Anak Sungai Derhaka |
- Gambar - Gambar : 40 Yahudi MAMPUS terbakar..
- PEMANDU dah telan RM66 juta
- Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi...
- Harga Petrol dan LPG dijangka NAIK lagi..
- Pakatan MUNGKIN kuasai Johor, Negeri Sembilan
- Apo kono eh Jang??
- Penduduk Kampung Pokok Asam Marah
- Nafi Ketuanan Melayu perbuatan jenayah?
- PTPTN Melahirkan Generasi Berhutang
Gambar - Gambar : 40 Yahudi MAMPUS terbakar.. Posted: 03 Dec 2010 04:49 AM PST GRAPHIC CONTENT! MEGADIM, Israel: Berpuluh pengawal Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu mati selepas bas yang mereka naiki terperangkap dalam kebakaran itu. Ketika pengawal terbabit bergegas ke penjara yang kebanyakkan banduan adalah rakyat Palestin, sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghalang laluan mereka. Tanpa jalan keluar, sebilang besar daripada mereka terbakar hidup-hidup dalam bas itu manakala sebilangan lagi rentung ketika cuba melarikan diri dari kawasan kebakaran itu yang disemarakkan lagi oleh belukar kering. Apabila api padam, sekurang-kurangnya 36 didapati maut. "Bencana ini amat besar," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Kebakaran itu memaksa 12,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memusnahkan sebuah perkampungan serta mengancam kemusnahan kekal beberapa kawasan hutan di Israel. Api masih marak di luar kawalan sehingga tengah malam tadi. Turki mengenepikan ketengangan baru-baru ini dengan menawarkan bantuan dan Pejabat Netanyahu menyatakan Greece, Sepanyol dan Cyprus bersetuju menghantar helikopter melawan kebakaran. Bantuan tambahan juga akan dihantar Britain, Russia, Mesir, Azerbaijan, Romania, Jordan dan Bulgaria. Penyiasat mengandaikan kebakaran itu mungkin bermula secara tidak sengaja atau disengajakan. Namun mereka menolak kemungkinan ia serangan kumpulan Palestin. - AP |
Posted: 03 Dec 2010 02:42 AM PST Bukannya Pemandu Bas atau pemandu lori.. tapi PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan)Badan pemikir kerajaan.. Badan pemikir yang banyak berfikir bagaimana hendak menyusahkan rakyat jelata.. Bodoh punya pemikir, yang melantik pemikir yang bodoh itu pun semestinya bodoh juga.. Biarpun mereka boleh dianggap pemikir yang bodoh namun gaji lapan pengarahnya dikatakan dalam lingkungan purata RM39,000 setiap bulan manakala pengarah bersekutu pula dibayar purata RM23,300 setiap bulan. RM66 juta dibelanja tubuh PEMANDU Badan pemikir kerajaan - Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, - dikatakan menelan perbelanjaan RM66 juta sebelum ia beroperasi dengan sebahagian besar wang itu dibelanjakan untuk bayaran kepada perunding asing. Beberapa dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini mendedahkan perbelanjaan tahun lalu sebelum PEMANDU beroperasi adalah kenbanyakannya untuk membiayai "perunding luar", termasuk firma perunding Amerika McKinsey and Co, yang mengaut RM36 juta. Dokumen itu juga mendedahkan antara perunding luar negara dan tempatan yang dibayar oleh PEMANDU termasuk Hay Group (yang dibayar RM11 juta), Ethos & Co (RM1.5 juta) dan Alpha Platform (M) Sdn Bhd (RM1.5 juta). Seorang "perunding luar" misteri yang hanya dikenali sebagai "Tarmidzi" pula menerima bayaran RM3 juta untuk kerja-kerja menubuhkan PEMANDU. Menurut dokumen itu lagi, badan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, mencadangkan pembayaran bil RM21 juta, khususnya untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh McKinsey dari April hingga September, 2009. RM60 juta untuk ETP Sementara itu, operasi PEMANDU dianggarkan berjumlah RM65.1 juta bagi seluruh tahun 2010, yang termasuk bayaran perunding strategik dan komunikasi serta penganjuran majlis program hari terbukan. PEMANDU ditubuhkan pada 16 September 2009 bagi memantau Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia kini diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala. Dokumen lain menunjukkan unit pemikir ETP menelan perbelanjaan RM60 juta. Projek ETP pada mulanya dianggarkan berjumlah RM78 juta tetapi menurut dokumen berkenaan, Kementerian Kewangan hanya meluluskan RM60 juta untuk pelaksanaannya. Ini termasuk RM16 juta yang dibayar kepada perunding tujuh makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut dokumen itu lagi, anggaran kos bagi ETP untuk tahun 2011 dan 2012 adalah purata RM53 juta setiap tahun. Dengan sebahagian besar dana berkenaan diperuntukan kepada makmal, jumlah yang tidak kurang kecilnya juga dikatakan untuk membiayai pengarah-pengarah yang merupakan antara 60 kakitangan PEMANDU. Gaji lapan pengarahnya dikatakan dalam lingkungan purata RM39,000 setiap bulan manakala pengarah bersekutu pula dibayar purata RM23,300 setiap bulan. Perdana Menteri pula dilaporkan hanya mendapat gaji RM22,800 sebulan. Apabila dihubungi, seorang wakil kanan PEMANDU berkta beliau tidak boleh mengulas. Malaysiakini |
Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi... Posted: 03 Dec 2010 02:32 AM PST Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) . Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam. Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas. Malaysiakini |
Harga Petrol dan LPG dijangka NAIK lagi.. Posted: 02 Dec 2010 11:04 PM PST Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.. Dan ini juga membuktikan bahawa Pilihanraya Umum masih jauh lagi.. Undilah Barisan Nasional lagi.. Subsidi diselaras lagi, harga petrol dan LPG dijangka naik Oleh G Manimaran December 03, 2010KUALA LUMPUR, 3 Dis — Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini. Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin. Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini. "Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok," kata sumber industri. "Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini," kata sumber itu lagi. Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini. Katanya, langkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor. Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05. Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama. Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini. Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. The Malaysian Insider |
Pakatan MUNGKIN kuasai Johor, Negeri Sembilan Posted: 02 Dec 2010 10:53 PM PST "Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," kata Tuan Guru Haji Hadi Harakahdaily KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang. Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin. "Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," katanya. Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata. "Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat. "Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. "Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan. Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan. Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki. Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam. "Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP. Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua. "Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam." |
Posted: 02 Dec 2010 08:46 PM PST Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Ketua Cabang Rembau, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin hari ini enggan mengulas lanjut terhadap khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu. "No komen buat masa ini, tapi yang pasti saya dan anak-anak muda yang mendukung prinsip keadilan tetap teruskan perjuangan sama ada dengan jawatan atau tidak," menurut beliau dalam satu mesej yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas. Beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard menyatakan pendirian beliau untuk menolak semua jawatan yang kemungkinan akan ditawarkan kepada beliau oleh kepimpinan pusat PKR nanti. "Saya dah tetap pendirian tolak keputusan pemilihan, tolak semua jawatan lantikan dan terus berjuang," tulis beliau dengan ringkas. Bagaimanapun khabar angin ini semakin heboh diperkatakan apabila Chegu Bard dikatakan gagal dihubungi sama ada oleh media mahupun oleh teman-teman rapat beliau sejak awal minggu ini. Sementara itu, bekas pengurus kempen Chegu Bard, Zulkifli Ibrahim pula memberitahu FMT, beberapa teman rapat mereka turut mengadu akan kesukaran untuk menghubungi Chegu Bard akhir-akhir ini. Bagaimanapun Zulkifli juga memberitahu beliau sempat bertemu Chegu Bard dalam satu program bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Simpang Ampat, Nibong Tebal baru-baru ini. Teruskan perjuangan Menurut Zulkifli, Chegu Bard ketika itu hanya meminta teman-teman dan anak-anak muda lain agar meneruskan perjuangan dan enggan mengulas panjang tentang khabar angin itu. "Saya juga ada bertanyakan tentang khabar angin itu dengan dia. Tapi Chegu Bard semacam tidak mengiyakan atau menafikan desas- desus itu. Cuma beliau ada berpesan agar rakan-rakan anak muda tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan. "Tapi jelas apa yang saya lihat, Chegu Bard tidak menunjukkan tanda-tanda seorang yang patah semangat walaupun telah ditewaskan dengan cara penipuan semasa pemilihan," katanya lagi. Sementara itu, Zulkifli turut meragui kenyataan pemimpin-pemimpin parti bahawa siasatan tentang penyelewengan dalam pemilihan tetap dijalankan meskipun kongres parti telah berakhir. "Sebelum ni seorang saksi dari Sabah telah bertemu dengan salah seorang calon Naib Presiden. Kemudian saksi tersebut telah dibawa ke ibu pejabat untuk memberi keterangannya. "Tetapi malangnya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) enggan mengambil kenyataan saksi tersebut dengan alasan pada ketika ini parti haruslah menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Umum ke 13," ujar Zulkifli lagi. "Malahan sesiapa yang ada ketika pengundian dengan mengangkat tangan untuk jawatan Pengerusi Tetap AMK dijalankan dalam Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) pasti nampak penipuan mereka," kata Zulkifli. Free Malaysia Today |
Penduduk Kampung Pokok Asam Marah Posted: 02 Dec 2010 07:43 PM PST Jumaat Oktober 29, 2010 GEORGE TOWN: Penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong, yang berdepan dengan pengusiran, hari ini meluahkan rasa marah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang diteraju DAP kerana gagal menepati janji. Seorang penduduk Mohd Khir Mohd Sai, 44, berkata, sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berjanji dengan mereka untuk menyelesaikan isu pampasan itu. "Mereka berjanji sebelum Hari Raya Aidilfitri mereka akan bantu kami tetapi sehingga hari ini masih tidak ada penyelesaian berkenaan isu itu dan kami juga tidak berpeluang bercakap dengan Lim atau Ooi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. Dia yang mewakili penduduk di situ mendakwa hanya 17 keluarga di kampung itu yang menerima pampasan daripada pemaju, manakala 14 lagi masih menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri. "Kami sekarang terkapai-kapai, tidak tahu apa yang harus dilakukan," katanya menambah mereka harus berpindah dari kawasan itu sebelum tarikh akhir perjanjian iaitu 27 November ini. Difahamkan,kampung berusia 100 tahun itu akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman apartmen oleh pemaju dari Kuala Lumpur. mStar Online |
Nafi Ketuanan Melayu perbuatan jenayah? Posted: 02 Dec 2010 05:51 PM PST Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 2 Dis – Datuk Ibrahim Ali mendakwa konsep "Ketuanan Melayu" dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu "jenayah" kepada orang Melayu. Presiden Perkasa ini (gambar) juga menegaskan "Ketuanan Melayu" konsep yang lahir daripada evolusi sejarah Malaysia berasal daripada empayar Kesultanan Melayu, meskipun istilah "Ketuanan Melayu" hanya dicipta ketika 1980-an. "Ketuanan Melayu tidak gugur daripada langit... ia adalah hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan kita. Ketika Kesultanan Melayu, undang-undang (ketika itu) memperkukuhkan hak bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah 'Tuan' Tanah Melayu. "Malangnya, slogan itu kini disalah faham oleh sesetengah pihak sebagai hubungan 'Tuan dan hamba'," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Dalam kenyataan yang dilihat merujuk kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin PKR yang lain, Ibrahim berkata, orang Melayu tidak harus apologetik jika menekankan keperluan ataupun menggalakkan penggunaan ungkapan "Ketuanan Melayu". "Kita tidak harus apologetik dengan usaha menyebarkan slogan Ketuanan Melayu ataupun dianggap sebagai tanda kelemahan orang Melayu. Kita harus menerima kefahaman dan semangat (konsep) Ketuanan Melayu untuk bergerak ke depan demi perubahan dan mencapai kemajuan dengan penuh maruah dalam semua arena. "Kita ada satu matlamat dan matlamat kita dijustifikasikan kerana ini adalah Tanah Melayu kita. "(Tindakan) mengetepikan Ketuanan Melayu adalah satu jenayah dan mempolitikkan (ungkapan itu) adalah satu jenayah kepada bangsa Melayu dan kewujudannya dalam evolusi sejarah orang Melayu kita dan nilai-nilai baik Islam," katanya. Ini bukan kali pertama pemimpin Perkasa mengecam pemimpin-pemimpin PKR termasuk Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ekoran kenyataan beliau mengenai ungkapan Ketuanan Melayu dalam ucapan dasar Kongres Nasional PKR minggu lalu. Semalam, Anwar mempertahankan pendiriannya menolak konsep "Ketuanan Melayu" sambil menjelaskan, ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan "tuan dan hamba" dalam masyarakat. Anwar turut membidas kritikan sesetengah pihak terhadap pendirian partinya - PKR menolak konsep tersebut dengan mendakwa ia telah diputarbelitkan seolah-olah mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Justeru Penasihat PKR ini mencela pemimpin-pemimpin terbabit terlalu tergopoh-gopoh dan tidak tepat dalam kenyataan dibuat mereka terhadap komponen PR itu. Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri. Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu. "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. "Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai," katanya. Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Bagaimanapun seruan itu didakwa Umno sebagai usaha untuk meraih sokongan bukan Melayu selain cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman parti itu. Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah turut menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "pelacur politik" apabila sanggup menolak konsep tersebut semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan daripada orang bukan Melayu. Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan pendirian lantangnya dengan menegaskan konsep "Ketuanan Melayu" telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik. The Malaysian Insider |
PTPTN Melahirkan Generasi Berhutang Posted: 02 Dec 2010 05:25 PM PST KUALA LUMPUR - Pimjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) dilihat lebih melahirkan generasi berhutang berbanding graduan berkaliber untuk menceburi sektor pekerjaan setelah tamat pengajian. Ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf (gambar) berkata, kerajaan perlu memberi kemudahan yang bersifat berperikemanusiaan dan bukanya membebankan generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan. Menurutnya, pinjaman PTPTN ini perlu ditukar keapada pemberian biasiswa yang dilihat lebih bersifat membantu mahasiswa dalam pengajian mereka. "PTPTN melahirkan generasi berhutang, bukannya membantu graduan, hutang bukannya tidak boleh tetapi janganlah sehingga membebankan pelajar. "Pinjaman ini hanya membebankan dari melahirkan pelajar yang lebih dinamik, oleh yang demikian yang cadangkan kepada kementerian pelajaran supaya PTPTN digantikan kepada biasiswa untuk kemudahan pelajar," katanya dalam Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata, pemberian biasiswa ini juga perlu diberikan kepada semua kaum bagi menunjukkan kemudahan yang diberikan kerajaan dirasai semua. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan