memang melakukannya.

"Kalau kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) boleh menangkap siapa memerangkap dan Anwar juga dapat dihukum, rakyat mungkin akan merasa keadilan dicapai dan percaya kepada Barisan Nasional (BN).

"Seterusnya Pas tidak akan percaya dengan PKR dan DAP pun tak dapat mempergunakan nama atau pengaruhan Anwar," katanya.

Menurut Tan, kalau Anwar sahaja dihukum, tindak balas rakyat didakwa akan memberikan kemenangan lebih besar kepada PR.

Menurut The Sydney Morning Herald, Anwar memang sedar bahawa beliau bakal masuk perangkap iaitu akan didakwa buat kali kedua berhubung pertuduhan salah laku seksnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat Mohd Saiful serta bukti klinikal yang lengkap.


Sinar Harian

Berita Baik!! Berita Baik Buat Pakatan Rakyat Kedah!!

Posted: 13 Dec 2010 05:08 PM PST

Ini adalah berita baik buat Pakatan Rakyat Kedah, menurut sebuah Blog Pro-UMNO Azli Shukri Today (dia nak tiru Malaysia Today laaa..), UMNO Kedah kini bergolak kembali, semuanya kerana kuasa yang menjanjikan kekayaan..

Azli Shukri menulis..

Nampaknya UMNO Kedah sudah mula bergolak. Belum pun Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah - "gendang perang" sudah berbunyi. Kenyataan Setiausaha UMNO Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad, tidak ubah seperti seorang budak sekolah rendah.

Tahap mentaliti seperti inikah yang masih ada dalam kalangan ahli UMNO Kedah? Alasan yang diberikan oleh beliau, kononnya Mukhriz kurang pengalaman dalam politik Kedah, menyebabkan anak Tun Mahathir itu tidak layak memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut, merupakan hujah yang dangkal lagi jijik.


Apakah Shamsuddin lupa berapakah usia DS Najib sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Pahang? Begitu jugan dengan Khairy Jamaluddin, berapakah usia beliau tatkala menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Shamsuddin wajib cermin dirinya terlebih dahulu, sebelum memandai memberi komen.

UMNO sekarang bukan lagi seperti dahulu - kita memerlukan orang muda yang mampu menarik sokongan generasi tersebut, agar kembali menyokong UMNO. Soalnya, bolehkah batang tubuh Johari Baharum menarik sokongan orang muda di Kedah agar mengundi UMNO dalam PRU Ke-13 kelak?

Bahkan, kalau ditanya kepada sekalian rakyat Kedah, khususnya orang muda, apakah mereka mengenali insan bernama Johari Baharum - saya fikir pasti jawapan mereka - "Tak Kenal". Cuba tanyakan pula siapa yang tidak kenal Datuk Mukhriz Mahathir di Kedah? Susah rasanya untuk bertemu dengan orang yang tidak mengenali Mukhriz Mahathir.

Untuk pengetahuan Shamsuddin, hari ini UMNO bukan hanya mahu orang yang berpengalaman semata-mata, sebaliknya, kita lebih memerlukan orang yang popular dan disenangi rakyat.

Jangan kita lupa, Johari Baharum dan Shamsuddin pernah membuat "taik" di Kubang Pasu, sewaktu Tun Mahathir bertanding untuk menjadi perwakilan G7 ke persidangan UMNO Kebangsaan di PWTC beberapa tahun yang lalu. Malah, isu "RM200" yang diedarkan kepada semua perwakilan UMNO Kubang Pasu, bagi menghalang Tun Mahathir daripada menjadi salah seorang perwakilan G7 - terus menjadi misteri dan tanda-tanya, sehingga sekarang.

Politik wang sememangnya berleluasa pada waktu itu, namun cuba disembunyikan oleh UMNO Kubang Pasu daripada pengetahuan umum. Cukup! Johari Baharum tidak layak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Namanya sudah cukup kotor dan tidak mampu untuk dibersihkan lagi. Soalnya, siapakah Shamsuddin untuk mempertikaikan kehendak DS Najib, sekiranya beliau tetap mahukan Mukhriz untuk menerajui UMNO Kedah?

Baca laporan FreeMalaysiaToday di bawah :

ALOR SETAR: Pemimpin Umno Kedah boleh menerima sesiapa sahaja menjadi pengerusi baru termasuk anak mantan perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathiz yang juga ahli Parlimen Jerlun. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan perlantikan pengerusi Umno Kedah pada 28 Disember. Ketika ini, pengerusi Umno Kedah disandang oleh Datuk Shafie Apdal, naib presiden Umno dari Sabah sejak April 2009.

Bagaimanapun, Setiausaha Umno Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad berkata, belum masa lagi untuk melantik Muhkhriz sebagai ketua perhubungan negeri Kedah. "Beliau belum belajar banyak lagi, masih kurang pengalaman. "Menjadi pengerusi Umno di negeri Kedah yang kalah ini bukan tugas mudah, kerana tugasnya adalah untuk merampas semula negeri ini dari PAS," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mukhriz, timbalan menteri perdangangan antarabangsa merupakan anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Shamsuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mukhriz menjadi ketua perhubungan Umno Kedah jika dilantik jawatan itu. Menurut Shamsuddin, ada pemimpin lain yang lebih layak dari Mukhriz untuk menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah.

"Datuk Johari Baharum (ketua bahagian Kubang Pasu) lebih layak kerana beliau sudah lama dalam politik Kedah," katanya. Ketua Umno Pendang, Datuk Rozai Shafian pula berkata, Umno bahagiannya boleh menerima sesiapa untuk menerajui kepimpinan Umno negeri. Katanya, telah menjadi kelaziman presiden Umno memilih pengerusi sesebuah negeri. "Kita terima Mukhriz. Kalau beliau layak menajdi timbalan menteri, tentulah beliau layak jadi ketua perhubungan Umno Kedah," katanya.


Azli Shukri Today

Tiada ulasan: