Anak Sungai Derhaka |
- Wawancara Anwar bersama Sin Chew
- Di mana UMNO kuat, di situ Melayu merempat
- Tandatangan digital mungkin disalah guna, dakwa bekas SU Agung PKR
- 'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'
- Jangan Menyorok dibalik Songkok
- Negara tidak stabil jika dipimpin pembangkang - EXCO Pemuda UMNO
- Pengasas WikiLeaks berdepan risiko dibunuh
- TG Haji Hadi yakin PAS kembali tawan Terengganu
- UMNO manipulasi ketuanan Melayu
Wawancara Anwar bersama Sin Chew Posted: 02 Dec 2010 04:46 AM PST Pada 30 Nov lalu beberapa orang pemimpin PR telah menuduh Barisan Nasional (BN) memutarbelitkan fakta bagi mencetuskan ketegangan di kalangan komponen PR dengan menggunakan media mereka bagi menyiarkan artikel Penasihat DAP Lim Kit Siang ditawarkan jawatan TPM sekiranya perikatan tiga komponen itu mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13. Malah ada yang berkata "Utusan Malaysia melepaskan peluru kosong, saya percaya mahu mencetuskan ketegangan dalam Pakatan," Kalau nak tahu siapa yang berkata demikian sila baca di SINI .. Aku bersetuju dengan pendapat Prof Abdul Aziz Bari yang mengatakan, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya, yang telah disiarkan di SINI. Aku juga amat bersetuju dengan kenyataan TG Nik Aziz yang mengatakan "Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Yang telah disiarkan di SINI. TETAPI!! Aku amat tidak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin didalam Pakatan Rakyat yang gemar mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa.. menafikan segala tuduhan tanpa menyiasat terlebih dahulu.. seolah-olah penyakit menafikan ini telah mula menular dalam diri pemimpin Pakatan Rakyat.. dihulurkan microphone terus bercakap.. hasilnya?? Korang bacalah wawancara Anwar Bersama Sin Chew yang telah diterjemahkan oleh MerdekaReview ini.. Wawancara Anwar bersama Sin Chew: "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM" Lim Hong Siang "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM", demikianlah tajuk laporan wawancara bersama Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, disiarkan Sin Chew Daily pada 27 November 2010. Wawancara bersama Ketua Pembangkang Parlimen ini dijalankan sebelum Kongres Nasional PKR membuka tirai, mengisi ruang kira-kira 1/4 daripada muka surat ke-17 akhbar terlaris di masyarakat Cina ini. Laporan Sin Chew bermula sebegini, "*Penasihat PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Pada masa yang sama, (beliau yakin) bukan sahaja empat kerajaan negeri yang sedia ada mampu dipertahankan, malah PR boleh merampas semula kerajaan negeri Perak, dan mengambil-alih kuasa kerajaan negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak." Beliau berkata, seandainya PR menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah **Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Pakatan Rakyat mengamalkan sistem demokrasi. Tiada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan seandainya orang Cina menjawat Timbalan Perdana Menteri, dan ini juga bukan satu penentangan terhadap orang Melayu." PRU 13 sebelum Jun 2011 Laporan wawancara Sin Chew ini kemudiannya menumpu kepada persiapan Pakatan Rakyat ketika berdepan dengan PRU ke-13. Anwar meramalkan bahawa PRU ke-13 akan diadakan sebelum Jun 2011, atau dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Menurut laporan Sin Chew, Anwar Ibrahim berkata PR telah menghampiri penghujung dalam rundingan pembahagian kawasan pengundian, malah di Sarawak, PR telah mencapai muafakat untuk 95% kerusi. Laporan wawancara tersebut kemudian terbahagi kepada lima bahagian, dengan tajuk kecil seperti "Kuasa ketiga pro-Barisan Nasional", "Aktiviti PR di Johor mendapat sambutan yang hangat", "Pemilihan langsung PKR bukan sandiwara", "PR terus kukuh biarpun tanpa Anwar" dan "Azmin bukan bermaksud untuk mencantas mereka yang berbeza pendapat". "Penjara? Anwar ada percaturan" Sehari sebelum Sin Chew Daily, Oriental Daily juga sempat menemuramah Anwar Ibrahim. Wawancara ini disiarkan pada 26 November di muka surat depan, bertajuk "Penjara? Anwar ada percaturan", dengan kandungannya dimuatkan dalam muka surat A6 dan A7 dalam akhbar berbentuk tabloid tersebut. Tumpuan laporan wawancara Oriental Daily ini diberikan kepada persiapan PR untuk berdepan dengan PRU akan datang, dan Anwar Ibrahim mengulas dilema UMNO sama ada untuk menyabit atau tidak kesalahan liwat terhadap dirinya. Beliau dilaporkan berkata, UMNO agak bimbang terhadap penentangan yang bakal tercetus seandainya Anwar dijatuhkan hukuman. Pada masa yang sama, UMNO juga khuatir ancaman yang dibawa Anwar jikalau beliau tidak dipenjarakan. Anwar berkata, BN kehilangan undi Melayu pada PRU tahun 1999 apabila melontarkan tuduhan liwat terhadap dirinya, dan beliau berkata peristiwa ini mungkin berulang dan PR mungkin memperolehi lebih undi Melayu. Dalam wawancara bersama Oriental Daily, Anwar Ibrahim yakin bahawa PR mampu merampas semula kerajaan negeri Perak, yang dimenangi pada PRU ke-12, tetapi digulingkan kerana lompat parti tiga orang ADUN PR pada tahun 2009. Beliau juga mengulas kerjasama antara DAP dan PAS, yang sudah banyak diperbaiki berbanding zaman dahulu. Membeli baju di Reject Shop Dalam wawancara tersebut, Anwar juga menyentuh keluarganya, termasuk isterinya Wan Azizah Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah. Beliau merakamkan penghargaan terhadap Wan Azizah - isterinya yang dipandang serong, disindir dan dihina ketika beliau berada dalam penjara. Anwar juga menceritakan kisah lama apabila ahli keluarga melawatnya di penjara. Mereka bersembahyang, bernyanyi bersama - waktu bersama disarat dengan kegembiraan tanpa tangisan atau bermuka muram. Beliau berasa bangga terhadap anaknya, yang sanggup mengamalkan cara hidup yang berjimat-cermat, malah mendedahkan bahawa keluarganya sering pergi membeli baju bersama di Reject Shop. Bahagian kedua wawancara Oriental Daily dengan Anwar disiarkan pada 27 November, di muka surat A10. Dalam laporan wawancara tersebut, Oriental Daily memetik pengakuan Anwar bahawa dirinya seorang yang berlembut hati dan mudah mempercayai orang lain. Beliau juga menyanggah tuduhan bahawa PKR sama dengan UMNO, di samping mengimbas perbualannya dengan Lim Kit Siang ketika Lim Guan Eng dipenjarakan. MerdekaReview |
Di mana UMNO kuat, di situ Melayu merempat Posted: 02 Dec 2010 02:46 AM PST Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'. Cogankata atau Motto itu pernah dibincangkan di 'Utara Online' semasa kempen PRK Penanti suatu masa dulu, dibincangkan untuk dibuat Banner. Memandangkan UMNO amat fobia dengan PRK semasa itu mereka takut untuk bertanding ketika itu mereka telah meminggirkan PRK itu.. jadi Banner dengan motto "Dimana UMNO Kuat, Disitu Melayu Merempat" itu tidak dibuat.. Ada benarnya motto itu… Melayu perlu dibiarkan merempat agar mereka tidak berupaya atau tidak mampu untuk membayar bagi mendapatkan kemudahan internet bagi membaca berita selain dari berita-berita yang disiarkan TV3 dan Utusan. Jika sumber berita mereka hanyalah dari TV3 dan Utusan sahaja, ini akan memudahkan kerja-kerja Ahli-ahli UMNO untuk memperbodohkan penduduk yang dibiarkan miskin dan merempat itu. Melayu juga perlu dibiarkan merempat supaya setiap kali datangnya Pilihanraya, UMNO boleh memberikan bantuan Kain Pelikat atau Kain Batik berserta RM50 seorang bagi setiap penyokong mereka.. ada sumber mengatakan sebenarnya bukan RM50 dan Kain tapi.. RM250 seorang pengundi, biasalah pemimpin UMNO.. kalau tak ambil komisyen bukannya pemimpin UMNO.. Dengan itu Melayu yang telah diperbodohkan oleh UMNO itu akan merasa terhutang budi.. lantas memberikan undi mereka kepada UMNO/BN.... Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat Harakahdaily KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'. Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno. Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. "Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu. "Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya. Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. "Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?" soalnya. Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya. "Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa. "Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja," ujarnya. Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara. Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat. Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. "Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. "Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno," katanya. Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. |
Tandatangan digital mungkin disalah guna, dakwa bekas SU Agung PKR Posted: 02 Dec 2010 12:55 AM PST Hmm.. inilah bahananya bila seorang Setiausaha Parti meninggalkan Parti dengan perasaan dendam dan marah.. habis dibongkarnya.. Oleh Syed Mu'az Syed Putra PETALING JAYA, 2 Dis — Dalam kenyataan terbuka hari ini, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim berkata, tiada pemimpin dalam parti itu termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden boleh membuat keputusan memecat ahli selagi tidak diputuskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Sehubungan itu, Salehuddin tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu dalam partinya menyalahgunakan imej tandatangan digital beliau untuk mengeluarkan surat pemecatan palsu. Kata Salehuddin, surat pemecatan palsu kononnya ditandatangani beliau untuk memecat bekas timbalan setiausaha agung, P. Jenapala telah membatasi peruntukan perlembagaan PKR. "Tidak ada individu dalam parti yang boleh secara bersendirian memecat keahlian seseorang, malah presiden PKR (Dr Wan Azizah) pun tidak ada kuasa sedemikian. "Surat pemecatan Jenapala itu tidak menyatakan sama ada pemecatan tersebut telah dipertimbangkan dan diputuskan MPP dan saya sebagai setiausaha agung (ketika itu) telah diarahkan untuk memaklumkan kepada Jenapala tentang pemecatan beliau. "Malah tiada ada dalam minit mesyuarat MPP pun tentang pemecatan Jenapala, apa yang ada cuma biro sedang mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Jenapala dan biro telah mengarahkan Jawatankuasa Disiplin untuk menyiasat perkara itu," katanya pada sidang media di sini. Ia sidang media pertama selepas Salehuddin membuat aduan polis pada 26 November lalu tentang pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Febuari 2009 yang kononnya dikeluarkannya selaku setiausaha agung PKR pada masa itu. "Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri. "Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," katanya. "Saya akan memanggil satu sidang media dalam masa terdekat. Walaupun saya telah bersara sepenuh masa dari arena politik selama hampir satu tahun, dengan tercetusnya kes ini saya telah diheret kembali ke dalam kancah politik nasional. Bagaimanapun, saya menerima cabaran ini demi menegakkan kebenaran sejagat," katanya ketika itu. Hari ini, Salehuddin menjelaskan, surat pemecatan Jenapala itu tidak boleh dikuatkuasakan kerana tidak mendapat keputusan yang sah daripada MPP. "Walau apa sekalipun, surat tersebut adalah 'ultra vires' kepada perlembagaan parti dan tidak boleh dikuatkuasakan. "Saya fikir Jenapala akan mengambil tindakan serta-merta terhadap surat tersebut jika benar beliau menerimanya," katanya. Salehuddin bagaimanapun tidak menafikan surat tersebut mempunyai imej tandatangan digital yang digunakan untuk mencetak beribu-ribu surat pekeliling. "Melalui surat ini saya berhubung dengan lebih 200 cabang dalam parti, maka surat pemecatan itu mungkin satu perbuatan 'potong dan cetak' atau penyalahgunaan tandatangan digital saya yang terdapat dalam fail. "Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk menyiasat," kata beliau. Pada sidang media itu juga, Salehuddin berkata, surat palsu yang melibatkan pemecatan Jenapala adalah satu jenayah bukan hal dalaman parti kerana ia melibatkan penipuan dan pemalsuan dokumen. Salehuddin berkata ada individu di ibu pejabat PKR telah menggunakan nama dan jawatan beliau ketika itu dengan tujuan untuk mencipta surat palsu bahawa Jenapala dipecat. "Saya tidak ambil peduli sama ada Jenapala layak atau tidak untuk bertanding, tetapi apa yang saya ambil berat apabila nama dan jawatan yang saya pegan telah digunakan untuk memecat seorang ahli. "Saya tidak tahu-menahu tentang surat itu, apa yang saya tahu bahawa saya tidak pernah menandatangani surat tersebut. "Saya pun baru mengetahui kewujudan surat pemecatan itu minggu lalu sebelum pendengaran permohonan Jenapala di mahkamah," katanya. Jawatan setiausaha agung PKR kini disandang Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Jenapala berhubung permilihan jawatan timbalan presiden parti itu. Hakim Datuk Aziah Ali menolak permohonan Jenapala dengan kos sebanyak RM15,000 selepas mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung isu bidang kuasa. Dalam saman pemula bertarikh 18 November lepas, Jenapala berkata permohonan itu dikemukakan bagi mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR. Sehubungan itu, Jenapala memohon pengisytiharan bahawa pelucutan kelayakan beliau sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai seorang anggota parti tersebut. Dalam afidavitnya, Jenapala berkata keanggotaannya telah dilucutkan tanpa pengetahuan beliau, dan tidak ada sebarang notis diberikan kepadanya. Jenapala berkata beliau menyertai PKR pada Mei 1998, dan berkhidmat sebagai timbalan setiausaha agung sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada bulan Disember tahun yang sama. Salehuddin turut mendakwa PKR kini semakin jauh tersimpang daripada pejuangan reformasi untuk melakukan perubahan kepada rakyat di negara ini. Beliau berkata PKR kini hanya mahukan kuasa formal sahaja bukan mahu memperjuangkan reformasi. The Malaysian Insider |
'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan' Posted: 01 Dec 2010 11:16 PM PST Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya. Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Dr Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong". "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad). "(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Dr Abdul Aziz. Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu. Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dr Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya. "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Dr Abdul Aziz. "Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru. "Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri." Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara. Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno. "Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan. Malaysiakini |
Jangan Menyorok dibalik Songkok Posted: 01 Dec 2010 11:08 PM PST "Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya. "Hari ini, isu perlantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. "Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Umno serah kerusi Ketua Menteri Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini. "Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? "Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka. "Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Salah lapor budaya media Umno "Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya. Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno. "'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'. Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. "Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Songkok tiga jengkal "Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya. Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. "Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. "YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan. Malaysiakini |
Negara tidak stabil jika dipimpin pembangkang - EXCO Pemuda UMNO Posted: 01 Dec 2010 07:08 PM PST Dulu dia ini juga yang buat cerita kononnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendalangi kegiatan tawar-menawar lompat parti khususnya untuk menarik beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian di Perak menyertai parti pmbangkang berkenaan. Menurut beliau, difahamkan mereka menggunakan pelbagai cara menarik pemimpin Pemuda dengan cara menawarkan pelbagai bentuk imbuhan dan jawatan tertentu. Macamlah AJK Pemuda UMNO tu ada nilai sangat… lagipun kalau PKR ada duit mana mungkin akan ada ADUN-ADUN dan MP yang boleh dibeli oleh UMNO.. Kali ini Exco Pemuda UMNO, Mohd Hishamudin Yahaya "Malaysia dikhuatiri akan terjerumus ke dalam suasana ketidakstabilan jika pakatan pembangkang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah negara ini kerana parti itu terbukti tidak menjaga hak Ketuanan Melayu dan institusi Raja Berperlembagaan." Tidak Stabil?? Nampak macam sudah ada perancangan untuk menjadikannya reality saja ni.. 'Negara tidak stabil jika dipimpin pembangkang' 2010/12/02 BOTA: Malaysia dikhuatiri akan terjerumus ke dalam suasana ketidakstabilan jika pakatan pembangkang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah negara ini kerana parti itu terbukti tidak menjaga hak Ketuanan Melayu dan institusi Raja Berperlembagaan. Exco Pemuda UMNO, Hisamudin Yahya, sehubungan itu, berkata pakatan pembangkang tidak wajar diberi sebarang mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Katanya, kelantangan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali, yang menolak konsep Ketuanan Melayu, menggambarkan pemimpin parti pembangkang itu terdesak untuk menarik kembali sokongan rakyat tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat Melayu. Beliau berkata, kenyataan terbabit bukan sesuatu yang menghairankan kerana PKR ketika ini berdepan pelbagai konflik kepercayaan dan sokongan apabila ramai ahlinya, termasuk pemimpin kanan bertindak keluar parti. "Konsep ketuanan bukan bermaksud antara tuan dan hamba, sebaliknya ia menunjukkan siapa lebih berhak ke atas sesuatu perkara," katanya pada majlis Pemuda UMNO Turun Padang Bersama Pemuda UMNO Bahagian Parit di sini, kelmarin. Hisamudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Daftar Keahlian dan Pemilih Pemuda UMNO berkata, konsep Ketuanan Melayu merujuk kepada kuasa Raja-Raja Melayu yang memerintah negara ini sebelum wujudnya negara Malaysia moden. Dalam konteks Ketuanan Melayu, katanya, ia bermakna hak keistimewaan perlu dikekalkan kerana negara ini asalnya milik orang Melayu. Beliau berkata, hak itu bukan bermaksud kedudukan Melayu lebih tinggi daripada kaum lain, namun ia sebagai balasan pengorbanan mereka berdasarkan catatan sejarah. "Orang Melayu sudi menerima kaum lain dan mereka berhak mengekalkan keistimewaan sebagai kaum asal negara ini. "Keistimewaan ini beri peluang orang Melayu memperbaiki diri dalam sektor ekonomi yang dikuasai kaum lain," katanya Berita Harian |
Pengasas WikiLeaks berdepan risiko dibunuh Posted: 01 Dec 2010 06:51 PM PST 2010/12/02 LONDON: Pengasan WikiLeaks, Julian Assange kini didakwa berdepan risiko dibunuh berikutan pendedahan lamam web pembocor maklumat itu yang mengeluarkan ratusan ribu maklumat rahsia Amerika. Jurucakap laman web itu, Kristinn Hrafnsson hari ini berkata, Assange akan kekal bersembunyi untuk keselamatan dirinya. Beliau berkata, nyawa warga Australia itu kini terancam selepas ahli poliik Amerika mahu dia dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengkhianat, manakala penasihat kepada Perdana Mnteri Kanada, Stephen Harper dilaporkan berkata Assange sepatutnya dibunuh. "Kami menerima ancaman sedemikian daripada kerajaan dan pengkritik dan sebahagian daripada mereka amat menakutkan dengan mahu Julian Assange dibunuh dengan kejam," katanya dalam satu debat di Frontline Club di London. Hrafnsson berkata, tempat Assange kini berada perlu dirahsiakan walaupun sebelum ini dia dikatakan berada di Sweden dan London. Assange juga kini diburu Interpol berikutan satu waran tangkap dikeluarkan pihak berkuasa Sweden berhubung satu kes rogol membabitkannya. AFP |
TG Haji Hadi yakin PAS kembali tawan Terengganu Posted: 01 Dec 2010 06:40 PM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Syazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 2 Dis — PAS kini menumpukan usaha untuk merampas semula Terengganu yang kini diterajui kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, namun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi tersebut. Umno telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004. "Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja," kata Hadi dalam temubual . Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan "majoriti kecil" sambil mengatakan majoriti dua pertiga "tidak diperlukan" untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu. "Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup," tambah Hadi lagi. Bekas menteri besar Terengganu ini mendakwa kebanyakan undang-udang yang telah diwartakan PAS sebelum 2004 masih kekal "utuh" di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN sambil menambah, PAS lebih banyak membawa pembangunan ke negeri itu daripada "Umno atau BN lakukan." "Di bawah pentadbiran PAS lebih 60,000 permohonan tanah telah diluluskan di Terengganu, Umno hanya berminat untuk menang dan masih banyak undang-undang yang diperkenalkan AS masih lagi kekal hingga hari ini," kata Hadi. Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. "Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan. Memang ada kekuatan dan ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi kita bersedia di peringkat pentadbiran pilihan raya yang dipengerusikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya PAS pusat. "Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). "Kita juga mengadakan seminar-seminar kepada petugas pilihan raya, yang ini dalam peringkat negeri-negeri. Itu persediaan awal yang kita buat," katanya. PAS merampas Terengganu pada 1999 yang selama ini di bawah pentadbiran BN. Kerajaan pimpinan PAS itu tidak bertahan apabila tewas semula kepada BN pada 2004. Selain Terengganu, Hadi juga berkata PAS turut akan memenangi lebih banyak kerusi di Johor yang menjadi kubu kuat Umno. "Ini boleh dilakukan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuk jadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno dan ini boleh berlaku. "Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi. "Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan manakala Sabah dan Sarawak akan kita bincang dalam Pakatan Rakyat," kata beliau. Ketika ditanya sama ada usaha kerajaan perpaduan antara Umno-PAS boleh diteruskan, Hadi bagaimanapun berkata "buku sudah tertutup rapat dan tidak boleh dibuka lagi." "Buku sudah tutup dan tidak boleh dibuka, zaman sudah berlalu dan rakan Pakatan Rakyat setuju nak ubah semua sekali. "PAS adalah parti yang berpengalaman, PAS saingan utama Umno. Umno tak mahu kerana tidak mahu buat perubahan, PAS tidak bersedia untuk menyertai kerajaan yang tidak mahu buat perubahan," katanya sambil berkata pernah mengajak Umno untuk bekerjama ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Hadi berkata ketika itu beliau mahu semua parti termasuk PKR, Umno, DAP dan parti lain untuk bergabung tetapi ditolak Umno yang ketika itu hanya mahukan PAS. "Saya masa Tun Abdullah pernah mengajak perpaduan semua bukan PAS dengan Umno sahaja tapi PAS, Umno, PKR, DAP dan semua sekali, itu ajakan saya. "Tapi umno hanya mahu PAS dengan Umno sahaja, ini tidak boleh kerana kita tidak mahu perubahan dan tugas reformasi yang mesti melibatkan semua parti politik. "Sekarang Tun Abdullah dah tak ada, sekarang orang lain pula dan sikap kita jelas nak buat satu perubahan dan tidak boleh menyertai kerajaan yang laksana kita memikul biawak hidup yang penuh dengan masalah," katanya. The Malaysian Insider |
UMNO manipulasi ketuanan Melayu Posted: 01 Dec 2010 04:59 PM PST ALOR SETAR - Ketuanan Melayu yang sering dilaungkan oleh pemimpin UMNO didakwa dimanipulasikan segelintir golongan elit parti itu bagi tujuan ketuanan UMNO. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik yang mendakwa demikian berkata, konsep Ketuanan Melayu harus ditinggalkan kerana ia hanya memperdaya orang Melayu sendiri. "Saya bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. "Justeru, perjuangan sebenar menghapuskan ketuanan Melayu adalah untuk memecahkan dominasi ketuanan UMNO," katanya. Guan Aik berkata, perkara hampir sama berlaku sewaktu UMNO mempertahankan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini yang pada asalnya bertujuan merapatkan jurang ekonomi antara kaum. "Bagaimanapun, DEB itu dimanipulasikan pemimpin UMNO semata-mata untuk membolehkan segelintir pemimpin parti itu mengaut kekayaan dengan mempergunakan dasar pro-Melayu," katanya. Guan Aik berkata, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib yang sangat menyedihkan. "UMNO cuba mewujudkan sentimen perkauman terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan membangkitkan isu ketuanan Melayu kerana bimbang dengan peningkatan pengaruh PR dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri. "Selama ini, UMNO tidak boleh lari dari menyentuh aspek perkauman. Mereka perlu sedar bahawa bukan hak orang Melayu sahaja yang perlu dijaga tetapi semua kaum lain di negara ini," katanya. Ditanya sama ada bersetuju dengan sesetengah pihak menganggap kenyataan Dr Wan Azizah seperti cuba mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat negara ini, Guan Aik percaya, pemimpin PKR itu ikhlas dalam misinya dan tidak mempunyai niat tersirat. Guan Aik tidak menolak kemungkinan sokongan pengundi muda terhadap UMNO akan semakin terhakis kerana perjuangannya tidak berubah dan dipenuhi dengan agenda peribadi berbanding parti. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan